UMNO HANYA MAHU TUMBANGKAN KERAJAAN PBS.....???

on Sep 14, 2010

KEGEMILANGAN kerajaan USNO suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatan para pengikutnya di seluruh negeri Sabah, malah rata-rata menyatakan hasrat mereka untuk terus berada dalam USNO meskipun pun ia telah terkubur sekian lama dan tidak dapat dipulihkan pendaftarannya oleh ROS, walaupun beberapa usaha telah dilakukan sebelum ini.

Demikian dinyatakan pemimpin veteran yang juga mantan Naib Presiden USNO Datuk Haji Karim Ghani ketika dihubungi pada pagi Jumaat bersamaan 1 Syawal Hari Raya Adilifitri pertama melalui talian bimbitnya 012-8679263.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara (Senator) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah seterusnya berkata, adalah dipercayai bahawa kira-kira lebih 50 peratus bekas ahli USNO yang menyertai UMNO tetapi bertindak keluar dan menyertai beberapa pemimpin lain untuk menghidupkan USNO setelah mereka melihat kelibat UMNO sudah lari menyimpang jauh dari matlamat asalnya.  sumber

Azmin Lawan Zaid, Anwar Dalam Dilema.....???

on

LAPORAN media massa mengatakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim (Datuk Seri) tidak mahu namanya diheret ke dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti itu.

Perebutan jawatan parti itu dijangka sengit jika pertempuran yang diuar-uarkan antara Naib Presiden Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat Mohd Zaid Ibrahim untuk kerusi Timbalan Presiden terjadi.

Jawatan Timbalan Presiden menjadi rebutan berikutan keputusan penyandang, Dr Syed Husin Ali, tidak mempertahankannya.

Walaupun laporan media massa memetik Zaid sebagai membandingkan situasi beliau dengan cabaran terhadap Allahyarham Abdul Ghafar Baba (Tun) dalam pemilihan Umno tahun 1993, saya rasa ia lebih menyerupai pertandingan antara Musa Hitam (Tun) dengan Tengku Razaliegh Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1982.  sumber

Anwar lari tanggungjawab pimpin PKR.....???

on

azlanTindakan Anwar Ibrahim menyatakan untuk tidak mahu menerima pencalonan bagi sebarang jawatan dalam parti sebenarnya telah meletakkan PKR di suatu persimpangan yang getir dan berpotensi menjurus parti ke kancah konflik kepemimpinan yang akan membawa parah. 

Sudahlah ahli parti sedang bertarung untuk memenangkan calon masing-masing di peringkat cabang, kini krisis kepemimpinan parti tampak akan merebak dan meluas apabila “medan tempur” dibuka bagi jawatan timbalan presiden. 

Hakikatnya, yang akan berkempen dan menyokong calon-calon timbalan presiden adalah pimpinan dan ahli di peringkat akar umbi.

Apakah jika mereka sudah “bermasam muka” selepas terluka dalam persaingan di peringkat cabang, akan boleh bersatu dalam memilih timbalan presiden?  sumber

Sosilawati: Kebumi walau secebis tulang

on













BATU PAHAT: “Tak kisahlah apa saja yang ditemui pihak berkuasa, walaupun hanya secebis tulang kami akan tetap membawa pulang jenazah (Datuk Sosilawati Lawiya) ke kampung untuk dikebumikan,” kata adik ipar arwah, Misjan Jamikun, 48, ketika ditemui semalam.

Menurutnya, perbincangan dengan semua anak kakak iparnya itu sebulat suara mencapai persetujuan, jenazah akan disemadikan di tempat kelahirannya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan di sini. 

“Bagaimanapun, semua urusan itu hanya akan dilakukan selepas segala urusan membabitkan pihak berkuasa termasuk pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas dilakukan. 

“Anak-anak Kak Wati (Sosilawati) menyerahkan segala urusan menguruskan jenazah termasuk membawa pulang jenazah kepada saya. 

“Kami sependapat, tidak kira apa saja yang ditemui dan walaupun hanya secebis tulangnya, kami tetap akan membawanya pulang ke sini bagi memberi penghormatan terakhir dan tanda kasih kami kepadanya yang banyak berjasa kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini, lewat petang semalam. 

Misjan antara ahli keluarga paling rapat dengan kakak iparnya itu selain isterinya, Rosnani Lawiya, 45, kerana mempunyai tarikh lahir sama dengan arwah iaitu 12 Julai, selain usianya hanya setahun lebih tua. 


Ketika ditanya mengenai ibu Sosilawati, Misjan berkata, ibu mentuanya itu belum bersedia menemui saudara-mara serta jiran yang bertali arus mengunjungi rumah selepas mereka pulang daripada ibu kota awal pagi semalam. 

Menurutnya, ibu mentuanya, Yatmah Abdul Rahman, 80, perlu berehat dan menenangkan diri kerana baru saja kehilangan anak sulung serta menantunya, April lalu, selain tragedi kehilangan Sosilawati.

“Ibu lebih banyak memendam perasaan dan mendiamkan diri, sejak awal tahun dia ditimpa kesedihan menyebabkannya tertekan. 

“Kak Wati sangat prihatin dan biasanya akan menghubungi saya untuk bertanyakan khabar ibunya,” katanya. 

Menurutnya, arwah seorang yang ceria dan tidak suka berahsia serta mengambil berat urusan keluarga. 

Katanya, keluarga reda dengan pemergian Sosilawati, namun cara dia meninggal dunia sukar diterima ahli keluarga serta anak-anak kakaknya itu. 

“Kami sekeluarga berharap mereka yang bertanggungjawab menerima balasan setimpal,” katanya. - BH 






Kroni Perlu Dikorban, Jika Mahu Pulih Ekonomi

on

"Keghairahan Umno-BN menghabiskan wang rakyat pada kempen berslogan dan projek tidak bermanfaat, dan meminggirkan soal melaksanakan dasar-dasar yang efektif punca Malaysia corot dalam indeks daya saing dan rasuah.

Tahun demi tahun, Malaysia gagal mendapat tempat di kumpulan teratas indeks antarabangsa. Yang terbaru, Forum Ekonomi Dunia melaporkan Malaysia terus jatuh dari tahun ke tahun, dari tempat ke 21 ke 26, dalam Indeks Daya Saing sedunia. sumber

Polis Geladah Firma Guaman Milik Peguam Bergelar Datuk

on

BANTING: Polis menggeledah pejabat firma guaman milik peguam bergelar Datuk, Selasa bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira pukul 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai.


Polis kemudiannya dilihat kembali ke firma itu kira-kira 30 minit kemudian bersama seorang lelaki, yang berpakaian lokap warna ungu, dipercayai peguam bergelar Datuk itu.
Peguam berumur 41 tahun itu merupakan seorang daripada lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38,dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti CPU dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan merupakan lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek, dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.
Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa.-BERNAMA

Khairy bidas Utusan kerana sokong PERKASA.

on

MeskipuNONEn pemimpin Umno dan BN menjauhkan diri mereka daripada kumpulan pendesak Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), namun akhbar Utusan Malaysia terus menyokongnya.

Dalam edisinya hari ini, akhbar milik Umno itu menyiarkan satu halaman penuh artikel-artikel yang mempertahankan NGO itu termasuk memuatkan bancian yang kononnya menunjukkan kebanyakan orang Melayu menyokong PERKASA.


Dalam reaksi kepada tindakan Utusan Malaysia itu, ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar - seorang daripada pengkritik hebat PERKASA - melancarkan serangan secara berselindung di akaun Twitter.

Khairy menulis bahawa beliau “berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya”.

“Saya penyokong pembaharuan supaya akhbar lebih bebas dan bertanggungjawab tetapi dalam paradigma hari ini, saya tidak boleh menerima bentuk editorial akhbar tertentu,” tulisnya.

Meskipun Khairy tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya jelas ditujukan kepada Utusan.

Ketua pemuda Umno itu juga telah berulang-kali menegaskan bahawa Umno tidak bersekongkol dengan PERKASA dalam apa bentuk sekalipun.

Sejak seminggu lalu, beberapa pemimpin kanan Umno termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli majlis tertinggi, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap PERKASA.

Mereka mendakwa pandangan melampau PERKASA berhubung hak dan dan keistimewaan Melayu akan meminggirkan sokongan bukan Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Utusan melalui beberapa artikelnya telah menyokong PERKASA dan rencana pengarangnya pada Ahad lalu menggesa Umno supaya memikirkan semula hubungan dengan NGO itu.

Tiada mahkamah boleh cabar pelantikan Sultan

on

Seorang anggotatengku faris kelantan 130910 Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang juga seorang peguam terkenal, Datuk Mohd Shukri Mohamad berkata majlis pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru semalam tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Katanya, ini kerana keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan berdasarkan Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.


 “Oleh itu, tiada pihak yang boleh mencabar keputusan MPN dalam urusan pelantikan atau pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru kerana ia dibuat mengikut perlembagaan di bawah undang-undang tubuh kerajaan Negeri,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, di Kota Bharu hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.  sumber

Shahrizat dah tahu neraka tak terima pembunuh Sosilawati....???

on

Neraka Pun Tak Terima Penjenayah Bunuh Sosilawati, 3 Individu - Shahrizat
Shahrizat (kanan) menenangkan Balqis Dayana (berselendang hitam) sambil diperhatikan anak Sosilawati pada majlis tahlil di rumah pengasas kosmetik itu. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG
KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah yang dilakukan sangat kejam dan menyifatkan 'neraka juga tidak dapat menerima penjenayah' seperti itu.
"Kami mendesak supaya keadilan dilaksanakan. Kami meminta pihak polis untuk menyelesaikan siasatan dengan secepat mungkin.
"Mereka yang terlibat hendaklah dibawa ke mahkamah dan kes juga didengar secepat mungkin, diberi keutamaan dan tidak ditangguh.
"Jika disabitkan, mereka mestilah dikenakan hukuman maksimum," katanya.
Majlis tahlil diadakan di rumah Sosilawati pada Selasa. Foto: THE STAR/CHAN TAK KONG
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil di kediaman Sosilawati dekat sini, Selasa.
Shahrizat yang mengenali Sosilawati sejak kira-kira tiga tahun lalu menyifatkan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu sebagai seorang wanita yang sangat positif dan menjadi inspirasi kepada individu lain.
"Beliau (Sosilawati) datang ke kementerian sebagai seorang yang berjaya dan mahu membantu golongan wanita.
"Beliau seorang selebriti yang mempunyai banyak pengikut dan tarikannya adalah sikap yang cekal, sering fokus, rajin bekerja dan mempunyai impian serta tidak mudah mengalah," katanya mengulas penampilan Sosilawati.
Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh dengan kejam sebelum dibakar.
Mereka dilaporkan hilang hampir dua minggu yang lalu selepas dikatakan menuju ke Banting, dekat sini, untuk bertemu seorang peguam bergelar Datuk bagi membincangkan isu pembelian tanah.
Pada Isnin, polis mengesahkan abu mayat mereka telah dibuang ke beberapa sungai berhampiran Tanjung Sepat, Banting.
BH

Panji Hitam Dari Sebelah Timur

on













Gabungan Tuanku Faris - Nik Aziz Sebagai Lambang Panji Hitam Naik Dari Sebelah Timur. sumber

Adakah detik kejatuhan Najib sedang bermula....???

on

Perkasa: Utusan, Mahathir Berpihak Kepada Muhyiddin





KUALA LUMPUR, 14 SEPT- Kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengawal media naungan Umno memihak kepadanya dalam isu Pertubuhan Pribumi Perkasa(Perkasa) bukanlah kelemahan pentadbirannya semata-mata.

Tetapi ia berkaitan dengan perbalahan di dalam Umno di antara orang nombor satu dan nombor dua parti Melayu itu.

Keghairahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membela Perkasa dan kelantangan Utusan Malaysia menyanggah saranan Najib agar Umno menjauhkan diri dari Perkasa dikaitkan dengan pengaruh Dr Mahathir terhadap surat khabar berbahasa Melayu berkenaan.

Untuk rekod sehingga berita ini ditulis Utusan sudah dua hari berturut-turut menyediakan muka surat penuh yang melaporkan sokongan orang Melayu terhadap Perkasa.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar adalah tidak mustahil Dr Mahathir mendokongi agenda ini bagi merosakkan imej Najib dan membantu menaikkan imej Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih disenangi beliau.

Dr Mahathir sebelum ini menyatakan Muhyiddin lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana keberaniannya mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur selepas kegagalan Umno dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu.

Sejak kebelakangan ini dalam beberapa isu terutama yang membabitkan isu rundingan berkenaan kepentingan Malaysia di Singapura(isu penyerahan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad) kurang disenangi oleh beliau. Bagi Dr Mahathir, Perdana Menteri itu terlalu berlembut dengan pihak Singapura.

Atas isu-isu inilah menurut Mahfuz menjadi antara faktor yang menyebabkan bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa itu untuk berpihak kepada Muhyiddin.

"Hujahnya mudah, Dr Mahathir memang terkenal sebagai seorang yang sanggup melakukan tindakan politik yang luarbiasa bagi memenuhi agendanya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana beliau terdedah kepada isu-isu lama(semasa menjadi Perdana Menteri) yang boleh menggugat kedudukan beliau," kata Mahfuz.

Tegas Mahfuz lagi, sepanjang memerintah Mahathir tidak ada rekod yang cemerlang membela orang Melayu. Semua hak Melayu tergadai semasa di bawah pemerintahannya.

Berkenaan dengan trend sokongan Utusan terhadap Dr Mahathir, menurut satu sumber yang rapat dengan pihak Utusan. Senario itu bukan sesuatu yang ganjil, menurutnya hampir kesemua yang berada di dalam Lembaga Pengarah Kumpulan Utusan ketika ini dikaitkan dengan kem Dr Mahathir.

Pengerusi Eksekutif Utusan sekarang Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin adalah seorang yang rapat dengan Dr Mahathir dan pernah menjadi setiausaha politik beliau.

"Bukan satu masalah yang besar bagi Dr Mahathir untuk mempergunakan Utusan untuk kepentingan politiknya. Walaupun Najib cuba memasukkan orang-orangnya didalam Utusan tetapi masih belum mampu menyaingi pengaruh Mahathir dalam membuat keputusan penting terutama perkara yang membabitkan Mahathir," dakwanya yang enggan mendedahkan identiti ketika dihubungi TV Selangor.

TV Selangor

Wanita PKR kutuk pembunuhan kejam ke atas wanita

on

LOGO PKR 1


PETALING JAYA: Wanita PKR mengucapkan simpati dan takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain atas pembunuhan kejam ke atas mereka beberapa hari lalu.
Berikutan kejadian itu, ketuanya Zuraida Kamaruddin mengecam pembunuhan  ke atas jutawan kosmetik dan tiga rakannya ketika lebaran sambil menyifatkan perbuatan terkutuk dan sesuatu yang kejam dan zalim.

Syed Husin tidak pertahan jawatan, mahu ‘Anwar-Wan Azizah’ pegang jawatan

on


1 syed husin ali_250_220
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali tidak akan mempertahankan jawatan pada pemilihan akan datang dan ia bakal mencetuskan persaingan hebat antara Ketua Penyelaras Pakatan Datuk Zaid dan Naib Presiden Azmin Ali yang berminat untuk bertanding jawatan tersebut.
"Saya rasa sudah tiba masa untuk pemimpin muda ambil alih…saya tidak akan mempertahankan jawatan saya," katanya yang juga senator di sidang media hari ini.

Anwar tidak bertanding jawatan PKR

on

Anwar Ibrahim 3

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau tidak akan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti, akhir tahun ini.
PKR akan mengadakan kongres pemilihan pucuk pimpinan utama parti pada 13 November depan.
Beliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata demikian dalam blognya hari ini.

Kematian Guna adalah salah polis, dakwa peguam

on

Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian R Gunasegaran ketika dalam tahanan terletak di pihak polis kerana 'tindakan dan kelalaian' mereka.

Peguam M Visvanathan, yang mewakili keluarga Gunasegaran mendakwa polis 'mempercepatkan' kematian Gunasegaran dengan membelasahnya ketika dalam tahanan dan gagal memberikan bantuan kecemasan ketika dia pengsan.

Visvanathan berkata anggota polis yang terbabit dalam kes itu juga gagal menjalankan tanggungjawab mereka kerana tidak bertindak atas maklumat yang diberikan ketika kenyataan mangsa dirakamkan.

"Nampaknya seolah-olah wujud konspirasi di kalangan beberapa pihak untuk menutup kebenaran di sebalik kematian Gunasegaran,” katanya semasa inkues.

Visvanathan juga mendakwa enam anggota polis yang bertindak sebagai saksi berbohong kepada mahkamah dan memberikan kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain berhubung beberapa isu.

Beliau mempertahankan bahawa Gunasegaran mati akibat kecederaan parah sepanjang kira-kira satu kaki dan lima sentimeter dalam di dadanya yang dipercayai disebabkan disepak oleh Lans Korporal Mohd Faizal Mat Taib, dan bukannya kerana mengambil dadah berlebihan seperti didakwa oleh timbalan pendakwa raya Shashitah Mohamad Hanifa.

Gunasegaran, 31, ditangkap atas kesalahan dadah. Dia pengsan ketika polis mengambil cap jarinya semasa dalam tahanan antara jam 6.45 hingga 7 petang dan diisytiharkan mati pada jam 7.40 petang pada 16 julai tahun lalu di hospital Kuala Lumpur.

Pihak polis dalam laporan rasminya berkata Gunasegaran mati kerana menyalah-gunakan dadah.


Mk

Pembunuh profesional mungkin terlibat.....???

on

Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pembunuh profesional atau kumpulan samseng itu dikatakan bekerjasama dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan sebagai suspek utama termasuk salah seorangnya bergelar Datuk bagi melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membakar mayat mereka.

Menurut sumber, siasatan juga mendapati Datuk itu pernah memberi bantuan guaman kepada pertubuhan haram Hindraf dan menjadi ahli seumur hidup kepada sebuah parti politik.
Selain itu, kata sumber tersebut, setakat ini pihak polis telah mendapat maklumat penting berhubung pemilikan suspek terhadap beberapa hartanah yang dipercayai diperolehi secara tidak sah, selain kes-kes membabitkan penipuan terancang.

Semalam, polis mengesahkan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin ,44, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, yang hilang sejak 30 Ogos lalu dibunuh.

Mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, di Morib.
Selain Datuk itu dan adiknya, polis turut menahan enam individu lain termasuk dua wanita.

Mengulas lanjut, sumber berkenaan memberitahu, kejayaan polis membongkar kes pembunuhan itu dalam tempoh singkat berpandukan kepada maklumat yang diperoleh daripada pesanan yang ditinggalkan Sosilawati.
"Polis bernasib baik kerana mangsa sempat meninggalkan pesanan kepada ahli keluarganya memaklumkan lokasi dan individu yang mahu ditemui pada hari dia dilaporkan hilang.
"Maklumat penting ini membolehkan polis menjejaki suspek dua beradik terbabit sebelum berjaya diberkas Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, siasatan polis juga mendapati suspek bergelar Datuk tersebut kerap menghulurkan pelbagai bentuk bantuan termasuk menawarkan khidmat guaman secara percuma.
Malah, dia juga dikatakan bijak menarik perhatian masyarakat menyebabkan firma guamannya menjadi popular dan ramai pelanggan berminat mendapatkan khidmat termasuk golongan kenamaan.

Difahamkan, peguam terbabit pernah beberapa kali memanggil media untuk mengadakan sidang akhbar berhubung mangsa yang dianiaya oleh majikan dan kes-kes membabitkan gangguan seksual.

Selain itu, menurut sumber polis, dua beradik berkenaan pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Majlis Peguam Malaysia, tiga tahun lalu iaitu mulai 9 Mac 2007 sehingga 30 Mac 2008.
"Kedua-dua mereka bersama seorang lagi proksi dikenakan tindakan tatatertib di bawah Perkara Akta Undang-Undang Profesyen 1976.
"Tindakan ini menyebabkan Datuk berkenaan dan adiknya tidak layak untuk menjalankan amalan guaman dan menawarkan khidmat guaman kepada orang ramai," katanya.

Menurut sumber itu lagi, adik Datuk itu pula pernah dikaitkan dengan tiga tuduhan kes pecah amanah membabitkan pertukaran hak milik tanah yang dimiliki seorang wanita bernilai RM200,000 pada akhir tahun lalu.

Beliau berkata, kes tersebut menyebabkan dia dihadapkan ke mahkamah pada awal Ogos lalu.
"Suspek didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

"Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 sementara menunggu tarikh sebutan semula kes pada 20 September ini," katanya.

um

Keluarga sambut ulang tahun tanpa Noorhisham

on

Walaupun pihak polis mengesahkan Noorhisham Mohammad merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ahli keluarga pegawai bank itu tetap meneruskan majlis doa selamat dan tahlil sempena hari kelahirannya hari ini.

Isteri mangsa, Suzana Raden Pangat berkata, nalurinya sebagai isteri kuat mengatakan suaminya masih hidup dan akan pulang kerana anak-anak mereka merinduinya.
"Keluarga kami akan mengadakan majlis doa selamat malam ini di sini dan kebetulan hari ini adalah hari ulang tahun kelahirannya.

"Sepatutnya kami akan meraikan bersama seperti yang dijanjikan tetapi kehilangannya telah memusnahkan semua impian itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Seraya, Ampang dekat sini hari ini.
Namun Suzana juga berkata, dia akan menerima dengan penuh keredaan jika ujian forensik mengesahkan suaminya turut terlibat dalam kes pembunuhan kejam tersebut.
"Jika ujian forensik mengesahkan dia benar-benar mati dibunuh, saya perlu kuat kerana masih mempunyai tiga anak yang harus dibesarkan," katanya.

Hasil perkahwinannya dengan Noorhisham, 38, yang bekerja dengan cawangan CIMB kampung Baru itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamad Azri Shadan, 14, Nur Aneesa Salbiah, 11, dan Mohamad Faiz Rizmi, 5.
Selain Noorhisham, turut dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu ialah peguam Sosilawati, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pemandu peribadi ahli perniagaan itu, Kamaruddin Shamsudin, 44.

Suzana dalam keadaan sebak kemudiannya berkata, jika benar suaminya telah dibunuh dan dibakar mayatnya, ia merupakan satu tindakan yang amat kejam.
Suzana berkata, suaminya juga merancang untuk pulang berhari raya ke kampungnya di Muar sempena Aidilfitri Jumaat lalu namun tidak kesampaian ekoran kejadian itu.

um

Keluarga Kamaruddin reda terima kematian, adakan solat ghaib

on

Ahli keluarga pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsudin mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini selepas pihak polis memaklumkan pemandu itu merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik tersebut.

Abang iparnya, Ismail Ibrahim, 56, berkata, sebahagian ahli keluarga yang berada di Mekah kerana menunaikan umrah turut mendirikan solat tersebut di tanah suci itu sebaik menerima berita mengenai kematiannya dalam keadaan yang tragis.

''Kami melakukan solat sunat ghaib selepas semua ahli keluarga yakin hasil siasatan pihak polis dan dapat menerima bahawa sisa mayat yang dibakar itu adalah Kamaruddin bersama majikan serta dua rakan mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Kamaruddin bersama majikannya yang juga pengasas kosmetik Nouvelle Visage dipercayai telah dibunuh dengan kejam sebelum dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Selangor.
Turut dibunuh dan dibakar bersama mereka ialah peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38.

Menurut Ismail, mereka turut mengadakan majlis tahlil selama tiga malam berturut-turut bermula semalam bagi mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
''Sebaik menerima berita tersebut, kami reda dan menerimanya dengan tenang. Kemudian kami memutuskan untuk mengadakan majlis tahlil bagi mendoakan ketenangan arwah," ujarnya.

Sementara itu, katanya, ibu mangsa, Zainab Ahmad, 73, dan anak bongsu mangsa, Irfan Aiman, 8, yang diasuh keluarga mereka masih bersedih dengan kejadian tersebut tambahan dalam suasana menyambut Aidilfitri.
''Anak bongsu arwah masih bersedih kerana tidak begitu memahami kejadian yang menimpa bapanya.

''Bagaimanapun kami semua tabah dan dapat menerima kejadian yang menimpa arwah dan sentiasa berdoa agar rohnya tenang di sana," jelasnya.

um

Ibu Sosilawati jalani ujian DNA hari ini

on

 Yatimi Abdul Rahman, ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya akan menjalani ujian Asid Deosiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur, esok.

Utusan Malaysia diberitahu, anak sulung jutawan berkenaan, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi telah dihubungi oleh pihak polis hari ini bagi membantu membawa neneknya menjalani ujian tersebut.
Walaupun Yatimi, 80, sepatutnya berbuat demikian hari ini tetapi ia tidak dapat dilakukan memandangkan wanita berkenaan sudah pulang ke rumahnya di Batu Pahat.

Difahamkan ujian tersebut dilakukan bagi membolehkan polis memadankan sampel cebisan tulang yang ditemui di Banting semalam dengan sample DNA ahli keluarga mangsa.

Semalam, polis mengesahkan Sosilawati, 47 dan tiga yang lain iaitu peguam, Ahmad Kamil Abd.Karim, 32, pemandu peribadi Kamaruddin Shamsudin, 44 dan pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dibunuh dan dibakar sebelum abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Morib.


um

Syed Husin tidak pertahan jawatan no 2 PKR.....???

on

Kini rasmi - Syed Husin Ali hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan timbalan presiden PKR yang disandangnya pada pemilihan parti hujung tahun ini.

NONEBagaimanapun menurut ahli politik veteran yang pernah menerajui Parti Rakyat Malaysia sebelum partinya bergabung dengan KeAdilan pada 2003, beliau akan tetap aktif dalam politik.

"Saya akan berusia 74 tahun minggu depan. Saya berharap dapat meluangkan lebih masa untuk menulis dan juga menemani isteri, anak dan cucu saya.

"Saya rasa saya belum begitu tua lagi tetapi saya mahu merintis jalan supaya mereka yang berdarah muda dapat mengambil-alih,” katanya.
Syed Husin, yang dilantik sebagai senator tahun lalu telah menjawat jawatan timbalan presiden untuk selama dua penggal apabila pengabungan kedua-dua parti itu membentuk PKR.
Keputusannya untuk mengundurkan diri itu pasti akan menghangatkan lagi pemilihan PKR di mana kerusinya itu sebelum ini diintai oleh naib presiden parti itu, Azmin Ali dan ahli majlis tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim.
Pada sidang medianya, hari ini, beliau bagaimanapun belum bersedia memaklumkan siapa yang bakal disokongnya bagi mengisi jawatan nombor dua PKR.

azlan"Saya berharap ahli akan memilih pemimpin yang ikhlas terhadap perjuangan PKR dan mempunyai pendirian tegas terhadap rasuah,” katanya.
Ditanya oleh wartawan sama ada beliau menghadapi tekanan untuk berundur selepas beberapa ahli parlimen dan ADUN PKR secara terbuka menyatakan sokongan mereka kepada Azmin, Syed Husin menafikannya.

"Saya tidak tertekan...Jika saya rasa tertekan, adalah menjadi tanggungjawab moral saya memaklumkannya kepada parti,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Zaid bahawa beliau bakal menerima nasib yang sama seperti yang menimpa timbalan presiden Umno Tun Ghafar Baba dalam pemilihan Umno, Syed Husin berkata “ terpulang kepadanya untuk membuat komen itu, mungkin itu taktiknya, mungkin dia tidak yakin tetapi saya tidak fikir dia akan menghadapi nasib yang sama.”

Sosilawati berkeras ajak anak sulung ke Banting

on

Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi di pejabat ibunya di Kampung Baru, Kuala Lumpur




KUALA LUMPUR 13 Sept. - Anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dilaporkan dibunuh dengan kejam, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi, 25, berkeras tidak mahu menemani ibunya ke Banting pada hari kejadian.
Biarpun dipujuk berkali-kali oleh pengasas produk kosmetik Nouvelles Visages itu, namun kerana tugasnya sebagai penganjur kepada satu majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan lama kolejnya, beliau menolak ajakan ibunya itu.







Desak kembalikan wang......

on

Baca dan  fikir lah sendiri pelbagai variasi cerita....???


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.

Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa.
Utusan Malaysia difahamkan, Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal menyebabkan Sosilawati menuntut supaya wang miliknya berjumlah jutaan ringgit yang sudah diserahkan kepada suspek dipulangkan.

Menurut sumber, berikutan desakan oleh jutawan kosmetik itu, suspek akhirnya mengatur pertemuan dengan Sosilawati di pejabatnya di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu kononnya untuk memulangkan wang milik mangsa.
Namun, bagi memastikan dirinya tidak ditipu, Sosilawati dikatakan membawa bersama pemandu yang juga pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, untuk menemaninya berjumpa dengan suspek.

Difahamkan, suspek yang mungkin tidak menyangka Sosilawati membawa ramai pembantu kemudian mengajak kesemua mangsa pergi ke ladang miliknya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting untuk berbincang di situ kerana kononnya pejabat guamannya sudah ditutup.

Sebaik sahaja tiba di ladang yang terlindung itu, semua mangsa telah ditahan sebelum dibunuh oleh suspek bersama beberapa konco-konconya yang kini turut ditahan oleh polis.

Setakat ini, Utusan Malaysia diberitahu, polis sudah pergi ke rumah dan pejabat suspek untuk melakukan siasatan terhadap dokumen yang dimilikinya termasuk beberapa buku cek yang ditemui di pejabat guamannya.

UM

PEMBUNUHAN KEJAM :- Gambar Sampingan....

on



AHLI keluarga dan sahabat handai mula menziarahi keluarga Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis, Gombak, Kuala Lumpur, 13 Sept. Antara yang menziarahi keluarga jutawan kosmetik itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah dan timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Abdullah. 




SALAH seorang suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dibawa ke sebuah jambatan di Sungai Kachong untuk mencari bukti yang dibuang ke sungai tersebut, di Tanjung Sepat, Banting, 13 Sept. Gerakan mencari bahan bukti tersebut melibatkan pasukan penyelam polis marin. 




SUZANA Radim Pangat, isteri kepada Noorhisham Mohammad, pegawai CIMB Bank yang turut menjadi mangsa bunuh dan bakar bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati dan dua yang lain tidak dapat menahan kesedihan mengenang kematian suaminya yang begitu tragik ketika ditemui di rumahnya di Taman Seraya, Ampang.

Ladang maut lengkap kemudahan mewah....???

on


BANTING: Ladang persendirian milik suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain di Teluk Gadong, Tanjung Sepat di sini, dipercayai dilengkapi pelbagai kemudahan mewah. 

Ia bukan sekadar dijadikan pusat penternakan ayam dan kambing, selain kebun buah-buahan, malah mempunyai chalet dan rumah kelab yang dipercayai lengkap dengan bar dan sistem hiburan canggih, termasuk bilik karaoke.


Difahamkan, suspek utama bergelar Datuk yang memiliki kekayaan luar biasa termasuk aset hartanah dan kereta mewah itu, dipercayai menjadikan ladang berkenaan sebagai tempat percutian hujung minggunya.
Sumber memberitahu Berita Harian, suspek terbabit turut menjadikan kemudahan di ladang miliknya itu untuk menghiburkan pelanggannya sebelum memperdayakan mereka. 

“Keseluruhan kawasan ini berkeluasan 3.6 hektar, tetapi baru 1.6 hektar dibangunkan sejak suspek membeli hartanah ini setahun lalu. 

“Selain kandang ternakan dan dusun buah-buahan termasuk kebun sirih, turut dibina rumah pekerja, pejabat, chalet dan sebuah tempat hiburan khusus untuk suspek, kenalan rapat dan pelanggannya,” katanya. 

Katanya, dengan kedudukan yang terpencil dan jauh dari jalan utama, ladang persendirian itu memang sukar dikesan.
“Ini ditambah lagi dengan tindakan suspek membina tembok setinggi dua meter di keliling ladangnya, menyebabkan sebarang aktiviti yang berlaku di dalamnya tidak dapat dilihat orang luar. 

“Beberapa pekerja estet berhampiran, tidak menyedari berlaku kes pembunuhan di situ sehingga dilaporkan media,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Sumber berkata, pekerja terbabit juga mendakwa tidak mendengar sebarang jeritan atau sebarang pergerakan mencurigakan sepanjang laluan masuk ke ladang persendirian itu sebelum kejadian menggemparkan itu.


BH

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List