Penyakit UMNO - Penyakit dalaman

on Aug 25, 2011





Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi BN yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.

Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka.

Sesungguhnya Najib tidak sepatutnya menghadapi masalah ini kerana beliau mempunyai Ahli Majlis Teringgi UMNO yang sepatutnya membantu beliau. Dalam keadaan sekaranglah sepatutnya mereka-mereka yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO serta Ahli-Ahli Jemaah Kabinet beliau bersama-sama memikul tanggungjawab dalam erti kata ‘tanggungjawab bersama’.

Begitulah masalahnya di dalam UMNO kerana hanya Perdana Menteri akan menerima kredit atau bertanggungjawab bersendirian jika masalah melanda. Dalam keadaan sekarang nampaknya tidak ada yang bersama-sama memberikan dukongan kepada Perdana Menteri yang telah melantik beliau ke dalam kabinet serta menjadi ‘team’ beliau di dalam Majlis Tertinggi parti.

Tanggungjawab bersama di dalam UMNO itu sudah hilang sejak beberapa lama dahulu dan dalam sudut hakikatnya mereka-mereka yang ada di dalam kabinet serta Majlis Tertinggi parti sekarang ini adalah ‘as good as non-existence’ dan kehadziran mereka tidak menambah dan menokok kepada kredibiliti kepimpinan Najib.

Masing-masing hanya sibuk berpolitiking untuk kepentingan mereka sahaja dan tidak boleh membantu Najib dalam usaha untuk memulihkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau di pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Masalah dan isu terhadap UMNO serta BN datang bertubi tubi dan bertalu-talu dan semua isu ini melibatkan rakyat ramai yang merasakan pahit maungnya menghadapi isu-isu yang susah untuk di sangkal ini.

Cuba kita imbas sebahagian kecil dari masalah yang di hadapi oleh Najib yang di biarkan oleh jemaah kepimpinan kerajaan dan parti.

Kita sebut dahulu tentang masalah dalam parti yang beliau pimpin. ‘Warlords’ di dalam UMNO merupakan masalah besar yang Najib hadapi. Di kalangan kepimpinan UMNO sendiri sedang menunjukan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya. ‘Warlords’ dalam UMNO merungut kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan sesuatu yang berkesan untuk mempertahankan UMNO.

UMNO memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit. Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak. Mereka tidak berpuas hati kerana mereka di suruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti. Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri.

Di antara pemimpin UMNO sendiri mengakui dan mengkritik Najib di belakang kerana tidak mempunyai kemampuan membuat keputusan secara tegas terhadap isu rasuah yang merupakan isu yang terbesar yang dikaitkan dengan UMNO ini. Dahulu sifat ‘flip-flip’ ini hanya branding yang diberikan kepada Abdullah Badawi sekarang ini isu ‘flip-flop’ telah berpindah kepada Najib dan branding ini nampaknya terus sahaja sesuai dan serasi untuk memberikan gambaran sebenarnya terhadap kepimpinan beliau.

‘Flip-flop’ yang dikaitkan terhadap Najib ini ialah terhadap isu transformasi pembangunan yang tidak di lakukan secara konsisten dan yang akhirnya akan tinggal perancangan tanpa perlaksanaan yang ‘organic’ yang mampu menambah keyakinan terhadap kepimpinan beliau.

Isu pembelian kapal selam scorpene sebenarnya banyak perbincangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Mereka (pemimpin UMNO) sendiri percaya yang kes pembelian kapal selam ini ada berlaku ‘hanky-panky’ yang besar dan Najib adalah orang yang bertanggungjawab dengan pembelian ini serta urusan-urusan sampingan yang menjadi isu sekarang ini.

Dalam dunia sekarang ini apa sahaja yang kita lakukan akan diketahui umum dengan mudah. Begitu jugalah dalam kes pembelian kapal selam ini. Orang bercakap dan yang bercakap itu adalah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri. Sementalahannya berlaku pula pembunuhan terhadap seorang gadis Mongolia beberapa ketika dahulu yang mempunyai hubungan rapat dengan kes pembelian kapal selam ini. Ini semua merupakan persepsi yang amat buruk untuk seorang pemimpin negara dan ianya menjejaskan kredibiliti Najib secara peribadi sebagai seorang Perdana Menteri.

Oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu. Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah.

Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini. Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain.

Tanggungjawab bersama nampaknya tidak dipakai oleh barisan kepimpinan Najib kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka hanya bertindak untuk menyelamatkan diri mereka sahaja. Malahan ada nampak sedikit sebanyak kecenderungan yang ada pihak di kalangan pimpinan UMNO yang mahu menyingkirkan Najib dan memberi laluan kepada pemimpin lain dalam Majlis Tertinggi itu.

Mahu tidak mahu setiap di kalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi parti menerima kesalahan secara bersama dan bertanggungjawab bersama kerana mereka adalah dalam barisan jemaah kepimpinan Najib.

Apabila Najib menghadapi situasi sebegini maka ialah melibatkan keruntuhan keyakinan kepada parti secara total sedangkan UMNO adalah tunjang kepada BN keseluruhannya. Dalam hal ini tidak pula kita tahu samada belasan parti-parti yang ada di dalam BN masih berkeyakinan untuk UMNO menunjangi kepimpinan BN itu sendiri. Jika UMNO manghadapi masalah ianya akan berkait-kait dengan seluruh kepimpinan dalam BN itu sendiri.

Ramai rakyat kesal dengan UMNO kerana pimpinan mengambil sambil lewa tentang kelemahan kepimpinan sejak hampir tiga dekad dahulu kerana parti dan pemimpinnya terlalu sibuk dengan politik peribadi dan tidak mempunyai ‘connectivity’ dengan rakyat secara serius. UMNO lalai di dalam pemilihan pemimpinnya.

Apabila orang seperti kami menentang beberapa tindakan yang dilakukan kami dipertikai dan dimaki hamun seolah-olah kami hendak memecah belahkan parti. Sudah menjadi tabii yang kekal di dalam UMNO untuk mengenepikan pemimpin yang serius dan berkemampuan dalam parti maka sekarang UMNO mesti menerima hakikat ini secara bertanggungjawab. UMNO selalu membuat kerenah yang membuatkan rakyat tidak berminat lagi untuk menyertainya dan bergiat aktif kerana budaya membunuh karaktor yang tidak berkesudahan di dalam parti itu.

Parti pembangkang akan di persalahkan secara natural sedangkan kelemahan yang dihadapi oleh UMNO itu adalah kesalahan diri mereka sendiri. UMNO itu UMNO. Begitulah mereka hendak menyelesaikan masalah mereka…iaitu memaki hamun dan menyalahkan parti-parti pembangkang dan siapa sahaja yang kritikal terhadap mereka. Bercakap benar merupakan kesalahan yang sangat besar di dalam UMNO…lebih besar kesalahan dari mencerca agama suci kita.

Ada beberapa sahabat saya dalam kepimpinan UMNO berkata “UMNO ni bodohnya tidak boleh diajar, cerdiknya tidak boleh nak diikut. Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam. Hanya berdoa sahajalah! Tidak boleh nak buat apa-apa lagi”.

Kalau di kalangan pemimpin UMNO bercakap seperti ini, bagai mana rakyat hendak meletakan kepercayaan kepada UMNO lagi?

Jika UMNO sudah tidak laku lagi saya juga hendak melihat bagaimana keadaan penyokong-penyokong UMNO diluar ini yang telah memBABIkan dan mengANJINGkan orang lain hendak meletakan muka mereka selepas ini?

Saya selalu mengingatkan mereka ini, jika marah jangan habiskan marah itu supaya senang hendak berbaik kembali, jika sayang dan menyokong jangan sokong membabi buta supaya kita tidak merasa malu di atas perbuatan cemar yang pernah kita lakukan dan noda politik yang dilakukan oleh pimpinan kita..

Dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada sahabat yang kekal. Ingat tu!! ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’. Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu.

Satu lagi buat peringatan semua, ‘terlajak perhu boleh berpatah balek, terlajak kata emas padahnya’. Semua perbilangan ii boleh diambil sebagai nasihat dan peringatan kepada kita yang selalu terlajak dan tersasar dengan kata-kata. 


ASPAN ALIAS


Photobucket

SEKARANG BARU AKUI DAWAT KEKAL.

on




KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.
 
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (foto) berkata, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.
 
 
"Hujah bahawa (seseorang yang mempunyai beberapa kad pengenalan) boleh mengundi sekali sahaja dan kemudian bawa kad lain ke saluran yang berbeza, dan ia akan sepadan dengan cap ibu jarinya dan dia akan dibenarkan mengundi"Prasyarat bagi sistem ini berkesan ialah setiap orang mempunyai hanya satu kad pengenalan sahaja," katanya. 
 
Dibanding dengan dakwat kekal, katanya, sistem tersebut boleh juga bermasalah pada hari mengundi dan menyulitkan prosesnya. Abdul Aziz berkata, pihaknya mencubanya dengan 50 orang dan purata masa bagi setiap orang adalah 10 saat, tetapi menghadapi masalah apabila mesin tidak dapat mengesannya. "Dengan dakwat kekal, anda hanya perlu celup jari dalam dakwat," katanya.
 
Beliau juga berkata sistem biometrik "sangat mahal" dan memerlukan sekurang-kurangnya tujuh bulan. Abdul Aziz juga menafikan dakwaan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa dakwat kekal boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menandakan pengundi naif supaya mereka hilang kelayakan mengundi. 


Photobucket

Go gracefully, Jui Meng advises Tsu Koon

on



Go gracefully, Jui Meng advises Tsu Koon as Umno, even Vincent Tan attacks

PKR vice president Chua Jui Meng has advised his former colleague Koh Tsu Koon to "go gracefully" from the BN coalition of which the 62-year Gerakan president been a member since the 1980s.
"If I were Tsu Koon, I would go gracefully. But I must also say it is not right for BN treat Tsu Koon this way. After all, he did contribute to their coalition in the past, no doubt in his own way and also in the way that they required him to," Jui Meng, a former Health minister and MCA vice president, toldMalaysia Chronicle.
"The thing is, if you don't want him, just tell him so. Don't make a circus of it all and tar him until he has no dignity left. I think Tsu Koon should leave a heartless coalition like the BN. He should become an Independent or else join Pakatan. Whichever his decision, the point is, don't allow yourself to be kicked like this. It's not worth it."
Berjaya's Vincent Tan fires a rare salvo
The move to unseat Tsu Koon began a year ago. Slowly but surely it gained pace. In the past weeks, the UMNO-instigated momentum spearheaded by its twin newspapers Utusan and Berita Harian has been tremendous, reaching eruption point.
Tsu Koon, who headed the Penang state government for 18 years, has given hints that he will not contest any seat in Penang . This was seen as a move to placate the state UMNO, widely suspected to be the prime-mover against him.
But it looks like UMNO, the BN's boss, wants him out completely and before the next general election, widely expected to be held by the end of this year. They have continued to fire salvos at him mercilessly.
Adding to the commotion was Vincent Tan. The billionaire tycoon is among the latest to join the chorus of criticism against the flailing Tsu Koon.
Vincent's property flagship Berjaya Land Bhd issued a statement on Wednesday that the group withdrew from hill project in the 1990s due to Koh's indecisiveness.
“Owing to such delay and uncertainty and the non-committal attitude of Dr Koh towards the Penang Hill development, Berjaya reluctantly made the decision to withdraw from the project,” BLand CEO Francis Ng said in the statement.
Praises for his replacement
Hot on Vincent's heels was Tan Siok Choo, the daughter of Tun Tan Siew Sin and granddaughter of Tun Sir Tan Cheng Lock both of whom were former MCA presidents.
It may have been coincidental, but taken together with the recent anti-Tsu Koon bashing, their comments raised eyebrows.
Siok Choo did not run down Tsu Koon but she praised his successor DAP Chief Minister Lim Guan Eng, which given Koh's current situation may be worse than any insult Vincent or UMNO could hurl.
“The fact that he has been able to run Penang without much contribution from the federal government and yet turn in, yet attract one of the highest rates of investment, I think speaks for itself. And this is barring the fact that when my father was in politics, Kit Siang never had a good word to say about my father. So there is history between our two fathers but I think one must give Guan Eng his due,” Malaysian Insider reported her as saying.
- Malaysia Chronicle


Photobucket

LIM GUAN ENG TERIMA PUJIAN

on




Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menerima pujian dari sumber yang tidak dijangka pada hari ini apabila cucu presiden pertama MCA yang juga anak perempuan Menteri Kewangan yang paling lama berkhidmat di negara ini berkata Ketua Menteri Pulau Pinang itu wajar diberikan pujian kerana telah menguruskan secara berhemat dana awam.

Tan Siok Choo (gambar), anak perempuan Tun Tan Siew Sin dan cucu Tun Sir Tan Cheng Lock - kedua-duanya adalah bekas Presiden MCA memberitahu radio BFM pagi, ianya adalah baik bilamana Guan Eng berjaya mengelakkan pembaziran dan melaksanakan tender terbuka.


MCA founder’s granddaughter lauds Guan Eng’s policies in Penang

KUALA LUMPUR, Aug 25 — Lim Guan Eng received praise from an unexpected source today when the granddaughter of the MCA’s first president and daughter of the country’s longest-serving finance minister said the Penang chief minister should be given his due for the state’s prudent management of public funds.

Tan Siok Choo, the daughter of Tun Tan Siew Sin and granddaughter of Tun Sir Tan Cheng Lock — both of whom were former MCA presidents — told BFM radio this morning that it was good that Lim had shown what could be done by eliminating waste and implementing open tenders.

“For my father... he was always very particular that government funds should be looked after like your own funds. I think it is in a way, currently, very good that Lim Guan Eng (picture), Chief Minister of Penang, has shown what can be done if you eliminate waste and if you have an open tender.

“The fact that he has been able to run Penang without much contribution from the federal government and yet turn in, yet attract one of the highest rates of investment, I think speaks for itself.

“And this is barring the fact that when my father was in politics, Kit Siang never had a good word to say about my father. So there is history between our two fathers but I think one must give Guan Eng his due,” she told the radio station’s Morning Grille programme.

Siok Choo’s father Siew Sin was finance minister from 1959 until 1974. Guan Eng’s father Kit Siang became an MP for the first time in 1969 and eventually became parliamentary opposition leader.

Her remarks today come as the DAP is increasingly being seen as the party of choice for the country’s Chinese community while the MCA, the party founded by Siok Choo’s grandfather Cheng Lock, appears to be floundering.

Recently, international news magazine The Economist also praised Guan Eng’s open tender policies and credited his administration with helping Penang regain its lustre as a “global city” by lifting the state’s economy to beyond that of a sweat shop industry.

The international weekly dubbed Penang “the first custom-made city of globalisation” and credited Guan Eng for boosting the port city’s revival by axing a racial special treatment economic policy in the state to create a more level-playing field that appeals to foreign investors.

Speaking about the MCA this morning, Siok Choo said the party needed to understand what its constituents wanted if it was to stay relevant.

“I think the good thing about the current situation is that the ethnic lines are getting blurred. You can see this in how Malaysians react to issues... look at issues like Bersih, the call for better and cleaner electoral process, it is being championed across the board, sought by Malays and Chinese. So therefore in terms of civil liberties and soft issues like law and order, no longer seen as Malays vs Chinese... seen as an issue that all Malaysians want.

“I think the party has to realise that if that is what your constituents want, that they don’t see as us and them situation anymore in terms of Malays and Chinese, if the party wants to be relevant and if it wants to move forward, that is the direction it has to go.” 

sumber :- The Malaysian Insider 

Photobucket

Kita mudah salahkan gereja...!

on





KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis.
Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin(gambar), pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri.
“Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya.
“Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini.
Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan.
Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu.
Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit.
“Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.
“Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya.
Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan.
“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah.
“Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi.
Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.”
Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar.
“Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka.
“Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi.




Photobucket

Saya hanya nasihat Najib, tak dipengaruhi sesiapa

on



KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan beliau hanya memberi nasihat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menyatukan kembali orang Melayu dan langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.
Mufti Perak ini berkata, teguran terhadap pentadbiran Najib berhubung perpecahan orang Melayu dibuat berdasarkan realiti dan persekitaran politik semasa.
“Saya hanya beri nasihat kepada Najib supaya perbetulkan semula perkara ini, sebab perpecahan Melayu memang berlaku sekarang.
“Kita mesti pertahankan bangsa kita dan Najib perlu cari jalan untuk satukan semula orang Melayu,” katanya kepadaThe Malaysian Insider.
Beberapa blog pro-Najib dan mesej-mesej menerusi Twitter mempersoalkan kenyataan terbuka beliau semalam. Ada yang mendakwa kenyataan beliau itu seolah-olah cenderung dan memihak kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam komennya kepada The Malaysian Insider hari ini, Harussani (gambar) juga mengakui ada menerima teguran dan kritikan mengenai kenyataannya itu.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan pihak yang membuat teguran.
Apabila ditanya sama ada kenyataan beliau ada kaitan dengan Umno atau memihak Muhyiddin, Harussani berkata: “Itulah bila saya bercakap, orang hentam saya.”
“Perpecahan Melayu memang berlaku, anda sendiri boleh tengok sendiri. Saya tidak akan berhenti daripada memberikan nasihat kepada sesiapa termasuk perdana menteri, apa yang perlu saya akan sampaikan,” katanya.
Justeru jelas Harussani, beliau kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang bertindak menghentam apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak menyokong kerajaan.
Semalam dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.
Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.
“Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.
“Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu,” katanya.
Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.
Tegas Harussani, perpecahan Melayu yang berlaku sejak sekian lama berpunca dari pentadbiran negara yang lemah selain terlalu banyak penyelewengan yang berlaku.
Justeru beliau menasihatkan Presiden Umno itu agar melaksanakan pentadbiran negara mengikut Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan jadi lemah kerana tak jaga Perlembagaan Persekutuan dengan betul, kalau jaga insya-Allah rakyat akan jadi kuat.
“Kerajaan yang lemah, tidak jujur berlaku sebab tidak ikut Perlembagaan dan rasuah itu kita tak perlu sebutlah, dari dulu heboh orang kata... perlembagaan ada tapi kerajaan tak laksanakan dengan betul,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, sekiranya pentadbiran Najib melaksanakan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan orang Melayu akan kembali bersatu.
“Kalau ikut Perlembagaan, orang Melayu tidak akan berpecah, keistimewaan Perlembagaan perlu dijaga.
“Jadi Najib kena fikirkan jalan untuk satukan semula orang Melayu, kalau orang India, orang Cina boleh bersatu, mengapa tidak orang Melayu,” katanya.
Sebelum ini isu perpecahan Melayu acap kali dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.




Photobucket

DAKWAT KEKAL PILIHAN TERBAIK

on



indelible ink polls election 2

Penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian dua kali masih merupakan satu pilihan yang mungkin dilaksanakan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata suruhanjaya itu akan membuat keputusan "Insya-Allah menjelang pilihan raya umum akan datang."

pulau ketam village head election 310711 indelible ink 02Beliau berkata SPR kini sedang mengkaji tiga pilihan - penggunaan 
dakwat kekal, penggunaan sistem biometrik, atau kedua-dua sistem itu sekaligus.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, Pejabat Peguam Negara masih mengkaji aspek undang-undang, terutamanya jika penggunaan mana-mana sistem tersebut diwajibkan.

Ini kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan pengundi yang berdaftar tidak boleh dihalang daripada mengundi.

Pindaan perlembagaan tidak diperlukan jika sistem itu dibuat "secara sukarela."

Bagaimanapun, kata Abdul Aziz, membuatnya secara sukarela pun tidak dapat mengelak berlaku pengundian dua kali.







Photobucket

CAKAP TAK SERUPA BIKIN...?

on



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhY1MC1Yua5WqpxhgpK4yeVBvqAikxxsgyUY5app7yVoOOYFCu3AjNogWY02CTqmxNAd2fJ7mCWYPJNq0QT_-mxm1u3Z1ZIJyNmaSaWEKasrRbNLJhXhApWxdNl1kar20w0OnHlmyS2gEM/s1600/najib.jpg

Manipulasi adalah taktik lumrah di kalangan diktator. Di Malaysia, orang yang melakukan manipulasi ini adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Najib Tun Razak. 
Seperti imbasan kembali Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, yang mana negara masa itu diperintah oleh Dr Mahathir Mohamad yang melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, Najib kini bersekongkol dengan kumpulan kaki buli untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat.

Inilah pujian paling jujur yang boleh saya berikan kepada Perdana Menteri kita.
Belum pun sempat kita menilai pengumuman Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, beliau telah pun membuat aksi putaran dengan mengatakan pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada keputusan PSC.

Kenyataannya memberi petunjuk jelas kepada kita bahawa Najib tidak serius dalam soal melakukan perubahan untuk sistem pilihan raya negara kita. Dan mengapa perlu dia membuat perubahan?
Menipu undi, pengundian hantu, undi pos dan ketidakadilan dalam sistem adalah perkara-perkara yang Najib perlukan untuk mengekalkan jawatannya sebagai orang paling penting di negara ini.
Penyalahgunaan amalan dalam sistem pilihan raya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ia telah diamalkan sejak sekian lama oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk bergayut kepada kuasa tanpa perlu mematuhi undang-undang.

Melalui kenyataan Najib, kita boleh membuat andaian bahawa pilihan raya umum yang akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah politik Malaysia.
Atau kita boleh mengandaikan alasan-alasan untuk kenyataan beliau yang tungging terbalik itu, yang banyak dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu, bahawa sudah wujud perpecahan besar dalam UMNO, dan Perdana Menteri sedang menghadapi tekanan berat untuk tunduk kepada para pemimpin partinya sendiri.

Tidak berapa lama dahulu, dunia menyaksikan revolusi bumi Arab. Beratus ribu rakyat berhimpun di jalanan untuk menuntut hak mereka daripada para pemimpin yang dikatakan  tiada siapa yang mampu menggantikan mereka. Saya bercakap tentang Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi dan Zine al-Abidine Ben Ali.
Para penunjuk perasaan telah digerakkan oleh semangat enggan hidup sebagai hamba. Mereka bersemangat mahu menghentikan tindakan mana-mana pemimpin yang memijak harga diri dan hak asasi mereka.
Kebangkitan rakyat Arab itu tidak akan berhenti sehingga para pemimpin yang memerintah mereka melalui pemerintahan diktator, kuku besi dan korup, dijatuhkan.

Kita juga telah menyaksikan sejarah di negara kita pada 9 Julai lalu di mana berpuluh ribu rakyat Malaysia berhimpun secara aman di jalan raya untuk menuntut supaya jumlah undi yang mereka berikan sama dengan  keputusan jumlah undi yang dikira.
Mereka meredah gas pemedih mata, meriam air dan anggota polis anti-rusuhan yang menghayun cota untuk menuntut supaya kerajaan tidak memijak hak mereka untuk mengundi dalam sistem yang bebas dari salah guna dan penipuan.

Sebaliknya, kita telah melihat bagaimana Najib dan menteri-menterinya telah menolak mentah-mentah apabila isu warga asing yang menjadi pemastautin tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi didedahkan.
Najib dan para menterinya juga tidak menyatakan pendirian tentang pengakuan pegawai-pegawai tentera yang menyatakan mereka telah mengundi bagi pihak beratus-ratus pengundi lain.
Melalui aksi terbarunya, Najib telah menghancurkan segala khayalan bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah bebas dan adil. Ia adalah pengakuannya yang sudah termaktub.

Kita sebagai rakyat perlu bangun dan menuntut supaya kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO tidak memijak hak kita untuk mengundi dalam satu sistem yang tidak bersifat anti-rakyat dan tidak korup.
Kerana apabila rakyat bangun secara aman, Najib dan kerajaannya akan tumbang.

 – Roketkini.com

Penulis adalah Ahli Parlimen DAP Klang




Photobucket

SIAPA YANG TAK HORMAT RAJA...?

on



Siapa yang tak hormatkan  raja raja melayu. Siapa yang menghakiskan kuasa raja raja melayu. Bukan kah Mahathir and the gang. Ini lah melayu yang mudah lupa.


Pakatan pembangkang, PKR, DAP dan Pas dilihat semakin tidak menghormati institusi diraja sebagai payung perlembagaan negara berikutan tindak-tanduk mereka membelakangi entiti tersebut kebelakangan ini.





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini terbukti apabila kerajaan PKR Selangor berbohong dengan mendakwa Sultan Selangor berkenan meluluskan penubuhan sebuah majlis syura berikutan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.


“Saya fikir kita patut mencari kebenaran isu ini, tetapi saya percaya Sultan Selangor kalau baginda kata baginda tidak bagi (luluskan penubuhan), itu yang patut kita percaya dan tentang orang politik ini, dia politiklah.
“Saya dapati parti pembangkang tidak menghormati institusi beraja, mereka lihat raja sebagai penghalang juga,” katanya selepas sidang akhbar pelancaran Kejohanan Cabaran Basikal Bukit Langkawi (LIMBC) 2011 di sini hari ini.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meluluskan penubuhan Majlis Penasihat Syura bagi menyelesaikan isu pemeriksaan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dipercayai telah menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam.


Bagaimanapun semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengeluarkan kenyataan akhbar bagi membetulkan keadaan bahawa baginda tidak pernah menitahkan atau menasihatkan penubuhan majlis sebegitu kepada kerajaan negeri.


Selain insiden terbaru itu, pembangkang sebelum ini turut menyokong kenyataan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan badan haram itu menganjurkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 9 Julai lalu.
Mengulas perkara itu, Dr. Mahathir memberitahu, pihak pembangkang jelas gemar memanipulasi pertemuan mereka dengan sultan dan raja-raja Melayu yang menjadi simbol perpaduan negara.


“Mereka kalau boleh hendak gunakan raja untuk kepentingan mereka dan ini nampak jelas sekali,” tegasnya.
Kepada satu soalan, jelas beliau, rakyat serta para pemimpin diingatkan supaya tidak memberi ruang kepada kuasa asing yang sentiasa cuba menyerap masuk demi mencari kekayaan seperti hasil minyak dan sumber lain.


Photobucket

PR Masih Terhegeh-hegeh Buat Keputusan. Bye Bye Lah Lu....

on





Jawatankuasa Khas Parlimen tetap akan diteruskan sama ada pembangkang setuju atau tidak mengenai pembahagian anggota dalam jawatankuasa itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata pembahagian itu ditentukan berdasarkan jumlah kerusi yang dipegang oleh parti-parti berkenaan di dalam Parlimen.

Malah, beliau berkata pembahagian itu sudah cukup adil selain turut mengambil kira peranan anggota bebas dalam Parlimen.

“Jalan mana yang pembangkang boleh dapat kerusi lebih dari BN dan kerajaan. Perkiraan apa yang mereka buat. Dari segi jumlah ahli Parlimen itupun tidak 50-50,” katanya dipetik Bernama Online.

“Sudah tentu pembahagian ini ikut nisbah berpatutan. Itupun kita sudah cukup adil,” kata beliau kepada pemberita pada majlis berbuka puasa meraikan tetamu istimewa, anak-anak yatim dan ibu tunggal di Hentian Duta di sini hari ini.

Nazri berkata sikap yang ditonjolkan pembangkang ini seolah-olah mereka 'terkejut beruk' apabila kerajaan setuju untuk mengadakan Jawatankuasa Khas Parlimen itu bagi mengkaji perkara yang dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan.

“Mereka tidak sangka yang kerajaan setuju buat jawatankuasa ini. Sekarang ini, mereka nak cari dalih untuk akhirnya akan ambil keputusan tak mahu jawatankuasa itu diwujudkan,” katanya.

Nazri berkata jawatankuasa itu mempunyai tempoh yang panjang untuk menjalankan peranan mereka memandangkan tempoh berakhir Parlimen adalah pada 28 April 2013.

“Tapi dalam tempoh enam bulan, saya yakin jawatankuasa itu dapat menjalankan tugas mereka dan membentangkan laporan untuk tindakan selanjutnya yang munasabah,” katanya. -TMI

Pakatan beri PM, SPR peluang terakhir

Pakatan Rakyat hari ini memberi Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya peluang terakhir bagi membuktikan komitmen mereka berhubung pembaharuan pilihan raya, sebelum gabungan itu memutuskan sama ada untuk memboikot jawatankuasa khas parlimen berhubung isu itu.

Pada sidang akhbarnya, hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti.

"Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya.

"Kita ada beberapa minggu lagi sebelum Ramadan berakhir dan diikuti dengan Aidilfitri... satu atau dua minggu untuk berfikir. Menjelang bulan depan, kita akan tentukan,” katanya.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata, bagi membuktikan komitmennya, SPR hendaklah segera membuat empat perubahan yang dituntut oleh BERSIH 2.0, antaranya menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh berkempen dan yang terpenting membersihkan daftar pemilih.

Katanya, ini tidak memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini.

Dalam perkembangan yang lain, Anwar berkata Majlis Pakatan Rakyat juga bersetuju mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan isu pemberian "kewarganegaraan segera" kepada penduduk tetap.

"(Setakat ini) tidak ada langsung jawapan jelas dari menteri dalam negeri itu, bagi mengurangkan kebimbangan (rakyat),"katanya.

Sehubungan itu, Anwar berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan supaya suruhanraja diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat isu berkenaan. -mk


Ulasan GB

Demikian Nazri yang berkepala batu bercakap bagipihak kerajaan yang telah dua kali memuktamadkan keputusan mengenai nisbah wakil panel di dalam jawatankuasa Khas Parlimen. Kali pertama ialah pada pertengahan bulan Ogos: Boleh baca: Nazri Memuktamadkan PSC, Rakyat Boleh Memuktamadkan BERSIH 3.0 Diteruskan

Sedangkan Pakatan Rakyat atau BERSIH belum memuktamadkan sebarang keputusan. Masih bermain-main dengan perkatan "mungkin", "kalau", "jika" dan seumpamanya.

Rentak permainan politik sudah semakin cepat mutakhir ini sedangkan GB lihat PR belum dapat mengikut tempo, masih dengan "dondang sayang" dan terhegeh-hegeh membuat keputusan.

Keputusan muktamad akan dibuat pada Oktober nanti, kata Datuk Seri Anwar, sedangkan pihak BN sudah pun membuat dan menyatakan keputusan muktamadnya sekarang.

GB lihat disinilah kelemahan asas PR. Samada PAS PKR atau DAP. Suka melengah-lengahkan (procrastinate) dan akhirnya melopong sendiri.

Seperti contoh isu gereja. PAS membuat keputusan untuk bertemu dengan dua-dua pihak, JAIS dan pihak gereja. Masa diambil selepas keputusan jawatankuasa tertinggi PAS dibuat dengan surat dibuat oleh Setiasaha Agong mengambil masa sampai seminggu lamanya. Sedang GB sudah berpesansebelumnya. Petikan:

Kita harap ia TIDAK TERLALU LEWAT sebelum isunya berjaya dimanipulasi dan dieksploitasikan musuh.

Sekarang pun dah wujud tanda-tanda besar ianya telah dimanipulasikan sedemikian rupa oleh media massa arus perdana.


Apa yang GB khuatiri menjadi kenyataan akhirnya. Pihak tertentu berjaya menyucuk jarum kepada kedua-dua pihak, JAIS dan GEREJA supaya "menolak" atau "menangguhkan" pertemuan dengan PAS. Akhirnya PAS juga yang melopong!

Keputusan telah dibuat, apa perlu lagi beri ruang untuk syaitan bergerak dicelah-celahan rekahan saf? Tidak perlu lagi terhegeh-hegeh. Inilah kaedah politik semasa, kerana ini era teknologi maklumat, ini zaman serba cepat serba pantas. Ini bukan lagi zaman mesin taip buruk, bukan lagi zaman untuk pak-pak tua jadi politikus, ini bukan lagi zaman bersilat pulut untuk memperbanyakkan bunga sebelum menerpa musuh.

Apabila pimpinan PAS telah buat keputusan untuk menemui JAIS dan Gereja,sepatutnya semua ahli mensyuarat berdiri berbaiah dan terus bergerak ke pejabat kedua-dua pihak. Tanpa lengah tanpa press conference.

GB tak nampak PR boleh berjaya dengan corak permainannya masih tidak berubah. Maaf cakap, kegagalan PR ke Putrajaya dulu adalah disebabkan penyakit PROCRASTINATION ini yang menyebabkan musuh mengambil peluang bertindak dua kali lebih pantas untuk mengatasi perencanaan PR. Dibawa lari wakil rakyatnya ke Jepun. Musnah segala impian PR.

Agaknya pihak pimpinan PR tak baca Art Of War Sun Tzu. Kalau baca pun hanya sebagai bahan penglipur lara bukan untuk menjadi strategist dalam politik semasa.

Tatkala ini pun momentum BERSIH 2.0 dah sejuk. Diperburukkan lagi isu gereja. PR masih lagi begitukah? Rakyat dah mula sangap semula. 




Photobucket

PRU: Najib turun padang setiap hujung minggu selepas Aidilfitri

on





KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Datuk Seri Najib Razak telah memberi isyarat yang jelas kepada Kabinetnya bahawa pilihan raya umum semakin dekat sambil berkata, beliau mahu bertemu dengan rakyat setiap hujung minggu - Jumaat hingga Ahad mulai bulan depan.
Perdana Menteri(gambar) menegaskan mahu berbuat demikian selepas sambutan Aidilfitri dan menilai persekitaran landskap politik semasa.
Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib mahu Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya, yang kemungkinan diadakan bila-bila masa dalam tempoh enam bulan ini meskipun kebimbangan besar ialah beberapa bahagian masih belum bergerak sebagaimana diharapkan.
“Perdana Menteri memberitahu Kabinet bahawa jadual beliau mudah. Isnin hingga Jumaat di pejabat, Khamis kerja politik dan Jumaat hingga Ahad di lapangan untuk bertemu dengan orang ramai dan mendapatkan maklum balas,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan mesyuarat majlis ekonomi setiap Isnin dan mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu.
Difahamkan beliau tidak akan menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Perth, Australia mulai 28 hingga 30 Oktober ini.
Kini, beliau memfokus soal ekonomi selain memberi bonus dan bayaran khas kepada kakitangan awam, peneroka Felda dan orang miskin selain menyentuh soal aliran masuk pelaburan menerusi Program Transformasi Ekonomi di bawah Model Baru Ekonomi - dalam usaha memikat pengundi-pengundi atas pagar ke arah BN.
Bagaimanapun tindakan keras pihak berkuasa ke atas gerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0 bulan lalu telah menjejaskan imejnya, memaksa beliau melakukan pembetulan termasuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen lima bulan kemudian.
Pun begitu katanya, pilihan raya umum boleh diadakan ketika jawatankuasa itu masih bersidang.
Momentum persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula sudah memesan peti undi dan mendapatkan maklumat mengenai penggunaan sekolah sebagai pusat pengundian November ini.
Pemimpin-pemimpin BN mula meninjau beberapa negeri sejak awal 2011 selepas Najib memberitahu partinya, Umno bahawa beliau akan mengunjungi setiap negeri bersama timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menilai fikiran rakyat bagi mendapatkan mandat baru.
Najib menjadi perdana menteri pada April 2009 dan mandat semasa berakhir April 2013.
Terdapat tekanan dari dalam partinya dan komponen perikatan agar memastikan BN memperoleh dua pertiga kerusi di Parlimen dan mendapatkan balik beberapa negeri yang ia kalah pada Mac 2008.
Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan, kepimpinan BN bimbang dengan 40 kerusi persekutuan yang disandang oleh perikatan itu memandangkan jentera peringkat bawah belum bergerak dalam mendaftar pengundi-pengundi baru ataupun mengadakan kempen.
“Mereka belum bergerak lagi. Dan, pemimpin-pemimpin bimbang kerana ia akan mengambil masa enam bulan khususnya dalam memperkenalkan muka-muka baru,” katanya.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List