Chong Wei juara Terbuka India, gelaran ketiga tahun ini

on Apr 28, 2013



Lee Chong Wei



Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei diuji dalam perlawanan akhir yang mendebarkan sebelum merangkul kejuaraan ketiga tahun ini - Siri Super Terbuka India dengan menundukkan pemain Jepun, Kenichi Tago di New Delhi, hari ini.

Selepas menang selesa dalam set pembukaan, Chong Wei tumpas di set kedua dan dipaksa mengharungi aksi mencemaskan di set ketiga.

Dia memenangi pertarungan sengit 21-15, 18-21 dan 21-17 dalam masa 63 minit.

Ini adalah kemenangan ketiga  Chong Wei sejak awal tahun ini.

Sebelum ini dia menjuarai Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia.

Dia juga merupakan juara Terbuka India 2011, tetapi gagal mempertahankannya tahun lepas.




Photobucket

MIC Tidak Akan Memilih Zul Noordin Kata Dato M.Saravanan

on







Begini lah yang dikatakan orang India berhati India,
bukan yang macam India yang mencium pipi manusia yang menghina bangsa
dan menghina tuhan yang di puja oleh kaum India.

Dato M.Saravanan mempunyai hati dan jiwa ke Indiaan yang kuat
berbanding india yang mencium pipi Zul Kulim (Pendatang luar S.Alam) tu.
Bangsa itu satu maruah bagi kaum India ,apa lagi Tuhan mereka
Itu yang dipersendakan oleh Zul (pendatang luar).

Dia mengaku Islam, adakah islam mengajar dia bersikap demikian ?
menghina agama orang lain ? 

Wahai kaum India sama ada dari MIC, IPF dan apa jua idologi parti
lupakanlah hasrat menyokong Umno/B-End, yang sikap dan perangai 
pemimpin mereka hapir sama semuanya.Mari kita bersama-sama 
menyokong "Pakatan Rakyat" (PAS

Op...poday....!!!!



Photobucket

DEI SAMY....BERAPA KALI LU KELUAR PKR HAA...?

on







Sebagaimana khabar angin yang tersebar semalam di Permatang Pauh, hari ini ianya menjadi kenyataan di mana telah dilaporkan kira-kira 1,000 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR..

Sebuah Blog Pro UMNO yang dikendalikan oleh Encik Pisau Suka Hiris melaporkan..

Sekarang di Safira Club Seberang Jaya,Permatang Pauh berlangsung program keluar parti oleh seribu ahli PKR India. Program anjuran Ponnusamy pembantu khas Anwar Ibrahim ,katanya Anwar terlalu banyak berbohong kepada masyarakat India.

Berasa tertipu atas perjuangan palsu yang sering dilaungkan oleh PKR dan Anwar ,masyarakat India kini sedar hanya BN sahaja yang mampu untuk membela kaum India.

Ini adalah kesan daripada dasar 1Malaysia yang baik dan membuktikan dapat diterima oleh kesemua masyarakat berbilang kaum.Permatang Pauh sekarang ini bagai dilanda satu fenomena baru apabila melihat perubahan dan kebangkitan rakyat yang sudah jelik dengan retorik politik gampangan pakatan.

Perkembangan seperti ini turut dapat dilihat dikalangan penyokong PAS yang sudah berkerat rotan tidak akan sesekali bersekongkol dengan Anwar dan ada dikalangan mereka turut sama bergotong royong menaikkan bendera BN di sekitar Permatang Pauh.

Turut serta didalam program ini adalah Calon Parlimen Permatang Pauh Dr Mazlan dan juga calon DUN Seberang Jaya Datuk Nasir.

N Ponnusamy ialah lelaki berbaju biru muda dalam gambar diatas





Ok.. ini jawapan dari Pengarah Komunikasi PKR Cabang Permatang Pauh mengenai perkara ini..

Perlu diketahui bahawa hanya seorang sahaja Pembantu Khas yang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada, beliau adalah Saudara Zainol Abidin Bin Saad bukannya N Ponnusamy.

Jawatan bagi Pembantu Khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi Kaum India adalah satu jawatan yang tidak rasmi dan ianya adalah jawatan yang dilantik oleh Ponnusamy untuk dirinya sendiri.

Dan jawatan ini langsung tidak wujud dalam Carta Organisasi PKR, baik Permatang Pauh mahupun PKR Pusat oleh itu ianya bukanlah satu jawatan yang sah.

Selain itu.. Ini adalah kali ketiga Ponnusamy mengistiharkan dirinya keluar PKR, kali yang pertamanya ialah ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh sedang berlangsung.

Beliau dan beberapa orang kawan-kawannya telah mengumumkan keluar dari PKR kerana kecewa dan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Anwar Ibrahim kononnya...

Kali kedua, beberapa bula yang lalu.. kali ini beliau telah mengumumkan beliau berserta 200 orang Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR dan menyertai DAP kerana kecewa dengan sikap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang ketika itu Datuk Mansor Othman..

Menurutnya beliau kecewa kerana Datuk Mansor langsung tidak memperdulikan akan nasib masyarakat India kononnya, oleh itu beliau mengumumkan keluar PKR..

Kali yang ketiga ialah hari ini 28 April 2013 sempena PRU13 pula.. dalam satu program di Safira Club Seberang Jaya, Permatang Pauh.

Beliau mengumumkan keluar PKR sekali lagi hari ini bersama-sama 1,000 ahli PKR berbangsa India, sebab beliau keluar kali ini menurutnya ialah kerana Anwar terlalu banyak berbohong kepada masyarakat India.

1,000 Ahli PKR berbangsa India juga tidak ujud dalam senarai Ahli PKR Permatang Pauh, kerana jumlah Ahli PKR berbangsa India yang ada hanyalah sekitar 500 orang sahaja... 

Setiap kali beliau mengumumkan dirinya keluar PKR, N Ponnusamy tidak pernah diterima kembali bagi menyertai PKR.. oleh itu kejadian yang berlaku hari ini adalah satu pembohongan semata-mata...

Atau dalam lain ayat.. skrip lama dikitar semula...



Photobucket

TERBONGKAR....Rupanya Ini Cara Najib Menang Setiap Kali Pilihanraya..

on





Calon KEADILAN Pekan, Fariz Musa mendedahkan, ribuan pendatang asing dari Myanmar dan Kemboja dikesan menetap di Pekan dan mendapat pelbagai hak keistimewaan melebihi penduduk tempatan.

Katanya, penemuan ini amat mengejutkan kerana berlaku dalam parlimen yang dikuasai sekian lama oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

“Di Kampung Sungai Miang sebagai contoh, ramai warga Myanmar di situ mendapat hak keistimewaan daripada kerajaan seperti rumah, lot tanah untuk bertani dan paling dikesali pemberian kad pengenalan untuk mereka mengundi.

"Jika ada pendatang ini beragama Islam, setiap bulan akan diberikan zakat sebanyak RM600 dan kelebihan seperti ini tidak diterima oleh penduduk Pekan yang beragama Islam dan Bumiputera,” katanya kepada Keadilan Daily.
i
Tambah Koordinator NGO Jingga 13 itu, ketika di Merchong, beliau bertemu seorang warga emas lingkungan 60 tahun dalam sebuah rumah yang uzur tanpa bekalan air dan elektrik.

“Saya diberitahu, beliau hanya mendapatkan air dari longkang dan parit untuk kegunaan seharian dan sebenarnya masih ramai lagi penduduk Pekan mengalami kedaifan serupa.

“Menurut mangsa, caj deposit lebih RM1,000 yang dikenakan untuknya mendapat bekalan elektrik sangat jelas tidak mampu dibayar,” kata Fariz.Dalam perkembangan berkaitan, Fariz menyatakan, wujud isu warga emas lain yang dinafikan hak mendapatkan bantuan kebajikan kerana bukan ahli Umno. ~keadilandaily



Photobucket

Kenapa Mahathir yang dah bersara kini bertungkus lumus berkempen bagi memastikan Kemenangan BN dalam pru ni...?

on




Bukti gambar Mahathir turun dari heli yang ditanggung Rakyat utk kempen BN 'Perpaduan Melayu versi Perkasa'.... kantoi sudah! oit, mat Navy pun menyampah bila diperkudakan oleh politik BN. 

Habis alam facebook dari dalam TLDM membongkar kisah ini. 

Bukti Langgar Akta Pilihanraya:- 

1. Menyalahguna jentera kerajaan - helikopter kerajaan.
2. Berpolitik dalam pangkalan tentera. 


Kesan dari siri kempen terbabit:- 

1. Membudayakan Politik Perkauman.
2. Memperkudakan 'Kredibiliti Anggota tentera Malaysia.
3. Memperlihatkan BN boleh buat apa saja untuk tawan pengundi. 


Pelik bin ajaib.. Mahathir yang dah bersara kini bertungkus lumus berkempen bagi memastikan Kemenangan BN dalam pru ni. 

Mengapakah Mahathir terlalu KETAKUTAN jika BN kalah? Apakah misteri yang bakal terbongkar jika BN kalah? Tolak BN.. pastikan Mahathir di hukum akibat salah laku dan perompahan ratus bilion wang kita yang hilang!!!!



Photobucket

MAHATHIR VS USTAZ AZHAR IDRUS DI PUTRAJAYA

on






Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa datang untuk Ceramah Perdana Pertahankan Putrajaya selepas puluhan ribu menyertai ceramah Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Presint 3 malam tadi. 

Acara beliau di Presint 3 juga disambut meriah, ini gambar-gambar dari program Mahathir bersama calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tanpa menengahkan sebarang bukti, macai-macai UMNO mendakwa bahawa ribuan yang hadir dalam program Tun Mahathir ini adalah pengundi sebenar di Putrajaya.

Menurut mereka Putrajaya akan kekal dalam penguasaan UMNO/BN kerana ribuan yang hadir dalam program ini membuktikan penduduk di Putrajaya majoritinya tetap kekal menyokong Barisan Nasional.










Tapi apakah ia setanding apa yang dicapai oleh calon PAS Datuk Husam Musa bersama Ustaz Azhar Idrus yang juga diadakan pada hari dan masa yang sama di Presint 19?





















Di dalam kuliahnya, Ustaz Azhar Idrus menyatakan harapannya untuk melihat sebuah kerajaan baru yang telus, lebih baik dan beramanah selepas 5 Mei nanti.

Menjawab soalan parti mana yang perlu diundi, berikut ialah jawapan Ustaz Azhar Idrus.

“Kita jawab mudah. Kita duduk di atas padang. Pangkahlah di atas kepala tuan-tuan sendiri. Faham tak? Benda? Tu atas tu (Tangan Ustaz Azhar menghala ke bulan di atas langit). Atas langit tu, jangan pangkah dahi. Nampak tak?”

Hadirin jawab "nampak" sambil tergelak.

Ustaz Azhar menyambung jawapannya. “Buat apa nak pangkah dia? Kerana dia bulan? Bukan. Kerana dia lawa putih gitu? Bukan. Kerana dia ada hijau di keliling? Tidak. Faham tak, tak kira apa warna pun, jikalau tulah yang nak kepada kebenaran, nak menegakkan manfaat yang boleh dikongsi bersama, nak menjatuhkan kebathilan, buat marilah logo apapun, kita akan sokong. Dulu, kini dan selamanya.

"Kebetulan inilah logo yang telah dipersetujui oleh ulamak-ulamak kita, tok-tok guru kita, ustaz-ustaz kita yang berjumlah ribuan di dalam Malaysia, maka kita bersetuju dengan logo ini di peti undi nanti. Bukan kerana logo tapi kerana partinya sudah menetapkan untuk menegakkan kebenaran,” tegas beliau.
























Di majlis itu juga, pelakon popular Mustapha Kamal turut hadir bersama dengan lebih 100 rakannya ke Putrajaya menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa.


BACA LAGI KAT SINI
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List