KEGEMILANGAN kerajaan USNO suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatan para pengikutnya di seluruh negeri Sabah, malah rata-rata menyatakan hasrat mereka untuk terus berada dalam USNO meskipun pun ia telah terkubur sekian lama dan tidak dapat dipulihkan pendaftarannya oleh ROS, walaupun beberapa usaha telah dilakukan sebelum ini.
Demikian dinyatakan pemimpin veteran yang juga mantan Naib Presiden USNO Datuk Haji Karim Ghani ketika dihubungi pada pagi Jumaat bersamaan 1 Syawal Hari Raya Adilifitri pertama melalui talian bimbitnya 012-8679263.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara (Senator) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah seterusnya berkata, adalah dipercayai bahawa kira-kira lebih 50 peratus bekas ahli USNO yang menyertai UMNO tetapi bertindak keluar dan menyertai beberapa pemimpin lain untuk menghidupkan USNO setelah mereka melihat kelibat UMNO sudah lari menyimpang jauh dari matlamat asalnya. sumber
Kelantan: 28 pendatang ditahan di sekitar Gua Musang
3 minutes ago
0 comments:
Post a Comment