Mereka Mudah Lupa...!

on Jun 12, 2012











12 JUN 2012  - 

Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.
Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.
“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.
“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.
“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?
“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.
“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,” ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.
Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.
Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.
Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.
Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.
“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,” kata beliau.
Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.



Photobucket

Sabotaj dalaman terus hantui Umno

on


12 JUN 2012  -


"Cah keting" menjadi istilah popular dalam kalangan Umno pada masa ini, ketika Pilihan Raya Umum ke-13 sedang dinanti-nanti.

Isu cah keting atau sabotaj menjadi salah satu isu utama yang disuarakan pemimpin-pemimpin parti, yang semakin kerap memberi amaran kepada ahli supaya tidak melakukan sabotajsejak kebelakangan ini.

Terbaharu, dalam Mingguan Malaysia semalam, pengerusi lembaga disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menggesa supaya amalan cah keting dihentikan dalam usaha menawan kembali negeri Kelantan dari PAS.

Walaupun isu cah keting dan istilah itu sendiri paling utama dikaitkan dengan Umno Kelantan, kebimbangan ini kini dirasai di seluruh negara, termasuk negeri kritikal seperti Selangor yang mempunyai ramai "warlord" dan bekas pemimpin yang kini kecewa seperti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Ketika isu cah keting hangat diperkatakan, tercetus pula isu penggantungan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel), yang jelas kelihatan seperti satu tindakan politik dendam oleh pemimpin parti pemerintah.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin muncul menjuarai tindakan yang akhirnya memalukan Umno itu, malah sehingga kini terus mempertahakan tindakan itu.

Episod ini telah mendedahkan ketidakmatangan politik kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang yang menaburkan janji populis memberi pendidikan percuma, malah turut mencadangkan hutang PTPTN tidak dibayar balik.

Tetapi, pihak yang mempunyai kuasa dalam ini ialah pemerintah, dan akhirnya telah menunjukkan kuasanya dengan cara yang terburu-buru, tidak matang dan memalukan, yang didedahkan melalui tindakan membekukan pinjaman itu dan kenyataan mempertahankan tindakan itu yang bersifat kebudak-budakan.

Tindakan mengembalikan semula pinjaman selepas dikecam hebat menambahkan lagi kesan negatif kepada Umno dan Barisan Nasional, kerana menunjukkan bahawa tindakan menghentikan pinjaman itu tidak dapat dijustifikasi sewajarnya.

Tindakan menahan pinjaman itu mewakili elemen berhaluan kanan yang lebih ekstrem dalam Umno, yang menyaingi usaha pemimpin utama parti, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengemukakan pendekatan lebih liberal dan bergerak ke tengah dalam usaha menarik pengundi pertengahan

Elemen ini,yang bergerak dengan gaya politik lama yang tidak memisahkan pentadbiran dengan politik kepartian dan berkecenderungan kuat untuk menghukum mereka yang tidak menunjukkan sokongan masih berleluasa dalam Umno.

Perkembangan ini menunjukkan satu masalah Umno menangani elemen berhaluan kanan dalam parti yang berpotensi bertindak sebagai satu bentuk sabotaj kepada usaha menunjukkan wajah dan pendekatan politik yang lebih matang, dalam keadaan parti pemerintah diperhatikan setiap tindakannya oleh rakyat dan parti lawan.






Photobucket

KEJUTAN AKAN BERLAKU: Pak Lah orang lama yang pertama disingkir Najib?

on



KEJUTAN AKAN BERLAKU: Pak Lah orang lama yang pertama disingkir Najib?

12 JUN 2012 -

Nampaknya bekas perdana menteri Abdullah Badawi dapat menghidu tindakan penggantinya Najib Razak yang cuba mengeluarkannya dari kerusi Kepala Batas ntuk membolehkan orangnya sendiri dan dia telah bertindak terlebih dahulu dengan memberi amaran kepada parti Umno.
“Najib dan Mahathir sedang cuba bertindak sekarang. Jelaslah bahawa mereka akan mengadakan pemilihan dalam parti sebelum PRU ke 13. Mereka mempunyai alasan yang cukup untuk diberi kepada Majlis Tertinggi parti bahawa jika PRU ke 13 diadakan dengan tergesa-gesa, mereka akan berkemungkinan besar kehilangan kerajaan persekutuan.” Ahli parlimen Batu dari PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
“Ini berkemungkinan benar namun mereka akan cuba melaksanakannya dengan cara kotor. Dengan cara ini mereka akan dapat menyingkirkan semua musuh mereka dalam Umno dan menggantikannya dengan orang-orang mereka termasuk didalam parlimen. Jadi, jika mereka kalah sekalipun dalam pilihanraya umum ke 13, mereka tidak akan perlu berhadapan dengan orang yang bakal berpaling tadah dan berpegang pada jawatan parti dan boleh bersuara dalam politik nasional.
Lebih banyak kejutan akan dijangka
Sudah dijangka beberapa hari yang lalu, bekas menteri Kadir Sheik Fadzil telah melancarkan sebuah parti politik baru, Ikatan, yang bertujuan menghidupkan semula ‘Umno lama’ dan membebaskan diri dari cara politik Najib sering bermain dengan perkauman dan agama.
Umno yang ada pada masa ini adalah Umno Baru yang ditubuhkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad setelah merebut kuasa daripada Tengku Razaleigh pada tahun 1980-an dan perpecahan berlaku menyebabkan Umno yang lama telah didaftarkan semula.
Kadir yang keluar dari Umno pada bulan lalu dikatakan seorang yang agak liberal didalam parti. Walaupun dia agak berprofil rendah, agak ramai juga orang dalam Umno yang berpengaruh akan bersimpati padanya dan mungkin juga akan menyertai Ikatan jika Najib dan Mahathir bertindak melampaui batas. Antara mereka yang agak berserdehan dalam Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah dan Sabaruddin Chik.
Ikatan wujud kesan daripada perpecahan dalam Umno dan ketidakpuasan hati dengan Mahathir. Ramai yang kecewa apabila Najib melakukan apa saja kata Mahathir termasuk melaksanakan cara lama yang begitu kolot dan kejam dan telah merosakkan imej Umno itu sendiri. Namun Mahathir tidak Nampak semua itu. Dia merasakan bahawa Umno sepatutnya lebih tegas dan telah memberi amaran jika BN kalah dalam PRU ke-13, mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah.
Tiada kenyataan balas dari Pak Lah
Pak Lah tidak memberi apa-apa kenyataan bahawa dia akan bertanding untuk kerusi parlimen Kepala Batas yang dipegangnya sejak tahun 1978. Namun demikian, media Umno telah sibuk menspekulasi siapakah yang akan diumum untuk menggantikan tempatnya.
“Ini memang cara Umno memukul beduknya. Sekalipun Pak Lah mahu bersara, dialah yang akan mencari orang yang sesuai untuk kerusi kuatnya itu. Kita tidak membina kubu kuat seperti itu lantas melepaskannya begitu sahaja. Jika dia mahu, Kepala Batas akan diwariskan kepada Khairy- itu yang pasti,” kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.
Dia merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang berada dalam tekanan di kawasannya sendiri iaitu Rembau dan berkemungkinan juga, Chegubard atau Badrul Hisham Shahrin dari PKR akan mengalahkannya untuk kerusi Negeri Sembilan itu.
Ada cakap-cakap bahawa Khairy akan berpindah ke kubu kuat Pak Lah di Pulau Pinang. Tetapi, bagaimana dia akan melakukan itu tanpa rasa malu dan berhadapan dengan tohmahan dari Umno sendiri.
Boneka Khairy lwn ‘calon boleh menang’ Najib, tapi adakah mereka akan menang?
Menurut The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno sedang bergelut untuk kerusi Kepala Batas. Mereka adalah ketua pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican dan bekas duta Malaysia ke Filipina, Ibrahim Saad, bekas ahli parlimen tasik Gelugor yang juga timbalan menteri.
“Ibrahim mungkin ada kelabihan disini dan dia juga ada kaitan dengan orang lama manakala Reezal pula seorang mamak. Namun, Pak Lah mahukan reezal untuk menggantikannya,” ada sumber memberitahu The Malaysian Insider, dengan merujuk kepada Reezal yang berketurunan India Muslim.
Namun, disebalik faktor ‘mamak’ Reezal, dia bukanlah pilihan yang popular kerana dia juga dilihat sebagai boneka Khairy.
Ibrahim yang merupakan timbalan menteri di Pulau Pinang semasa BN memerintah negeri itu dilihat sebagai calon yang lebih berpotensi malah dia juga rapat kepada Najib.
Pak Lah, yang dikenali sebagai ‘Sleeping Beauty’ untuk satu tempoh pemerintahan yang tidak lama, merupakan perdana menteri Malaysia dari tahun 2003 hingga ke 2009. Menurut The Malaysian Insider, dia memenangi kerusi Kepala Batas untuk kali yang ke lapan pada tahun 2008 dengan majoriti undi 11,246 apabila menerima sejumlah 23,445 undi berbanding Subri Mohd Arshad dari PAS yang mendapat hnaya 12, 199 undi.
Malaysia Chronicle



Photobucket

Aduhaaiii Malaysia.....Perbicaraan Scorpene bukan serius

on



12 JUN 2012   -

Perbicaraan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang diberikan perhatian oleh Malaysia buat masa ini, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman.

NONE"Ini bukan perkara serius yang kita perlu ikuti dan ia hanya diuar-uarkan pihak tertentu," katanya ketika ditanya persediaan Malaysia menghadapi perbicaraan itu.

Namun, Malaysia akan melakukan persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi perbicaraan itu apabila keadaan memerlukan, katanya lagi.

"Setakat ini dari kedutaan (Perancis) pun kita belum terima apa-apa maklumat.

"Tetapi kalau perlu, kita sedia pertahankan," katanya kepada pemberita sewaktu ditemui selepas majlis makan tengah hari bersama ketua wakil negara-negara ASEAN di Kuala Lumpur sebentar tadi.

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini memfailkan tindakan mahkamah di Perancis untuk menyiasat unsur rasuah dalam penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat DCNS yang berpangkalan di sana.

Peguam Perancis, Joseph Breham yang mewakili Suaram mendakwa, DCNS membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Menurutnya, hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes tersebut ingin tahu tujuan sebenar bayaran itu dilakukan kepada Terasasi yang dimiliki ayah kepada Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam perkembangan berkaitan, Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan urusniaga kapal selam itu.

Usul tersebut difailkan ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu di bawah Perintah Tetap 18(11). - MK


Photobucket

'Apa Saja Boleh Berlaku'

on



12 JUN 2012  -

Pemimpin Umno Sabah, Datuk Lajim Ukin menyangkal spekulasi pada hujung minggu lalu tentang lompat parti menyertai PKR, tetapi menegaskan 'apa saja boleh berlaku' dalam politik.

Katanya, itu hanya spekulasi yang disensasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 

wilfred bumburing lazim ukin 100612Ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen hari ini, Lajim berkata  beliau adalah seorang ahli politik kanan, tetapi menegaskan apa saja boleh berlaku dan jika pengundinya mahu beliau berbuat demikian maka "beliau akan lakukan apa yang mereka mahu beliau lakukan."

Katanya, setiap kali menyuarakan kebimbangan rakyat yang diwakilinya, beliau mungkin kedengaran seperti pembangkang, tetapi tegasnya beliau perlu buat untuk kebaikan mereka.

Malah ahli Parlimen Beaufort (kanan) itu berkata, khabar angin tentang beliau lompat parti itu dicetuskan oleh mereka dalam partinya sendiri.

Sementara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ketua PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini juga menganggap cakap-cakap tentang lompat parti itu semalam sebagai hanya satu spekulasi. - MK




Photobucket

Mentaliti Parlimen Malaysia Hancusss...?

on



12 JUN 2012  -


NONEPenarikan semula Rang Undang-undang (Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya tidak dilakukan secara tergesa-gesa malah dilakukan atas persetujuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengulangi penjelasannya bahawa kerajaan telah berbincang dengan ketua pembangkang dan SPR sebelum menarik semula rang undang-undang tersebut.



"Masa dibahaskan di Dewan Rakyat, kita buat tiga pindaan. Apabila dibahas di Dewan Negara, mereka berhasrat buat dua pindaan lagi. Maka semuanya lima pindaan. Kalau kelima-lima pindaan itu dibuat maka rang undang-undang itu sudah tidak bermakna.

"Kita sudah berunding dengan ketua pembangkang dan SPR untuk dapat persetujuan supaya rang undang-undang ini ditarik balik. Itu kehendak SPR. Kalau tak puas hati, halakan kepada SPR," katanya menjawab persoalan mengenai perkara itu yang ditimbulkan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) sebelum Dewan Rakyat memulakan sesi soal-jawab.


Kulasegaran bangun meminta penjelasan sebab rang undang-undang itu ditarik balik selepas dibincangkan dalam tempoh yang lama pada persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lepas.

Selain itu, Nazri berkata kabinet hanya bertanggungjawab memudahkan urusan pindaan rang undang-undang tersebut tetapi tidak terlibat dalam memindanya.

Rang undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi.

Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan oleh anggota parlimen selama tujuh jam.- Bernama




Photobucket

Muhyiddin Mengaku......?

on


12 JUN 2012  -

TS Muhy mengakui yang BN sedang menghadapi masalah persepsi atau tanggapan buruk dari rakyat. Inilah masalah yang paling rumit untuk diselesaikan oleh BN khususnya UMNO Baru sekarang ini. Pengakuan Muhy ini membuktikan bahawa BN telah mengaku secara ‘indirect’ yang BN telah tewas dalam peperangan mental politik negara.

Peperangan politik bukannya seperti peperangan bersenjata secara terbuka. Ia adalah peperangan mental dan persepsi. Ia adalah peperangan psikologi dan sesiapa yang memenangi peperangan ini akan mendapat sokongan majoriti dari rakyat yang mengundi. Di sinilah masalah besar yang dihadapi oleh UMNO Baru dan BN.

Tetapi Muhy seperti biasa menyalahkan pembangkang yang membuatkan BN tewas dalam peperangan persepsi ini. Kita tidak nampak kenapa BN bermasalah dengan persepsi rakyat ini, kerana selalunya persepsi ini terbentuk oleh kekuatan media yang menyokong sesuatu pihak itu. Dalam kes di negara ini UMNO Baru mempunyai sokongan media yang hebat dan yang terkuat ialah akhbar milik UMNO Baru, Utusan Malaysia dan saluran TV ‘cari makan’ TV3.

Penulisan dan pena itu lebih tajam dari pedang dan selalunya apa yang dikatakan oleh media perdana itu akan diyakini oleh rakyat jelata. UMNO Baru mendapat sokongan padu dari Utusan dan TV3 dan kedua-dua saluran media perdana ini menambah kekuatan sokongan terhadap parti pemerintah dengan melakukan ‘spin’ yang tidak ada batasnya setiap hari dan waktu.

Tetapi persoalannya kenapa kedua-dua media ini tidak lagi sehebat dulu dalam tindakan memberikan sokongan terhadap BN khususnya UMNO Baru? Jawapan kepada persoalan ini mudah sahaja.

Pertamanya segala apa yang dituduh dilakukan oleh UMNO Baru dan BN itu adalah benar dan ‘real’. Misalnya kaitan UMNO Baru dan pemimpin-pemimpin mereka dengan rasuah itu adalah benar belaka. Rasuah yang keterlaluan tanpa had itu telah dengan sendirinya membentuk persepsi buruk terhadap UMNO Baru sehinggakan rasuah dan UMNO Baru itu dianggap seperti ‘aur dengan tebing’, saling menyandar di antara satu dengan lain.

Hampir kesemua pemimpin terkenal dan besar UMNO Baru dipersepsikan sebagai perasuah dan salahguna kuasa dan rakyat melihatnya sebagai isu yang ‘real’. Oleh kerana kejelasan yang dikatakan ‘real’ itulah yang menyebabkan media-media perdana elektronik dan cetak tidak terdaya untuk menafikan persepsi buruk ini walaupun mereka (media) melakukan segala-galanya untuk membenamkan persepsi buruk terhadap parti pemerintah itu.

Utusan Malaysia sudah kehilangan pembacanya dengan begitu banyak dan akhbar yang suatu ketika dahulu merupakan akhbar yang dihormati sekarang sudah menjadi bahan ejekan oleh semua pihak. Tidak ramai lagi pembaca yang mempercayai apa yang ditulis oleh Utusan terutamanya rencana pengarangnya.

Ada pihak yang menganggap berita yang benar dalam Utusan itu hanya keputusan loteri empat nombor ekor dan catatan waktu solat lima waktu sahaja. Begitulah buruknya persepsi orang ramai terhadap Utusan sekarang ini.

Persepsi buruk terhadap BN yang dikatakan oleh Muhy itu merupakan isu yang terbesar yang dihadapi oleh UMNO Baru yang tidak mungkin dapat diatasi selama-lamanya. Baik parti mahu pun pemimpin-pemimpinnya, persepsi buruk ini sudah menjadi ‘stigma’ dan mustahil untuk diperbaiki dengan hanya memberikan wang sogokan seperti ‘BR1M’ dan cokelat-cokelat yang diberikan kepada rakyat.

Berikanlah ‘BR1M’ setiap bulan, persepsi rasuah dan salahguna kuasa dan krisis keyakinan ini tidak akan hilang dari benak dan pemikiran rakyat. Bukannya tidak ada usaha di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Baru untuk memperbetulkan keadaan ini semasa isu rasuah tegar ini belum berleluasa dahulu. Apabila kepimpinan Mahathir dilihat sudah memulakan budaya pemimpin-pemimpin mencari kekayaan besar-besaran di dalam parti dan kerajaan dahulu, UMNO Baru telah bertindak tegas dengan meminta Tengku Razaleigh Hamzah semasa itu untuk menentang Mahathir dalam Perhimpunan Agong UMNO ke-37 pada tahun 1987 dahulu.

Pertandingan itu telah diselaputi oleh kekotoran pihak yang mempertahankan jawatan dengan penipuan dan akhirnya membunuh UMNO walaupun pihaknya adalah pihak yang menang. Hancurnya segala budaya Melayu dalam UMNO itu bermula dari saat itu dan kekeruhan itu berlanjutan sampai ke hari ini.

Walaupun UMNO itu diganti dengan parti baru yang menggunakan nama ‘UMNO’ itu, kematian UMNO asal itu dan digantikan dengan UMNO tiruan itu tidak dapat membendung perubahan pemikiran dan lanskap politik orang Melayu dan rakyat keseluruhannya.

TS Muhy meminta semua pemimpin UMNO Baru di peringkat bahagian untuk memberikan penerangan jelas kepada orang ramai kerana kononnya orang ramai telah diselewengkan pemikiran mereka oleh pembangkang. Persoalannya mampukah pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan tindakan penerangan ini sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO Baru itu sendiri memerlukan penerangan yang ‘extensive’ sebelum mereka berhadapan dengan orang ramai?

Persoalan lagi benarkah pembangkang yang melakukan penyelewengan fakta dan melakukan ‘deceptions’ kepada orang ramai? Bukankah persepsi buruk yang dialami oleh UMNO Baru  itu adalah oleh salahlaku UMNO Baru dan pemimpinnya sendiri? Bagaimana orang ramai boleh mempercayai kata-kata pembangkang jika UMNO Baru sendiri beriya-iya untuk menunjukkan kebobrokan mereka sendiri.

Yang melakukan rasuah itu UMNO Baru dan itu nyata kebenarannya. Itu bukan tohmahan pembangkang. Yang menghancurkan semua sistem demokrasi di negara ini dilakukan oleh parti dan pemimpin yang memerintah. Itu bukan kerja pembangkang. Yang menghancurkan bidang kehakiman negara adalah kerja UMNO Baru dan yang mengekalkan ‘Attorney General’ yang sudah tidak diyakini oleh orang ramai itu adalah kerja parti pemerintah dan bukannya dilakukan oleh DAP, parti yang baru saya sertai itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO Baru sepatutnya berkeliaran memberikan penerangan yang jika Sharizat Jalil itu seorang bidan kampung sahaja, suaminya tidak mungkin mendapat pinjaman mudah RM250 juta untuk memelihara lembu yang digunakan untuk membeli kondominium.

Yang disebut oleh pembangkang tentang rasuah dalam pembelian Scorpene itu bukannya fitnah dan jumlah setengah billion ringgit yang diterima sebagai komisyen oleh Paramekar Sdn Bhd itu bukannya fitnah. Malahan isu ini telah dijelaskan oleh pihak berkuasa Perancis.

Mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan kepimpinan UMNO Baru  itu bukannya fitnah tetapi ‘real’ dan Altantuya benar-benar mati diletupkan oleh bom C4 di Shah Alam. Memindahkan sejumlah wang sebanyak RM10 juta melalui pengurup wang yang ‘dubious’ yang dilakukan oleh seorang Menteri Besar itu adalah benar dan itu bukannya kerja pembangkang.

Jika pun UMNO Baru hendak membuat penerangan menafikannya kepada orang ramai, penafian semua isu ini terpaksa dilakukan dengan berbohong lagi. UMNO Baru terpaksa berbohong untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap isu itu. Kata pepatah ‘UMNO Baru  terpaksa berbohong seribu kali untuk menutupi satu pembohongan yang mereka lakukan’.

Bayangkan berbuat bohong yang telah dilakukan oleh UMNO Baru, maka parti itu terpaksa berbohong beratus ribu kali untuk menutup pembohongan yang telah dilakukan puluhan tahun dahulu. Akhirnya semua tindakan pemimpin UMNO Baru itu adalah pembohongan yang tidak dapat dibuang lagi. Berbohong itu sudah menjadi ‘attribute’ yang ‘basic’ bagi UMNO Baru. UMNO Baru itu bohong, bohong itu UMNO Baru.

Jadi tidak salah sesiapa  kenapa persepsi terhadap UMNO Baru itu sangat buruk? Bagi ahli-ahli UMNO Baru, untuk menutupi pembohongan pemimpin mereka bukannya kerja mudah, kerana mereka terpaksa berkongsi pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Ahli-ahli yang cuba menutup pembohongan itu tidak akan efektif kerana pembohongan yang dilakukan itu bukannya oleh mereka tetapi pemimpin-pemimpin mereka.

Hanya yang berbohong sahaja yang mungkin boleh membalikkan cerita kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia. Utusan beriya-iya untuk menyambung pembohongan pemimpin-pemimpin parti yang mempunyai saham di dalam syarikat percetakan itu tetapi apa yang ditulis oleh Utusan sudah tidak dihiraukan oleh orang ramai. DAN Utusan sudah tidak dibaca lagi oleh ramai orang kerana akhbar itu seperti organ UMNO Baru.

Apabila rakyat sudah hilang keyakinan,  apa pun penerangan yang diberikan oleh parti itu tidak akan diyakini oleh orang ramai lagi. Keyakinan orang ramai terhadap kepimpinan UMNO Baru sangat menyeluruh dan mereka (rakyat) sudah hilang rasa hormat kepada pimpinan kita.

Contoh yang terbaru ialah kes gambar Najib di tin minuman 100 plus semasa himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini. Banyak pihak telah menyeru supaya kita ‘boycott’ sahaja minuman 100 plus kerana ada gambar PM Najib di tin minuman itu. Kempen memboikot itu sangat efektif hinggakan F&N terpaksa membuat kenyataan bahawa gambar PM Najib yang melekat pada tin 100 plus itu hanya digunakan semasa himpunan itu dan tidak menyeluruh.

Jika gambar PM Najib di tin 100 plus itu menyebabkan kerugian kepada F&N, itu menunjukkan yang gambar seorang PM pun tidak mempunyai nilai ‘commercial’ langsung. Jika Najib mempunyai kewibawaan dan dihormati ramai sepatutnya gambar beliau di tin minuman itu membawa keuntungan, tetapi sebaliknya apa yang berlaku F&N menghadapi risiko diboikot oleh pengguna minuman itu.

Semuanya ini salah pembangkang lagi? DAN bukannya salah UMNO Baru  itu sendiri? Fikir-fikirkanlah…. Sebenarnya persepsi buruk yang dialami oleh UMNO Baru itu adalah disebabkan oleh UMNO Baru dan pemimpin mereka sendiri. Jangan salahkan orang lain.

Tetapi pengakuan Muhy yang UMNO Baru menghadapi persepsi yang buruk itu adalah benar dan meyakinkan, tetapi beliau seperti pemimpin BN yag lain, tidak mengaku yang semua penyebab yang memburukkan persepsi orang ramai itu adalah kerana pemimpin UMNO Baru itu sendiri.



ASPAN ALIAS


Photobucket

Kes RM3 Billion milik Anwar sudah disiasat dan ditutup

on

12 JUN 2012  -


MEDIA kawalan gerombolan songkok tinggi tiga jengkal kebelakangan ini sibuk memainkan isu kononnya Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang bernilai RM3 Billion.

Lepas seorang, seorang pemimpin United Malays National Organization, Umno dan NGO-NGO pro mereka ditemuramah setiap hari, diminta memberi ulasan agar memberi persepsi negatif terhadap Anwar Ibrahim.

Apa tujuan semua ini? Jawapannya mudah, sejak Anwar Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah daripada kes liwat yang dijaja Umno berpuluh tahun, kini mereka ketandusan isu untuk menyerang ketua pembangkang itu.

Maka, isu-isu lama yang sudah selesai satu masa dahulu perlu dikorek semula untuk menyerang Anwar Ibrahim. Ini kerana anak muda hari ini tak faham isu-isu lama, sebab masa itu mereka masih bayi, ada yang belum lahir pun.

Namun seperti biasa mereka terkantoi lagi di situ. Isu pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar Ibrahim yang bernilai RM3 Bilion ini dahulu telah disiasat secara mendalam oleh Badan Pencegah Rasuah dan didapati tiada kes.

Di bawah ini bukti kenyataan bersumpah oleh Abdul Razak bin Idris, mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, BPR yang terlibat menyiasat kes tersebut yang ditimbulkan oleh akhbar pada waktu itu.









Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List