BN MENANG KATA BLOG PRO BN PISAU.NET......

on Apr 16, 2011



BLOG PRO PR MACAM MANA.....???




Tak rasmi BN Menang 52 kerusi!
Balik la pi oii pakatan! Anwar pun dah lari pi US jam 12 tadi tadi!



Tangkap Syamsul Iskandar Ketua AMK buat terubuk masin..!Orang Sarawak pi tangkap pendek tu buaya rajang lapar orang PKR

Lintas Langsung Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak !

Keputusan akan diupdate dari masa ke semasa.
Sila Refresh untuk update keputusan tak rasmi terkini


DUN BETING MARO. BN-2147,PAS-1314. BN MAJ. 833.

N 51 Balingian- Bn 5100 ( 77.87) , Pkr 520 (7.94), Bebas - 831 ( 12.68), Rosak - 98( 1.49). Majoriti - 3651 ( BN / PBB - Pehin Sri KM Swak )

N 22 Sebuyau (5.20 petang)
PAS - 719 undi
BN - 1,928 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu (5.20 petang)
PAS - 223 undi
BN - 954 undi
Bebas - 50 undi

N20 Sadong Jaya (5.45 petang)
PAS - 1,072 undi
BN - 3,949 undi
Bebas - 402 undi
N 15 Muara Tuang (5.20 petang)
PAS - 575 undi
BN - 1,580 undi
N24 Beting Maro (6.00 petang)
PAS - 2,578 undi
BN - 3,014 undi
Majoriti - 436 undi
Undi rosak - 48

Keputusan tidak rasmi.
N.34 krian.
38 peti undi telah di kira drpd 48 peti kesemuanya spt berikut:
Bn - 2409
Pkr-4104
Snap - 171
Bebas - 102
Majoriti: 1695

N.33kalaka
20 peti undi drp 33 telah dikira spt berikut:
Bn -3505
Pkr -987
Bebas - 447
Majoriti: 2518
Setakat 5:05 ptg.
BN lead di :
dun semop,
jepak,
sebuyau,
sadong jaya,
saribas,
lingga,
tanjung datu,
layar,
marudi
bukit saban,
bukit kota,
telang usan,
balai ringin,
bukit begunan,
bekenu,
kalaka,
dalat, opar,
beting maro,
belawai,
bengoh,
batu danau,
tasik biru, meluan,
pakan,
bukit sari,
batang ai, belaga (27 dun ).

Kita kalah di DUN Bakelalan spdp(lwn pkr) dan ketingalan di DUN Krian spdp (lwn pkr)

dan Pelagus -273 votes (lwn bebas sng) (3Dun).


Pisau kata "Sayau Sarawak"



APA KATA BLOG PRO BN BADUT RAKYAT.......

on



BN MUNGKIN KECUNDANG DI SARAWAK !!!






Khabar angin yang mendakwa bahawa Sarawak bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mesti dipandang dengan sangat serius.ini kerana semua nya tidak mustahil ia akan berlaku sekiranya sentimen kebencian terhadap Ketua Menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud terus bergelora dan mendapat tempat di hati para pengundi.

Beberapa petunjuk sudah menunjukkan bahawa BN tidak mungkin selesa dan menang besar di Sarawak,mereka bukan membenci BN,tetapi para pengundi membenci Ketua Menterinya,itu sahaja.



Seandainya Tan Sri Abdul Taib Mahmud boleh membaca kehendak hati nurani rakyatnya,InsyaAllah BN bakal menang besar di Sarawak.Tetapi nasi sudah menjadi bubur.Walaupun SPR cuba menafikan keputusan tidak rasmi yang sudah tersebar meluas di alam maya namun demikian,keputusan rasmi yang bakal diumumkan kelak pastinya tidak berubah terlalu jauh !!! 

Mahu atau pun tidak BN sudah tewas dari aspek moralnya.Keputusan terkini di Sarawak menunjukkan Pakatan Haram berjaya menambah bilangan kerusi,manakala BN pula hampir kehilangan 2/3 majoriti sekali gus memberi tamparan buruk kepada BN di semenanjung.jangan terkejut sekiranya sesuatu yang luar biasa akan berlaku di Sarawak malam ini,sama ada Tan Sri Abdul Taib Mahmud tewas di kawasan sendiri,atau pun BN hilang 2/3 majoriti. 



Keputusan Awal Dan Tidak Rasmi Pilihanraya Sarawak.......

on

4.10pm: Di Saribas, PKR tewas di semua 12 pusat undi yang dikira setakat ini. Keputusan sebanyak 10 lagi pusat undi belum diketahui.Majoriti BN di semua 12 pusat mengundi meningkat berbanding pilihan raya 2006.Adalah dikatakan PBB mengekalkan kerusi tersebut pada pilihan raya lalu dengan 94 undi kerana menurungkan calon yang tidak popular.


Keputusan awal menunjukkan strategi PBB untuk menggantikan penyandangnya, Wahbi Junaidi dengan calon muda Muhammad Razi Sitam, berjaya meningkatkan sokongan.
3.58pm: DAP berkata mereka hampir pasti mengekalkan kerusi Meradong, yang dimenangi oleh penyandangnya, Ting Tze Fui empat tahun lalu. Beliau kini mendahului dengan 459 undi.

Sebelum ini, dengan angkatan kempen BN, DAP bimbang, wanita berusia 27 tahun itu akan dikalahkan.

DAP - 1,072
Supp - 613

3.53pm: Sumber  PKR berkata BN mendahului dengan 700 undi di Layar dan masih ada beberapa pusat mengundi yang belum ditutup. Adalah sukar untuk mengatasi majoriti BN itu, kata sumber tersebut.

Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat timbalan ketua menterti, Tan Sri Alfred Jabu, yang bertanding bagi kali kelapan.

Beliau dicabar oleh calon PKR Stanny Embat.
3.50pm: Menurut MP Serdang Teo Nie Ching, terdapat perubahaan sikap di kalangan pengundi yang kini cenderung menyokong DAP di Repok.Di satu saluran, pengiraan awal mendapati DAP menang 165 undi berbanding 135 yang diperolehi 135.“Ketika 2006 (pilihan raya negeri), kita kalah hanya dengan 23 undi,” katanya.
3.48pm: Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:
PKR -162
BN - 76
Snap -32
Bebas - 1
Rosak - 1
3.45pm: Sumber PKR berkata BN sedang mendahului dengan 400 undi di Engkilili. Kerusi majoriti pengundi Iban ini dikatakan satu ketika adalah kerusi 'kelabu' BN. Dalam pilihan raya ini, kerusi ini ditandingi oleh BN-Supp, PKR, Snap dan calon Bebas.
3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis beliau sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi:
PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477
3.38pm: Keputusan tidak rasmi - Saribas:

BN- 1638
PKR - 601
Majoriti - 1037
3.35pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahului di dua kerusi - Meradong (berhampiran Sibu), Kidurong (Bintulu) - dalam pengiraan awal. Calon-calon DAP adalah penyandang bagi kedua-dua kerusi Meradong dan Kidurong.

Di Bawang Assan, orang kuat Supp Sibu dikatakan mendapat tentangan hebat daripada pendatang baru dari DAP, Alice Lau.
3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.

Berikut antara kerusi tersebut:

N 22 Sebuyau
PAS - 698 undi
BN - 1,860 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 184 undi
BN - 763 undi
Bebas - 32 undi

N22 Sadong Jaya
PAS - 163 undi
BN - 448undi
Bebas - 29 undi

Bagi kerusi N 24 Beting Maro setakat ini masih belum menerima apa-apa keputusan. PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi di DUN Sarawak sebelum ini.
3.30pm: Meradong - Calon, DAP Ting Tze Fui sedang mendahului calon Supp Ling Thai King. Ini adalah kerusi majoriti pengundi Cina.
Berdasarkan sambutan terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, BN dikatakan sukat mempertahankan kerusi-kerusi mereka sekitar bandar-bandar utama itu.
3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.
3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp.
3.05pm: Saribas - dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira.
3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi
2.46pm: Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampasBa'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira.
Semua pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi.
2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu.
Keputusan tidak rasmi:
BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008
2.30pm: Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:

Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11

Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13

Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27

Beting Maro

PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2

Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan.
2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban:

PBB - 89, PKR - 1, Bebas - 0
1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira.
1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului:

PKR - 596
BN - 525
1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144.

12.54am: PKR mendakwa mereka mendahului di pengiraan awal di Layar dan Meluan.

Namun di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi daripada enam pusat undi yang telah dikira. Ini hanay 10 peratus daripada jumlah pengundi.

Saribas dikatakan antara kerusi yang PKR mempunyai peluang cerah untuk menang. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang dengan 94 undi.
12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR:

Kakus


PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Iban.
12.30pm: Ketua PKR Sarawak Baru Bian menghadapi saingan sengit daripada sepupunya Willie Liau di Ba'Kelalan, sebuah kawasan bukit bukau yang bersempadankan Kalimantan di Indonesia.

Ba'Kelalan adalah kerusi paling kecil di Sarawak dengan jumlah pengundi hanya 6,958 orang.

Undi sedang dikira. Setakat ini, keputusan tidak rasmi:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

Ehsan Malaysiakini




MUHYIDDIN KATA ANWAR TELAH MENINGGALKAN MALAYSIA.........???

on

Entry hot : Dsai, Lim kit siang, lim guan eng, nik aziz semua lari ke luar negara!!



Tadi aku tengok berita kat astro awani. Pasal isu pilihanraya negeri sarawak. Aku suka laporan awani kali neh sebab agak telus. Ya, kadang2 laporan awani agak bias. Tapi aku tak salahkan awani. Mereka sebenarnya dipaksa untuk tunduk kepada kerajaan. Kalau tidak mereka akan kehilangan hak untuk beroperasi. 

Samada korang perasan ataupun tidak pemberita2 awani sedikit sebanyak ada berikan clue/hint kepada penonton berkaitan beberapa isu. Mereka tak boleh nampak seperti BEBAS secara terang-terangan tapi mereka cuba mencerminkan imej BEBAS  secara sembunyi2. Takpelah, kalau PR berjaya tadbir malaysia kelak, kita doakan agar semua media diberikan kebebasan untuk melaporkan berita benar bukan berita fitnah.


Kat awani tadi pemberita interview polis yang bertugas menjaga kawasan santok. Polis memberikan jawapan begini ;

1. Perselisihan yang berlaku ialah perselisihan yang sangat2 kecil [bukan panas seperti yang dilaporkan oleh umb]

2. Perselisihan faham berpunca daripada salah faham bagi parti2 yang bertanding.

3. Ia berjaya diselesaikan selepas mereka memberikan kerjasama yang penuh.

4. Ia berlaku akibat daripada dua perkara. Satu mengenai pengundi yang ditahan sebelum masuk ke dewan [mungkin utk raih undi bagi saat terakhir] dan satu lagi sebab tak dijelaskan secara terperinci oleh polis tadi, so aku taktahu.

Dan selepas aku tengok awani aku kalih ke berita tv3 pula. Di tv3 pula berita yang aku dapat memang sedikit pelik. Mula2 tv3 interview spr dan spr memberikan statement seperti di bawah ;



Dan selepas habis sesi interview dengan spr, tv3 menyiarkan ulasan tpm. Ulasan tpm lebih kurang begini ;






Point penting ;

1. tpm bidas pihak pembangkang keluar khabar angin? Tapi di berita tadi tpm sendiri cakap begini ;



" menurut maklumat yang saya terima dari sumber sahih, anwar dah lari ke luar negara. Dia naik kapal pergi london dan kemudiannya nak menuju ke amerika. Kalau menang kenapa lari?"

dalam erti kata lain, dia sendiri yang sebarkan khabar angin tapi dia tak sedar. Betul ke dsai dah lari? Mana aku tahu. Lepas tue dia wujudkan persepsi bahawa bn menang di sarawak. Sebab tue dia cakap dsai lari. Dia kemudian nya cakap macam neh ;



" jangan percaya kepada psy war pembangkang.. ini semua taktik untuk mengelirukan pengundi. "

Dia faham ke pembangkang cakap apa? Pembangkang cakap mereka lead di beberapa kawasan. Bukan menang. Ko punya taktik psy war yang maha dasat. Terus keluar statement dalam tv. Terus cakap dsai lari. Di blog2 umno dok sebarkan info kata bn menang besar di sarawak. Ko taknak sound pula? SPR taknak bidas pula?

2. SPR patut telus. Dia patut cakap je belum ada mana2 parti yang disahkan menang di sarawak. Dia tak boleh sebut parti pembangkang ke parti kerajaan ke segala bagai pasal di sarawak takde kerajaan or pembangkang. DUN dah dibubarkan. Dia faham ke maksud pembubaran dun? Maknanya selagi belum ada mana2 wakil rakyat yang terpilih secara rasmi sebagai mewakili satu2 kawasan dan membentuk kerjasama bagi memerintah satu2 negeri itu bermaksud tiada istilah kerajaan ataupun pembangkang. Ini proses pemilihan wakil rakyat. Parti yang menang paling banyak akan membentuk kerjasama bagi memerintah negeri. So apa istilah parti pembangkang pula? Di sarawak mana ada kerajaan negeri bila dun di bubarkan. BN bukan pentadbir sarawak buat masakini.

Takan benda simple macam neh spr tak faham? Kenapa dia buat statement melulu dan bias yang menjatuhkan pembangkang? Dia hanya baca blog / twitt parti pr aje ke? Yang blog dan twitt parti bn dia tak baca ke? Dah berapa banyak umb dan lain2 pro bn twitt kata bn lead itu ini. BN akan bentuk kerajaan itu ini. BN menguasai itu ini. BN menang itu ini. Blog bn pun siarkan perkara yang sama. Kenapa hanya pr je yang dapat tuduhan? Kenapa?

Sekarang terbaru di twitter mereka kata lim kit siang dah lari. Lepas neh mungkin tgna pula lari. Dan mungkin selepas selepas ini kita pro pakatan rakyat pula lari dari malaysia. Hah sudah. Melayan kegilaan bn. Orang gila mmg hasilnya gila.



Ameno : Kali neh aku bersedia melabelkan spr dengan gelaran yang paling keji.


http://amenoworld.blogspot.com



Keputusan dari sumber PKR ...?

on

"2.40 petang – MESEJ PAKATAN RAKYAT: BN akan menjalankan operasi hitam penipuan antara pukul 3 hingga pukul lima petang. Petugas-petugas diminta pantau kehadiran pengundi-pengundi yang datang mengundi dan kelihatan meragukan dan berhat-hati dalam 3 jam terakhir.

2.30 petang – Dun N52 Tamin : Sukuan – KEADILAN 113, BN 38; Rumah Nangai -KEADILAN 93, BN 38; Rumah Empeni Bungkang & Rumah Pagah Pelepok KEADILAN 28, BN 8 (sumber: Twitter Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang).

2.15 petang – Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, KEADILAN memenangi kerusi N34 Krian dengan majoriti kira-kira 3,000 undi.

KEADILAN memenangi 45 daripada 49 peti undi di Dun Krian. Calon KEADILAN di Dun Krian adalah Ali anak Biju."



Pengundian Pilihan Raya Sarawak Bermula...

on

Saat yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Tepat jam 8:00 pagi tadi semua peti undi dalam 71 kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibuka. Kini para pengundi telah mula menunaikan kewajiban masing-masing untuk menentukan parti mana yang akan memerintah Sarawak untuk lima tahun akan datang.

Debaran kini bukan saja kepada lebih 200 orang calon yang bertanding tetapi juga kepada pemerhatian politik dari seluruh negara. Pilihan raya umum Sarawak ke-10 kali ini menjadi tumpuan ramai. Angin perubahan yang melanda Sarawak kini menyebabkan para pemerhatian tidak tidur dan berdebar menanti keputusan. Sikap terbuka rakyat Sarawak juga menyebabkan para pemerhati dan penganalisa sukar untuk membuat agakan.

Pilihan raya Sarawak kali ini ternyata berbeza dengan sembilan pilihan raya sebelum ini. Belum pernah BN yang lebih 30 tahun memerintah bumi Kenyalang merasai serangan pembangkang sehebat hari ini. Realiti ini diakui sendiri oleh pihak BN. Najib yang mulanya optmis BN akan mendapat majoriti 2/3 tetapi telah berubah nada disaat akhir dengan mengharap hanya cukup kalaulah BN dapat mengekalkan kemenangan dengan simple majoriti.

Perbalahan Najib dengan Taib Mahmud dalam menguruskan pilihan raya ini menjelaskan akan keserabutan dan kebimbangan mereka. Pertelingkahan itu katanya sampai ke saat saat akhir. Ketidak yakinan BN untuk menang ditunjukkan amati dengan kehadiran bekas PM Mahatahir Mohamad untuk membuat panggilan terakhir dan perosnal terhadap pengundi Cina. Tetapia khabarnya kehadiran Mahathir disaat akhir itu tidak banyak merubah suasana.

Apa yang akan berlaku hari ini dan bagaimana keputusannya? ia tetap mengetuk hati setip orang. Di sini saya tidak mahu menurunkan ramalan dan analisa saya tetapi cukuplah kalaulah saya mengatakan pilihan raya ini benar benar mengejutkan dan menggembirakan orang politik yang mahu melihat satu perubahan dan sikap baru rakyat Sarawak dalam politik.

InsyaAllah kalaulah ada masa dan kemudahan saya akan cuba membuat analisa menjelang tengah hari berpandukan kepada aliran mengundi dan juga maklumat dari risikan dari berbagai sumber. Salam dari Kuching. 


MSO





Sarawak election day, Mat King Leather runs away....

on

Morning all. It is the much awaited Sarawak 10th state elections today. Sarawak voters expected to elected 71 representatives for the Sarawak State Assembly.
We are feeling lucky this fine cool Sarawak morning along the riverbanks of Kuching. So, we are confident that BN poll between 58-60 seats. This is despite the failed PKR and racially infused DAP campaign the past two weeks.

Last night Fourth Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was received with a thundering welcome of 5,000 crowd at Kg. Pulo Ulu across the river from here. He was accompanying Chief Minister Pehin Seri Abdul Taib Mahmud in the last campaign streak, where the redevelopment of 13 kampungs with infrastructure in that area has been announced.

In his speech, Tun Dr. Mahathir is confident that Sarawakians would make the smart decision and place persons that could bring about progress and development to the state and the rakyat. BN has managed to transform the state to where it is and out of personal experience, he saw Kuching grew four times the size since when Sarawak first joined the Federation of Malaysia.

He admitted that progress and development is not actually at the same pace to all communities. Never the less, BN strive to ensure that every single communities is not left behind from the mainstream development and this is a consistent crusade, to alleviate the Rakyat’s socio economic standing.

At the tail of his speech, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Md. Yassin appeared at the ceramah. Initially he wasn’t slotted to appear but he wanted to honour his former Boss and mentor, who was willing to come and help the BN campaign.

On the other end, Opposition Leader Anwar ‘Mat King Leather” Ibrahim left for Kuala Lumpur on Friday afternoon at 1245hrs on MH 2513 back to Kuala Lumpur. He was acccompanied by Wan Azizah “Anu Kerah” Ismail. Late last night, he left for London Heathrow on MH 002. He is expected to leave Amsterdam Schipol on KL867 19 April 2011 1600hrs for Kansai Osaka. He should be back to Kuala Lumpur from Kansai on MH 053 on 21 April 2011 1600hrs and expected to arrive at 2100hrs local time.





MASA UNTUK BERUBAH....

on

Gelombang Kebangkitan Rakyat Sarawak Semakin Jelas, Masanya Untuk Buat Perubahan Kini Taib.



Seperti biasa di saat-saat terakhir menjelangnya hari pengundianPilihanraya Negeri Sarawak, banyak insiden yang tidak diingini berlaku. UMNO BN terus menggunakan pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menggempur ceramah "grand finale" Pakatan Rakyat. 



Namun ribuan rakyat tetap membanjiri lokasi ceramah hingga menyebabkan Ketua Menteri Taib Mahmud tidak lena tidur dibuatnya. Semua ini membuktikan rakyat sudah muak berada di bawah pentadbiran Kerajaan UMNO BN sejak sekian lama. Kebajikan mereka dinafikan, malah hidup mereka serba kekurangan. 
Sebaliknya puak pemerintah terus kaya-raya merompak hasil mahsul negeri untuk kepentingan peribadi mereka. Gambar yang dipaparkan di bawah ini membuktikan bahawa rakyat memang dahagakan perubahan. Satu suasana yang sungguh menggerunkan BN. Bahkan senario ini pasti tidak akan disiarkan dalam media arus perdana. Oleh itu kami paparkan buktinya.


Setelah melihat paparan ini dan mendengar ceramah Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim ini maka terbuktilah apa yang dipaparkan oleh media arus perdana adalah "auta semata-mata". Bayangkan ada diantara 20 hingga 30 ribu rakyat yang hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan barisan pemimpin Pakatan Rakyat. 
Namun, kini rakyat sudah muka sedar akan kepentingan itu semua. Rakyat tidak boleh ditipu buat selama-lamanya. Kebenaran itu adalah sesuatu yang berharga. Selamat mengundi buat warga Sarawak. Buatlah pilihan yang tepat !!. 

16 Sept Bertukar 16 April.......

on

SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENDUDUK BERDAFTAR NEGERI SARAWAK...   


UBAH


Bukan Persekutuan,tetapi negeri.Bukan 16Sep,tetapi 16April! Who knows??







Analisis terkini pilihan raya DUN Serawak.....

on

DUN Sarawak: Referendum uji 1 Malaysia Najib, kuasa 30 tahun Taib





ANALISIS, 16 April — Selepas tsunami politik Mac 2008, arena politik negara menyaksikan satu lagi detik penting yang akan menjadi ukuran populariti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Jika tiga tahun lalu, sekitar 11 juta orang pengundi menyertai gelanggang memberi mandat pada pilihan raya umum ke-12, yang turut menyaksikan pilihan raya Dewan Undangan Negeri semua negeri kecuali Sarawak, hari ini hampir sejuta pengundi menjadi harapan kepada kedua-dua perikatan itu dan juga calon-calon Bebas — dalam pilihan raya negeri Sarawak yang paling sengit.

Pun begitu, pilihan raya hari ini dilihat sebagai pungutan suara ke atas kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memimpin Sarawak sejak lebih 30 tahun.
Kepimpinannya genap tiga dekad pada 26 Mac lalu. Ketua Menteri paling lama memimpin ini, yang melangsungkan perkahwinan kali kedua tahun lalu ekoran kematian isterinya, turut berhadapan dengan siri dakwaan rasuah dan salah guna kuasa — membawa kepada keluarga dan rakan-rakannya mengumpulkan kekayaaan.

Meskipun dakwaan dan tanggapan sedemikian belum dibuktikan di mahkamah terbuka sehingga kini, penilaian pengundian dan masyarakat menjadi penentu dalam pengundian hari ini — hari penentuan — sama ada BN boleh mengekalkan pemerintahannya sejak Sarawak menyertai Malaysia pada 1963 atau PR akan melangkah ke bumi Kenyalang, kalau tidak menguasai kedudukan lebih baik kali ini.

Awalnya, PR dikatakan hanya akan memenangi beberapa kerusi tambahan berbanding lapan kerusi dikuasai pembangkang termasuk enam oleh DAP dan satu oleh PKR pada pilihan raya terakhir Mei 2006.
Buat julung kali pemimpin tertinggi BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pilihan raya negeri kali ini sebagai yang paling sengit dalam sejarah negeri Sarawak.

Beliau dilaporkan berkata sasaran BN ialah mempertahankan kerajaan negeri dan jika memperoleh majoriti dua pertiga ia adalah satu bonus.

Pembangkang menggunakan setiap isu sama ada tanah atau rasuah sepanjang kempen 10 hari lalu untuk memikat sokongan dengan menyasarkan Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Malah, isu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan kitab Injil versi Bahasa Malaysia atau Alkitab dilihat meningkatkan sentimen rasis di antara kaum Melayu-Melayu di mana pentadbiran Taib memihak dan masyarakat Cina dan Dayak Kristian.
Ia menyebabkan Taib yang mesra dengan panggilan “pek moh” menuduh tindakan meletakkan tag dan tanda pada Alkitab sebagai “tindakan bodoh.”
Pada 2 April lalu Putrajaya memperkenalkan penyelesaian 10 perkara. Malah ini bukan satu-satunya rasa tidak senang hati yang dapat dilihat dengan jelas melibatkan kerajaan BN negeri dan persekutuan.

Najib yang secara peribadi mengetuai kempen sepanjang enam hari terakhir juga cuba meredakan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Sarawak dengan mengatakan bahawa Taib akan melepaskan jawatannya dalam waktu terdekat selepas pilihan raya.

Beliau seterusnya menjelaskan sudah ada pelan peralihan kuasa.
Kenyataan ini yang dikeluarkan pada malam Ahad lalu membuktikan isu Taib mendominasi pilihan raya negeri ini, yang buat pertama kali sengit dalam sejarah negeri Sarawak itu yang mempunyai penduduk tidak sampai tiga juga orang.
Bagaimanapun seolah-olah tidak bersetuju dengan pandangan Najib itu, Taib berkata, beliau bersedia melepaskan kedudukannya dalam “beberapa tahun.”

Menurut pemimpin-pemimpin veteran seperti Lim Kit SIang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, yang pernah berada dalam kerajaan sebelum dipecat pada September 1998, ini bukan kali pertama cakap-cakap mengenai peralihan kuasa muncul.

Pemimpin-pemimpin pembangkang mendakwa Taib pernah membuat janji-janji sedemikian tetapi tidak pernah menunaikan.
Najib dengan jelas melihat Taib sebagai liabliti dalam pilihan raya. Malah beberapa pemimpin Umno kanan yang ditemui awal tahun lalu juga pernah melahirkan pandangan sedemikian, ketika wujud desas-desus pilihan raya negeri akan diadakan pertengahan tahun lalu.

Jika tidak, berbanding sebelum ini, ini kali pertama seorang perdana menteri dan timbalannya menghabiskan sebahagian besar masa mereka membantu jentera BN termasuk tidak mengadakan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu.
Perkara ini juga diperakui oleh media-media yang prokerajaan pusat dan BN.
Laporan Bernama Online malam tadi menyebut, mengakhiri lawatannya ke kawasan penempatan masyarakat Iban di pekan Kapit dan Song di Hulu Rajang hari ini (semalam), Najib menyampaikan amanat terakhir kepada rakyat Sarawak sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

“Jangan undi ikut sentimen. Persoalan yang harus difikirkan oleh pengundi Sarawak ialah kerjasama antara pusat dan negeri untuk masa depan yang lebih terjamin (memandangkan) Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan luas dan perlu banyak pelaburan terutama dari segi prasarana yang maju dan moden,” kata Najib yang juga Presiden Umno dan Menteri Kewangan.

Kata laporan itu, Najib telah muncul sebagai tunggak kempen BN selepas pembangkang melancarkan “serangan” bertalu-talu terhadap tempoh lama Taib Mahmud memegang jawatan sebagai Ketua Menteri.

Bertolak daripada dakwaan dan label Taib sebagai “liabiliti” kepada BN kali ini, laporan-laporan media memetik pemimpin parti komponen BN sendiri melemparkan kenyataan bahawa jika BN Sarawak gagal memperlihatkan kembali prestasi lalu khususnya membabitkan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Umno, MCA dan Gerakan akan mengembangkan sayap masing-masing ke bumi Kenyalang ini.

Meskipun ada yang menganggap bahawa pilihan raya ini hanya pungutan suara ke atas kepimpinan Taib, tetapi ada juga yang melihat mandat hari ini juga akan menjadi ujian kepada kredibiliti dan gagasan 1 Malaysia yang dibawa Najib. Tahun ini genap dua tahun Najib menjadi perdana menteri dengan gagasannya itu.

Populariti beliau dikatakan masih tinggi, dalam lingkungan 69 peratus sebagaimana diumumkan oleh kajian Merdeka Center akhir tahun lalu. Najib sendiri cuba mengadakan pertemuan dengan masyarakat Kristian di Sarawak bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Sebagaimana dikatakan oleh presiden Aliran,  P. Ramakrishnan, kerajaan persekutuan sendiri berkempen di Sarawak.

Jika Taib gagal di Sarawak hari ini, ia juga dilihat sebagai petanda kepada gagasan 1 Malaysia Najib.

Sebagaimana pernah dikatakan awal bulan ini kepada Reuters oleh Najib, keputusan malam ini akan menjadi penentu dan kayu ukuran kepada tarikh pilihan raya umum ke-13 - yang pertama di bawah kepimpinan Najib.




Keputusan Pilihanraya Sarawak Dijangka Memihak BN

on

Survey' terkini Pemerhati Politik bebas sehingga malam tadi ialah seperti berikut :-

BN : 52

DAP : 13

PKR : 5

PAS : 1

SNAP : 0 BEBAS : 0


(BN 52 PR 19)


Kedudukan ini menurut pemerhati bebas itu adalah disebabkan sogokan, ugutan dan habuan kebendaan serta projek yang dilakukan oleh BN dengan menggunakan strategi tradisinya itu. Dua hari sebelum ini kedudukan ialah BN - 40, DAP - 14, PKR - 15 dan PAS - 2.

Namun jika kedudukan diatas kekal yakni BN 52 dan PR 19, ia merupakan kejayaan besar bagi menghadapi PRU 13. Walaupun gagal memperolehi 2/3 namun ianya sudah cukup untuk menggerunkan BN bagi menghadapai PRU 13. Najib mungkin berfikir panjang untuk membubarkan Parlimen.






Kempen ‘Perang Kuasa’ Najib, Muhyiddin dan Taib di Sarawak?

on

Kempen Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-10  tertumpu kepada perang ‘kuasa’ tiga penjuru antara Perdana Menteri, Timbalannya dan Ketua Menteri Sarawak.


Demikian analisis awal Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad membicarakan isu mengapa Perdana Menteri dilihat bersungguh-sungguh berkempen di Sarawak, sedangkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah lama berkempen di sini.


Samada Najib sebenarnya tidak yakin, mahupun tidak selesa dengan kehadiran Muhyiddin, serta isu-isu yang mendampingi Ketua Menteri Sarawak hingga terpaksa turun padang enam hari berturut-turut.
Ataupun Najib sebenarnya bimbang, sebarang perancangan Muhyiddin ‘seteru dalam diamnya’ mengatur sebarang strategi untuk membina kekuatan di Sarawak bagi mendapatkan sokongan, duduk di kerusi nombor satu kerajaan menggantikan Najib.

Di peringkat Taib Mahmud pula, beliau sendiri walaupun zahirnya nampak tenang menghadapi angin perubahan yang melanda Sarawak, namun dalam diam beliau sendiri bertarung dengan ‘serangan dua penjuru’, pembangkang dan rakyat.

Isu-isu yang menyangkut beliau sejak 30 tahun menerajui Sarawak, antaranya isu rampasan Tanah adat (NCR), isu pentadbirannya dibayangi skandal pengumpulan kekayaan di dalam dan luar negara, isu ‘mistik’, isu rakyat tidak mendapat kemudahan asas, dan isu skandal anak-anak serta kroninya.
Taib Mahmud pastinya dalam kelemasan kini, walaupun dalam satu wawancara di TV3, beliau melaungkan keyakinan kononnya BN mampu mempertahankan Sarawak dengan majoriti besar, dua pertiga.
Beliau sendiri mempunyai maklumat, bahawa kedudukan BN cukup genting di 18 kerusi yang diletakkan beberapa penganalisis politik sebagai sudah menyebelahi Pakatan Rakyat.

Sementara pertarungan di 10 kerusi untuk menentukan siapa pemenangan di garisan penamat, semakin rancak, dengan DAP, PAS dan KeADILan serta tidak ketinggalan SNAP yang sudah keluar dari Pakatan Rakyat ‘bila-bila’ boleh menggugat lebih dari kerusi yang dijangkakan.
Kegelisahan Najib- Muhyiddin mungkin bukan atas faktor menang atau kalah BN di Sarawak, kerana mereka lebih gemar dalam pertarungan kuasa untuk menentukan pusingan pertama sebelum pemilihan Umno, siapa yang mendahului.

Menang atau kalahnya BN di Sarawak, ataupun Sarawak hilang majoriti dua pertiga, yang pastinya tergugat adalah kedudukan Taib Mahmud, justeru di celah doktrin itu, Najib dan Muhyiddin bertarung untuk suatu ‘kesan’ yang boleh membawa erti kepada dua tokoh utama BN ini.

Taib Mahmud hanya ‘lauk’ yang sedang dimasak (proses kempen pilihan raya) untuk hidangan makan malam (keputusan pilihan raya), sedap atau tidak bukan persoalan, lebih dari itu mampukan untuk menyampaikan hajat mereka yang berselera besar (Najib dan Muhyiddin).

Kekalahan membawa makna, kedudukan Taib akan terjejas, kemenangan pula akan membawa kesan yang perebutan ‘dwilogi’ kuasa antara Najib-Muhyiddin di peringkat pusat.
Namun, rakyat Sarawak sudah tentu memiliki satu ‘tekad’ untuk melakarkan perubahan, setidak-tidaknya perubahan untuk ‘mengajar’ kerajaan BN erti kesengsaraan yang dihadapi rakyat.
Najib-Muhyiddin-Taib Mahmud, seketika nanti akan melupai kesengsaraan rakyat di bawahan apabila tamatnya pilihan raya, dan mereka akan terus meniti jalan-jalan memperkukuhkan pengaruh dan kuasa, dalam dunia kemewahan!




Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List