7 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Pantas

on Apr 7, 2012

http://2.bp.blogspot.com/-o1dfY7LeDYA/T31UqU1xFHI/AAAAAAAAD_E/S9qjq3Njf20/s1600/https.jpg

1. Switzeland
Sebuah negara Eropah yang terkenal dengan jam yang mempunyai kualiti ini mempunyai kepantasan capaianpada purata 7.3 Mbps.Pada kelajuan sebegini ianya cukup pantas walhal pengguna internet berada dalam lingkungan 5.8 juta pengguna


2. Republik Czech
Republic Czech memiliki kepantasan capaian internet pada purata kelajuan 7.4 Mbps dan ianya sebuah negara yang cukup maju dalam aktiviti perhubungan kerana negara ini mempunyai pelanggan Wi Fi terbanyak di Eropah

3. Latvia
Walaupun ia adalah sebuah negara yang kecil namun penduduk negara ini berpuas hati dengan kelajuan internetnya dan menurut Akamai kelajuan internetnya pada sekitar purata 8.2 Mbps

4. Belanda
Adalah tidak menghairankan bagi sebuah negara maju seperti Belanda yang lebih di kenali dengan negara Kincir Angin dengan purata 8.5Mpbps.Kebanyakan penduduk di Belanda mempunyai akses kepada Internet iaitu pada sekitar 92%.

5. Jepun
Negara yang di kenali dengan pelbagai gelaran seperti Negara Matahari terbit dan ada juga menggelarnya Negara Sakura memang terkenal dengan kemajuan teknologinya dan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka juga mempunyai kelajuan internet pada sekitar 8.9 Mbps

6. Hong Kong
Negara yang merupakan sebuah negara bekas Wilayah China ini mempunyai pengguna internet sekitar 4.9 juta.Dan rakyat Hong Kong ternyata mereka pasti berpuas hati dengan kelajuan internet pada sekitar 10.3 Mbps

7. Korea
Rakyat di negara Korea pasti berbangga kerana mereka adalah negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling pantas.Dengan kemudahan internet yang disediakan kerana kelajuan internet di sini cukup mengkagumkan iaitu pada sekitar 13.8 Mbps.

kakionline



Photobucket

Keajaiban Sewaktu Kelahiran Rasulullah SAW

on




Assalamualaikum,  Alhamdulillah terjumpa kisah keajaiban semasa kelahiran Rasulullah ni di blog cfu zam jadi elok dihebahkan di sini pulak…kerana kita memang kena selalu ingat akan  Rasul kita ini untuk menandakan yang kita sangat cintakannya.


"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya. Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.

'' Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya. Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"


Photobucket

Rumah ‘Senget’ Masih Ada Di Johor. Kawasan Ahmad Maslan Pulak Tu.

on

Lebih menyedihkan lagi katanya, tempat yang dikunjunginya itu adalah kawasan Datuk Ahmad Maslan nyata menimbulkan sangsi dan rasa kesal.
"(Datuk) Ahmad Maslan cakap orang Kelantan miskin. Saya tengok tadi (di Kampung Sri Tanjung), tak ada di Kelantan. Senget nak masuk ke sungai. 30 tahun mendiami di situ. Kalau rumah macam ini di Kelantan, dah lama kami bina,” katanya lagi.




image



Photobucket

“Kerajaan BN tahu tapi tutup mata”

on

Kita kena hapuskan monopoli, kita boleh gunakan wang itu supaya dapat mengurangkan beban kerajaan dan pada masa yang sama beban rakyat juga dapat dikurangkan. 
Memang ia tidak memadai, kita kena pecahkan banyak lagi monopoli di bidang lain, ia sekadar dapat kurangkan beban. Tetapi ini saja tidak cukup. Contohnya YTL, rate of return meraka sekarang ini adalah sekitar 20 peratus, ini sangat tinggi.




Photobucket

Tuan Speaker Parlimen Malaysia. Kenapa...?

on

BN paksa Parlimen terima usul ‘reformasi’ pilihan raya tanpa bahas, inikah transformasi Najib?


Apabila wakil-wakil rakyat PR memberitahu Speaker bahawa beliau telah membuat kesilapan,  Pandikar tetap menolak untuk mengkaji semula keputusannya.


Tidak lama selepas makan tengah hari, Pandikar membuat satu kemunculan mengejutkan dalam Dewan dengan terus menggantung tiga wakil rakyat PR, iaitu Azmin, R. Sivarasa (PKR Subang) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) atas alasan mempertikaikan keputusan Speaker.


Menurut Kit Siang, Pandikar yang telah hilang kawalan Dewan terus memaksa usul yang dibawakan oleh Pengerusi PSC tersebut, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, untuk diundi tanpa perbahasan, yang didakwanya diluluskan dengan majoriti Ahli Parlimen yang tidak tahu apa yang sedang berlaku.


Kemudian, Pandikar terus menangguhkan mesyuarat Dewan tanpa memberi peluang kepada sesiapa untuk berucap lagi.





Photobucket

Teladan Buat Pemimpin UMNO

on

Sekurang-kurangnya beliau tidak berbohong atau mengambil hak orang lain untuk melepaskan dirinya, seperti yang pernah dilakukan oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang lain.


Sungguh pun sedikit cebisan rasa berani dan rasa pertanggungjawaban beliau ini, kita sebagai manusia biasa, sewajarnya mengucapkan syabas kepada beliau dan bersabar menghadapi cabaran. Bagi para pemimpin UMNO yang berdegar-degar nak memperjuangkan bangsa, nusa dan agama, haruslah sedar dan cuba mengambil teladan dan sikap sebegini gentleman.






Photobucket

Adakah Syed Mokhtar Penyumbang Dana PRU UMNO...?

on





"Adakah apa yang orang korporat kata asset stripping itu juga dapat membantu menambahkan dana pilihan raya Umno BN?" soal beliau.Berikutan dakwaan bahawa Syed Mokhtar mendapat kelulusan untuk melakukan due diligence ke atas KTM itu, Mohamad bimbang akan wujud raksaksa yang sangat berkuasa ke atas negara ini.

"Saya diberitahu ada khabar angin bahawa Syed Mokhtar telah membuat tawaran membeli PLUS Berhad."Kalau KTM dia punya, PLUS pun dia punya, Syed Mokhtar menjadi individu yang sangat berkuasa, menguasai logistik negara serta menjadi orang yang sangat penting ke atas kesejahteraan ekonomi negara.




Photobucket

Bersih 3.0 - Antara Pilihanraya Bersih Dan UMNO Yang Tidak Bersih

on

Untuk menunjukkan sikap terbuka serta bertanggungjawab dan akur kepada tuntutan itu, Najib kemudiannya bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen atau PSC yang diketuai oleh Dr James Ongkili serta turut dianggotai oleh tiga wakil pembangkang untuk tujuan mengkaji syor-syor yang terkandung dalam tuntutan Bersih 2.0 dan memastikan pilihanraya dapat diadakan dengan adil dan bebas.


Malangnya setelah enam bulan bersidang, cadangan yang dikemukakan oleh PSC telah dibawa ke Parlimen dan diluluskan tanpa bahas. Sebanyak 22 cadangan dikemukakan oleh PSC tetapi daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih 2.0 hanya satu sahaja cadangan yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Semua tujuh tuntutan lain tidak dimasukkan sama-sekali.







Photobucket

Adakah Ini Lawak Bodoh...?

on

Datuk Ibrahim, kerajaan kita byk murah hati ..... Hutang Tajudin Ramli kat 500juta boleh write off ....... Boleh bagi 250juta kat Kak Ijat utk beli harta & duit belanja ...... Tak kan tak boleh mansuh PTPTN???? .....





Photobucket

Azmin dan Shamsida adalah 'biological parent' kepada Farah Afifah

on




MENGAPA AZMIN TAK PERLU LAYAN FITNAH


1. LATAR

Azmin tidak perlu jawab fitnah yang dilemparkan baik daripada Ummi Hafilda, Dr. Hassan Ali atau sesiapapun kerana ia adalah skrip fitnah ulangan dan telah dipatahkan melalui laporan perubatan dan juga keputusan Mahkamah. Azmin tidak harus terperangkap dengan permainan politik ini. KEADILAN juga tidak harus gusar dengan fitnah ini kerana semakin kuat KEADILAN maka lebih kuat fitnah terhadap pemimpin KEADILAN.

2. FAKTA KES

a. Azmin berserta isteri dan anaknya telah membuat ujian DNA sebanyak 2 kali. Ujian DNA yang pertama telah dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998. Ujian DNA yang kedua telah dibuat di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 28 Julai 1998. Kedua-dua ujian ini dibuat oleh Azmin demi membersihkan fitnah jahat terhadap isteri dan anak beliau biarpun dinasihatkan supaya tidak berbuat demikian oleh Raja Aziz Addruce, Peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim.

b. Kedua-dua Laporan Ujian DNA tersebut telah mengesahkan bahawa Azmin dan Shamsida adalah 'biological parent' kepada Farah Afifah. Laporan daripada hospital di Singapura tersebut menyebut; "The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked 'X' (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked 'Y' (child)."

c. Laporan DNA yang dibuat di Hospital Kuala Lumpur atas arahan Musa Hassan juga menunjukkan keputusan yang sama. Walau bagaimanapun keputusan bertulis bagi ujian yang dibuat oleh Dr. Zahari Noor dan Dr. Dahlia tidak diserahkan kepada Azmin sehingga hari ini. Namun, keputusan itu dipastikan melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor pada ketika itu yang mengesahkan temuan DNA itu membuktikan Azmin adalah bapa kepada anak tersebut.

d. Melalui jalan undang-undang, Azmin telah membiawa kes ini ke Mahkamah Seksyen Ampang. Mahkamah Seksyen Ampang pada 25 Jun 2005 telah memutuskan Dato' Khalid Jafri sebagai bersalah di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana memfitnah Azmin dan keluarganya dalam buku 50 Dalil. Hakim telah mentuhkan hukuman penjara satu tahun kepada Khalid atas kesalahan yang sangat serius dan melibatkan banyak pihak dan kesengsaraan akibat kesan psikologi yang terpaksa ditanggung sepanjang hayat oleh anak kecil Azmin.

e. Perihal kes DNA ini telah ditulis dalam buku "Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi Untuk Memfitnah dan Membunuh Kerjaya Politik Anwar Ibrahim" yang diterbitkan pada tahun 31 Ogos 2005 oleh Institut Kajian Dasar.

f. Berkaitan fitnah tentang saham RM8.5 juta yang dikaitkan dengan Azmin, isu tersebut muncul sejak tahun 1995 dan Azmin telah disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atas tuduhan memiliki aset yang tidak setara dengan pendapatannya. Azmin bagaimanapun terbukti tidak bersalah kerana tiada tindakan susulan daripada siasatan itu.

g. Penahanan Azmin pada 16 September 1998 untuk siasatan kes Dato' Seri Anwar yang dituduh menghalang siasatan dan melindungi Setiausaha Sulitnya (Azmin) daripada kesalahan pada 1995 juga telah membuktikan bahawa polis gagal menemui sebarang bukti kukuh. Tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar itu juga telah digugurkan. Perkara ini turut diulas oleh Dato' Shafee Yahaya dalam biografinya "The Shafee Yahaya Story: Estate Boy to ACA Chief" di mukasurat 306 yang menjelaskan bahawa Azmin tidak bersalah. Fitnah inilah yang diulang oleh Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A Vickneswaran.

----------------------------------

Berikut adalah temuan arkib yang boleh dijadikan rujukan untuk menjawab fitnah khususnya dalam isu DNA.


http://arkibperbicaraananwaribrahim.blogspot.com/search/?q=DNA+anak+azmin&search_submit=

Photobucket

Gabungan Jalang Dan Bapa Ayam Faktor Kemenangan UMNO Pada PRU13 Nanti ...?

on

Satu pertemuan yang membabitkan bekas sekutu rapat dengan Anwar Ibrahim telah diadakanbaru-baru nie dan memutuskan untuk menghancurkan masa depan Anwar untuk kali ke 3 pada PRU13 yang bakal menjelma. Kes 'SEK' Anwar adalah isu 'hot' untuk pelacur dan bapa ayam ini untuk urusan  jualbeli





Photobucket

BERSIHKAN PARTI DULU SEBELUM PERTIKAI SPR....

on



PAKATAN pembangkang sewajarnya mencermin dirinya sendiri dengan menilai kebersihan dalam parti masing-masing dan tuntutan ahli-ahlinya yang mahukan penjelasan atas pelbagai isu berkaitan kepimpinan dan masalah moral pemimpin tertingginya berbanding dengan tuntutan untuk pilihan raya yang bersih sebagaimana membantah Laporan Jawatankuasa Parlimen (PSC).




Photobucket

Bekas Pegawai Kerajaan Akan Sertai Pas...?

on

Tindakan Umno Kelantan yang mengeksploitasi pegawai kerajaan supaya meramaikan majlis-majlis politik terutamanya semasa kunjungan presiden Umno ke Kelantan juga menjadi punca kenapa ramai bekas pegawai kerajaan bosan dengan Umno.



Photobucket

MB Kedah: Tarikh PRU ibarat percaturan politik

on

Menurutnya, kerajaan BN hanya akan mengumumkan tarikh pilihan raya apabila mereka yakin boleh menang berbanding kebanyakan negara jiran seperti Indonesia dan Myanmar yang memberitahu rakyat bila pilihan raya akan diadakan.





Photobucket

Silap Mata PRU 13

on

PAS Wilayah Persekutuan memberi amaran kepada pemimpin Pakatan Rakyat supaya bersiap siaga menghadapi apa jua tipu daya yang bakal tersingkap menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.



Ini berikutan dengan laporan media yang menyatakan bahawa terdapat 17 buah kerusi Parlimen mencatatkan peningkatan lebih daripada 20 peratus bilangan pengundi sejak pilihan raya umum 2008.

Parlimen tersebut merangkumi kawasan kubu kuat BN seperti Parlimen Pekan di Pahang, Gua Musang di Kelantan, Bukit Gantang, Gopeng (Perak), Hulu Selangor, Selayang, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang dan Kota Raja di negeri Selangor. Cerita selanjut nya kat sini....



Photobucket

Anifah Aman Terima Rasuah Konsesi Balak

on

Menteri Luar, Anifah Aman (kanan) yang juga ahli parlimen Kimanis hari ini secara rasmi dinamakan sebagai dalang di sebalik pemberian keistimewaan konsesi balak yang diterima daripada Ketua Menteri Sabah yang juga adiknya sendiri, Musa Aman bernilai RM35 juta.







Photobucket

Kenapa Salih Yaakob suka jadi bapok...?

on



Sebut Salih Yaakob orang akan ingat 2 perkara:

Seorang artis yang ada 4 orang isteri.

Seorang tukang lawak radio yang dikenali sebagai SY bergandingan dengan KE dan juga Khairil dalam radio Sinar.FM setiap pagi sepanjang minggu.

Salih Yaakub ditingkatkan popularitinya apabila diberikan peluang menyanyikan lagu-lagu saduran Melayu yang diterjemahkan ke dalam bahasa 'Mat Saleh'. Habis semua lagu Melayu popular dinyanyikan semula dalam bahasa Mat Saleh oleh SY dalam rancangan di Sinar.FM.

Ada berbagai watak yang dimainkan oleh Salih Yaakob dalam menjadi juruhebah radio tersebut:
Watak Mak Ning. Sekarang terkenal dengan siri Mak Ning...Haaaa! Pening! yang ditaja oleh syarikat insuran yang mendakwa sebagai "peneraju kehidupan manusia" dengan hadiah lumayan sebanyak RM70,000 untuk dimenangi. Harga tersebut adalah kacang saja bagi sebuah syarikat Insuran yang mengaut berbillion ringgit hasil dari berniaga 'kalau' dengan orang ramai.

Watak Mat Saleh. Bila Salih Yaakob bertukar menjadi Mat Saleh dia mula bercakap orang putih dengan nada macho giler.

Watak Abang Jem. Abang Jem mula muncul apabila Sinar.FM mahu mengajar para pendengar membuat berbagai-bagai jenis senaman merapu. Cakap apa saja situasi abang jem akan memberi bimbingan bagaimana nak bersenam dalam keadaan itu.

Dalam kesemua watak yang disebutkan di atas, watak yang sentiasa di mainkan oleh Salih Yaakob adalah watak bapok samada watak Abang Jem yang bercakap saling tak tumpah macam bapok tua dan watak Mak Ning, juga watak suara bapok dengan gaya percakapan cara lama seperti pelakon dulu kala zaman P Ramlee.

Sekali sekala lucu juga mendengar celoteh mereka tetapi kebanyakan masa, rasa amat meluat dan nak termuntah apabila mendengar Salih Yaakob melalut dengan gaya suara bapok tua. Saya tertanya-tanya kenapa apabila menjadi pak lawak untuk hiburkan orang, watak bapok amat popular di kalangan artis lawak.

Untuk Salih Yaakob saya senarai kemungkinan berikut di bawah:

Oleh kerana Salih Yaakob beristeri empat, maka dia merasakan watak bapok lakonannya lebih menyerlahkan kejantanannya yang punya isteri ramai sedangkan ramai orang yang tak bapok hanya punyai satu isteri.

Ini membawa kepada andaian yang Salih Yaakob sedang menyindir orang lelaki lain yang biasa dan meluat dengan bapok tetapi tak ramai isteri.

Dalam masa yang sama juga Salih Yaakob dan juga mereka yang sering melakonkan watak bapok mengambil geng-geng bapok sebagai bahan lawak kepada orang ramai. Bagi Salih Yaakob bapok sama juga dengan badut atau pak/mak lawak.

Rakyat Malaysia kebanyakannya amat gemar bersenda gurau dengan bapok dek sikap mereka yang mengada-ngada. Oleh itu watak bapok jika dilakonkan menarik minat ramai rakyat Malaysia.

Perbualan dengan suara original akan menjadi tidak lawak lansung kerana pelawak Malaysia hanya pandai buat mimik orang lain saja untuk timbulkan suasana lawak. Mereka tidak ada idea lawak melalui perbualan terus tanpa mimikan. Ini juga membawa maksud mereka bukannya pandai buat lawak.

Dalam keghairahan pihak berkuasa agama cuba mengawal golongan wanita jadi-jadian di negara kita ini, ada pula pihak yang mempromosikan golongan seperti itu saban hari setiap pagi untuk didengari oleh semua rakyat Malaysia. Patutkah kita biarkan ia berlarutan sebegitu?


sumber :- dari sini


Photobucket

Tubuh Suruhanjaya Diraja Untuk Siasat Pengkhianat Jual Negara

on

Pendedahan ini membenarkan lagi telahan banyak pihak bahawa BN sedang merancang untuk melakukan penipuan secara besar-besaran bagi menghadapi PRU 13. Sekiranya benar dakwaan ini, kesemua nama yang disebut perlu diseret ke muka pengadilan meskipun ia akan menjerat sama pemimpin negara.  Mereka ini adalah pengkhianat negara dan tidak mungkin ada kemaafan bagi mereka.  





Photobucket

Lagi Tangguh PRU, Lagi Banyak Perhimpunan BERSIH

on

"Himpunan BERSIH ni, kalau you tangguh (PRU 13), lebih banyak lagi himpunan BERSIH yang ada.  The more himpunan akan ada," kata Khir Toyo (gambar bawah).  Malah, Khir Toyo berkongsi bacaannya bagaimana perhimpunan BERSIH dijadikan strategi Pakatan Rakyat untuk mengerah sokongan massa.





Photobucket

Chua Soi Lek 'Flip Flop'

on

Rakyat Malaysia tidak akan percaya dengan seruan Presiden MCA Chua Soi Lek untuk memansuhkan loji Lynas dan menganggap tindakan ini sebagai helah pilihan raya umum untuk menipu pengundi.





Photobucket

Terhempasnya Sebuah Jet Pejuang F-18 Ke Bumi.....

on






Jet pejuang tentera laut Amerika Syarikat (AS) jenis F-18 terhempas sebaik berlepas awal pagi ini dan menimpa kawasan kompleks pangsapuri di Virginia sehingga menyebabkan kebakaran besar.

Nahas itu bagaimanapun tidak meragut sebarang nyawa tetapi dilaporkan sembilan cedera setakat ini.

Kedua-dua juruterbang pesawat dilaporkan sempat menarik butang kerusi anjal untuk keluar dari pesawat sebelum terhempas di kawasan padat penduduk di timur kawasan peranginan popular Pantai Virginia.

Kapten Tentera Laut AS, Mark Weisgerber berkata, nahas itu disebabkan masalah mekanikal pada pesawat.

Gobenor Virginia, Bob McDonnell memberitahu stesen CNN, beliau amat bersyukur kerana ia sesuatu yang ajaib apabila nahas pada pagi Jumaat itu tidak membabitkan sebarang nyawa yang terkorban.

Datuk Bandar Virginia, William Sessoms berkata, setakat ini sembilan cedera termasuk dua juruterbang terbabit dan kini dirawat di hospital.

Beberapa saksi pula berkata, pesawat tiba-tiba menjunam dengan tumpahan minyak pesawat yang bersebar dari udara yang mungkin menyebabkan kebakaran yang besar.

“Saya lihat bangunan pangsapuri mula runtuh,” kata saksi, Zack Zapatero kepada CNN.

“Saya tidak melihat seorang pun berlari keluar dari bangunan tetapi saya diberitahu kebanyakan yang mendiami pangsapuri berkenaan adalah warga pesara. Saya amat bimbang ketika itu,” katanya.

“Sukar untuk mempercayainya. Namun pihak berkuasa bertindak cepat apabila segera tiba di tempat kejadian. Ketika inipun kita dapat mencium bau minyak yang kuantitinya sangat banyak di kawasan nahas,” kata seorang lagi saksi, Jon Swain.



Photobucket

Murahnya jawatan tinggi dalam FAM

on

Presiden Fifa, Sepp Blatter mendabik dada dengan laungan ‘Football Family’ tapi di Malaysia, seorang ahli Majlis Tertinggi dianak tiri. Jelas tiada semangat kekeluargaan dalam FAM. Sukan bola sepak sebenarnya membabitkan emosi, ekspresi dan pendapat.




Photobucket

Chong Wei Terlalu Istimewa, Sukar Diganti - Misbun

on

TERKINI!! Tuan Guru Nik Aziz Sudah Keluar Wad!

on

Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, kembali baik dengan perkembangan terbaru menyebut beliau sudah pun keluar dari wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, kira-kira jam 1040 pagi tadi.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List