Keluarga sambut ulang tahun tanpa Noorhisham

on Sep 14, 2010

Walaupun pihak polis mengesahkan Noorhisham Mohammad merupakan salah seorang yang dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ahli keluarga pegawai bank itu tetap meneruskan majlis doa selamat dan tahlil sempena hari kelahirannya hari ini.

Isteri mangsa, Suzana Raden Pangat berkata, nalurinya sebagai isteri kuat mengatakan suaminya masih hidup dan akan pulang kerana anak-anak mereka merinduinya.
"Keluarga kami akan mengadakan majlis doa selamat malam ini di sini dan kebetulan hari ini adalah hari ulang tahun kelahirannya.

"Sepatutnya kami akan meraikan bersama seperti yang dijanjikan tetapi kehilangannya telah memusnahkan semua impian itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Seraya, Ampang dekat sini hari ini.
Namun Suzana juga berkata, dia akan menerima dengan penuh keredaan jika ujian forensik mengesahkan suaminya turut terlibat dalam kes pembunuhan kejam tersebut.
"Jika ujian forensik mengesahkan dia benar-benar mati dibunuh, saya perlu kuat kerana masih mempunyai tiga anak yang harus dibesarkan," katanya.

Hasil perkahwinannya dengan Noorhisham, 38, yang bekerja dengan cawangan CIMB kampung Baru itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamad Azri Shadan, 14, Nur Aneesa Salbiah, 11, dan Mohamad Faiz Rizmi, 5.
Selain Noorhisham, turut dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu ialah peguam Sosilawati, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pemandu peribadi ahli perniagaan itu, Kamaruddin Shamsudin, 44.

Suzana dalam keadaan sebak kemudiannya berkata, jika benar suaminya telah dibunuh dan dibakar mayatnya, ia merupakan satu tindakan yang amat kejam.
Suzana berkata, suaminya juga merancang untuk pulang berhari raya ke kampungnya di Muar sempena Aidilfitri Jumaat lalu namun tidak kesampaian ekoran kejadian itu.

um

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List