Macamana orang tak doa KO BN KO UMNO.... benda kecik macam nie pon dah ada penipuan

on Dec 10, 2012







Bila terbaca bab student dan mahasiswa boleh berpolitik nie teringat la pulak cikgu yang kena diberhentikan disebabkan pergi dengaq ceramah anwar ibrahim.... Student dengan bangga boleh kibar bendera parti politik manakala cikgu pula di halang dan disekat...

tetapi rasanya anda semua tahu kenapa student ini boleh berpolitik dan cikgu itu juga boleh berpolitik sekiranya mereka mengibar bendera yg sama seperti adik-adik kita kat atas nie.... cuba kata adik-adik nie kibar bendera warna HIJAU..kompom macam-macam fatwa akan keluarnya.... tak cukup umur nak berpolitik, study bagi habih dahulu dan macam-macam lagilah....

Anda sebagai pendokong parti BIRU tidak terasa akan KELOMPONGAN dan PENGKHIANATAN pada PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA tak... tidakan anda dapat melihat akan diskriminasi disini dimana sokong BIRU OK.. Sokong HIJAU KO....

Macamana orang tak doa KO BN KO UMNO.... benda kecik macam nie pon dah ada penipuan hak berpolitik dah... BN..BN.. sedih tengok kelaku hangpa berpolitik...

bukti pengakuan guru di tekan dan di desak oleh umno bn...

Undang-Undang Mak Bapak BN - Guru dan Student boleh berpolitik tetapi kena sokong BN sahaja...!!!



oleh AnakKedah007.blogspot.com
Photobucket

Kekalkan Gelaran"Cikgu" Walaupun Bertaraf Mahaguru

on






Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.

“Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah.



Photobucket

Auta Anak Si Mahaguru

on





Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.

“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memohon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.

“Padahal kami sekian lama kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini,” kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. 
 
Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain. 
“Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

“Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa,” kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

“Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama,” katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno.

P/s: Baca auta anak Omardin di sini dan di sini.




Photobucket

Mahu Tapi Malu.....Kah kah kah....

on




Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR - Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa. 

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, bagi beliau untuk menawarkan diri masuk Umno mungkin tidak akan berlaku kerana beliau pernah dipecat, melainkan menerima tawaran menyertai semula parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

"Saya pernah menjadi ketua bahagian selama 11 tahun dan anggota Majlis Teringgi Umno selama enam tahun, saya akui jiwa dan hati masih pada Umno tetapi nisbah nak masuk balik itu bergantung kepada pucuk pimpinan tertinggi.

"Saya tidak akan mohon kerana pernah dipecat, tetapi jika ditawarkan oleh Umno, saya akan menerimanya secara terbuka. Saya tak mahu dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong," katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menyertai semula Umno bersama 347 yang lain semalam.

Walaupun Ibrahim seorang Ahli Parlimen Bebas, tetapi beliau dilihat sebagai wakil rakyat mesra BN.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau bertanding di Pasir Mas atas tiket Pas, tetapi mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas.

Dalam pada itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, langkah Zahrain itu adalah keputusan beliau sendiri.

"Itu adalah keputusan beliau sendiri dan bukannya keputusan Konsensus Bebas.

"Bagi saya, jika hendak membantu Umno, tidak semestinya kita perlu ada dalam Umno, di luar pun boleh," katanya.

Kedua-dua, bekas wakil rakyat PKR dan keluar parti pada awal 2010, merupakan anggota Konsensus Bebas.

Beliau menambah, selalunya bantuan dari luar mempunyai peranan yang cukup besar diibaratkan seperti "penyerang import.".sh




Photobucket

AHLI PARLIMEN JERANTUT KELUAR UMNO...?

on




AHLI parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.

Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.




Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini. Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.

Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalamSiapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.

Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.

Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan. Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.



Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi.

Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.
Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan  telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian. 

Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis. Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno semalam.

Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009. (IH/JP)



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List