ADAKAH INI PUNCA NYA...? KDN telah mengadakan tayangan perdana eksklusif filem mengenai Anwar Ibrahim dan antara penonton kelas pertamanya adalah pemimpin Pas.

on Aug 15, 2014




Mungkin catatan ini ramai yang tidak mahu ianya ditulis begini kerana ia boleh menyenak hati dan menyebakan dada. Tetapi untuk menjadikan kita sebagai manusia yang tidak lalai kemudian akan kecewa berat, elok kalau saya membuat catatan ini sebagai persiapan.
Ahli Pas mahukan pendirian yang tegas.
Allah s.w.t. sediri meminta kita mempersiapkan diri untuk mati. Dan dunia ini sebenarnya adalah lebuhraya kepada kematian, maksudnya untuk kembali semula kepadanya. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali. Atas prinsip bahawa berterus terang itu lebih baik daripada segala-galanya ia perlu diluahkan, juga bagi mengelakkan perut terus kembung.

Sebaliknya pula catatan ini menggembirakan setengah pihak yang lain. Mereka menerimanya dengan perasaan terbuka dan rasa mujur yang tinggi. Mereka tidak perlu berkerja kuat. Kalau mereka seorang petani, seperti mereka menanam ubi kayu (species ubi yang mudah hidup dan berisi). Mereka perlu meriba tangan dan menanti ubinya membesar selepas "memekong" benih ke dalam semak. Ubi kayu akan tumbuh dan berisi walaupun tanpa batas.

Begitulah apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat waktu ini, ia memberi kesempatan dan peluang baik bagi kepada UBN khasnya Umno. Mereka memerhati dengan penuh minat tanpa banyak campur tangan. Sebab itu Mohd Najib Razak yang kebetulan yang sedang berdukacita atas kejadian kapal terbang Mas hilang dan jatuh tidak banyak komen. Muhyiddin Mohd Yassin dan Ahmad Zahid Hamidi juga tidak banyak memberi komen, melakukan provokasi dan tidak perlu menyucuh karak (pasang api) dipunggung Pakatan Rakyat agar ia terus berkobar dan terbakar.

Pakatan Rakyat sudah dikenakan api dan ia sedang membakar diri.

Bagi Umno Pakatan Raktat telah ada tanggungjawab tersendiri untuk membesar perbalahan mereka atau sebaliknya menutup perbalahan mereka. Jadi Umno hanya perlu mendiamkan diri sahaja dan memerhati percakaran Pakatan Rakyat khasnya Pas dengan PKR bagaikan bagaikan serigala memerhati perbalahan anak-anak kambing menunggu mana yang cedera untuk dibahamnya.

Saya katakan tadi catatan ini mungkin tidak sedap didengar dan menggerunkan. Tetapi saya perlu memberitahu kerana ianya tanggungjawab saya selaku penulis dan pemerhati kerdil. Saya ada tanggungjaab sosial. Sebenarnya saya kesian kepada rakyat yang menjadi penyokong dan ahli parti, Pas dan PKR khususnya dan Pakatan Rakyat amnya.

Bagi saya mereka ikhlas dan sangat pemrih serta akan pasrah kepada takdir yang dilakarkan pemimpin masing-masing. Mereka juga sanggup berkorban masa, tenaga dan harta benda. Sebagai pemberi jasa dan bakti mereka tentu mengharap imbuhan dalam bentuk kemenangan.

Mereka yang melihat dengan mata ikan kering terhadap kemelut hari ini meletakkan kesalahan apa yang berlaku kini sepenuhnya kepada musuh parti mereka. Mereka sama sekali tidak cuba menyalahkan peranan atau sikap para pemimpin mereka yang haloba. Keadaan inilah saya berasakan rakyat seakan tertipu dan teraniaya. Maka perlu saya memberi pendangan dengan mendedahkan apa yang ada dalam firasat saya dan diketahui untuk dijadikan pertimbangan.

Biarlah saya bercerita untuk pengetahuan umum dari pengamatan kolam fikir saya. Saya tidak memaksa untuk mempercayainya, tetapi sebagai bahan renungan pada pagi yang mulia ini agar kita (rakyat penyokong dan ahli parti) tidak terlalu teraniaya dan tertipu dengana apa yang berlaku. Tidak tertipu hidup-hidup dengan pemainan politik penuh bernafsu dan berlambang-lambagan.

Pertamanya, apa yang perlu difahami ialah, pertikaian Pas dengan PKR (Anwar Ibrahim) bukan berpunca daripada isu Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Ia bukan isu politik perlu dipolimekkan sedemikian rupa. Ia cukup mudah diselesaikan kalau itulah isunya. Tetapi kerana ia bukan menjadi inti kepada perbalahan atau pun perncanggahan pendapat yang berlaku kini.

Khalid Ibrahim adalah modal sahaja, ia satu kebetulan dan bukan perkara pokok. Isu MB Selangor bukan mauduk besar bagi Pas. Sokongan terhadap Khalid itu adalah simbolik yang perlu difikirkan apakah motif sebaliknya. Pas sebagai parti politik yang juga turut bermain tipu muslihat... bukan ikhlas yang menggunakan ritual agama untuk mencapai matlamat politiknya. Pas bukanlah parti maksum kalau pun tidak sekotor PKR dan Umno.

Jika diperhatikan isu Khalid yang seharus didepani PKR, dan tidak pun perlu menyebabkan berlaku perpecahan dan pergeseran politik dalam Pas yang berpotensi untuk berpecah. Kini wujud dua golongan atau puak dalam Pas, satu golongan yang menyokong Khalid Ibrahim terus menjadi MB atas maslahat menyelamatkan Pakatan Rakyat. Manakala satu lagi tidak bersetuju dan tidak akur dengan keputusan PKR yang mahu memecat Khalid.

Puak yang menyokong memberi alasan kononnya Khalid tidak ada kesalahan dan belum disabitkan kesalahan. Manakala pandangan Majlis Syura Ulamak (MSU) dijadikan pandangan qati'e oleh sebahagian ahli Pas untuk mempertahankan Khalid sampai diadakan solat hajat.

Manakala pihak yang menyokong melihat dari sudut politik dan implikasi politik serta mengenai masa depan Pakatan Rakyat itu sendiri. Sepatutnya perkara ini diselesaikan di meja mesyuarat oleh para pemimpin Pas. Amalan mesyuawarah patut dipraktikan, tetapi nampaknya dalam hal ini tidak. Mereka boleh mencapai kata sepakat terhadap isu yang mudah ini. Kenapa tidak, kerana ia membawa motif lain lebih besar dan hanya menjadikan Khalid sebagai isu pertelingkahan sahaja. Isu Khalid hanyalah umpan atau batu loncatan sahaja.

Apa yang dapat saya suluhkan, konflit mengenai isu Khalid ini adalah konflit di dalam Pas itu sendiri. Ia adalah kesenimbungan konflit yang menimpa Pas selepas pilihan raya umum ke-12 lagi. Perkara ini menjadi antara rahsia dengan tidak rahsia. Yang jarang mahu disebut orang dan tidak berani dikatakan secara berterusan terang oleh Pas. Kedua-dua pihak khasnya yang mempertahankan Khalid tidak berani menyatakan apakah maksud mereka sebenar disebalik pengeksplotasian isu berkenaan.

Puak yang mempertahankan Khalid, adalah mereka yang TIDAK SUKAKAN kepada Anwar Ibrahim sebagai pemimpin PKR dan juga pemimpin yang disebut sebagai perdana menteri dalam penantian. Dalam kata mudah mereka tidak mahu Anwar memimpin PKR dan juga menjadi ketua dalam Pakatan Rakyat. Sebab musababnya ialah kerana mereka tidak boleh menerima Anwar kerana moralnya. Dalam kata terus terang, mereka mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar yang dipersembahakna oleh Umno khasnya mengenai liwat. Orang yang waruk tidak dapat menerima Anwar?

Tuduhan yang setengahnya fitnah mentah diacarakan Umno ditelan bulat-bulat oleh pemimpin Pas. Apabila pihak KDN menayangkan video sulit Anwar kepada mereka (sesetengahnya) mereka terus menelan dan mempercayai? Mungkin ramai orang tidak tahu KDN telah mengadakan tayangan perdana eksklusif filem mengenai Anwar Ibrahim dan antara penonton kelas pertamanya adalah pemimpin Pas.

Pendirian dan kebencian golongan ini dalam Pas tidak boleh dinafikan. Kerana itu mereka menyerang dan cuba menyekat agenda Anwar bukan sahaja dengan isu Khalid hendak digugurkan ini dan diganti dengan Dr Wa Azizah Wan Ismail, tetapi menerusi beberapa strategi atau tindakan politik lain sebelum ini. Cukup kalau disebutkan beberapa contoh, misalnya mengenai projek 16 September, Kajang Move dan juga pertemuan dan perbicangan sulit beberapa pemimpin Pas dengan Abdullah Badawi,  kemudian dengan Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Klimeks kepada tindakan mereka yang seharusnya sudah diinsafi oleh Anwar ialah apabila Pas mengemukakan nama Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri bagi menggantikannya menjelang pilihan raya umum ke-13. Tindakan-tindakan berupa tikam belakang itu semua adalah cerminan kepada kebencian dan penolakan mereka kepada Anwar. Ramai yang beranggapan agenda menukar Anwar dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai rekayasa, tetapi saya hendak tegaskan saya mengetahui hal ini dari A sampai Z daripada mulut tuan-tuan tubuh berkenaan sendiri.

Tidak menjadi masalah kalau sesetengah pemimpin Pas menolak Anwar. Itu adalah hak mereka atas keyakinan ilmu dan sumber yang mereka perolehi. Hukum syarak meletakkan keraguan boleh membatalkan niat sesuatu ibadat kita. Misalnya kalau kita meragui akan kewarakan dan akidah imam di depan kita, kita berhak untuk "mufarakah" - meninggalkannya. Dalam konteks ini ada pemimpin Pas yang bimbang akan melakukan kebajikan yang sia-sia. Mereka beranggapan pintu syurga bagi mereka ditutup oleh dosa Anwar, jadi mereka tidak mahu bersubahat.

Tetapi apa yang menjadi pertikiaian, (saya pertikiakan) kenapa Pas tidak berterus terang dalam soal ini. Kenapa Pas melakukan tindakan secara senyap tanpa memberi tahu kepada ahlinya secara terbuka. Kerana hal ini diecerkan ke dalam satu golongan sahaja dan kini digunakan WhatsAap untuk menyebarnya (taboo). Sikap begini tidak cocok dan sesuai dengan Pas sebagai parti mengakui lebih Islamik daripada Umno. Pas harus lebih berani dan bertanggungjawab.

Kalau Pas sudah yakin dari segi syarak dan aktikad yang Anwar tidak layak menjadi pemimpin atau untuk diangkat menjadi pemimpin kerana sebab dan dalil-dalil tertentu, kenapa tidak disebut secara berterusan terang. Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas wajar memberi fatwa dalam hal ini agar ia didengar oleh semua pihak. Apakah MSU pernah bersidang dan membuat ketatapan mengenai peribadi Anwar ini?

Begitu juga dengan Abdul Hadi Awang kalau satu masa beliau pernah mengeluarkan amanat, (Amanat Haji Hadi), kenapa tidak berbuat perkara sama tentang Anwar ini. Berterus terang dan beranilah dalam tindakan dan jangan dibincang dan disebarkan sesama ahli sahaja kerana ia boleh meresah dan mengelirukan ahli di luar sana.

Sikap berdolak dalih atau kepuraan-puraan ini mengelirukan ahli dan penyokong bawahan. Rakyat akan jadi bingung dan merasa jijik dengan ulah Pas. Satu masa mereka lihat pemimpin mereka duduk bersama, tetapi dalam masa lain membantahkan dan mengeji dari belakang. Apakah sikap sebegini tidak boleh dijatuhi hukum munafik?

Sikap seorang muslim tidak berpura-pura dan munafik. Orang yang benar-benar beriman berani menyatakan kebenaran dan sanggup memikul apa saja risiko. Apakah pemimpin Pas yang menerima keadaan itu bimbang Pas akan hilang undi kalau menolak Anwar secara terang-terangan? Jadi untuk memastikan undi daripada pengundi liberal maka mereka perlu menggunakan Anar sebagai umpan? Begitukah? Ingatlah kita tidak boleh membawa kucing dan anjing dalam satu tangan.

Pas perlu berbuat sesutau untuk memuktamadkan perkara ini. Pas kena putuskan secara kolektif (pinjaman istilah Abdul Hadi) mengenai kedudukan ini, dimana ia perlu melibatkan semua ahli. Kalau betul Pas yakin dan percaya berkawan dengan Anwar boleh menutupkan kemenangan kerana dosa, nah, ambil ketatapan dan tegas jangan berbolak balik.

Mungkin satu muktamar khas untuk menentukan kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat boleh dibuat. Sekiranya Pas telah merasa cukup kuat untuk berdiri sendiri lakukan dan cara itu lebih dihormati. Begitu juga kalau Pas mengira mereka lebih afdal untuk bersatu dengan Umno untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa, nah lakukan usah merasa "semen" atau malu alah dengan sesiapa.

Ahli-ahli Pas dan orng ramai tidak akan marah kepada Pas kalau Pas mengambil keputusan meninggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat. Pas bebas membuat pilihan dan pendirian politiknya. Dalam hal ini Pas perlu bersikap tangan yang mencincang bahu kena sanggup memikul. Tidak ada guna Pas hidup dalam keadaan dua alam, siang menyokong dan mengatakan iya kepada Anwar malam menentang dan mengatakan tidak kepadanya.

Pas perlu mengambil keputusan tegas kalau ianya mahu dihormati sebagai parti agama.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List