Anak Zaid Hamidi Kemalangan Dan Petugas PAS Dipukul

on May 2, 2013




Dalam PRU 13 ini, Allah SWT tunjukkan 2 perkara lagi, untuk iktibar kepada kita..

PERTAMA: 
BEGINI beritanya..
29 April, 2013 Anak Zahid Hamidi kemalangan! (Updated 2) 
Berita baru masuk memaklumkan anak Zahid Hamidi telah mengalami kemalangan jalanraya di Rungkup. Keadaan beliau kini koma dan dimaklumkan sedang menerima rawatan di wad ICU Hospital Ipoh.

Berita selanjutnya yang lengkap akan menyusul.

P/S: Diharap Zahid Hamidi banyakkan berdoa mohon Allah S.W.T kembalikan kesihatan anak beliau. Jangan dok pongpang2 ceramah memburukkan Pakatan Rakyat dan fitnah sana-sini! Ok YB (Mountweller komplen. hahaha)!

terkini 7.22 ptg

Anak Zahid Hamidi yang mengalami kemalangan bernama Hafiz. Kemalangan berlaku apabila motor berkuasa besar yang ditunggangi tergelincir sendiri. Kini dimaklumkan si Hafiz telah dipindahkan ke Hospital di Kuala Lumpur. Keadaan masih lagi koma.

Semasa kemalangan berlaku kebetulan beberapa orang pemuda Pakatan Rakyat ada di kawasan berhampiran. Mereka yang menguruskan penghantaran si Hafiz ke Hospital. P/S: Geng PR lagi!

terkini 11.04 pm

Anak Zahid Hamidi kini berada di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur. Akan menjalani pembedahan tempurung kepala ekoran kemalangan yang dialami.Zahid Hamidi kini meninggalkan hiruk pikuk politik untuk berada di samping anak beliau.

Sumber dari Subky Latif yang telah membuat lawatan ke hospital tersebut.

P/S: Pakatan Rakyat lagi! tadi golongan marhaen, kini pimpinan pulak! err.. lupa nak tanya samada pimpinan UMNO membuat lawatan atau tidak!



 

Kisah Zahid Hamidi: 
Dalam kempennya kepada pengundi Zahid Hamidi berpesan "Kalau muslimat PAS datang merayu undi ke rumah tuan2 dan puan2, jangan bukak pintu, jangan jawab salam!"

Selepas kejadian eksiden yang menimpa anaknya sehingga koma, keadaan dah terbalik! Dalam satu majlis perjumpaan ahli majlis amanah ikhtiar di Bagan Datoh, Zahid Hamidi sambil menitiskan airmata merayu muslimat PAS mendoakan anak beliau yang masih dalam keadaan koma walaupun telah dibedah tempurung kepala kelmarin.

Kisah anak Zahid
Kejadian kemalangan yang berlaku depan mata anak sahabat aku (nama dirahsiakan). Alkisahnya, sebelum kejadian si Hafiz ni (anak Zahid Hamidi) menaburkan risalah2 memburukan Mursyidul Am PAS TGNA di sekitar kampung2 dalam parlimen Bagan Datoh.

Apabila melintasi kawasan petugas Pakatan Rakyat sedang membuat kerja2 menggantung bendera kempen, beliau dengan angkuh menunjukkan isyarat thumb down kepada petugas2 tersebut. Akibat perbuatan itu motosikal berkuasa tinggi yang sedang ditunggangi (Motosikal Zahid Hamidi punya) tergelincir lalu berlakulah kemalangan. Melihat kejadian tersebut, petugas2 Pakatan Rakyat yang telah di 'thumb down' tadi lah yang menolong menyelamatkan beliau seterusnya menguruskan penghantaran ke hospital!

Nampaknya, Allah SWT bayar tunai akibat dari perbuatannya. Moga-moga beliau dan anaknya, cepat-cepat insaf! 

KEDUA

Zamri menunjukkan muka Zulkifli yang lebab dipukul sambil Zulkifli memegang salinan laporan polis

Petugas PAS dipukul ketika sedang solat
KUALA LUMPUR: Seorang petugas PAS mendakwa dipukul seorang lelaki ketika sedang mengerjakan solat Asar di Surau Muhajirin, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam lima petang itu, Zulkifli Jaffar, 44 ditendang muka sebelah kanan dan dan mukanya ditumbuk sebanyak dua kali oleh seorang lelaki pertengahan umur yang dikenali dengan nama Sabri.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian kemudiannya menghalang Sabri daripada bertindak lebih agresif lagi. Ekoran kejadian itu, Zulkifli yang cedera di bahagian mata membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit.

"Saya tak tahu apa punca sebenar dia memukul saya, apa yang dia tak puas hati dengan saya.

"Mungkin sebab dia nampak saya selau ada di pondok PAS Di Chow Kit sebab bangsal itu dibuka 24 jam.
"Lepas kejadian itu, saya dan kawan-kawan pun rasa tak selamat, rasa tak sedap hati bila berada di bangsal PAS," katanya pada sidang media bersama calon PAS Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan peguam Noor Azmir Zakaria di Pusat Media Parlimen Titiwangsa, dekat sini hari ini.

Sementara itu, pada malamnya pula, peniaga di Chow Kit, Abdul Rahim Taib, menjadi saksi kejadian ugut ke atas petugas PAS di pondok parti itu. Menurut Rahim, 57, beliau nampak seorang pemuda menghampiri pondok PAS dan menyuruh orang di dalamnya keluar sebelum mengacukan pisau ke arah mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.15 malam ketika orang ramai masih lalu-lalang di kawasan itu. Menyedari kejadian itu, polis yang membuat rondaan di kawasan tersebut terus menangkap dan membawa lelaki itu menaiki kereta polis.

Dalam kejadian lain, sebuah pondok PAS di UPU Kompleks Damai,berhampiran Grand Season disamun pada jam tiga pagi, Isnin lalu. Ketika itu, petugas yang menjaga pondok tersebut terlelap. Dia dikejutkan dengan bunyi motosikal yang dinaiki dua pemuda.

Pemuda tersebut kemudiannya menghalang dia bertindak dan melarikan tabung berisi wang kira-kira RM200. Sehubungan itu, Zamri menggesa pihak polis meningkatkan kawalan di kawasan tersebut dan mewujudkan balai polis bergerak.

"Kita tidak menolak kemungkinan kejadian kekasaran ini berlaku kerana suasana pilihan raya, rasa tida puas hati dan sebagainya.
"Tapi kita mahukan kempen secara bersih, bukan denan cara melakukan kegananasan dan provokasi.
"Jadi perlu kepada kaalan yang ketat oleh pihak polis dan balai pois bergerak diwujudkan di sekitar Kampung Baru," katanya.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap pula melahirkan kekesalan atas sikap penyokong BN yang merosakkan bahan kempen PAS.

"Di markas Taman Maluri, bendera dan poster PAS dirosakkan, dicabut selepas dipasang.
"Kita minta BN hentikan vandalisme ini dan berkempenlah secara profesional," katanya. (Hrkh)

Memukul orang Islam sedang sembahyang ini, ikut perangai siapa? Bayangkan kalau orang kafir memukul orang Islam sedang sembahyang di Malaysia, apa jadi? Tapi puak-puak asobiah jahiliah di Malaysia bukan sahaja sanggup pukul orang Islam sembahyang, bahkan pernah serang dan bunuh Tok Guru Ibrahim Libya di Baling tahun 1985 dulu.

Apa hukumnya? Na'auzubillahi minzalik. 



Photobucket

KISAH SEBERANG JAYA :- Langgar Lari

on



Bernama melaporkan..Sekumpulan penyokong pakatan rakyat bertindak agresif apabila menyerang kenderaan jentera pilihan raya milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah di Jalan Tenggiri, di Butterworth semalam.

Laporannya jelas sekali untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dalam insiden ini penyokong Pakatan Rakyat sememangnya ganas dengan bertindak memecahkan cermin kereta tersebut.

Malah Bernama juga telah meletakkan nilai nyawa manusia lebih rendah daripada harga 4WD milik yang digunakan oleh pihak Barisan Nasional untuk gerakkerja kempennya kali ini.

Berikut adalah Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh PKR Cabang Permatang Pauh mengenai insiden ini petang tadi..

PEJABAT CABANG 
PARTI KEADILAN RAKYAT 
CABANG PERMATANG PAUH 

KENYATAAN MEDIA 
2 MEI 2013

ISU KES PETUGAS BN LANGGAR LARI PENYOKONG – PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI JALAN TENGGIRI SEBERANG JAYA .


Merujuk kepada laporan beberapa media baik cetak mahupun on-line hari ini tentang insiden pergaduhan yang telah berlaku antara penyokong PR dan BN di Seberang Jaya jam 6.30 petang semalam.

Yang mana kebanyakkan media telah melaporkan bahawa "Sekumpulan penyokong pakatan rakyat bertindak agresif apabila menyerang kenderaan jentera pilihan raya milik calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya Datuk Mohammad Nasir Abdullah di Jalan Tenggiri."

Antara lain laporan mereka ialah "sekumpulan 18 individu yang menunggang motosikal bertindak melakukan provokasi dan mengepung kenderaan tersebut."

"Untuk melepaskan diri daripada kepungan itu, berlaku pergeseran antara kenderaan itu dan motosikal menyebabkan empat penunggang motosikal terjatuh.

Laporan tersebut adalah tidak tepat dan bercanggah sama sekali dengan apa yang telah dilaporkan oleh saksi kejadian kepada pihak PKR Cabang Permatang Pauh.

Dimana menurut saksi kejadian yang juga telah mengalami kecederaan dalam insiden tersebut, mereka tidak mengepung kenderaan kempen Barisan Nasional tersebut.

Malah menurut saksi, kejadian berlaku ketika mereka memotong kenderaan tersebut yang berhenti di persimpangan untuk berada dihadapan kenderaan itu.

Oleh kerana bilangan motorsikal yang banyak ini menjadikan kenderaan tersebut seolah-olah dikepung padahal mereka sama-sama berhenti dipersimpangan.

Perlu diketahui telah berlaku pertengkaran kecil dipersimpangan itu bilaman pemandu kenderaan kempen Barisan Nasional itu menghimpit beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi Penyokong Pakatan Rakyat yang berhenti dipersimpangan tersebut.

Bagaimanapun ianya telah diselesaikan melalui perbincangan antara salah seorang dari tiga lelaki dalam kenderaan Barisan Nasional.

Malangnya apabila kenderaan tersebut mula bergerak, tiba-tiba ianya telah dipandu secara laju dan melulu hingga melanggar beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi Penyokong Pakatan Rakyat dihadapan kenderaan itu dan menyebabkan empat penunggang motorsikal mengalami kecederaan.

Motorsikal yang dirempuh

Antara mereka yang mengalami kecederaan itu seorang telah mengalami kecederaan yang serius dan telah dibawa ke Hospital. Pemandu kenderaan Kempen Barisan Nasional tersebut tidak menghentikan kenderaannya untuk membantu malah terus memecut laju melarikan diri dari tempat kejadian.

Menyaksikan pemandu kenderaan Kempen Barisan Nasional itu melarikan diri, beberapa buah motorsikal yang bersama konvoi telah mengejar kenderaan tersebut.

Kenderaan dari jenis 4WD Nissan Frontier bernombor PJH 289 yang merupakan kenderaan Kempen Barisan Nasional telah berhenti di hadapan rumah Dato’ Nasir yang telah dijadikan Bilik Gerakan Utama Barisan Nasional bagi DUN Seberang Jaya.

Apabila penyokong Pakatan Rakyat menghampiri kenderaan tersebut mereka telah diserang oleh seorang lelaki yang dipercayai pemandu kenderaan kempen itu dengan 'penyodok longkang' dan ini telah mengakibatkan kecerderaan pada bahagian tangannya.

Ketua AMK Permatang Pauh, Amir Ghazali sedang menunjukkan kecederaan mangsa
Mangsa menunjukkan kesan dibelasah dibelakangnya
Luka akibat dirodok dengan besi penyodok longkang
Mengenai insiden cermin kereta Kempen Barisan Nasional yang dipecahkan itu, saksi-saksi mendakwa mereka tidak tahu menahu tentang insiden itu..

Oleh itu tuduhan yang mengatakan bahawa penyokong Pakatan Rakyat telah memecahkan cermin kenderaan tersebut adalah satu tuduhan melulu dan tidak berasas.

Empat laporan Polis telah dibuat oleh seorang orang awam dan juga tiga penyokong Pakatan Rakyat yang turut bersama konvoi itu.

Diharap pihak Polis menjalankan siasatan secara telus dan adil mengenai kes ini tanpa mengira fahaman politik.

Pihak Polis juga diminta menyiasat kenapa pemandu kenderaan kempen Barisan Nasional tersebut melarikan diri ke Bilik Gerakan Barisan Nasional sedangkan beliau sepatutnya menuju ke Balai Polis untuk melaporkan kejadian kepada Polis.

Persoalan juga timbul bilamana kehadiran penyokong Pakatan Rakyat ke bilik gerakan Barisan Nasional seramai beberapa orang itu dianggap sebagai ancaman terhadap penyokong Barisan Nasional sedangkan bilangan mereka jauh lebih ramai.


ABDUL JALIL BIN CHE ROS
Naib Ketua Cabang Permatang Pauh


Itu apa yang tidak dilaporkan oleh Bernama.. lihat video di bawah yang menunjukkan seorang penyokong BN telah bertindak biadap dengan cuba melanggar Naib presiden R..

   

 Kalau dah yang berjubahpun mahu dilanggarnya.. pemuda-pemuda penyokong Pakatan Rakyat tu tentu diaorang tak kisah nak langgarpun...

Photobucket

BN BAKAL TERSUNGKUR DI JITRA, KUBANG PASU

on




DUN N06 Jitra dalam Parlimen Kubang Pasu merupakan antara kubu kuat UMNO untuk satu tempoh yang sangat lama. Pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir dilihat sangat berakar umbi di kawasan majoriti Melayu tersebut. Namun itu bukanlah jaminan bahawa DUN Jitra akan kekal selama-lamanya di bawah UMNO dan Barisan Nasional.

Penulis yang mengikuti perkembangan politik di kawasan Jitra dapat membuat sedikit bacaan politik ke atas DUN berkenaan. Boleh jadi bacaan penulis ini silap, akan tetapi berdasarkan persepsi dan pergerakan angka-angka, DUN Jitra yang telah sekian lama ditunjangi Barisan Nasional mungkin akan terlepas ke tangan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-13 kali ini, malah PAS turut berpeluang cerah menawan bekas kerusi Parlimen yang pernah diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia itu. Berikut adalah analisis ringkas penulis terhadap DUN Jitra dan Kubang Pasu:



DEMOGRAFI PENGUNDI

Kawasan DUN Jitra merupakan sebuah kawasan yang secara perlahan-lahan muncul sebagai sebuah bandar utama di Kedah selepas Bandaraya Alor Setar, Sungai Petani dan Kulim. Kegiatan ekonominya terdiri daripada aktiviti perniagaan yang tertumpu di Pekan Jitra dan Bandar Darulaman, perindustrian di Bandar Darulaman dan Malau, dan pertanian di kampung-kampung tradisi. Malah, perkembangan urbanisasi di Jitra dibantu oleh perkembangan pusat pendidikan tinggi seperti Politeknik, Institut Perguruan, Institut Latihan Perindustrian dan beberapa buah kolej yang lain. Boleh dikatakan hampir 10 000 daripada penduduk di kawasan Jitra terdiri daripada golongan pelajar.

Secara geografinya, kawasan DUN Jitra terbahagi kepada dua jenis kawasan iaitu:

Kawasan Bandar/Separa Bandar:

1) Daerah Mengundi dalam kawasan Pekan Jitra seperti Taman Jitra Jaya, Taman Rasa Sayang dan Taman Jitra, Tok Kesop

2) Daerah Mengundi dalam kawasan Bandar Darulaman seperti Pantai Halban, Tanjung Pauh, Taman Mahsuri dan Tanah Merah

3) Daerah Mengundi dalam kawasan Paya Kemunting seperti Paya Kemunting dan Taman Pasu

 4) Daerah Mengundi Kepala Batas (Pekan Kepala Batas)


Kawasan Luar Bandar:

Daerah Mengundi Malau, Kampung Kuluang, Wang Tepus, Padang Panjang, Telok Nibong, Kampung Batu 13, Telok Malek, Naga, Alor Rambai, Lubok Batu (Banai) dan Bukit Tinggi


Seterusnya, jika dilihat daripada jumlah pengundi, berikut adalah merupakan jumlah pengundi berdaftar di DUN Jitra:



Berikut adalah secara sepintas lalu mengenai demografi pengundi di kawasan DUN Jitra, yang terdiri daripada lebih daripada 36 000 orang pengundi berdaftar dalam kawasan bandar majoriti Melayu di negeri Kedah. Jumlah pengundi Melayu yang membentuk 83% daripada jumlah pengundi selain pengundi Cina, India dan Siam akan mempengaruhi keputusan pengundian kali ini.

Dalam PRU kali ini, DUN Jitra akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon PAS, Dr.Rohani Abdul Mutalib menentang calon muka baru BN, Aminuddin Omar.


Selain itu, jika dilihat daripada keputusan PRU 12 pada tahun 2008, DUN Jitra merupakan antara salah sebuah kerusi yang dimenangi oleh calon BN dengan majoriti selesa. Berikut adalah keputusan PRU12 di DUN Jitra:

Berdasarkan sedikit kajian penulis terhadap DUN Jitra, penulis beranggapan bahawa peluang PAS untuk memenangi DUN ini pada kali ini adalah cerah, malah dianggap seimbang di antara peluang PAS dan BN.

Mengapakah hal ini terjadi?


PERTAMBAHAN PENGUNDI YANG TINGGI

DUN Jitra mempunyai seramai 36 379 orang pengundi berdaftar. Dalam PRU 2008, jumlah pengundi adalah seramai 28 331 orang pengundi. Berdasarkan situasi tersebut, hal ini bermakna berlaku pertambahan pengundi sebanyak 8041 orang pengundi atau dalam bentuk peratusannya, pertambahan pengundi pada PRU13 berbanding PRU sebelumnya adalah sebanyak 28.41%, sesuatu kenaikan yang agak tinggi. Hal ini bermakna, penentu kepada keputusan PRU di DUN Jitra pada kali ini bukan lagi pengundi lama, akan tetapi pengundi-pengundi yang mengundi buat pertama kali.

Jika dilihat daripada pergerakan pengundi di DUN Jitra, kenaikan bilangan pengundi pada PRU 2008 hanyalah sekitar 2200 orang pengundi, akan tetapi dalam PRU kali ini, pertambahan pengundi adalah sebanyak 8041 orang pengundi.

Kehadiran seramai 8041 orang pengundi ini akan memberi kelebihan kepada PAS apabila hampir 60-75% pengundi muda adalah cenderung ke arah Pakatan Rakyat.

Dalam PRU 2008, calon BN iaitu Dato' Saad Man hanya memperoleh majoriti sebanyak 2258 undi. Sekiranya PAS mampu mengekalkan jumlah undi yang diperoleh mereka dalam PRU 2008 dan mendapat sokongan daripada pengundi baru yang tinggi dalam DUN ini, ternyata kedudukan UMNO agak tergugat.

Hal ini kerana, pengundi muda sukar diakses melalui gerak kerja politik cara lama, akan tetapi mereka perlu diakses melalui media baru seperti internet.

Pada pandangan penulis, berikut adalah faktor mengapa UMNO perlu untuk risau di DUN Jitra:


1. Komuniti Siber Jitra Jelas Menolak Calon UMNO

Walaupun ruang siber tidaklah mampu menilai sokongan sebenar pengundi, akan tetapi fungsinya dalam melihat mood dan sokongan para pengundi tempatan ada asasnya. Dalam komuniti siber, Group Facebook "Saya Orang Jitra" merupakan antara medium utama untuk menilai mood rakyat di Jitra di mana group tersebut dianggotai sekitar 12 000 orang ahli.

Di dalam group SOJ, satu poll telah dibuat bagi melihat sokongan dalam kalangan ahli-ahli group tersebut terhadap calon PAS dan UMNO. Keputusannya adalah seperti berikut:
Calon PAS - 72%
Calon BN  - 28%

Walaupun keputusan poll tersebut tidak memberi sebarang makna kepada mana-mana parti, akan tetapi melalui keputusan ini, kita dapat menilai sikap para pengundi muda yang majoritinya aktif di media baru seperti facebook ini. Oleh itu, penulis menjangkakan sokongan pengundi muda di DUN Jitra akan dimenangi oleh PAS dalam PRU kali ini.
2. Sokongan Kaum Cina

Umum mengetahui sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat berlegar dalam lingkungan setinggi 70%. Tidak terkecuali di Bandar Jitra yang didiami oleh majoriti masyarakat Cina dilihat lebih cenderung kepada PAS. Mereka menyatakan sokongan mereka secara terbuka, malah ada di antara mereka yang berkempen untuk memenangkan calon PAS.

Di sebuah bengkel motorsikal milik seorang masyarakat Cina di Taman Aman misalnya, beliau tanpa ragu-ragu dan takut melekatkan stiker "Tolak UMNO-Penyamun 403 Juta" di dinding kedainya, sesuatu yang sukar dilihat sebelumnya.

Penulis sendiri menjangkakan bahawa calon PAS akan mendapat sokongan yang padu daripada kaum Cina yang membentuk hampir 3600 orang pengundi di kawasan DUN Jitra.
Seorang penyokong PAS berbangsa Cina membantu
kempen PAS di tengah-tengah Pekan Jitra berhampiran Taman Ihsan



3. Undi Masyarakat India

Walaupun BN dilihat masih menguasai undi kaum India di DUN Jitra, namun PAS telah mula berjaya menembusi undi kaum tersebut melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS. Dalam PRU kali ini, DHPP dari kaum India telah membuka dua buah bilik gerakan di Taman Aman (UPU Taman Pasu) dan UPU Tanah Merah. Malah, mereka turut menyatakan sokongan terhadap calon PAS dengan mengiringi calon-calon PAS ketika hari penamaan calon.
Bilik Gerakan DHPP di Taman Aman

Ahli DHPP ketika hari penamaan calon di DUN Jitra

Selain itu juga, sentimen kegagalan BN selama hampir 30 tahun dalam membina sebuah sekolah Tamil yang lebih tersusun dan selesa kepada penduduk di kawasan Taman Aman setelah mereka dipindahkan daripada Ladang Tanjung Pauh turut menjadi isu penting dalam menilai sokongan pengundi India terhadap PAS dalam PRU kali ini. Walaupun PAS mungkin tidak berjaya mendapat undi majoriti daripada kaum India, berkemungkinan PAS boleh mencuri banyak undi dalam PRU kali ini berdasarkan bantuan ahli DHPP dan isu yang membelenggu masyarakat India sekian lama.
Banner kekecewaan masyarakat India di DUN Jitra
yang dinaikkan di Taman Aman (dalam Daerah Mengundi Taman Pasu)



4. Penolakan terhadap Calon UMNO

Calon UMNO, Aminuddin Omar bukanlah calon pilihan untuk mewakili BN di DUN Jitra pada PRU kali ini.  Calon pilihan akar umbi untuk diangkat dalam PRU kali ini adalah Dato' Saad Man, penyandang kerusi DUN Jitra berdasarkan gerak kerja yang dilakukan oleh beliau sekian lama.

Kekecewaan sebahagian penyokong UMNO apabila Dato' Saad disingkirkan jelas kelihatan apabila mereka mengadakan demonstrasi membantah Aminuddin Omar sebagai calon di Bandar Darulaman, beberapa hari sebelum proses penamaan calon.

Dari segi populariti, walaupun Aminuddin (yang lebih dikenali sebagai Pak Tam) merupakan anak jati Jitra dan telah lama berkecimpung dalam politik sebagai Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, namun beliau kurang dikenali berbanding calon PAS, Dr.Rohani yang memang dikenali sebagai seorang doktor perubatan di kawasan Jitra. Hal ini dilihat memberi kelebihan kepada calon PAS, selain berkemungkinan wujudnya undi protes dalam PRU pada 5 Mei nanti.

Berdasarkan hujahan yang telah dilakukan penulis, PAS dilihat mempunyai peluang yang cerah di DUN Jitra. Akan tetapi, bacaan penulis ini boleh sahaja adalah silap dan UMNO akan kekal di DUN Jitra. Hanya pengundi yang akan menentukannya nanti.

Buat pengundi di DUN Jitra, INI KALILAH! UBAH!


http://abnnasution.blogspot.com
Photobucket

Skandal pengundi hantu ,Air Asia, Perdana Menteri dan dot dot dot - Part 3

on





Part 1 - Wujud perundingan awal antara Ceo Air Asia dan PM. dimana Tony Fernandez mengarahkan orang bawahan untuk menyediakan pesawat tambahan di mana operasi ini dinamakan       (charter flight for PRU)

Part 2 - [Bukti] Berlakunya suspek  mengundi hantu mula turun di LCCT dan bas mengangkut suspek pengundi hantu tersebut ke pelbagai destinasi...

Part 3- Perbicangan diantara Najib dan Air Asia.

Aireen omar telah membuat temu janji bersama PM (Najib) pada 8hb (Isnin) pukul 1pm... (waktu urusan rasmi??)

Apakah yang dibincangkan oleh Aireen bertemu Najib untuk :

1. Mengenalpasti berapa banyak pesawat.
2. Mengenalpasti berapa Pax (Jumlah penumpang)
3. Berapa kos nya.

Pada perjumpaan itu,Kos kepada setiap pax [penumpang] diberi secara PERCUMAtermasuk surcaj, gov tax dan kos bahan api..mengapa semua ini diberikanPERCUMA? 

Soalan : Mengapakah AirAsia setuju untuk menawarkan perkhidmatan jutaan ringgit secara percuma? sedangkan ia boleh menjatuhkan ekonomi Airasia?.


kalau kita lihat balik gambaran diatas. Najib memerlukan lebih banyak pesawat lagi tetapi Air Asia hanya mampu menyediakan 8 pesawat.



  • Inilah bukti yang telah diterangkan tadi.
  • kenapa perkara ini berlaku?
  • kenapa Najib nak  banyak pesawat?



will be continue... 

[Part 4 - Dimanakah Joe Jambul]


kingofgoblok

Photobucket

PUTRAJAYA :- JABATAN PERDANA MENTERI MENGHALANG PENGHUNI PUTRAJAYA MELIBATKAN DIRI DENGAN SEBARANG POLITIK PIHAK PEMBANGKANG!!!!

on




Demokrasi apa ini??????

Petandanya pihak Jabatan Perdana Menteri sudah dapat tahu dan hidu ramai kakitangan awam di Putrajaya tolak dan menyampah kepada UMNO terutamanya calonnya Ku Nan Ku Mansor.

Kalau tidak... mengapa nak keluarkan notis ini???


Ertinya kempen Tun Mahathir dan Daim Zainuddin tidak memberi kesan dan impak diminda kakitangan awam yang bermaustatin di Putrajaya...Jalan paling mudah ialah keluarkan surat ugutan!!!!



Jgn goyang geng putrajaya..pakat2 pangkah PAS.. msg baru dapat 
:> Berita baik 50%-70% Tentera /Polis telah undi PR. Jangan gentar. Undi perubahan. Mereka bersama kita untuk tumbangkan UmmNO.BeEnd. Usah takut. Keluar UNDI. ABU
-matrock putrajaya-


salam...aku adalah kakitangan kerajaan di Jab Pengangkutan Jalan Putrajaya...PRU13 kali ini..aku nk pangkah PAS..kalau DAP bertanding..aku pangkah DAP..BN tidak sekali kali..aku dah muak ngan BN Bangkai Negara..Amcm?

Photobucket

SPR dan PMO dalang bawa masuk pengundi diragui, dakwa Anwar

on





Anwar berkata kemasukkan besar-besaran pengundi tersebut ketika negara akan menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei ini sangat mencurigakan. - Gambar fail

PETALING JAYA, 2 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendalangi kemasukkan sejumlah besar pengundi diragui daripada Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysia.
Anwar berkata kemasukkan besar-besaran pengundi tersebut ketika negara akan menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei ini sangat mencurigakan.
“Kemasukkan kumpulan ini dan saiz mereka yang sangat besar ketika negara akan menghadapi pilihan raya sangat mencurigakan.
“Saya ingin bertanya adakah mereka yang dibawa masuk ini bertujuan untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini,” kata ketua umum PKR itu pada sidang media di ibu pejabat PKR disini.
Menurut Anwar lagi, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya sebanyak 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.
“Ada juga antaranya dibawa dengan jet jumbo... jumlah penerbangan ini setiap hari adalah lebih banyak daripada penerbangan semasa musim mengerjakan haji.
“Berdasarkan kiraan kami, kira-kira 4,500 penumpang telah diterbangkan ke KLIA hampir setiap hari sejak penamaan calon lalu kecuali pada 25 April dan 1 Mei,” tambah Anwar.
Kebanyakkan mereka yang diterbangkan ini telah mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Bayan Lepas dan juga Senai, kata Anwar.



JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi



(Anwar bersama Datuk Husam, Teng Chan Khim dan Dr Rani dalam sidang media hari ini)


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya  mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.

Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.

Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini.

"Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.

"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.

"Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini.

Pengarah Imigresen nafi rakyat asing dihantar ke depot Selangor untuk mengundi





KUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia telah menafikan dakwaan rakyat asing dari Sabah dan Sarawak telah dihantar ke depot imigresen di Selangor untuk mengundi bagi pilihan raya 5 Mei ini.
The Malaysian Insider difahamkan diantara 25,000 dan 28,000 rakyat asing dari Malaysia Timur sekarang ini ditahan di pusat tahanan imigresen Semenyih, Sepang dan Lenggeng, menunggu untuk mengundi di Selangor pada Ahad.
“Jawapnnya tidak,” kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad kepada The Malaysian Insider dalam satu kiriman teks pesanan ringkas (SMS) hari ini.
“Malah, angka-angka ini (sic) menurun di depot,” katanya, merujuk kepada bilangan tahanan di pusat tahanan imigresen Selangor.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List