Kak Wan Hang Konfiden Ker....???

on Sep 25, 2010



Wan Azizah Doa Anwar Tidak Masuk Penjara

KUALA LUMPUR 25 Sept - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail berdoa agar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dimasukkan ke dalam penjara untuk kali kedua berhubung perbicaraan Fitnah II yang kini dihadapi beliau.

Dr Wan Azizah meluahkan harapan beliau ketika hadir pada majlis jamuan rumah terbuka anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Dalam ucapan ringkasnya, beliau merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir disamping mengucapan selamat menyambut Aidilfitri.
"Kepada anakanda saya, Nurul Izzah dan suami tercinta, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mujurlah tak masuk jel lagi, harap-harap tak adalah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang sempat berucap untuk beberapa minit yang mana beliau membidas sikap diskriminasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang enggan memberi kebenaran kepada anaknya untuk menggunakan dewan di kawasan terbabit bagi penganjuran majlis tersebut.

"Ini jamuan rakyat, dan kita makan cara rakyat. Di Lembah Pantai, Kampung Kerinchi sungguhpun banyak dewan tetapi dewan tak diluluskan. Tetapi ini dewan bagi kegunaan rakyat.
"Jadi saya mengucapkan tahniah kepada anakanda saya, Nurul Izzah (kerana mengadakan majlis itu) dan ucapan terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan kepada Wan Azizah dan juga anak-anak saya," kata Anwar ringkas.

Anwar dan Dr Wan Azizah kemudiannya meninggalkan majlis selepas kira-kira 15 minit bersama rakyat Lembah Pantai.

Walaupun disekat oleh DBKL menggunakan dewan orangramai sambutan Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai tetap meriah dengan kehadiran lebih 3,000 tetamu daripada pelbagai kaum.

Malah ada yang sanggup datang dari Negeri Sembilan hanya semata-mata mahu bersama Nurul Izzah serta kedua-dua ibubapanya di majlis itu. 

Majlis yang berlangsung mulai pukul 8.30 malam terpaksa diadakan di khemah kawasan lapang Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi.

Penduduk kawasan itu mengambil peluang untuk beramah mesra dan bersalaman dengan Nurul Izzah.
Dalam ucapannya beliau menyentuh mengenai kesukaran beliau sebagai ahli parlimen untuk mendapatkan kebenaran menggunakan dewan serbaguna di kawasan itu.

"DBKL begitu sukar untuk memberikan permit untuk mengadakan majlis ini. Setelah beberapa kali usaha untuk mendapatkan kebenaran menggunakan dewan akhirnya majlis ini dapat diadakan di sini (di kawasan lapang)," kata beliau.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh dan beberapa pimpinan PAS disamping 33 anak yatim dari Asdaf Bukit Persekutuan yang menerima sumbangan duit raya daripada Nurul Izzah.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List