Kongres PKR dipenuhi emosi dan angan-angan...?

on Nov 27, 2011



Sebaik sahaja Timbalan Presiden PKR merasmikan sayap wanita dan AMK, dia mencanangkan bahawa Anwar Ibrahim pasti menjadi Perdana Menteri ke-7 negara, sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan.

Malah Timbalan Presiden PKR itu mengeluarkan ancaman, jika Anwar didapati bersalah kerana meliwat, maka dia akan mengetuai sayap wanita dan AMK untuk merobohkan tembok penjara.

Melalui kenyataan Azmin yang dizahirkan melalui ucapan itu, jelas bagi kita bahawa perjuangan PKR hanya semata-mata untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri, melalui cara apapun, termasuk melanggar undang-undang.

Tentangan perwakilan PKR terhad Rang undang-undang Perhimpunan Aman, merupakan salah satu strategi parti itu, bahawa jika Anwar dimasukkan dalam penjara kerana didapati bersalah, maka mereka akan turun ke jalan, mencontohi rakyat Mesir yang berjaya mengulingkan Husni Mubarak.

Mereka telah tahu, bahawa undang-undang pengistiharan darurat telah ditarik balik, atas sebab itu, mereka menentang Rang Undang-undang itu, demi memperlancar tindakan mereka.

Walaupun PKR adalah parti terlemah antara tiga parti Pembangkang DAP-PAS-PKR, mereka memaksa juga, agar Anwar dilantik Perdana Menteri.

Sayang, emosi perwakilan dan para pemimpin PKR itu, hanya terhad dikalangan mereka, mereka asyik dengan angan-angan, mereka lupa bahawa kemenangan dalam pilihanraya itu berasaskan kepada undi majoriti rakyat.

Mereka terlupa bahawa sebahagian rakyat masih mempertahankan kerajaan BN, walaupun pada PRU-12, dikala BN dalam keadaan terlemah, pun demikian, mereka hanya mampu mengurangkan kuasa 2/3 BN dalam Parlimen, dan menguasai beberapa negeri, namun keadaan pada tahun 2008 itu, tidak lagi sama dengan keadaan sekarang.

Semenjak Konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan yang diikuti berbagai transforamsi apakah dalam politik, ekonomi dan sosial, rakyat telah faham, bahawa Kerajaan BN telah berubah sesuai dengan tuntutan zaman.

Rakyat majoriti telah mengerti bahawa Kerajaan BN akan terus melakukan Transformasi, demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat dalam mencapai wawasan 2020.

Rakyat tidak akan mahu menjadi uji cuba, Pakatan, kerana, biasanya Kerajaan yang tiada pengelaman akan mencuba berbagai perkara, yang belum tahu keputusannya.

Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak (11 bulan), telah merasakan bahawa janji-janji Pakatan sukar ditunaikan, sehingga majoriti janji-janji itu hanya menjadi retorik.

Percayalah, Kerajaan BN yang mempunyai pengalaman mengurus negara lebih setengah abad, telah melalui berbagai ranjau sebelum menemukan ramuan yang dizahirkan melalui Wawasan 2020 dan pelaksanaannya dilaksanaan melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.


Photobucket

BN Sudah Tidak Wujud, Tinggal Umno Sahaja

on



JOHOR BAHRU : Barisan Nasional sebenarnya telah mati dan hanya tinggal nama yang diusung Umno sebagai modal politik, begitu menurut Timbalan Presiden Azmin Ali dalam sesi temubual khas Fokus Berita malam tadi.


Beliau berkata rakyat Malaysia umumnya sedar parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC dan Gerakan kini hanya perkakasan mewarnai teater propaganda Umno.
"Bagi saya Barisan Nasional tidak lagi wujud. MCA, Gerakan, MIC dan beberapa parti-parti komponen lain tidak lagi relevan. Kalau kita tanya masyarakat, MCA dan Gerakan itu parti sejarah dan tidak lagi mampu membela nasib masyarakat Cina.

Yang tinggal dalam BN sekarang ini hanya Umno yang masih lagi mempunyai sedikit pengaruh khususnya dikalangan orang-orang Melayu,".jelas Azmin.
Fokus Berita khas itu sempena Kongress ke-8 PKR di Pulai Springs Resort di sini.
Ketika keputusan rasmi PRU-12 diumumkan, BN kehilangan 82 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang dipertandingkan, dengan hanya Sabah dan Sarawak memastikan BN membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Sekiranya Wilayah Persekutuan dianggap sebuah negeri, BN kehilangan enam negeri semuanya. Di Negeri Sembilan, BN hidup dengan hanya majoriti empat kerusi. Di Pahang, BN kehilangan ibu negeri Kuantan.

Parti komponen BN yang dikatakan mewakili suara rakyat bukan Melayu, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Rakyat Malaysia (PPP) kalah teruk di kawasan-kawasan yang merupakan kubu kuat mereka sebelum 2008.

Semua kerusi Gerakan disapu bersih di Pulau Pinang, MCA kehilangan lebih dari 30 peratus kerusi mereka manakala MIC sekadar mampu mempertahankan 8.3% sokongan berbanding 72.4% peratus yang diperoleh pada pilihanraya 2004.

Kajian insitut kajiselidik ASLI meramalkan masa depan yang samar buat BN dengan meningkatnya penghijrahan ke bandar setinggi 73% menjelang tahun 2020.

Satu-satunya penghalang kepada reformasi Malaysia adalah Umno dan Azmin berkata tema "Malaysia tanpa Umno" adalah usaha Parti Keadilan Rakyat untuk menyedarkan masyarakat Melayu.

"Kepercayaan bahawa hanya Umno yang dapat membawa kemakmuran kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih 50 tahun, sehinggakan realiti dibawah ialah rakyat takut untuk melakukan perubahan kerana kebimbangan apa akan jadi kepada negara ini tanpa Umno." katanya.


Photobucket

TIADA PEMIMPIN BUKAN MELAYU BERCITA-CITA JADI PM

on


Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.
“Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.
“Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan.
Tegasnya, DAP bukan ancaman kepada orang Melayu tetapi Umno yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Menruutnya, dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan.
Selain itu, katatanya kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah.
“Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka,” katanya.
Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.
Dalam politik pula, ujarnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, semua menteri besar dan ketua menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang.
Tambahnya, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu.
Oleh itu, ujarnya ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.-HD


Photobucket

Parti Keadilan Menang.....

on





Di Maghribi.....Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) mendakwa kemenanganpada hari Sabtu 26 November 2011 dalam pilihan raya parlimen yang harus menghasilkan sebuah kerajaan yang lebih kukuh selepas RajaMohammed menyerahkan beberapa kuasa untuk menghalang mana-manalimpahan dari kebangkitan Spring Arab.

PJD, yang mendapat sokongan sebahagian besar di kalangan Maghribimiskin, akan menjadi parti kedua sederhana Islam untuk memimpinkerajaan Afrika Utara sejak awal kebangkitan Spring Arab di rantau ini,berikutan Tunisia. Tetapi parti, yang berharap untuk menolak kewangan Islam tetapi ikrar untuk mengelakkan mengenakan kod moral yang ketatke atas masyarakat, akan bergabung tenaga dengan parti lain untukmembentuk kerajaan.





Photobucket

Pakistan Halau Tentera US

on


Berikutan serangan udara di sempadan Pakistan oleh tentera pakatan NATO yang membunuh 28 askarnya, Kerajaan Pakistan telah memberikan tempoh 15 hari kepada tentera US untuk mengosongkan pengkalan yang digunakan mereka serta menutup semua jalan perhubungan yang digunakan NATO untuk bekalan mereka.




Islamabad, Nov 27: Pakistan asked the US to vacate an airbase that has reportedly been used by American drones and closed NATO supply routes in response to a cross-border air strike by the coalition aircraft that killed 28 Pakistani soldiers.

The Pakistan government framed its response to the NATO air strike during an emergency meeting of the Defence Committee of the Cabinet chaired by Prime Minister Yousuf Raza Gilani.
The meeting was attended by the three service chiefs, including army chief Gen Ashfaq Parvez Kayani. The cabinet committee decided to “close with immediate effect the NATO/ISAF logistics supply lines” and asked the “US to vacate the Shamsi airbase within 15 days”, said a statement issued by the Prime Minister’s House.The move came hours after NATO helicopters and fighter jets fired at two border posts in Mohmand tribal region at 2 am.

Officials were quoted by the media as saying that 28 soldiers, including a major and a captain, were killed and 15 more injured in the air strike. A statement issued by the army put the death toll at 24. Kayani strongly condemned “NATO/ISAF?s blatant and unacceptable act” and issued orders for taking all necessary steps for “an effective response to this irresponsible act”.The Defence Committee of the Cabinet “reiterated the resolve of the Pakistani people and armed forces to safeguard Pakistan?s sovereignty, independence and territorial integrity at all costs”, the official statement said.
Courtesy : PTI


Photobucket

Don't Be Jealous

on






Catriona Ross Baharin berkata, ada rakan-rakan yang berasal dari sekolah dan kampung yang sama hilang dari sisinya ekoran perubahan yang berlaku kepada dirinya.

Menurutnya, mungkin rakan-rakan yang `hilang’ itu merasa segan dengan perubahan dirinya yang tidak sesuai dengan mereka dari segi berpakaian, pemikiran dan percakapan.

“Saya maafkan mereka,” ujarnya pada Forum Dhuha yang diadakan di Surau al-Hidayah, Seksyen 7, Kota Damansara pagi tadi. Turut menjadi panel ialah Ustaz Yusof Embong.

Meskipun begitu, beliau merasakan perubahan yang berlaku kepadanya sekarang disukai ramai manusia.

Justeru, artis kelahiran Kelantan itu merasa lebih selesa dan sangat bahagia dengan suasana yang dilalui kini.

“Saya sangat-sangat bahagia sekarang, tak sesibuk dulu, saya tak sesibuk dulu, saya tak shooting sekarang,” ujarnya lagi.

Katanya, situasi yang dilalui itu dapat memberi peluang kepada orang ramai supaya memahami perubahan yang berlaku kepadanya.

Sehubungan itu, ujarnya ada di kalangan masyarakat yang menggelarnya ustazah dan beliau berdoa agar dapat menjadi pendidik selaras dengan gelaran itu.

Catriona juga merasa lebih selesa dengan memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi di institusi pengajian tinggi dan syarikat swasta.

Baginya, perubahan yang berlaku kepadanya itu telah mengembalikan beliau kepada fitrah manusia.

“Saya bersyukur kepada Allah, hidup saya berubah dalam sekelip mata,” katanya.
Beliau menambah, apa yang berlaku itu juga telah mengangkat darjat dirinya dan memberi kekuatan bagi menjalani kehidupan sekarang.



Photobucket

MENGIMBAS KEMBALI KES ROGOL GADIS BAWAH UMUR MELIBATKAN KETUA MENTERI MELAKA TAHUN 1994

on




Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan penderitaan yang ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang mengetahui akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu, RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya berlaku, 18 tahun lalu!


Perbicaraan LIM GUAN ENG, 1997 adalah perbicaraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.

Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak.

Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan. Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta pertolongan.

Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.

Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Lim berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita.

Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."

Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti...

Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"


Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:
Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara
kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol
oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik
Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.

Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.

Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka


Photobucket

Qalisha Ray Dikatakan Ada Iras-Iras Kim Kardashian...?

on

Hmmm. Baru-baru ini ada suara-suara yang menyatakan wajah penyanyi baru Qalisha Ray ada iras-iras Kim Kardashian. Di pandangan mata Abang Nara, tak adalah sama pun. Tapi kalau tak ada iras pun, kejelitaan Qalisha Ray ini memang tak boleh dinafikan lagi. Jom kita buat perbandingan jom.
1. Qalish Ray
qalisha ray
2. Kim Kardashian
qalisha ray
Teruskan membaca entri ini sepenuhnya untuk beberapa keping lagi gambar Qalisha Ray. Jangan lupa LIKE Facebook Qalisha Ray tanda sokongan kepada penyanyi baru ini.
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray
qalisha ray


Photobucket

Falsafah Politik Winnable Candidate Dan Warlords UMNO

on




Isu pemilihan calon dan langkah perlu bagi menangkis tohmahan pembangkang dijadikan agenda utama pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Kriteria baru pemilihan calon bagi memastikan kemenangan kepada BN bukan lagi bersandarkan hirarki dalam parti.

Ada beberapa aspek penting yang menjadi tema besar ucapan dasar presiden, iaitu tanggungjawab memperkukuhkan semua bentuk agenda, sistem dan jentera parti bagi menghadapi PRU-13.

Faktor calon boleh menyebabkan parti menjadi lemah sekiranya ada pihak tidak menyokong keputusan parti. Kajian menunjukkan faktor calon memang menyumbang kepada kemenangan, tetapi faktor kestabilan atau permasalahan dalaman juga turut menjadi penyebab kemenangan atau kekalahan.

Pada PRU-12, masalah dalaman parti menjadi penyumbang utama kekalahan UMNO dan calon lain dalam BN. Pemimpin atasan turut bimbang kepada permasalahan pemimpin pada peringkat bahagian atau apa yang diistilahkan sebagai ‘warlords’.

Pemimpin tertinggi UMNO mahu masalah dalam rumah tangga kepemimpinan pada peringkat bahagian diselesaikan agar ia tidak terus mengakibatkan parti menjadi lemah pada PRU-13.

Ini bermakna jawatan dipegang pada peringkat bahagian bukan lagi penentu bagi pemilihan sebagai calon. Sistem baru pemilihan calon itu memang sukar sebab faktor “warlords” itu, namun ia adalah hakikat yang perlu diterima sebagai kriteria dalam pemilihan calon kali ini.

Parti berkehendakkan ‘winnable candidate’ atau calon yang dijamin menang bagi membolehkan BN memperoleh majoriti dua pertiga atau menang besar seperti pada 2004.

Bolehkah UMNO mendapat pencapaian terbaik seperti pada 2004 atau terburuk dalam sejarah seperti pada 2008. Apakah mustahil bagi UMNO mencapai tahap kemenangan 2004?

3.2 juta ahli UMNO sebenarnya tidak faham dan masih kabur dengan konsep winnable candidate kerana mereka sudah biasa dengan budaya warlords UMNO. Semua 122 Bahagian UMNO ada warlordnya. 

Sejak 60 tahun UMNO ditubuhkan sistem warlords UMNO berjalan. Kalau satu masa dulu, pemilihan jawatan dalam UMNO baik dalam cawangan dan Bahagian setahun sekali. Ahli UMNO kerap mengadakan pemilihan jawatan parti namun UMNO tetap kuat kerana yang menang boleh menerima yang kalah dan yang kalah boleh menerima yang menang. Ini dipanggil positif warlords.

Keadaan UMNO bermasalah sistem warlordnya bila yang menang tidak boleh menerima yang kalah dan yang kalah tidak boleh menerima yang menang. Ini dipanggil negatif warlords.

Keadaan menjadi buruk bila pemimpin tertinggi UMNO menggalak dan membiarkan tokoh-tokoh korporat menguasai UMNO dan meminggirkan golongan tradisional bukan korporat yang selama ini berjuang dengan penuh dedikasi dan setia tanpa ada apa-apa kepentingan. Tokoh korporat UMNO ini berjuang dalam UMNO lebih kepada kepentingan diri dan akhirnya merosakkan parti.

Mahathir dan Tengku Razaleigh sebenarnya bertanggungjawab memecahkan parti UMNO kerana kedua tokoh ini tidak dapat membezakan konsep positif warlords dan negatif warlords. Anwar Ibrahim dengan dorongan Mahathir telah membawa budaya korporat negatif dalam UMNO.

Sebenarnya konsep winnable candidate sudah lama dipraktiskan oleh UMNO sejak 60 tahun dulu. Dulu pun pemimpin tertinggi UMNO memilih calon-calon PRU yang mereka fikir boleh menang dan bila calon-calon ini menang juga boleh dipanggil winnable candidate.

Memang calon UMNO ini syaratnya ialah ahli parti paling minima. Boleh juga letak calon bukan UMNO kalau calon itu boleh dijangka menang tapi kalau mahu menyenangkan parti pilihlah calon dari hirarki kerana calon hirarki itu berpengalaman, bertanggungjawab, tahu apa SWOT analisisnya.

Sebelum PRU 2004, apakah definisi calon-calon yang diletak oleh Pak Lah yang keputusan PRU 11 itu UMNO dan BN telah mendapat rekod kemenangan yang paling cemerlang sekali dalam sejarah PRU BN@Perikatan. Tidakkah calon-calon itu juga boleh dipanggil winnable candidate?

Berlawanan pula bila Pak Lah mengendalikan PRU 2008 bila masa timing PRU yang tidak kena dan sesuai, bila harga petrol dinaikkan tinggi semudah itu, bila 70 Ketua UMNO Bahagian tidak bertanding parlimen dan DUN, bila Mahathir bising, bila media sosial berjaya menipu orang muda maka pada ketika itu apa-apa calon winnable candidate dari BN turun dari langit pun tidak boleh menang.

Kalau ikut teorinya UMNO sudah sepatutnya sudah tumbang dan menjadi pembangkang namun masih ada lagi golongan tradisional Melayu masih mempertahankan UMNO kerana mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Tapi keadaan sudah lain kini. UMNO sudah belajar dari kesilapan. UMNO sudah bersedia. Media sosial pro UMNO dan BN sudah bersedia, pemimpin akar umbi sudah bersedia, pemimpin sayap-sayap sudah bersedia dan UMNO dan BN kini juga ada:

  • Winnable Prime Minister
  • Winnable Ministers
  • Probably winnable senators....
  • Winnable UMNO
  • Winnable BN

Begitulah serba sedikit falsafah politik winnable candidate dan warlords UMNO buat coretan..


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List