Banjir Johor Semakin Teruk

on Dec 26, 2011



Mangsa banjir di Johor semakin meningkat apabila hampir 300 orang lagi dipindahkan ke pusat pemindahan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,437 orang pagi ini berbanding 1,143 orang malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), setakat 10 pagi ini, kesemua mangsa ditempatkan di 25 pusat pemindahan dengan 12 di Segamat, tujuh di Mersing dan enam di Batu Pahat, lapor Bernama.

Jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin dilaporkan masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.

Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua batang sungai masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong mencatatkan aras 3.34 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, 9.47 meter.

Beberapa batang sungai lagi melebihi paras amaran iaitu Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (17.04 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat (19.92 meter), Sungai Simpang Kiri di Seri Medan, Batu Pahat (2.19 meter), Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.28 meter) dan Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.60 meter).

Di Pahang, keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Di Sabah, mangsa banjir di Kampung Gum Gum di Sandakan yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 351 orang setakat 9 pagi ini berbanding 341 semalam.

Di Sarawak, beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.
Menurut jurucakap bilik gerakan banjir, terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun  dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

Di Kuantan: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.
Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Kampung Mentelong dan Kampung Denai yang terputus hubungan darat selepas jalannya dinaiki air tengah hari semalam, kini boleh dilalui semua kenderaan, katanya.

Bernama



Photobucket

Gempar Pasal Buah Dada

on


Tahun 2011 secara keseluruhannya, bukan tahun yang baik dalam konteks hubungan antara Britain dengan Perancis. Meskipun kedua-dua negara itu (bersama-sama Amerika Syarikat dan Nato) menyerang Libya, krisis zon euro menyebabkan hubungan Britain dan Perancis selalu tegang.  


Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pernah menyuruh Perdana Menteri British, David Cameron diam berhubung dengan krisis zon itu yang berpanjangan.  Ketegangan berlanjutan apabila dalam sidang kemuncak Kesatuan Eropah baru-baru ini, Cameron mengheret London melawan zon euro,  atau  mengasingkan Britain daripada Eropah, meskipun tindakan beliau itu dianggap sebagai hak  Britain, dan Eropah tidak perlu marah.  

Berikutan ura-ura agensi penarafan bercadangkan menurunkan gred Perancis,berlaku sekali ketegangan antara kedua-dua negara itu apabila pemimpin Perancis mendakwa bahawa ekonomi negaranya lebih besar daripada negara jirannya itu.  Tindak-tanduk Perancis itu mendorong Boris Johnson menulis secara sinis, menyelitkan tulisannya itu dengan "katak" dan "lembu mati."  Kini, kedua-dua negara itu berhadapan dengan risiko penurunan gred.

Pendek kata, ada-ada sahaja punca yang mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara itu, daripada pemimpin kepada rakyat.  Tatkala kebanyakan rakyat di dua buah negara tersebut bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Hari Krismas, berlaku kegemparan  apabila dilaporkan  lebih 50,000 wanita British terlibat dengan bahan implan buah dada yang rosak. Mereka diberikan amaran tentang keselamatan kerana kerajaan Perancis bersedia untuk mengarahkan produk berkenaan dikeluarkan daripada  setiap wanita yang menanamkan produk ke dalam buah dada mereka.  

Bahan implan itu dibuat oleh syarikat Perancis, daripada silikon substandard mengikut gred perindustrian dan dieksport ke seluruh dunia.  Lapan kes kanser, termasuk satu kematian, secara tentatif dikaitkan dengan bahan itu di Perancis dan beratus-ratus wanita lain dilaporkan pecah dalam peranti itu. Di Perancis,dilaporkan kira-kira 30,000 wanita terlibat dengan bahan implan yang disediakan oleh Poly Implant Prothese (PIP) yang ditutup pada tahun lalu.  Dua minggu lalu, mereka dilaporkan menuntut keadilan.  Sementara ketua syarikat itu kini, diburu oleh Interpol atas alasan melakukan jenayah yang melibatkan "nyawa dan kesihatan."

Bahan implan buah dada mengheret Britain dan Perancis ke dalam kancah pertikaian. Berlaku percanggahan antara pihak berkuasa British dengan Perancisdari segi nasihat kepada wanita yang terlibat dengan bahan implan buah data yang rosak kerana dua kerajaan mengisytihakan mereka berbeza pendapat. Nasihat yang bercanggah ini menyebabkan wanita yang terbabit menghadapi dilema.  

Membesarkan buah dada, seperti yang dinyatakan oleh Laurie Penny, kini lazim dalam kalangan wanita di Amerika Syarikat dan United Kingdom, dan bilangannya meningkat,meskipun ketika kemelesetan ekonomi. Wanita seolah-olahnya  tidak lagi berbangga  dengan kecantikan semula jadi, walaupun mereka terpaksa menanggung kos dalam mencari harga diri yang rendah.

Ada orang memberitahu bahawa untuk membesarkan buah dada wanita sememangnya tidak sukar, yang sukar adalah untuk mengecilkannya. Kaedahnya ialah  dengan  "rawatan asli" tanpa memerlukan pembedahan.  Serahkan kepada lelaki  untuk melakukannya.  Namun, tidak dapat dipastikan setakat mana kebenarannya kerana tidak disokong oleh kajian saintifik.  Lagipun,  nasihat itu disampaikan dalam bentuk  "jenaka" dalam kalangan lelaki.



Photobucket

Salah Guna Kuasa

on

DANA RAKYAT RM2.71B UNTUK BOLEHKAN BN TAWAN SELANGOR..........



Peruntukan RM2.71 bilion wang rakyat dan wang pembayar cukai diseluruh negara yang diserahkan kepada Umno/BN Selangor oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merupakan tindakan salah guna kuasa yang amat tidak bertanggung jawab membabitkan dana rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS selangor, Khalid Samad berkata peruntukan tersebut yang merupakan peruntukan terbesar yang disalurkan kepada Umno/BN negeri Selangor berbanding negeri-negeri lain.

"Peruntukan tersebut adalah peruntukan dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang akan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang kemudiannya akan di salurkan kepada Ketua-Ketua Umno Bahagian.

"Kita tahu bahawa peruntukan terbesar yang di terima oleh pemimpin-pemimpin Umno Bahagian ini bertujuan untuk memastikan Umno/BN menawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat (PR)." jelas beliau ketika dihubungi TV Selangor.

Menurut Khalid, peruntukan yang besar yang diberikan kepada JPM sering mendapat bantahan ketika perbahasan di Parlimen tetapi undang-undang yang ada tidak membenarkan mana-mana pihak mempertikaikan peruntukan tersebut.

"Di Parlimen isu ini menjadi isu hangat supaya semua wang rakyat yang diperuntukan dibelanja secara berhemah dan tidak membazir.

"Tapi sedihnya tidaka ada peruntukan undang-undang yang boleh mempertikaikan kemana wang tersebut kerana ia merupakan peruntukan yang diberikan kepada Perdana Menteri untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan perlu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen, Shah Alam.

Katanya, peruntukan yang diberikan kepada Umno Selangor akan membolehkan Umno membuat sogokan dan membuat program-program untuk menyerang PR.

"Inilah tranformasi Najib yang sama nilainya dengan 'transfer money' beliau kepada pemimpin-pemimpin Umno/BN di Selangor.

"Kita telah sedia maklum wang rakyat selama ini telah disalah guna dengan begitu memalukan sebagaimana kes dalam isu NFC, PKFZ dan isu rasuah yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo.

"Dan saya yakin selepas ini Umno/BN akan membuat pelbagai demontrasi dan 'huru-hara' di seluruh Selangor setelah mendapat peruntukan terbesar dari wang rakyat oleh Najib," tambah Khalid.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh rakyat Selangor menolak Umno/BN dalam pilihanraya akan datang bagi menyelamatkan wang rakyat dari terus disalah guna oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.

"Kita sedia maklum kalau tak rasuah, menyogok, mengugut, berkroni dan salah guna wang rakyat, itu bukan Umno. Budaya ini telah menjadi darah daging kepada Umno sejak dahulu, kini dan selama-lamanya.

"Saya yakin rakyat Selangor telah matang dan telah menghukum Umno/BN pada pilihanraya lalu dan rakyat perlu teruskan penolakan ini sehingga PR menawan Putrajaya." kata beliau.




Photobucket

Andai Anwar Di Penjara

on





Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau akan di penjara.

Manakala tarikh 9 Januari tahun depan akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua Umum PKR itu ke penjara atau tidak.
Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa.

Dikalangan media antarabangsa akan melihat isu yang dibabitkan ke atas Anwar merupakan 'kaedah tradisi'yang dilakukan oleh seluruh pemerintah di dunia untuk menyingkirkan musuh politik mereka.

Kalau Anwar Dibebas...

Membebaskan Anwar dari hukuman penjara akan memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.

Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T'.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.
Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.
Namun perencanaan tersebut ternyata membenarkan lagi tanggapan rakyat bahawa rentetan fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib.

Maka tokoh yang akan menjadi bahan telunjuk seluruh rakyat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara pula, penolakan rakyat terhadap beliau merupakan pantang larang yang amat mencarik adat seorang pemimpin.
Justeru, diatas fakta inilah juga mungkin Anwar membuat kenyataan bahawa beliau akan di penjara walau dalam apa situasi kebenaran pun.

Dilema Najib

Najib paling takut dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan kesinambungan Umno selama ini.

Pengalaman Tun Abdullah Badawi ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sehingga memaksa beliau melepas jawatan sebagai perdana menteri mungkin masih segar dalam ingatan Najib.
Justeru mengulangi kesilapan Abdullah tidak ubah seperti memasang jerangkap samar untuk mengorbankan diri sendiri.

Kalau Anwar dipenjara ...

Berdasarkan pandangan penganalisa politik dan peramal media dalam maupun luar negara, ramai menyatakan Anwar akan di penjara walau apa pun keadaannya.

Pandangan tersebut bukan berkhilaf kepada kekuatan yang akan membawa kemenangan Anwar memimpin jentera pilihanraya PR ketika menghadapi kempen pilihanraya Umum (PRU) sekiranya beliau bebas. Namun Mungkin juga Najib melihat melepasi persepsi tersebut.
Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku.

Kemenangan terbesar pembangkang dalam PRU ke-10 pada 1999 dimana PAS memenangi 32 kerusi parlimen dan DAP 10 kerusi semuanya berkisar kepada isu kebangkitan rakyat kerana simpati dengan Anwar yang dipenjara oleh Dr Mahathir.

Persoalannya apakah dengan sekali lagi membawa Anwar ke penjara akan mengujudkan memontum kebangkitan rakyat yang sama setelah pelbagai isu moral ditimpakan dikepala Anwar dengan pelbagai 'bukti' seperti kes Saiful dan gambar prono.

Apakah dengan menggunakan media-media milik Umno bagi memburukkan imej dan kredibiliti Anwar sudah memadai untuk rakyat mempercayainya lalu menolak Anwar dan PR dalam PRU ke-13 nanti?.

Apakah juga dengan isu liwat dan sex bersama pelacur yang disensaikan dengan penuh bergaya sebelum ini berjaya mempengaruhi rakyat untuk membenci Anwar serta PR yang diterajui beliau?.
Di atas hukum realiti, memenjarakan Anwar akan menambahkan lagi koleksi isu PR untuk kempen menjelang PRU nanti.

Apakah dengan membawa kembali Anwar ke Sungai Buluh akan membolehkan isu NFC yang teruk membelenggu Najib dapat di alih kepada isu penganiayaan pada Anwar.

Di peringkat antarabangsa pula, Najib akan menerima pelbagai tekanan berhubung amalan demokrasi dibawah pimpinan beliau sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan.

Pilihanraya dan sistem dua parti

Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Najib mengadakan PRU pada saat akhir penggal (March 2013) bukan sekadar masej bagi mengelak negeri-negeri PR mengadakan pilihanraya berasingan.

Tetapi disebabkan Dr Mahathir mungkin telah berjaya menghidu sesuatu yang kurang enak berhubung pencapaian BN untuk memenangi PRU 13 nanti.

Perlu di ingat Dr Mahathir adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam menghadapi PRU setelah lebih 22 tahun memerintah negara.

Manakala bagi Najib pula, inilah kali pertama beliau akan berhadapan detik paling mencabar dalam kerjaya kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara.

Apa pun zaman Dr Mahathir dan era Najib situasinya agak berbeza. Era Mahathir pembangkang terdiri dari palbagai parti politik tetapi zaman Najib negara sedang bergerak ke arah sistem dua parti.

Sistem dua parti akan memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menukar dan menggantikan kerajaan. Ini bermaksud sekiranya kerajaan semasa tidak berjaya membantu dan menolong rakyat, rakyat mampu menukarkannya pada pilihanraya akan datang.

Ini disebabkan hanya ada dua parti sahaja yang bertanding, pembangkang dan kerajaan.
Faktor ini jugalah yang merungsingkan Najib dan Dr Mahathir. Mood rakyat untuk menukar kerajaan setelah Umno/BN memerintah lebih 54 tahun telah bergema sejak bermulanya era reformasi jalanan pada 1988.
Sepuluh tahun kemudian, tsunami politik melanda negara. Enam negeri termasuk wilayah persekutuan jatuh ketangan pembangkang.

Survival BN

PRU ke-13 menyaksikan 70 peratus pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia 21 - 40 tahun. Kebanyakan mereka adalah generasi Media Baru yang majoritinya cenderung kepada pembangkang. Manakala selebihnya terdiri dari pengundi atas pagar yang tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan masa lampau serta pengaruh ras dan agama.

Secara langsung generasi ini adalah penentu kerajaan selepas PRU 13.
Kebimbangan besar Najib bukan sekadar untuk mempertahankan Putrajaya semata-mata malah beban yang akan ditanggung selepas kejatuhan Umno/BN selepas lebih 54 tahun menguasai negara lebih memeritkan.

Sebagai sebuah kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) setentunya akan memastikan segala penyelewengan wang negara dibongkar untuk mengembalikan maruah negara.
Secara tidak langsung segala kepincangan yang berlaku selama 54 tahun Umno/BN memerintah akan diketahui rakyat.

Media Baru

Entah apa anginnya, tiba-tiba pada tahun ini Najib membina facebook dan twitternya. Mungkin diatas sebab baru menyedari pengaruh media baru yang ternyata lebih berkesan dari media milik Umno.
Tapi semua sedia maklum, yang updatenya mungkin sekali sekala Najib tetapi selebihnya agen-agen APCO atau agen-agen penasihat media beliau yang dibayar berjuta-juta ringgit.

Perlu disedari juga BN mempunyai 26 saluran media termasuk radio dan media cetak. Ini tidak termasuk lapan saluran tv di seluruh negara. Apakah saluran media ini masih belum cukup untuk menyebarkan propoganda BN?.
Rakyat menolak media-media ini disebabkan terlalu banyak 'mengampu' dan 'over propoganda' sehingga rakyat jelek untuk menatap media-media kerajaan.

Dalam konteks media baru ini, Pembangkang memang jauh lebih 'advance' jika dibandingkan dengan keselesaan Najib dan BN sebelum ini.
Dengan pelbagai sekatan maklumat dan media yang dilakukan oleh BN kepada pembangkang selama ini telah menjadikan pembangkang lebih maju menggunakan media baru dalam berkomunikasi bagi menyebar maklumat kepada masyarakat awam.

Maka tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan untuk menyekat pelbagai saluran maklumat untuk disebar kepada rakyat. Ini tidak termasuk pelbagai akta seperti akta penerbitan dan mesin cetak yang semuanya berkisar kepada usaha membelenggu saluran maklumat sampai kepada rakyat.
Begitu juga baru-baru ini kerajaan mahu menubuhkan Majlis Perundiang Media bertujuan memantau bahan-bahan berita di internet.

Kedudukan Malaysia pula jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun dari senarai 178 negara.
Persoalannya apakah dengan memenjarakan Anwar akan menghalang rakyat dari mendapat maklumat berhubung pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa BN selama ini.

Mungkin juga Najib ada alasan dan jawapannya yang tersendiri bagi memastikan survival politik dan masa depan parti pimpinannya disaat rakyat sedang menolak Umno/BN dari terus menguasai negara.



sumber
Photobucket

Nga Kor Ming rembat projek kerajaan negeri untuk bini sendiri...?

on





Itu yang aku boleh respon terhadap kes isu NGM [shortform for Nga Kor Ming]. Dah beberapa hari aku tunggu dia update sesuatu yang lebih relevant berbanding cakap2 penafian berhubung isu neh but still nothing new come in his blog. Nothing expect penafian demi penafian. Setakat penafian aku pun boleh. Bukan susah. Guna air liur je beb. Mudah ma. 

Oleh kerana NKM tidak menafi dengan hujah konkrit maka wajarlah ko dan aku mengesyaki ketelusan dia sekarang neh.

Lihat bawah neh terlebih dahulu ;




Okey lihat dua dokumen di atas neh terlebih dahulu. Dengan mengambil kira dokumen di atas neh ialah dokumen yang original bukan nya rekaan maka aku dan ko dapat melihat dua perkara di atas neh iaitu ;

1. Syarikat yang dah dapat tender ditukar kepada syarikat lain pada tahun 2008.

2. Syarikat itu ialah syarikat bini NKM. Ini disahkan sendiri oleh NKM menerusi twitter dia beberapa hari lepas. Lebih tepat korang boleh lihat bawah neh sendiri ;


Lihat bawah neh pula ;


Peh.

Syarikat neh didaftarkan pada tahun 2008. Ini satu syarikat yang baru pada ketika itu. PR tawan perak pada bulan march. Dan syarikat baru pada bulan april. Cantik !. Ini makin menarik. Lihat bawah neh pula ;


Perghhhh...

Ini lebih panas berapi. Syarikat paling mahal menangi tender kerajaan negeri. Adakah kerajaan negeri bawah pr time itu tidak pandai mengenal angka? Wa donno. Dont ask wa. Lihat lagi bawah neh ;





Baucer pembayaran. Atas bil ia jadi rm600.00 seunit but still termahal sebab kerajaan negeri boleh dapat rm400 / rm350 seunit.  Sebelum neh NKM desak blogger's umno buat report police dan SPRM, yes dia telah berbuat demikian.

Dan selepas itu NKM menafikan isu neh dengan mengatakan ia adalah fitnah semata2. Apa yang fitnah? Tang keoriginal dokumen kah? Tang bini dia terlibat dalam syarikat neh kah [padahal dia mengaku di twitter bini dia ada kaitan dengan syarikat tue]? Tang dia campur tangan dalam menentukan syarikat yang layak dapat tender kah? Apa yang fitnah? Apa? Jawab dengan maklumat terperinci sikit. Pasal aku nak kenalpasti apa yang blogger umno neh fitnah. 

Bila dah kenalpasti baru boleh fikir macam mana nak anggap kes neh. Kalau dok pongpang cakap macam bn selalu cakap.. ini fitnah.. itu fitnah.. apa pun fitnah.. macam mana? Orang kasi dokumen, balas balik dengan bukti. Bukan dengan hujah air liur. Air liur ko satu sen pun tak berharga. Baik ko jawab. Pasal apa.. nanti aku print dokumen2 di atas neh dan aku sebarkan di tempat aku.

Aku paling benci dengan wakil rakyat yang tidak amanah. Aku takan bagi muka walau siapa pun ia. Baik bn or pr bila dah pengsonglap tue kekal lah pengsonglap dan jangan harap dan hadap aku akan defend pr mati-matian sebagaimana bloggers umno yang sering defend mati-matian apa juga kesalahan pemimpin mereka. Aku ada garisan yang tepat tentang salah dan benar. Ia hanya perlukan Alquran. Tak caya ko cuba sendiri. Bai.

Ameno : 50% NGM neh boleh direject.. jangan undi perompak baik yang kecil mahupun yang besar wahai rakyat.


sumber


Photobucket

Dua Planet Bersaiz Bumi Ditemui

on





Para saintis berjaya menemui dua buah planet (Kepler-20e dan Kepler-20f) yang saiznya hampir sama dengan saiz bumi kita. Namun begitu kedua-dua planet tersebut mengorbit bintang di luar kawasan sistem solar dan memberi kemungkinan adanya tanda-tanda hidupan di situ.

 Menurut wakil Pusat Astrofizik Harvard Smithsonian, Cambridge, Francois Fressin, kewujudan dua planet itu dikesan oleh kapal angkasa Kepler. Katanya diameter salah sebuah planet tersebut hanya tiga peratus besar dari bumi, sementara planet satu lagi berdaimeter sembilan peratus besar dari bumi. Ia lebih kurang serupa dengan planet kita, tetapi amat panas untuk mempunyai hidupan, yang dianggarkan mencapai suhu sekitar 1,400 darjah Celsius dan 800 darjah Celsius.

Laporan- Agensi




Photobucket

UMNO Melepaskan Diri, Shahrizat Menunding Jari

on

http://3.bp.blogspot.com/-_NGywZqtQyQ/TugYai9dMjI/AAAAAAAADEw/5Fc8XDmWeTs/s400/Shahrizat+Jalil-rembat.JPG


Mungkin kerana tidak mahu berterusan dipijak oleh kawan-kawannya dalam UMNO, Shahrizat yang kelihatan mula gelabah akhirnya menuding jari kesemua arah..

“Beritahu saya, pemimpin 
UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan.ASD


Shahrizat: Beritahu Saya Pemimpin UMNO Mana Yang Tiada Masalah?

Di sebalik tanda bahawa UMNO sedang berantakan disebabkan skandal rasuah dan pertelingkahan dalaman dikalangan pemimpin tingginya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah telah mengumumkan bahawa satu pasukan khas akan dibentuk untuk menyiasat dakwaan bahawa keluarga Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah menyalahgunakan dana awam berjumlah RM250 juta yang diperuntukkan bagi projek ternakan lembu NFC untuk kegunaan peribadi dan juga harta mewah.

Walaubagaimanapun, tanpa fokus kepada kemarahan rakyat, semua mata tertumpu pada drama yang sedang dimainkan UMNO. Walaupun Shahrizat telah membayangkan kesediaan beliau untuk meletak jawatan, adalah mustahil beliau akan membenarkan dirinya dipijak atau dijadikan kambing hitam oleh rakan-rakan parti politiknya.

Mata juga sedang tertumpu pada hakikat bahawa Najib yang sedang disiasat oleh kerajaan Perancis disebabkan dakwaan memakan rasuah bernilai RM570 juta daripada pembuat senjata gergasi DCN akan mampu untuk menangani isu NFC. Najib juga ialah presiden UMNO.

“Beritahu saya, pemimpin UMNO yang mana tiada masalah?” merupakan jawapan pantas Shahrizat apabila diminta memberi komen mengenai sama ada beliau akan bertindakbalas terhadap seruan untuk meletak jawatan seperti yang di laporkan oleh suratkahabr Sin Chew beberapa hari lepas.

Sandiwara UMNO-SPRM

Sememangnya rakyat berasa curiga kerana MACC telah sebelum ini telah menyerahkan kes itu kepada polis walaupun telah menerima laporan daripada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Kredibiliti pentadbiran Najib telah hilang apabila timblan ketua Polis Khalid Bakar telah mengumumkan bahawa tiada unsure pecah amanah semasa perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. Sering mendapat jolokan Pak Turut untuk kerajaan UMNO, Khalid telah dituduh sebagai cuba menyelamatkan parti itu daripada malu.

“Kita telah bertindak dengan mengikut prosedur apabila mengumpul fakta dan kenyataan sejak isu itu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negera. Kebanyakkan isu yang ditimbulkan pada laporan terhadap NFC telahpun kita ambil tindakan.” Ujar Pengarah SPRM Mustafar Ali dalam kenyataan beliau yang di siarkan pada Khamis.

SPRM juga pantas menyatakan bahawa ia tidak dapat mendedahkan fakta terperinci seperti yang termaktub dalam Seksyen 29(4) Akta Pencegah rasuah Malaysia 2009. “Kami telah memanggil pihak-pihak yang terbabit untuk memberi kerjasama kepada kami dan tidak mempolitikkan isu –isu yang boleh menjejaskan siasatan kami.” Ujar Mustafar lagi.

Mengambilkira tona defensive kenyataan tersebut, adalah jelas kepada pemerhati bahawa SPRM tidak akan beriya-iya menyiasat NFC atau Feedlot Kebangsaan, sebuah projek yang bertujuan untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan kepada 40% pemakanan dan pada harga yang berpatutan.

Projek itu telah dianugerahkan kepada suami Shahrizat, Salleh Ismail dan anak-anak beliau pada 2006. Semasa itu, Muhyiddin memang portfolio Menteri Pertanian. Khairy Jamaluddin, menantu kepda Perdana Meteri ketika itu, Abdulah Badawi juga memainkan peranan penting dalam meluluskan projek itu kepada keluarga Shahrizat.

Bertanggungjawablah dan selamatkan kami, rakan-rakan beritahu Shahrizat

Ini dipercayai sebagai drama terbaru yang dimainkan UMNO untuk menyeru Shahrizat meletak jawatan dalam cabinet dan bertanggungjawab sebelum pilihanraya diadakan pada tahun depan.

Tiada siapa yang menyangka aka nada perubahan besar pada sikap pemimpin tertinggi UMNO yang sudah dikenali dengan rekod rasuah mereka- ini termasuk juga Shahrizat.

“Shahrizat dan juga UMNO sememangnya tidak malu. Isunya adalah kenapa pinjaman sebegitu diberikan kepada keluarga beliau sedangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet. Mustahil mereka mendapat pinjaman itu sekiranya dia bukan menteri. Beliau dan keluarga beliau telah menidakkan hak rakyat Malaysia yang susah dan rajin daripada faedah pinjaman itu (bekalan daging murah kepada rakyat Malaysia),” beritahu timbalan Presiden PKR N Surendran kepada Malaysia Chronicle.

“Shahrizat juga tidak patut dipersalahkan seorang diri. UMNO lah yang harus lebih dipersalahkan. Disebabkan amalan politik mereka yang sering memberi makan kroni dan keluarga mereka daripada wang rakyat. “

Mangsa legasi rasuah Mahathir?

Mereka yang menyeru beliau letak jawatan sebelum beliau “dihalau” termasuk bekas perdana Menteri Mahathir Mohamad juga dikenali sebagai pemimpin yang mengembangkan sistem feudal dalam politik di mana pemimpin elit memegang segala aspek ekonomi dan politik negara.

Dalam laporan “Global Financial Integrity” baru-baru ini, Malaysia disenaraikan di tempat ke 4 paling banyak mengamalkan rasuah di dunia. Kita sudah kehilangan USD338 billion (RM1.08 trilion) dalam pengaliran wang haram pada dekad pertama untuk abad ini.

GFI juga menyatakan bahawa kenaikkan Malaysia ini “seiring dengan bebapa negara Asian.” Ada Januari lepas, telah dilaporkan RM930 billion telah keluar daripada Malaysia dari 200 hingga 2008 dan meningkat ke RM218 setahun daripada jumlah asal RM 71 billion pada masa itu.

Laporan ini sepatutnya menimbulkan kesedaran kepada pemimpin dunia bahawa ada keperluan untuk melakukan sesuatu demi menghapuskan pengeluaran haram ini,” ujar pengerusi GFI Raymond Baker dalam satu sidang akhbar.

Semasa laporan itu dikeluarkan, tidak hairanlah pemimpin UMNO yang pertama meragui laporan itu adalah Mukhriz Mahathir yang tinggal di Washington dan juga merupakan anak bongsu bekas PM itu.

Sekarang, Mahathir yang berusia 86 tahu dan telah memerintah Malaysia selama 22 tahun dikenali sebagai pemimpin yang banyak membazirkan wang cukai rakyat.



Malaysia Chronicle

Photobucket

Mahathir’s Side of History: As They Say, Liars Are Sightless

on



Abraham Lincoln had this to say: “You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all the people all the time.”
They say liars are sightless. They swathe their eyes to the truth and trust that people they talk to are as dim as themselves. Why do most politicians customarily lie? They discern that the majority will follow rather than think for themselves. A lie told often enough becomes the truth. To lie in politics is a Machiavellian mode of manipulation and conspiracy.
Mahathir’s intelligence and political astuteness are generally acknowledged by his acquaintances and enemies. Mendacity or mendacious propaganda is Machiavellian. The people are already familiar  with his political  slant as he understands the Malay minds better than any of the past and present leaders in UMNO. The book ‘The Malay Dilemma’ (1970) that he wrote 11 years before he became Malaysia’s 4th Prime Minister is worth reading. It is an insightful analysis of the Malay mind.  The Malays in general have a feudal mindset and Mahathir has acknowledged this in many of his writings and intellectual discourse. He either failed or did not want to do enough to change the mindset of the general Malays despite helming the nation for many years, for fear that an enlightened Malay race could not be easily manipulated. The Malays – especially the rural folks –  can be easily manoeuvred by leaders to make them believe a lie to be truth if it is well propagated.  The UMNO propaganda tools – newspapers and the electronic media – are ever ready to help their political masters to remain in power.
Must have lied routinely
Telling lies is for political expediency and we can expect this from Mahathir. He must have lied routinely in his political career. It is noteworthy, throughout his career as a prime minister and past this era he has seldom admitted his mistakes. It is not his character or principle to accept his mistakes or weaknesses. To Mahathir, ‘to admit one’s mistake is to admit one’s weakness’. Critics say that  ‘he has a very strong character’. The people seldom hear him apologise for his mistakes, hence dealing with this Machiavellian persona, his political enemies must learn to be equally incisive.
Understanding Mahathir’s wiliness is as simple as having to accept him as he is. Reading his 843-page Memoirs – ‘A Doctor in the House’ (2011) – noticeably, some relatively hard-to-believe facts are written about issues and personalities who were never in his good book. Anyway, this is only his side of the stories.
Even Chin Peng had his side of the stories as told in his book,  ‘My Side of History’(2003) – a 527-page ‘recorded journey of a man who opted to travel along a different road to pursue a dream he had for his country’. Reading his ‘journey’ makes us understand how stoic this man was and how he stuck strong to his principles till the end of his struggle. Leaders – good or bad – are often ‘successful’ due to their strong character.
Mahathir has his side of the stories to tell on many issues that must have incurred the wrath of the people for the past many years. Some of these narrations from his Memoirs can never go unchallenged in the court of opinion.
His view of the Chinese: “Losing my Parliamentary seat hurt terribly and on the ride home with Hasmah, I could not help shedding  tears. The taste of defeat was unfamiliar and it was painful. I was also angry at the Chinese, in particular the MCA, who I felt were responsible for my defeat and with it the undermining of my political future.” (p196).
So the insinuation here is that it was not his fault then, but the Chinese who did not vote for him. Mahathir had lost the Kota Setar Selatan parliamentary seat to a PAS candidate Haji Yusof Rawa in 1969.
On Anwar Ibrahim: “Anwar should have been the Prime Minister of Malaysia today. But if he is not, it is because of his own actions.” (p698)
In other words, Mahathir blamed Anwar for his ‘disillusionment’ but not the former’s ultimate resolution to dismiss the latter from the government for trying to ‘dislodge’ him.
Complaining about the noise
On the dismissal of Salleh Abbas as Lord President and the judiciary:  “… the Agung showed me a letter that Tun Salleh had written to him: complaining about the noise  that was being made in the course of repairing the Agong’s private residence near Tun Salleh’s own house.” (p565).  “I recently called the Attorney General at the time, …. and asked him where was the first letter. He said it was with the Government. I can have no access to it now but I am prepared to swear on the Quran that it was the letter and the instruction from the Agung which caused action to be taken to remove Tun Salleh Abas.” (p568). “Tun Salleh demanded that the tribunal be made up of his peers. We obviously could not find enough Lord Presidents… Tun Hamid Omar, who by then was the Acting Lord President, chaired the tribunal.”  (p568)
So, he did not blame himself but the Agung and the lack of Lord Presidents to be in the tribunal for Salleh’s predicament.
On Tengku Razaleigh:  “We also heard Team B spent RM20 million on their campaign, with most of the money provided by Tengku Razaleigh himself.” (p541).
Beyond doubt, given the chance Razaleigh would like to refute this feral accusation against him.
I don’t remember
On the permanent government administrations (such as the police or the judiciary): “Ultimately, we had no way of enforcing our decisions on them.” (p551)
But we have heard of the ‘fixing of judges’ and of how a well-known lawyer with good political connection wrote the judgement for a judge. Even when this was revealed in the VK Lingam RCI (Royal Commission of Inquiry) the matter was just swept under the carpet. Mahathir was reported to have said to this,  ”I don’t remember.”
On interfering with an ACA investigation: “Though some witnesses were hostile towards me, nobody came forward to say that I forced him to tell lies to support me. Datuk Shafee Yahya who had earlier accused me of interfering  with an ACA investigation…. Our meeting did not go well and Shafee became angry, accusing me of interfering with his duties. Actually, the affair with the ACA had nothing to do with Anwar’s case. But Shafee had his day in court and seemed to be happy to vilify me.” ….” (p695)
Shafee was only doing his fair duty as an obedient ACA officer like any other dutiful government servant but this had hurt Mahathir.
On the removal of Ghafar Baba: “I criticized some UMNO leaders in Terengganu for staying too long and not giving a chance to young aspirants….. he interpreted my advice there to mean that I wanted older leaders to step down.” (p411). “ I did not want to remove Tun Ghafar but what would have happened if I did not appoint the new Deputy President of UMNO…..” (p411)
Ghafar realising that he was only  being  ‘made use of’ by his superior in the party during the latter’s ‘bumpy’ times in politics was very humiliated, caved in and resigned. Seeing which side of the bread was buttered at the time of crisis, only one UMNO politician at the time came to sympathise with Ghafar and she was Rafidah Aziz – sighting that it was against Malay tradition and etiquette to disgrace an elderly man.
But Soros did it and made a lot of money
On Tajuddin Ramli and MAS, after the debacle in forex trading by Bank Negara:  “Claiming that he had bought Malaysia Airlines out of national duty, Tajuddin demanded that he receive the price per share that he had paid when he bought them.” (p711) “ But I knew that he had bought the company because he felt it was a good investment.” (p711). “Our purchase of his stake received a lot of criticism because we paid him RM8 a share, at a time when the market value was RM3.62 per share.” (p711)
If only Tajuddin was given a chance to rebut this. The MAS fiasco has still been a hot issue long after Mahathir left the government.
Malaysia did it and lost a lot of money. But Soros did it and made a lot of money: “….It was a matter of taking calculated risks, and when one of our speculative ventures failed, we lost a lot of money. After that lesson, we got out of the business. “ (p671). “I mentioned Soros by name as one of the traders who had manipulated the currencies of Southeast Asian countries and undermined their development.” (p671)
Soros must be smarter then our Bank Negara executives then.
On his ancestor: “ I admit that some Indian, or more accurately South Asian blood flows in my veins, but from which part of the Indian subcontinent my ancestors came from I do not know.” (p24)
We have to forgive him on this for his selective memory. He almost forgot where ‘exactly’ his ancestors came from. As Abraham Lincoln once said,  “No man has a good enough memory to make a successful liar.”
He was the Prime Minister
Despite what has been documented clearly that Malaysia did seek loans from the World Bank to overcome the 1999 financial crisis, he has adamantly denied that it was not he who sought it. The blame – as usual –  falls on Anwar though Anwar was at the time and prior to his dismissal from the government only the Finance Minister when Mahathir was the Prime Minister. Any layman would discern that without the blessing of the Number 1 in the government it would not have been possible for his subordinates to bulldoze their ideas through especially when it involved loans from the World Bank amounting to millions of dollars.
At the height of the Asian financial crisis, Mahathir sacked Anwar in 1998 and subsequently served as the Finance Minister till his retirement in 2003. The Finance Ministry could not have endorsed any colossal deal without Finance Minister Mahathir’s knowledge and consent.
It is the mainstream media – the  propaganda implement – that has been misleading the rakyat all these while about Mahathir and Anwar. No economists during the economic turmoil in 1997 could deny that, without the urgent loans taken from the World Bank at the time to ride out the financial crisis Malaysia it would have roughly affected the country. Just accept this fact. The loans came in at the right time to at least cushion the effect of the bad recession during the time until sometime later when the country subsequently pegged the ringgit against the US dollars and gradually began to recover from the economic smithereens. Is it a shame not to tell the truth?
Despite not being in favour of George Bush, Mahathir had the knack to engage Jack Abramoff using ‘taxpayer’s money’ to lobby for a chance to meet Bush. The lobbying part of the story was not highlighted by the local media until the news broke out very much later by other sources. Is it also a shame here not to tell the truth?
To swear on the Quran
Excepts from one of the documents from the World Bank supported the evidence that the country did seek financial help from this international body:
“In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path.”
“The Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past.”
“The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project.”
Reportedly, officially World Bank documents showed huge loans were taken by the Malaysian government from the international bank, when Mahathir denied the claims and challenged Anwar to swear on the Quran over the allegation that the former had sought the loans. His challenge to swear on the Quran reflects poorly on his understanding of Islam and his credibility as an elder statesman. It says in the Quran, “…that the Believers who succeeded … are those who turn away from ill speech… but whoever seeks to go beyond that, these are that exceed the limits.”  (23:1,3&7).
Playing politics in the name of God is a misdeed. It simply shows weakness and lack of the ability to sustain one’s emotions at times when patience is required. It shows a person being incapable of performing the right action such as providing a rightful answer to a particular situation. It also smacks of undertones that are meant to abuse the truth seekers.
To lie in politics is Machiavellian
As opposed to Mahathir’s rigid regulation of foreign investment and currency control method to avoid the weak ringgit that was prone to future currency attacks – bogged down with the syndrome of blaming currency attackers as root cause of the financial fiasco, the Anwar formula had during the 1997 Asian financial crisis supported the International Monetary Fund (IMF) and World Bank plan for economic recovery. Anwar also established a rigorous package that cut wastage on government expenditures, cronyism and endemic corruption among politicians and government bodies and also deferred most major mega projects.
He advocated a free-market strategy to the crisis, which included trade liberalisation favourable to foreign investment. Complying to these prescriptions, it was successfully done in South Korea, Thailand, Indonesia and many other countries with the help of loans from the international bodies. And these countries recovered from the economic recession with much pride very much earlier and faster than Malaysia – in fact within two years of the IMF and World Bank prescriptions.
If truth be told, Malaysia did indeed get monetary aid from the World Bank after the sacking of Anwar in 1998. If Mahathir has said, “I can’t remember, he would be excused for his age as he has been known to have a selective memory. But if he wants to portray himself as an honest politician by again telling a lie this reflects on his false pride.
There’s one way to find out if a man is honest ~ ask him. If he says, “Yes,” you know he is a crook. ~ Groucho Marx.



sumber

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List