Jika Bukan Kerana Tunku Abdul Rahman, Mahathir Bukan Lah Warganegara Malaysia

on Jan 24, 2013





Jika Tunku Abdul Rahman tidak memberikan kerakyatan kepada bukan-Melayu semasa Merdeka, Dr Mahathir Mohamad bukanlah seorang warganegara Malaysia hari ini, dakwa sebuah NGO.

Pengerusi Pertubuhan India Progresif Malaysia - Malaysian Indian Progressive Association (Mipas) A Rajaretinam mendedahkan hal ini di dalam satu protes di Brickfields terhadap gesaan Mahathir untuk menyiasat warganegara yang diberikan semasa kemerdekaan.

Bekas Perdana Menteri itu mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai balasannya terhadap pmbongkaran pemberian IC sewaktu RCI Sabah berlansung, yang mendedahkan pentadbiran administrationnya terlibat di dalam memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing di Sabah.

Rajaretinam memberikan gambaran mengenai latarbelakang keindiaan Mahathir, dimana ayahnya ialah seorang imigran India Muslim.

Rajaretinam berkata Mahathir bukan saja menghina Tunku dengan kenyataannya tetapi menghina seluruh rakyat India di negara India.

beliau menambaah kaum India di Malaysia ini memperolehi kewarganegaraan dengan mengorbankan darah, keringat dan airmata untuk tujuan pembangunan negara, bertentangan dengan apa yang berlaku di Sabah.

“Orang-orang tua kami bukan pendatang.

Kita dibawa oleh kerajaan British ke Malaya untuk membangunkan negara ini.

“Apabila anda bercakap mengenai perladangan, landasan keretapi dan pembinaan jalanraya, anda akan melihat pengorbanan orang-orang tua kami berkorban untuk negara,” kata Rajaretinam.

Laporan Polis

beliau juga mengingatkan mahathir dengan kerana undi bukan-Melayulah yang telah menyelamatkan beliau dari tercampak keluar dari kerusinya pada penghujung 80an dan 90an, apabila berlaku krisis beliau dengan, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim.

Rajaretinam berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap Mahathir di Balai Polis Travers pada sebelah petang dan mendesak Mahathir untuk meminta maaf terhadap kenyataannya dalam tempoh seminggu.

“Kami juga meminta Presiden Umno Najib Tun Razak untuk menjelaskan pendirian beliau terhadap hal ini,” tambahnya.

Turut hadir di dalam demo selama, yang disertai oleh 20 orang, ialah ADUN Sungkai A Sivanesan dan Setiausaha Angkatan Warga Aman S Barathidasan.

Sivanesan berkata kenyataan Mahathir berupa hasutan kerana beliau mempersoalkan har kewarganegaraan bukan-Melayu dan juga mempersoalkan kelayakan (merits) kemerdekaan kita.

Rajaretinam menjelaskan Mipas dan 20 NGO yang lain sedang merancang untuk mengadakan satu lagi protes pada Feb 27.




Photobucket

Ubah Sekarang, Cuba Yang Baru.

on





Sejak hidup ini hanya kerajaan yang diterajui oleh UMNO yang dapat dirasa memerintah Malaysia, tidak dinafi negara berada dalam  keadaan aman dan tidak ada berlaku rusuhan kaum yang besar yang boleh menghancurkan negara hanya peristiwa 13 mei tercetus selapas pengumuman pilihanraya pada tahun 1969.

Kini pilihanraya umum ke 13 hampir tiba, Kerajaan BN akan ditentang secara satu lawan satu oleh gabungan parti pembangkang yang dikenali dengan pakatan rakyat (PR) yang dianggotai oleh parti PKR, PAS dan DAP, yang mana semakin hari semakin kuat mendapat sokongan rakyat.

Bagi mengelak kejatuhan kerajaan BN, parti-parti kompenannya yang diterajui oleh UMNO sedang giat mengatur kempen bagi menghalang pengundi dari memberi sokongan kepada PR dan beberapa isu dilontarkan bagi menyekat kemaraan PR. Diantara isu yang hangat ialah sekiranya PR dapat memerintah Malaysia maka DAP lah yang akan berkuasa.

DAP berkuasa bererti orang cina yang berkuasa kerana sejak dulu lagi rakyat Malaysia diwar-warkan bahawa parti DAP adalah parti yang dikuasai oleh kaum cina. yang disamakan dengan kerajaan Singapore iaitu parti PAP memerintah Singapura. Apakah BN lupa siapa yang keluarkan Singapora daripada gagasan Tanah Melayu, bukankah pemimpin UMNO.

Rata-rata diberitahu oleh penceramah BN terutamanya UMNO bahawa sekiranya PR boleh memerintah Malaysia maka terhapuslah kuasa melayu, maka DAP lah yang akan banyak kuasa, maka jatuhlah maruah orang melayu, maka akan terjadilah seperti negara Singapora yang mana orang cina akan jadi Perdana Menteri.

Tapi pada masa yang sama penceramah UMNO menyokong kepimpinan MCA yang mana cina adalah orangnya, Ketuanya cina dan ahli pun cina, begitu juga penceramah UMNO menyokong MIC iaitu parti perkauman India ertinya penceramah UMNO secara terang ingin menipu pengundi supaya BN akan kekal memerintah. UMNO sokong cina tak apa, tapi PR sokong DAP tak boleh, apakah pada orang UMNO, CSL Presiden MCA itu bukan orang cina?.

Jelas, UMNO sekarang mengunakan isu-isu yang boleh memudaratkan percambahan minda rakyat supaya tidak terbuka dan tidak mengambil keputusan yang bijak, sepatutnya UMNO dan BN berkempen untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara lebih tersusun yang tidak memperkayakan kenalan dan orang yang rapat saja, sepatutnya kerajaan melebarkan dasar kesihatan yang lebih baik, dasar pendidikan yang lebih telus dan dasar yang berterusan bukan dasar BR1M dan lain-lain berupa taburan wang untuk memikat undi.

Setelah sekian lama rakyat didodoi dibawah kerajaan BN, maka sudah sampai masanya rakyat yang hidup hanya dibawah pentadbiran kerajaan yang satu-satunya ini diberi ruang untuk memilih dengan secara teratur dan bijaksana, Rakyat perlu mengambil kesempatan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti untuk mengubah cara hidup dengan corak yang lain pula.

kalu sekarang rakyat hidup dibawah kerajaan yang dinamakan kerajaan BN yang rakyat dah tahu kemampuan dan keberkesanan serta mengalami taraf hidup seperti hari ini, maka tidak menjadi kesalahan bagi rakyat untuk bernaung dibawah kerajaan baru iaitu dibawah PR, mahu melihat janji-janji yang dibuat oleh  PR adakah mampu dan lebih baik daripada yang dinikmati oleh keseluruhan rakyat seperti hari ini.

Sekiranya tidak banyak berlaku perubahan dan nasib rakyat seperti apa yang terdapat sekarang tidak juga berubah maka lima tahun lagi rakyat berpeluang memberi sokongan kepada parti dimasa itu yang difikirkan lebih baik dan mampu memperkasakan rakyat dan negara.

Ertinya pertukaran kerajaan tidak memberi kesan kepada pertukaran kepimpinan negara daripada orang melayu kepada bangsa lain kerana telah termaktub dalam perlembagaan negara bahawa Yang DiPertuan Agong hendaklah berkenan perlantikan Perdana Menteri dan tentunya mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.

Dalam PRU13 adalah dipercayai ahli parlimen melayu akan menguasai parlimen malaysia. jadi tak ada sebab rakyat perlu takut untuk memberi sokongan kepada PR. Rakyat yang tahu akan kerakusan pemimpin BN dan sudah puas berada dibawah kerajaan BN maka bolehlah cuba untuk berada dibawah kerajaan PR.




yang ku dengar dan ku lihat



Photobucket

Antara Tunku Dan Mahathir

on





Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara, tulis Aspan Alias di dalam blognya.

Menurutnya, Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita.

“Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya,” ujar beliau lagi.

Tulisan penuh beliau di dalam bloghttp://aspanaliasnet.blogspot.com/sebagaimana di bawah.

Saya cuba untuk mengelak hendak menulis dan memberi komen tentang isu Dr Mahathir memalitkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan isu pemberian kerakyatan kepada bangsa Cina seramai sejuta orang semasa dalam mengusahakan kemerdekaan negara dahulu. Saya gagal untuk mengelak dari membuat komen dalam isu yang di sebut oleh Dr Mahathir terhadap beliau dan saya terus menulisnya mengikut pengamatan saya terhadap isu yang disebut oleh Dr Mahathir ini.

Tunku telah lama meninggalkan kita dengan nama yang baik sebagai Bapa Kemerdekaan Negara Malaysia ini. Setelah mengaku bertangungjawab terhadap pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Filipina dan lain-lain di Sabah Dr Mahathir cuba untuk membawa Tunku nampak sama bersalah dengan beliau dan ini merupakan satu penginayaan moral yang paling buruk di lakukan terhadap Bapa Kemerdekaan yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan kita dahulu.

Rakyat tahu pemberian kerakyatan kapada kaum Cina dan India adalah merupakan pra-syarat untuk mendapatkan kemerdekaan itu dan dirundingkan secara terbuka. Mereka yang diberikan kerakyatan itu termasuklah dari India sama ada India yang beragama Hindu mau pun yang beragama Islam. Suruhanjaya apa yang Mahathir cadangkan dalam isu pemberian kerakyatan semasa Tunku dahulu. Ia di buat secara terbuka dengan persetujuan semua pihak, bukannya dilakukan di dalam gelap seperti kerja mencuri seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Ada di antara keturunan mereka telah mendapat kerakyatan itu telah menempa kejayaan seperti menjadi pemimpin besar negara ini. Tidak payah kita mengulangi kenapa Tunku dan pimpinan semasa itu memberikan kerakyatan kerana ia di baca oleh murid-murid sekolah menengah dan di universiti di seluruh dunia. Ia dilakukan untuk membina negara dan menolak kerajaan penjajah di bumi kita.

Mahathir membabitkan Tunku untuk menemani beliau sebagai seorang yang menjenayahi negara. Mahathir melakukannya kerana kepentingan politik beliau dan parti beliau dan ini merupakan satu pembelotan terhadap negara merdeka kita. Sesiapa yang menjenayahi negaranya adalah pembelot dan rakyat wajar menghukumnya. Saya pernah memberikan label terhadap Mahathir sebagai seorang yang mempunyai ‘migrant mentality’ beberapa ketika dahulu dalam blog ini dan beliau sendiri membuktikan tuduhan saya itu benar.

Mahathir tidak habis-habis dendamnya terhadap Tunku tetapi bagi sesiapa yang benar-benar bersikap sayang kepada negara akan tahu yang Tunku merupakan manusia yang tidak dapat dicari ganti dengan mudah bersabit dengan sikap pengorbanan terhadap negara ini. Mahathir cuba untuk menjatuhkan imej Tunku semasa beliau sudah tiada dan tidak dapat mempertahankan diri dengan tuduhan jahat Mahathir itu.

Tunku adalah seorang pemimpin yang disayangi oleh rakyat semua kaum dan beliau merupakan pemimpin yang mempunyai ‘magnanimity’ yang amat tinggi dan tiada siapa yang mampu menandingi beliau jika dipandang dari susut kemanusiaannya. Mahathir tidak boleh menyamakan dirinya dengan Tunku kerana menyamakan dirinya dengan Tunku serupalah menyamakan buah epal dengan buah bacang. Itu sahaja.

Kenyataan Mahathir ini amat melukakan hati banyak rakyat terutamanya kepada rakyat yang berhati dan berjiwa bersih dan ia meliputi semua kaum. Tidak siapa yang menyangka Mahathir akan sampai ke tahap ini memainkan politik beliau, kerana hendak menutup kelemahan serta jenayah moral beliau sendiri.

Siapa pun boleh mempertahankan Dr Mahathir ini tetapi hakikatnya beliau telah membuka segala kelemahan beliau untuk di tontoni oleh semua orang.  Rakyat sekarang boleh membuat pandangan yang ‘conclusive’ terhadap bekas Perdana Menteri ini dan kita tahu rakyat sekarang memandang beliau sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pemikiran dan keterampilan sebagai seorang negarawan.

Dr Mahathir gagal segagal-gagalnya untuk duduk dan berdiri sebagai seorang negarawan dan beliau tidak akan mencapai taraf itu buat selama-lamanya. “Mahathir is disgusting leader” kata saorang rakan yang bercakap dengan saya tentang isu ini.

Tunku, marilah kita panjatkan doa kepada Allah swt agar roh beliau dibariskan bersama roh-roh orang yang beriman dan syuhada….al-Fatihah.....


HarakahDaily



Photobucket

Jentera UMNO Boikot Kempen

on







PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.


“Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Menurutnya, penduduk sehingga kini masih setia menuntut janji yang ditaburkan sejak 13 tahun lalu yang disifatkan sebagai janji tinggal janji.

“Masalah setinggan keseluruhannya melibatkan orang Melayu, jadi kami bimbang kekecewaan ini boleh menjejaskan undi Melayu dalam PRU13 nanti.

“Kami tak tolak pembangunan yang dirancang kerajaan, tapi tolong jangan sampai pinggirkan penduduk asal yang bersusah-payah meneroka tanah ini selama ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Plentong Baru, Mohd Saleh Arsad, 59, pula berkata, kepimpinan utama negara, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sedang rancak menjelajah ke seluruh pelosok
kawasan melancarkan janji ditepati, namun malang bagi rakyat di Pasir Gudang yang negerinya kononnya menjadi kubu kuat Umno masih menanti janji yang belum pasti.

“Ini perkara yang pernah dijanjikan Menteri Besar, kalau tak janji dan tak keluar dari mulut Menteri Mesar, kita pun tak memandai-mandai nak menuntut.

“Kami akan tunggu jawapan Menteri Besar, kalau masih bermain teka-teki, kita rancang akan buat rombongan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Seri Makmur, Nordin Kasri, 49, berkata, kekecewaan lebih 400 penduduk kawasannya jelas ketara apabila janji pemberian tanah kurnia baru-baru ini telah ditukarkan kepada tanah tol.

Menurutnya, Abdul Ghani berjanji selepas pengurniaan tanah di Kampung Pasir Gudang Baru dan Masai akan menyusul ke Kampung Seri Makmur, namun saat akhir telah ditukar pemberian kepada tanah tol.

“Kegembiraan penduduk menunggu janji lebih 10 tahun lepas telah bertukar kecewa kerana tiba-tiba kerajaan nak bagi tanah tol yang bersifat sementara dan boleh diambil kerajaan bila-bila masa sahaja.

“Surat rayuan tidak setuju penduduk telah dihantar, kita minta selesaikan perkara ini segera kerana bilik gerakan PRU13 yang hambar ketika ini tidak mustahil akan turut ditutup,” katanya.SH



Apa Kata Ahmad Maslan

NONE



Photobucket

Zul Kulim dan Nasaruddin Mat Isa Calun BN PR13?

on





"Dalam dunia politik demokrasi terutama di Malaysia musuh politik boleh menjadi kawan karib. Malah gejala lompat parti dan keluar parti tidak pelik dan tidak hairan jika desus desas khabar politk berkemundang. Dua tokoh politik hebat Saudara Yb Datuk Haji Zulkifli Nordin @ Zul Kulim dan Yb Ustaz Nazaruddun Mat Isa bakal berhijrah wadah politk baharu yang bernama UMNO.

Soseh soseh politik dalam menghadapi pilihanraya umum ke13 lebih menarik jika kedua tokoh politik ternama beralih arah dan medan juang. Jika benar soseh soseh politik berkemundang Haji Zul Kulim dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa bakal bertanding diatas tiket UMNO/BN pada PRU13.

Bagi Zul Kulim mungkin ada hujahnya, Zul akan mempertahankan kerusi dan sebagai Yb. Peluang Zul Kulim terbuka dan cerah untuk beliau bertanding diatas tiket BN/UMNO . Jika Zul kulim bertanding atas tiket bebas, peluang untuk kalah terbuka luas.

Bagi Ustaz Nazaruddin Mat Isa sedikit sukar diramal untuk beliau bertanding atas tiket UMNo/BN kerana tiada kawasan yang selamat untuk beliau. Dan tak mungkin Ustaz Nazaruddin Mat Isa masuk UMNO?.

Namun dua tokoh ini cukup rapat dengan perdana menteri Datuk sri Najib Razak. Atas dasr itu soseh soseh politik meramal kedua tokoh hebat ini bakal membuat kejutan pada PRU13.

Untuk rekod Ustaz Nazaruddin mat Isa orang yang lama dalam parti PAS dan pernah menjadi orang nombor dua dalam PAS pusat. Rahsia parti PAS dan gerakkerja PAS dalam kepala otaknya.

Menjadi tanda tanya, jika benar soseh soseh politik, Nazarudin Mat Isa beralih arah angin dan bertanding atas tiket UMNO/BN . Dimana kerusi atau parlimen yang akan diberi kepada Nazaruddin Mat Isa?.

Komen kami hanya Nazaruddi Mat Isa sahaja yang tahu. Mungkin juga tidak bertanding PRU13. dan mungkin juga tidak lari dari PAS. Dan yang kedua hanya Najib Razak ada jawapan. " 



Photobucket

Semakan SPR.... Hasil Nya Ini.....

on







MAMAT INI ADALAH PEMILIH BERDAFTAR DENGAN SPR!!!!!!!


Butiran peribadi...
NAMA: IMPIAS BIN SIPULLAH
NO K/P: H0488914/621010126275
TARIKH LAHIR: 10HB OKTOBER 1962


1) Betulkah mamat ini warganegara Malaysia sejati dan tulin?
2) Mengapa di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah ada satu unit dinamakan Unit Khas Sabah?
3) Menjadi pemilih berdaftar dengan SPR yang disahkan di DUN LIAWAN dan PARLIMEN KENINGAU... Macamana SPR boleh luluskan?

Memang wajar sekali apa yang diperjuangkan oleh NGO Bersih dan parti-parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat agar SPR mesti ada keberanian dan maruah harga diri untuk membersihkan senarai pengundi sebelum rakyat keluar mengundi pada PRU ke 13 nanti...





Photobucket

Anwar mungkin lepaskan kerusi Permatang Pauh...?

on






24 Jan – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh yang menjadi kubu kuatnya semenjak pertama kali menyertai pilihan raya pada tahun 1982 pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.
“Insya Allah, saya akan bertanding, tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,” katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian.
Apabila ditanya apakah beliau akan bertanding di kerusi parlimen Lembah Pantai yang kini disandang oleh anaknya Nurul Izzah Anwar, beliau menafikan spekulasi itu.
“Kenapa pula Lembah Pantai? Tiada pula saya dimaklumkan,” katanya.
Ketua Umum PKR itu walaubagaimanapun tidak memberitahu kawasan yang beliau maksudkan untuk ditandinginya sebagai alternatif kepada kerusi tradisinya Permatang Pauh.~ SH


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List