Kamera Rakam Aksi Khalid-Rahimah........???

on Sep 25, 2010



Berita yang sampai kepada kami mengatakan kamera pengintip yang diletakkan di dalam pejabat Khalid Ibrahim seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini diletakkan oleh orang-orang dalam sendiri.
Difahamkan ianya untuk kerja-kerja pengintipan hubungan antara Khalid Ibrahim dan pegawai istimewanya iaitu Rahimah. Ada sumber yang mengatakan, ada masanya Rahimah memasuki bilik Khalid hingga berjam-jam lamanya. Mungkin banyak perkara yang dibincangkan.
Kami difahamkan ,bertitik tolak dari situlah ianya telah menimbulkan syak wasangka tidak baik di kalangan orang-orang lain.  Bagi mengetahui apa yang terjadi setiap kali Rahimah memasuki bilik Khalid, lalu ada seseorang telah memberanikan dirinya memasang kamera pengintip di dalam bilik Khalid.
Difahamkan juga, semasa Khalid menjumpai kamera tersebut gambar Khalid dan Rahimah telah pun dirakam oleh kamera itu. Sebelum Khalid membuat sidang media bagi mengumumkan penemuan kamera tersebut dikatakan kandungan rakaman kamera tersebut telah dipadamkan.
Atas sebab itulah Khalid tidak mahu membuat laporan polis dan seterusnya bagi membolehkan polis menyiasat pencerobohan pejabat beliau. Khalid bimbang, apabila jadi kes polis segalanya akan disiasat habis-habisan dan sudah pasti akan terdedah satu hari nanti.
Selama ini pantang ada kes, sekecil-kecil kes pun maka berduyun-duyunlah puak-puak PKR akan ke Balai Polis bagi membuat laporan. Tetapi apabila kes pencerobohan pejabat MB terjadi, mereka tidak mahu membuat laporan polis. Pelik atau tidak ?

Selangordaily

Taib Mahmud Not Stepping Down

on


Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud today officially announced his willingness to continue leading the state Barisan Nasional (BN) and state government.
The announcement thus ended speculation on his position following his statement on Aug 24 that he was prepared to step down if the people wanted him to.
Taib, the longest-serving chief minister after 29 years since March 26, 1981, said although some of his family members disagreed, everyone eventually understood his decision to stay on as his services were still needed by the people.
"They (family members) have agreed not to disappoint the people," he said at the Hornbill Skyway hangar, here, today.
"As for me personally, no matter what happens, I will continue to help Sarawak," he said before more than 7,000 people including state cabinet ministers, assemblymen, BN component party supporters and members of non-governmental organisations.
The 74-year-old leader, however, declined to say for how long more he would lead the state's administration but revealed that the process of forming a new team for the future was on.
Taib said it was also time for all BN component party members and supporters to counter the lies spread by the opposition which was only good at criticising every effort made by the government.
He assured the people that he would continue with the state government's vision of making Sarawak a developed state by 2020.
On Aug 24, Taib was quoted as saying that he had not decided whether to contest in the 10th state election, with the current term ending in July next year.
Taib had been Asajaya assemblyman before moving to the Balingian state constituency in 2001. - Bernama 

Sibuk politik, makin ramai Melayu bunuh diri

on


Kalau Melayu nak bersatu, mudah saja. Kembali pada asas. Ramai Melayu mengucap dua kalimah syahadah pun tak tahu. Sembahyang fardu 5 waktu terlalu ramai Melayu yang tak solat. Baca Al Quran pun ramai Melayu tak tahu baca. Melayu nak bersatu, mulakan di masjid dan surau. Solat jemaah selalu di masjid dan surau untuk yang lelaki.


Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi. Purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Analisa betapa seriusnya kes bunuh diri di Malaysia di  http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html  

KES MUSLIM BUNUH DIRI SEMAKIN SERIUS
Berita Harian 25 September 2010
 
GEJALA TAK LAGI PERBUATAN INDIVIDU CETEK AGAMA TAPI TERPELAJAR, PROFESIONAL
 
BUNUH diri oleh orang Islam sering dikaitkan dengan kerapuhan agama dan tidak dinafikan andaian itu ada benarnya tetapi ia bukan faktor utama kerana ada fenomena bunuh diri masih meninggalkan persoalan sukar dijawab hingga kini.
 
Terutama apabila tindakan itu dilakukan mereka yang berpengetahuan agama, membuatkan pihak di sekeliling perlu membuat penilaian sewajarnya. Malah Arab Saudi juga berdepan dengan masalah bunuh diri yang berleluasa, negara terletaknya tanah suci Makkah dan Madinah. Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Badli Shah Alauddin, berkata bunuh diri kini menjadi masalah global termasuklah umat Islam.
 
Kejadian itu juga menimbulkan polemik berterusan apabila dikaitkan dengan faktor agama kerana perbuatan itu sudah dimaklumi hukumnya sekali gus membangkitkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat.
 
“Kerenggangan atau kurang ilmu pengetahuan agama dikatakan sebab seseorang mengambil tindakan membunuh diri. Tetapi jika diteliti daripada perkembangan berlaku di seluruh negara, banyak lagi faktor mendorong seseorang itu berbuat demikian.
 
“Sukar mengandaikan apabila di kalangan yang hebat ilmu agamanya turut terbabit dengan kejadian bunuh diri seperti berlaku di Arab Saudi di lokasi yang tidak terfikir kita,” jelasnya.
 
Katanya, awal 2009, Arab Saudi digemparkan kes profesor bidang Sejarah dan Kebudayaan di Universiti Ummul Qura, Makkah, Prof Nasser al-Harithy, 50, yang dijumpai mati tergantung pada kipas siling di pejabatnya dengan serban.
 
Agak menghairankan apabila dia mengambil tindakan sebegitu memandangkan lokasi universiti berhampiran dengan Padang Arafah, terletak 30 kilometer dari Masjidilharam. Siasatan menunjukkan punca dia mengambil tindakan itu disebabkan menanggung hutang mencecah 8 juta riyal.
 
Menurut laporan Laura Bashraheel (Arab News bertarikh 1 Disember 2009) berkenaan kes bunuh diri, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengeluarkan statistik agak mengejutkan iaitu ada 295 kes bunuh diri pada 2008 terdiri daripada 259 lelaki dan 36 perempuan. Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 2006 iaitu 266 kes bunuh diri dicatatkan.
 
Menurut laporan itu lagi, golongan wanita kebiasaannya membunuh diri dengan cara meminum ubat dengan dos berlebihan, minum racun dan peluntur. Bagi lelaki pula, kebiasaannya memilih cara menggantung atau menembak diri sendiri.
 
Selain itu, pendedahan Pakar Rujuk (Kanan) di Hospital Psikiatrik Jeddah, Dr Saad al-Khateeb menunjukkan golongan terpelajar antara paling ramai membunuh diri termasuk profesional seperti doktor dan peguam selain pegawai polis dan pemilik hotel.
 
Nisbah satu kes bunuh diri yang berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia jelas menunjukkan seriusnya permasalahan ini. Di Jepun saja, setakat enam bulan pertama tahun ini 15,906 orang membunuh diri dan di Korea Selatan, negara yang statistik bunuh dirinya menjadi antara tertinggi di dunia, menyaksikan 15 hingga 44 rakyatnya mati bunuh diri bagi 100,000 penduduknya.
 
Artis Korea Selatan antara yang tertinggi gemar membunuh diri dengan terbaru aktor Park Yong-Ha yang menggantungkan dirinya menggunakan kabel pengecas telefon bimbit.
 
Negara kita juga tidak terkecuali. Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lalu, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Bagi tempoh sama di Singapura, nisbahnya adalah 15 hingga 20 orang bagi setiap 100,000 mati bunuh diri.
 
Badli Shah berkata, perbuatan membunuh diri bukan termasuk perkara mensyirikkan Allah tetapi tergolong dalam perbuatan maksiat berstatus dosa besar dan pelaku dosa besar dikenali sebagai golongan fasik.
 
Beliau berkata, ulama berbeza pendapat mengenai hukum solat jenazah golongan fasik ini sama ada jenazah itu terdiri daripada golongan yang tidak solat, tidak berzakat, penzina, peminum arak dan termasuk juga bunuh diri.
 
Sebahagian ulama seperti Umar Abdul Aziz dan juga al-Auza’i berpandangan, jenazah orang fasik tidak boleh disolatkan. Imam Abu Hanifah dan sahabatnya bersetuju dengan pendapat ini namun dalam kes tertentu seperti solat ke atas jenazah golongan pemberontak (al-Baaghi) dan memerangi Islam (al-Muharib).
 
Bagaimanapun, secara sepakat, ulama termasuk Imam Malik, Syafi’i, Abu Hanifah serta jumhur ulama berpendapat jenazah orang fasik tetap wajib disolatkan.
 
Antara dalilnya, sabda Nabi SAW diriwayatkan ad-Daruqutni dan at-Tabrani yang bermaksud: “Solatlah kamu di belakang sesiapa saja yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dan solatlah oleh kamu sesiapa saja yang mengucapkan Laa ilaaha illallah.”
 
Imam Syaukani dalam hal ini mengulas: “Solat jenazah ke atas orang fasik telah ditunjukkan oleh hadis itu”, sementara Imam Nawawi menyatakan, telah hampir mencapai ijmak bahawa orang yang mati kerana bunuh diri tetap perlu disolatkan dan dikuburkan di tanah perkuburan orang Islam.
 
“Maka dalam konteks sekarang maka elok kita melihat kepada pendapat jumhur ulama kerana dalilnya lebih kuat (rajih). Justeru, jenazah orang fasik tetap wajib hukumnya disolatkan. Hujahnya, mereka adalah Muslim, bukan kafir,” katanya.
 
Namun katanya, bagi pemimpin atau tokoh masyarakat seperti khalifah dan ulama, sebaiknya tidak mensolatkan jenazah orang fasik sebagai satu bentuk hukuman serta pelajaran atas jenazah yang bersangkutan sekali gus kecaman supaya yang hidup tidak meniru perbuatan tercela itu.
 
Badli Shah berkata, berdasarkan penjelasan pendapat serta huraian itu jelaslah jenazah orang bunuh diri tetap wajib disolatkan kaum Muslimin dan tidak ada larangan kecuali wujud dalil khusus melarangnya.
 
Di samping itu, ada pandangan ulama, Rasulullah SAW tidak mensolatkan orang bunuh diri kerana itu hukum khusus kepada baginda tetapi tidak orang lain seperti kes orang mati meninggalkan hutang yang Rasulullah SAW tidak mensolatkannya tetapi memerintahkan penyempurnaan solat jenazah kepada sahabat lain.
 

Mustaffa Kamil tewas ketua cabang

on

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil Ayub menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini.

Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.

azlanKeputusan mengejutkan itu baru diumumkan sebentar tadi.

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustaffa bagaimanapun akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki berlakunya "politik wang".

"Ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Mustaffa di Perak dan peringkat pusat," dakwa Mahmud yang juga salah seorang penyokong kuat bekas pemimpin NGO Islam itu.

Setakat ini, tambah Mahmud, pihaknya sedang mengumpul bukti berkaitan untuk dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan PKR.

Bagaimanapun, menariknya, beliau dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang itu berganding dengan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi Mustaffa setakat ini belum berhasil.

Pemerhati politik berpendapat, kekalahan itu bakal menyukarkan lagi laluan Mustaffa yang juga merebut jawatan timbalan presiden parti menentang dua tokoh heavyweight Naib Presiden Azmin Ali dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk pencalonan sebagai jawatan nombor dua PKR itu, Mustafa setakat ini mendapat 13 pencalonan daripada 100 cabang yang keputusannya telah diperoleh. 

Beliau ditinggalkan jauh oleh Azmin dengan 58 pencalonan manakala Zaid pula sebanyak 25 pencalonan cabang setakat ini.

Kak Wan Hang Konfiden Ker....???

on



Wan Azizah Doa Anwar Tidak Masuk Penjara

KUALA LUMPUR 25 Sept - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail berdoa agar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimasukkan ke dalam penjara untuk kali kedua berhubung perbicaraan Fitnah II yang kini dihadapi beliau.

Dr Wan Azizah meluahkan harapan beliau ketika hadir pada majlis jamuan rumah terbuka anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir disamping mengucapan selamat menyambut Aidilfitri.
"Kepada anakanda saya, Nurul Izzah dan suami tercinta, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mujurlah tak masuk jel lagi, harap-harap tak adalah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang sempat berucap untuk beberapa minit yang mana beliau membidas sikap diskriminasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang enggan memberi kebenaran kepada anaknya untuk menggunakan dewan di kawasan terbabit bagi penganjuran majlis tersebut.

"Ini jamuan rakyat, dan kita makan cara rakyat. Di Lembah Pantai, Kampung Kerinchi sungguhpun banyak dewan tetapi dewan tak diluluskan. Tetapi ini dewan bagi kegunaan rakyat.
"Jadi saya mengucapkan tahniah kepada anakanda saya, Nurul Izzah (kerana mengadakan majlis itu) dan ucapan terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan kepada Wan Azizah dan juga anak-anak saya," kata Anwar ringkas.

Anwar dan Dr Wan Azizah kemudiannya meninggalkan majlis selepas kira-kira 15 minit bersama rakyat Lembah Pantai.

Walaupun disekat oleh DBKL menggunakan dewan orangramai sambutan Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai tetap meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu daripada pelbagai kaum.

Malah ada yang sanggup datang dari Negeri Sembilan hanya semata-mata mahu bersama Nurul Izzah serta kedua-dua ibubapanya di majlis itu. 

Majlis yang berlangsung mulai pukul 8.30 malam terpaksa diadakan di khemah kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi.

Penduduk kawasan itu mengambil peluang untuk beramah mesra dan bersalaman dengan Nurul Izzah.
Dalam ucapannya beliau menyentuh mengenai kesukaran beliau sebagai ahli parlimen untuk mendapatkan kebenaran menggunakan dewan serbaguna di kawasan itu.

"DBKL begitu sukar untuk memberikan permit untuk mengadakan majlis ini. Setelah beberapa kali usaha untuk mendapatkan kebenaran menggunakan dewan akhirnya majlis ini dapat diadakan di sini (di kawasan lapang)," kata beliau.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh dan beberapa pimpinan PAS disamping 33 anak yatim dari Asdaf Bukit Persekutuan yang menerima sumbangan duit raya daripada Nurul Izzah.

Kah....Kah...Kah...Ada lagi nak keluar parti.......???

on



Lagi Pemimpin Kanan Cabang PKR Dan AMK Bakal Keluar Parti...???


PEMILIHAN kepimpinan dalam PKR yang sedang berlangsung kini mendapat perhatian semua pihak. Selepas 77 cabang PKR selesai bermesyuarat hujung minggu lalu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali Azmin memperolehi 42 pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. 

Pencabar terdekatnya, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 21 pencalonan, manakala Naib Presiden, Mustaffa Kamil Ayub mendapat 10 pencalonan. Tiga lagi yang turut dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah pengarah Strategik PKR Tian Chua yang mendapat dua pencalonan manakala Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan. 

Sebanyak 80 cabang PKR telah bermesyuarat sehingga hujung minggu lalu. Bagi jawatan presiden pula, ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat dua lagi pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut, menjadikan tujuh pencalonan sehingga ini.


Ketika pemilihan ini berlangsung dengan hangat, berlaku juga beberapa suasana panas seperti tidak berpuashati dengan tatacara pemilihan, dihalang dari bertanding, tiada demokrasi dan sebagainya. Di tengah kehangatan ini turut berlaku juga peristiwa mengejutkan apabila beberapa pemimpin kanan parti PKR dari Perak yang meletakkan jawatan termasuk Jawatankuasa Wanita dan tiga orang Ketua AMK dari beberapa Cabang. Sebagaimana biasa alasan yang diberikan ialah hilang kepercayaan kepada parti, tidak berpuashati dengan pemimpin atasan serta perjuangan parti sudah nampak berubah dan makin lari dari matlamat perjuangan tidak sebagaimana tujuan PKR di awal penubuhannya dahulu. Menurut sumber beberapa hari sebelum itu sudah kedengaran khabar angin mereka akan meletak jawatan, namun tidak diendahkan atau diambil tindakan oleh pucuk pimpinan parti peringkat negeri.

Berita terbaru pula, beberapa lagi pemimpin kanan PKR termasuk diperingkat Cabang dan AMK yang berjuang sejak di awal meletusnya reformasi dari sebuah negeri di Pantai Timur yang pernah dikuasai oleh Kerajaan PAS akan meletakkan jawatan. Alasan yang diberikan bukan kerana  hilang kepercayaan kepada parti, tetapi tidak berpuas hati kepada PAS kerana sering tidak membantu terhadap program anjuran PKR di negeri ini. Sebagaimana sedia maklum PAS yang sudah lama bertapak kukuh memiliki segala kelengkapan dari segi jentera, peralatan, tenaga kerja, petugas, markas persendirian dan sebagainya. Disebabkan PKR agak kurang memiliki kelebihan ini berbanding PAS, jadi mereka amat memerlukan PAS untuk sama-sama membantu mereka mengendalikan sebarang program terutamanya ceramah bagi memudahkan kerja dan meringankan beban. Sebagai kata pepatah Melayu “Berat sama dipikul, berat sama dijinjing”.

Namun menurut sumber terbabit, perkara yang amat dikesalkan semasa perbincangan bersama beberapa pemimpin Pas Kawasan dilakukan untuk menganjurkan ceramah melibatkan Ketua Umum sebelum bulan puasa lalu, wakil dari PAS membuat keputusan tidak dapat membantu PKR walaupun menyedari parti itu kekurangan segala-segalanya berbanding PAS. Ini menyebabkan aktivis PKR yang kurang tenaga kerja dan segala jentera terpaksa bertungkus lumus secara persendirian menyiapkan segala peralatan termasuk pentas ceramah yang sempat disiapkan sejurus sebelum ceramah.  Keadaan ini sudah pasti membeban dan memenatkan apatah lagi ia melibatkan program yang besar.

Melihat keadaan seolah-olah PAS merasakan diri mereka terlalu kuat serta tidak memerlukan bantuan dari parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat menyebabkan beberapa pemimpin kanan PKR  dan anak-anak muda dari AMK ini mula tawar hati untuk meneruskan perjuangan bersama PAS.  Lantas mereka bakal membuat keputusan keluar dari PKR bagi memilih hala tuju sendiri. Paling dibimbangkan seandainya perkara ini dapat dihidu oleh UMNO menyebabkan mereka ditawarkan tempat untuk berjuang bersama parti itu.

Justeru itu, demi sayangkan parti diharap semua pemimpin kanan dari PAS dan PKR wajar duduk semeja bagi menyelesaikan kemelut ini.  Walaupun sudah lama bertapak, PAS pasti memiliki juga kekurangan. Dan kekurangan itu berkemungkinan mampu ditampung oleh PKR.  Dalam Pakatan Rakyat seharusnya kena buangkan sifat “ini orang kita (PAS) atau oleh dia (PKR)”. Seandainya perangai ini masih diamalkan, jangan harap negeri ini mampu ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang, apatah lagi kalau bercita-cita besar untuk tawan negara.

TOL

Kerusi Pasir Mas: Apa Nasib Ibrahim Ali Pada PRU-13.....????

on




PASIR MAS, — Sejak lebih setahun lalu antara nama yang menjadi sebutan dalam arena politik tempatan ialah Datuk Ibrahim Ali yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas kerusi Pasir Mas, Kelantan.

Tinjauan The Malaysian Insidermenunjukkan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh Ibrahim, namun nampaknya ia masih gagal untuk mendapatkan sokongan menyeluruh pengundi Melayu di kawasan Pasir Mas pada pilihan raya umum ke-13.
Majoriti pengundi Melayu di kawasan ini berpendapat Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hanya pandai “bercakap kosong.”
Ibrahim yang juga Presiden Perkasa memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi.Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS.Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi.

Pada pilihan raya umum ke-11 2004, Ibrahim turut bertanding di kawasan tersebut sebagai calon Bebas namun tewas.
Ia dimenangi calon PAS Ismail Noh (17,526 undi) manakala calon Umno Datuk Abd Rahim Ab Rahman hanya memperoleh 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198 undi.
Ibrahim buat pertama kali memenangi kerusi Pasir Mas pada pilihan raya umum 1986 dengan memperoleh 55 peratus atau 15,711 undi dan mempertahankan kerusi itu empat tahun kemudian atas menggunakan tiket S46.
Beliau tewas tiga pilihan raya umum seterusnya dan menang kembali dua tahun lalu atas tiket PAS.
Semenjak menjadi Ahli Parlimen, Ibrahim melalui Perkasa banyak membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu dan juga perpaduan Melayu yang dilihat semakin terhakis.

Malah beliau turut “menghentam” pemimpin PAS dan Umno dan Parlimen apabila ia berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu.
Seorang penduduk, Yusof Hasan, 72, berkata, Ibrahim tidak akan berpeluang untuk memenangi pilihan raya umum akan datang kerana pengundi di Parlimen itu tidak menyukainya.
“Dulu beliau (Ibrahim) bertanding dengan tiket PAS dan dalam pilihan raya akan datang saya tidak akan lagi mengundi beliau.

“Ini kerana beliau hanya mendatangkan lebih banyak masalah, bukan kebaikan terutamanya kepada pengundi-pengundi di sini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Tambahnya, Ibrahim hanya bernasib baik menang dalam pilihan raya umun ke-12 kerana PAS memberikan ruang kepadanya.
“Pilihan raya akan datang saya pasti PAS tidak akan tertipu lagi, sejak menjadi Ahli Parlimen saya lihat beliau banyak menghentam PAS di Parlimen.
“Jadi saya rasa PAS pasti akan letakkan calon sendiri,” katanya.

Bagi Salleh Hussin, 63, pula, sudah sampai masa Ibrahim melupakan hasrat untuk bertanding semula di Parlimen Pasir Mas kerana pengundi-pengundi di kawasan itu sudah muak dengan tindakan yang dilakukan beliau sejak menjadi wakil rakyat.
“Saya dah serik nak undi beliau lagi, semenjak jadi wakil rakyat tiada apa yang beliau lakukan untuk kami di sini.
“Beliau hanya tahu cakap sana, cakap sini... tapi tiada apa-apa yang dilakukan,” katanya dengan nada kecewa.
Suhaimi Deraman, 42, berkata PAS perlu meletakkan calon lain dalam pilihan raya akan datang dan jangan memberikan mandat kepada Ibrahim untuk bertanding atas tiket parti Islam itu.
“Saya tidak mahu beliau jadi Ahli Parlimen lagi, saya mahu PAS letakkan calon lain kerana ramai lagi calon yang berkebolehan untuk menjadi wakil rakyat.
“Lagipun Datuk Ibrahim tidak buat apa-apa pun kepada penduduk di sini, beliau hanya tahu bercakap sahaja,” katanya.
Menurut Salleh Junoh, 63, dia sanggup tidak membuang undi dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Ibrahim tetap bertanding atas tiket PAS.
“Saya sanggup tidak mengundi kalau PAS tetap memberikan mandat kepada Datuk Ibrahim.
“Jadi saya minta supaya PAS tidak lagi memberikan mandat kepada beliau sebaliknya meletakkan calon lain yang berkebolehan,” katanya.
Bagi pesara Yusoff Mohamad, 56, tiada pengundi di Parlimen itu akan memberikan undi kepada Ibrahim sekiranya beliau bertanding atas tiket Umno ataupun sebagai calon Bebas.
“Dulu beliau menang atas tiket PAS, kalau beliau bertanding atas tiket Umno sudah pasti beliau akan kalah.
“Jadi Ahli Parlimen kemudian di Parlimen hentam pula pemimpin PAS... macam mana ini? Saya percaya dalam pilihan raya akan datang beliau pasti akan kalah,” katanya.

Dia juga menjelaskan bahawa pengundi di Kelantan mempunyai pandangan yang berbeza dalam politik.
“Kalau di kawasan lain pengundi pasti akan melihat kepada calon yang bertanding tetapi di sini (Kelantan) kita melihat parti.
“Saya percaya kalau PAS meletakkan calon yang kurang sempurna seperti buta pun boleh menang di sini (Pasir Mas),” katanya.
Seorang lagi pengundi di kawasan itu Rahman Mat, 48, berkata, tiada perubahan yang dilakukan Ibrahim semenjak menjadi wakil rakyat.
“Saya ada satu perkara untuk menggambarkan Datuk Ibrahim, kucar-kacir dan hanya tahu bercakap sahaja.
“Anda boleh tengok sendiri, selama ini apa yang beliau lakukan? Hanya tahu bercakap sahaja, cakap pasal orang Melayu, cakap pasal perpaduan tetapi akhirnya tiada juga perubahan,” katanya.
Menurut peniaga, Syed Khalid Syed Zakaria, 38, apa yang dilakukan Ibrahim selama ini adalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terutamanya pengundi di Parlimen Pasir Mas.
“Tapi apa yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.
“Pengundi sudah serik dan tidak akan tertipu lagi dengan apa yang dicakapkan beliau. Cukuplah apa yang beliau lakukan selama ini. Kami lebih selesa dengan PAS berbanding beliau,” katanya.
Parlimen Pasir Mas mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana ketiga-tiga tersebut dimenangi PAS pada pilian raya umum lalu. Ketiga-tiga DUN tersebut adalah DUN Tendong (Mohamad Mat Daud), Pengkalan Pasir (Hanifa Ahmad) dan Chetok (Abdul Halim Abdul Rahman).
Namun, masih ada pengundi di Parlimen Pasir Mas mahukan Ibrahim kekal menjadi wakil rakyat dan memenangi pilihan raya akan datang.
“Sebagai pengundi saya sayang akan wakil rakyat saya. Walaupun masih tiada perubahan yang dilakukan namun beliau banyak membantu rakyat di kawasan ini.
“Beliau memang seorang yang pemurah dan selalu menghulurkan bantuan kepada mana-mana penduduk yang memerlukan bantuan.
“Bahkan beliau juga ada memberikan sumbangan Hari Raya kepada penduduk,” kata Hasan Ali, 63.
Dia berkata Ibrahim masih berpeluang untuk menang di kawasan itu dalam pilihan raya akan datang.
“Saya rasa beliau boleh menang lagi,” katanya.
Bagi Azan Abdul Rahman, 24, walaupun masih baru menjadi wakil rakyat Ibrahim telah menunjukkan prestasi dan imej yang baik kepada rakyat.
“Beliau masih lagi baru, mungkin masih banyak perubahan yang boleh dilakukan.
“Jadi beliau perlu diberikan lebih masa dan peluang untuk menunjukkan apa yang boleh dilakukan,” katanya.
Esok satu program Perhimpunan Melayu Perkasa Kelantan akan diadakan di Pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas.

Selain Ibrahim, program tersebut turut disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
The Malaysian Insider difahamkan seramai 20,000 orang akan hadir ke program tersebut.
Dalam pada itu, walaupun Ibrahim dilihat sebagai pemimpin rasis, andaian yang dinafikannya, bagi masyarakat Tiong Hua di Kampung Cina di sini, ketua Perkasa itu merupakan seorang pemimpin yang memahami dan tidak membezakan taraf antara kaum.
“Saya lihat beliau (Ibrahim) adalah seorang pemimpin yang bagus.
“Walaupun masih tiada perubahan yang jelas dilakukan beliau semenjak menjadi wakil rakyat, tapi apa yang positif tentang beliau adalah tidak pernah membezakan orang Melayu dan orang Cina di sini,” kata Teo Bo Tiap, 40, ketika ditemui The Malaysian Insider pada Pesta Tanglung di Kampung Cina di sini malam tadi.
Program anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia Pasir Mas dirasmikan oleh Ibrahim.

Ia disertai kira-kira 100 orang masyarakat Tiong Hua dengan Ibrahim disambut dengan perarakan tanglung sebelum dipersembahkan dengan tarian singa.
Tan Ah Wang yang berusia 61 tahun memberitahu walaupun masih lagi baru wakil rakyat di kawasan itu, namun Ibrahim telah menjalankan tugasnya dengan baik.
“Setakat ini apa yang beliau lakukan masih lagi tiada masalah.
“Sebagai pengundi di kawasan ini saya berpuas hati dengan usaha-usaha yang dilakukan selama ini.
“Selain itu, saya juga melihat beliau tidak membezakan orang Melayu dan Cina, sebaliknya beliau memberikan hak sama rata kepada semua,” katanya.

Tambahnya, hubungan antara orang Melayu dan orang Cina di kawasan itu boleh diibaratkan seperti adik-beradik.
“Kami di sini tiada masalah dengan orang Melayu. Kami juga selalu kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.
“Kadang-kadang kalau ada perayaan kami juga dijemput sama begitu juga sebaliknya,” katanya.
Seorang lagi masyarakat Tiong Hua yang hanya mahu dikenali sebagai Yap, 38, berkata, sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat Ibrahim selalu turun padang untuk menemui penduduk.
“Beliau selalu juga turun padang jumpa dengan penduduk di sini.
“Kadang-kadang beliau juga ada memberikan sumbangan kepada penduduk yang mempunyai masalah dan bagi saya secara peribadi beliau merupakan seorang pemimpin yang baik dan pemurah,” katanya.
Seorang penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Tan memberitahum walaupun berlainan bangsa dan budaya, namun orang Melayu dan orang Cina di kawasan itu boleh hidup sebagai sebuah keluarga yang besar.
“Di sini orang Melayu atau orang Cina semua sama sahaja. Kami boleh duduk dan makan bersama.
“Kami di sini tidak ada gaduh seperti di bandar besar.. kau duduk sana, aku duduk sini, itu semua tidak berlaku di sini,” kata yang berusia 50 tahun.

Dalam pada itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ong, 41, berkata, masih banyak perkara yang perlu dilakukan Ibrahim sekiranya mahu terus kekal menjadi wakil rakyat.
“Banyak lagi perkara yang perlu beliau lakukan. Beliau perlu membuktikan kepada semua bahawa beliau mampu membawa perubahan di sini.
“Beliau juga harus berhenti bercakap terlalu banyak dan buat perkara yang boleh meraih kepercayaan penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ong Lee Kin, 41, berkata dia tidak terlalu menyukai Ibrahim kerana pemimpin itu banyak bercakap kosong dan bersifat perkauman.
“Saya tidak berapa suka beliau. Sebab yang pertama beliau banyak cakap perkara yang bukan-bukan.
“Kedua, beliau banyak bercakap pasal perkauman yang saya anggap ia tidak wajar dilakukan,” katanya.
Justeru dia menasihati Ibrahim supaya menghentikan daripada bercakap perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan kaum lain di negara ini.
“Apa yang beliau cakap pasal perkauman boleh menyinggung perasaan kaum-kaum lain.
“Jadi adalah lebih baik beliau berhenti bercakap akan perkara itu,” katanya.

TMI

Azmin dan Zuraida Apa Macam Boleh Jawab ke....???

on

ADUN-ADUN YANG BERWAJIB SILA AMBIL PERHATIAN.........
Para pembeli rumah Ukay Bistari di Hulu Kelang, projek yang kini terbengkalai, memberi kata dua akan mengundi kepada perikatan - sama ada BN atau Pakatan Rakyat — yang sanggup menyelesaikan masalah mereka sebelum pilihan raya umum ke-13. Kata dua mereka muncul di tengah-tengah usaha keras PR dan BN mahu menambah kedudukan mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor. 


PR mengambil alih kerajaan negeri, yang paling kaya di negara ini, menerusi pilihan raya umum dua tahun lalu.


“Dalam tindakan terdesak terakhir ini, para pembeli yang kebanyakannya penduduk kawasan Parlimen Ampang dan Gombak kini menawarkan peluang kepada kerajaan negeri dan pusat dalam tender yang unik bagi memberi undi blok kepada kerajaan yang sedia membantu masalah perumahan kami,” kata

Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah UKB (PHUKB) Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman dalam emel kepada media hari ini.


“Kami boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa (kami ada)n minimum 4,000 undi dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau lagi.


The Malaysian Insider difahamkan tindakan agresif pembeli-pembeli terbabit sudah cukup untuk menjatuhkan wakil PR di kerusi Parlimen Gombak dan Ampang serta kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Kata dua mereka sekali gus memberi gambaran bahawa rakyat tidak peduli mengenai politicking yang wujud sekarang, sebaliknya mahu masalah-masalah setempat yang dihadapi diselesaikan.

Ia juga memberi amaran kepada PR bahawa penguasaan mana-mana negeri termasuk Selangor bukan sesuatu yang kekal jika masalah seumpama itu tidak diselesaikan.


Dr Rafick memberitahu The Malaysian Insider hari ini, kesemua 2,000 ahli PHUKB menyokong rancangannya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi membolehken masalah perumahan mereka diselesaikan.

“Setakat minggu lalu, kami menerima pengesahan bahawa bank undi yang terjamin adalah seramai 6,000 orang,” kata beliau sambil menambah mereka juga sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan rakan-rakan mereka dan jiran masing-masing.

“Kami akan bercakap atas satu suara dalam isu ini,” kata beliau.


Daripada jumlah itu, 68 peratus pengundi adalah dari kawasan Parlimen Ampang, 30 peratus dari Gombak dan baki dari kawasan lain.

Beliau mendakwa jika kerajaan PR mengetepikan permintaan mereka, kemungkinan wakil rakyat semasa akan dibuang undi keluar dan digantikan oleh BN.

“Berdasarkan paten undi dan keputusan pilihan raya umum lalu, bilangan undi yang kami tawarkan sudah cukup untuk mengubah kedudukan Ahli Parlimen Gombak dan Ampang serta ADUN Bukit Antarabangsa,” tegas beliau.

Naib Presiden PKR Azmin Ali merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa manakala Ketua Wanitanya Zuraida pula Ahli Parlimen Ampang.Bagi membuktikan ikhlas dalam niat mereka, ahli-ahli PHUKB akan berhimpiun di tapak projek pada 3 Oktober untuk menaikkan kain rentang 6.6 meter x 10 meter (20 kaki x 30 kaki) menghala ke arah Jalan Lingkaran Tengah untuk meluahkan pendirian mereka.

“Kami sudah penat menjadi mangsa dalam semua perundingan bagi menyelesaikan isu ini, yang terbengkalai sejak 2003,” katanya.

“Kerajaan negeri Selangor telah campur tangan dan menjadikan keadaan lebih buruk bagi kami.

“Kami juga mengadakan perbincangan menerusi kerajaan persekutuan, melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tetapi sehingga kini tiada masa yang diselesaikan,” katanya.


Dr Rafick juga melahirkan rasa kecewa dengan kerajaan negeri Selangor yang lebih banyak fokus ke atas pilihan raya {KR berbanding isu-isu lain yang lebih penting.

“Saya sangat kecewa. Dalam kapasiti peribadi, saya mengundi Azmin dalam pilihan raya tetapi nampaknya beliau telah mengecewakan saya,” katanya.

Azmin akan bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan pusat PKR bulan depan.

“Kami telah memberikan pemaju-pemaju satu peluang. Kami juga sudah bercakap dengan kerajaan Selangor, kementerian.

“Adalah jelas, ia memerlukan kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab itu kami tiada pilihan, dan perlu melakukan yang ini,” kata Dr Rafick.


Menurut laporan kemajuan PHUKB yang dikeluarkan Februari lalu, projek pembangunan perumahan Ukay Bistari bernilai RM200 juta dimulakan oleh sebuah syarikat dikenali sebagai Damai Bistari Sdn Bhd, yang dimiliki penuh oleh Intelbest Corporation Sdn Bhd.

Damai Bistari, menurut Dr Rafick, diuruskan oleh Tan Sri Chan Ah Chye yang merupakan penasihat korporatnya.


Chan juga pengarah eksekutif Talam Corporation Bhd, syarikat yang terpaksa memperoleh sokongan kewangan kerajaan negeri Selangor berjumlah RM392 juta untuk diselamatkan daripada hutang.

Projek Ukay Bistari melibatkan 1,800 unit rumah kos rendah, apartmen kos sederhana, apartmen servis. rumah-rumah teres, lot-lot kedai dan pejabat.

Sejak dilancarkan 98 peratus unit sudah habis dijual tetapi pembangunannya berhadapan dengan masalah ekoran kesukaran kewangan.



P/S: Ambik hang. Nak sangat! Kawasan sendiri tak boleh setel berangan nak conquer PKR.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List