Sudah menjadi mainan UMNO Kedah untuk menjatuhkan calon-calon yang tidak disukai, kekalahan mereka 2008 kepada Pakatan kerana masalah PUAK-PUAK dalam satu bahagian ini merupakan satu KELEMAHAN BESAR yang tidak mungkin dapat diatasi oleh Tun, Najib dan Umno Kedah.
Alasan Ketua Pemuda Umno Kubang Pasu, Aminuddin Omar berkata, isu penggantungan kain rentang berkenaan merupakan satu provokasi murahan oleh segelintir masyarakat yang berkemungkinan berada di atas pagar tidak masuk akal...ini mesti dari kem dalam umno Kubang Pasu yang tidak senang dengan kemasukan Muhkriz sebagai calon Dun......
Untuk apa kami protes Mukhriz?
JITRA - Pas menafikan bahawa isu penggantungan kain rentang berhubung penduduk daerah Kubang Pasu menolak penyandang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir supaya tidak bertanding di mana-mana Dun bukanlah protes daripada mereka.
Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Jitra Pas, Basir Ismail, berkata, pihaknya tiada kepentingan sekiranya bertindak melakukan protes berkenaan.
Menurutnya, tindakan penggantungan kain rentang itu sudah memperlihatkan bahawa kemungkinan dalam parti Barisan Nasional (BN) itu sendiri tidak bersependapat mengenai pemimpin mereka.
“Untuk apa kami (Pas) memprotes Mukhriz supaya tidak bertanding di Dun dalam daerah ini? Kami tiada masalah untuk bertanding dengan mana-mana wakil calon dari BN.
“Tiada kepentingan kami menolak dia (Mukhriz) untuk bertanding malahan mengalu-alukan pihak lawan sekiranya dicalonkan untuk bertanding dan penentuannya adalah Pilih Raya Umum ke-13 (PRU13) ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kain rentang seperti diperkatakan itu ditemui di sekitar kawasan berkenaan.
Basir berkata, pencapaian dalam persepakatan penentuan calon BN dilihat bermasalah berikutan ada sesetengah masyarakat tidak mempersetujui Mukhriz yang dikatakan bakal Menteri Besar Kedah sekiranya BN menang.
“Mukhriz boleh bertanding di mana-mana dia suka dan kami tidak bermasalah serta tergugat sekiranya menghadapi calon sepertinya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ceramah medan sebar maklumat
Berhubung kenyataan segelintir masyarakat mengenai Pas yang menunjukkan tiada pembaharuan terhadap kempen yang hanya dilakukan menerusi ceramah.
Basir berkata, pihaknya tidak menafikan Pas hanya berkempen melalui ceramah semata-mata dan itu merupakan satu medium untuk menyampaikan maklumat terhadap rakyat.
Beliau berkata, tawaran kerajaan memberikan 10 minit untuk Pakatan Rakyat (PR) itu dilihat tidak adil sedangkan mereka (BN) boleh bercakap bila-bila masa yang diinginkan.
“Tambahan pula tawaran untuk PR menguar-uarkan manifesto dalam bentuk rakaman bukannya secara langsung.
“Jadi, Pas menggunakan satu pentas untuk kepimpinan menyampaikan maklumat penting supaya rakyat dapat memahami dengan jelas konsep perjuangan yang hanya untuk rakyat,” katanya.
Menurutnya, pihaknya gembira walaupun ceramah sahaja dijadikan sebagai tempat penyebaran maklumat sambutan yang diterima sangat memberangsangkan.
“Di daerah ini beberapa kali kita menganjurkan ceramah untuk rakyat dan alhamdulillah semangat yang ditunjukkan rakyat terhadap Pas kini sungguh luar biasa.
“Itulah perkara yang tidak mampu dilakukan oleh BN sehingga terpaksa menjemput ‘orang lama’ dalam parti itu untuk menaikkan semangat perjuangan mereka,” katanya.
Provokasi murahan
Aminuddin (tiga, kanan) turut memperkemaskan jentera BN untuk PRU13.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kubang Pasu, Aminuddin Omar berkata, isupenggantungan kain rentang berkenaan merupakan satu provokasi murahan oleh segelintir masyarakat yang berkemungkinan berada di atas pagar.
Menurutnya, besar kemungkinan provokasi tersebut dilakukan berdasarkan sikap iri hati pihak terbabit yang melihat penyokong BN sentiasa bekerjasama untuk PRU13 kali ini.
“Saya tidak mahu menuduh mana-mana parti atas isu ini kerana di daerah ini banyak parti yang terlibat untuk pilihan raya kali ini dan hanya si pesalah yang tahu.
“Mukhriz sendiri belum memutuskan perkara itu sama ada dia dipertanggungjawabkan untuk menggalas tanggungjawab itu mahupun tidak bergantung kepada kepimpinan pusat untuk menilainya,” katanya.
Beliau berkata, pandangannya terhadap kemampuan Mukhriz untuk menggalas tanggungjawab itu tidak dinafikan berikutan dia seorang yang berpotensi dan berkelayakan.
“Saya percaya sekiranya Mukhriz diberi tanggungjawab untuk bertanding di Parlimen dan Dun, dia akan melaksanakan tanggungjawabnya itu seperti mana yang dilakukan hari ini.
“Lagipun dia bukannya seorang calon yang baru bertanding di Kedah sebaliknya sudah lima tahun dia berkecimpung di dalam politik dan hasilnya adalah kesepaduan rakyat meningkat sehingga menimbulkan segelintir masyarakat bangun untuk sabotaj kedudukannya,” katanya. ~SH