Bahrain Ikut Jejak.......

on Feb 19, 2011



Protes: Giliran rakyat Bahrain pula desak 'kerajaan tua' berundur





WarkahDaily – Rakyat negara Arab mula tonjolkan keberanian menuntut keadilan dan kerajaan bersih. Minda mereka semakin celik dan terbuka. Mereka sudah mengerti apa hak mereka. Dengan kuasa keramat yang ada, mereka mula berani mendesak ketua kerajaan mereka letak jawatan.

Kebanyakan pemimpin yang didesak letak jawatan adalah mereka yang boleh dikatakan ’kerajaan tua’ kerana begitu lama memegang tampuk pemerintahan.

Kalau lama memerintah, korupsi berjaya dibanteras, penyalahgunaan kuasa dapat dibasmi, kayakan kroni dapat dielakkan, rakyat tidaklah marah tapi kalau memerintah sampai berabad, segala masalah rakyat tidak diberi perhatian dan pemerintahan kotor belum juga dapat dibanteras, sudah pasti rakyat bangkit kerana dah mula meluat dengan masalah berkaitan. Mereka merasakan selama ini hanya diperbodohkan.


Sinar Harian - MANAMA: Selepas Tunisia dan Mesir, penunjuk perasaan antikerajaan di Bahrain pula memenuhi sebuah dataran di ibu negara itu, semalam, pada hari ketiga protes ganas yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut.

Penduduk negara itu menuntut Perdana Menteri, Sheikh Khalifa bin Salman al-Khalifa berundur selepas memegang jawatan itu selama empat dekad bermula semasa kemerdekaan Bahrain pada 1971.


(Gelombang penunjuk perasaan anti-kerajaan mengibarkan bendera dalam demonstrasi di dataran Pearl, di Manama, Bahrain. Kelihatan di belakang gerombolan rakyat adalah menara berkembar Bahrain Financial Harbour. –foto AFP)


Orang ramai juga enggan bersurai walaupun selepas pemimpin negara itu memohon maaf atas kematian dua penunjuk perasaan yang ditembak oleh polis.

Selain itu, terdapat laporan awal mengenai jaringan internet di Bahrain mula disekat oleh kerajaan bagi menghalang penunjuk perasaan menganjurkan protes, sama seperti yang berlaku di Mesir, akhir bulan lalu.

Ribuan penunjuk perasaan memenuhi Bulatan Mutiara di Manama yang berfungsi serupa dengan Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sebagai pusat protes.

Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al-Khalifa mengucapkan takziah atas kematian dua penduduk negara itu dan berjanji akan menyiasat pembunuhan mereka, Selasa lalu.

Sementara itu, Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan berhubung protes di Bahrain, iaitu sekutu kuat Washington.

Ribuan penduduk Bahrain mula memenuhi jalan raya di negara kecil itu sejak Isnin lalu selepas mendapat inspirasi daripada kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List