Pastikan ini perhimpunan Umno terakhir – Saifuddin

on Nov 29, 2012






KUALA LUMPUR 29 November: Ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.

“Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Najib pagi tadi menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan perwakilan Umno.

“Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno,” kata Saifuddin ketika dihubungi.
Tambah Ahli Parlimen Machang itu, kenyataan Najib membayangkan betapa takutnya jika beliau dan Umno kalah dalam pilihan raya nanti.
Malah ia juga tanda perhimpunan itu adalah yang terakhir untuk Umno sebagai kerajaan, kata Saifuddin.

“Umno sudah selesa memegang kuasa selama 55 tahun. Sekarang mereka tahu mereka bakal kehilangannya. Sebab itu mereka jadikan perhimpunan ini sebagai tempat untuk caci, maki Pakatan Rakyat,” katanya.

“Ucapan Najib dan pimpinan Umno langsung tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama.
“Perwakilan pula dengan membuta tuli ikut sama dengan ucapan tak berfaedah. Itulah Umno…,” kata Saifuddin.

Short URL: http://www.keadilandaily.com




Photobucket

Abby Abadi Mengaku Tidak Pernah Mengundi

on





Selebriti Abby Abadi mengakui tidak pernah mengundi sebelum ini kerana golongan artis tidak pernah diberi kesedaran mengenainya walaupun sering kali terlibat dengan program anjuran Umno dan Barisan Nasional.

Abby berkata, penglibatan artis dalam program parti hanya untuk memeriahkan majlis dan menarik ramai hadirin.

Ketika itu katanya, beliau tidak berasa bersalah tidak mengundi kerana tidak memahami kepentingan politik.

Untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti katanya, beliau akan rasa bersalah sekiranya tidak mengundi kerana sudah sedar kuasa politik amat penting apatah lagi kepada perjuangan Islam.

“Pada saya, Pas merupakan satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di negara ini dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain memberikan sokongan penuh kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

“Kuasa politik penting kerana melaluinya dasar atau hukum Islam dapat ditegakkan dan saya kini memahami bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan,” katanya pada program Bicara Hijrah Selebriti Bersama Abby Abadi di Cherang Ruku dekat sini, semalam.

Turut hadir, Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim serta isteri, Bidah Abdul Kadir, Adun Limbongan, Zainuddin Awang Hamat dan penceramah jemputan, Khairul Ikhwan.

Abby Abadi berkata, kerajaan mesti menjadikan hiburan sebagai medium membentuk keperibadian masyarakat, bukannya menggalakkan maksiat.

“Seingat saya Jakim  (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pernah mengeluarkan garis panduan untuk industri hiburan tapi kerajaan tak mahu pakai kerana alasan mereka kaum bukan Islam juga ramai menjadi artis," katanya.

Pemimpin Umno katanya, terdesak dalam usaha menarik sokongan rakyat sehingga menuduh Pas ‘tidak betul’ kerana sejak akhir-akhir ini membawa artis ke pentas politik.

“Kalau sekarang Pas tak betul kerana bawa artis, maknanya dulu betul tapi mereka (Umno) tak sokong juga, nampak sangat mereka hanya mencari jalan untuk memburukkan Pas,” katanya.

Beliau yang popular dengan watak Inspektor Aliza dalam drama Gerak Khas bersyukur kerana dibukakan pintu hati untuk berhijrah kepada kehidupan lebih baik sebagai umat Islam.

SH



Photobucket

Bloger Lucah Umno Tempatan Di Sampahkan Ahmad Maslan...?

on





Para pemimpin kelab umno luar negara diminta memainkan peranan penting sebagai 
penggempur siber bagi menghadapi perang siber dan psikologi oleh pihak bloger anak muda
pembangkang yang menguasai ruang maya dengan pelbagai fakta dan bukti.

ketua penerangan umno, Ahmad Maslan berkata, sebagai pemimpin muda yang tinggal 
dan belajar di luar negara, mereka mempunyai banyak kelebihan bagi mengimbangi serangan
pihak bloger anak muda pembangkang di alam maya yang berada di serata dunia.

berikut adalah ucapannya pada pertemuan dengan wakil wakil kelab umno luar negara 
di pusat dagangan dunia putra atau PWTC.

"oleh sebab itu hari ini saya nak umumkan bahawa anda semua dilantik sebagai para pejuang siber bagi umno," 
seramai 72 wakil kelab itu dari 16 buah negara di seluruh dunia berada di tanah air bagi menghadiri perhimpunan agung umno, 

sementara itu 
pihak pihak bloger sampah dari Barisan Nasional yang ada di malaysia tidak 
dapat di harapkan langsung jasa jasa dan pertolongan mereka kerana umum tahu mereka 
lebih kepada blog artis dan lucah berbanding politik yang mana telah mengikis kepercayaan rakyat terhadap 'ketelusan' pendedahan mereka dan fitnah tegar mereka,

bloger bloger sampah Barisan Nasional yang ada di dalam malaysia hanya bersifat peribadi 
dan sentiasa berperang sesama sendiri untuk membuktikan mereka lebih tidak matang dari 
bloger anak muda pembangkang yang di lihat lebih tersusun dan mengolah pendapat sendiri,

menurut kajian pejuang siber umno yang belajar di luar negara lebih bagus dan lebih bijak
mengampu kerajaan Barisan Nasional berbanding bloger sampah Barisan Nasional yang ada 
di malaysia kerana tahap intelektual dan tahap kelucahannya mereka terlalu tinggi sehingga mengakibatkan rakyat malaysia telah hilang kenyakinan hampir 100%.



Photobucket

Ketua Wanita kebas RM lembu, Pengerusi Tetap Wanita kebas duit jalanraya

on




Projek jalan Pasir Panjang ke Linggi penuh kontroversi dan tanda tanya. Carian internet projek ini telah beberapa kali terbengkalai. Ianya sepatutnya siap pada tahun 2007. Amat memeranjatkan walaupun projek ini telah terbengkalai, dan kontraktor sepatutnya disenarai hitam, laman web CIDB menunjukkan kontraktor yang sama telah dilantik untuk memulihkan projek ini. Kos projek pada asalnya cuma RM118 juta kini telah menjadi hampir RM300 juta, dan masih belum siap-siap. Jika projek lembu NFC Gemas dengan nilai RM250 juta melibatkan Menteri Wanita Umno, projek RM300 juta Jalan Pasir Panjang ke Linggi ini juga melibatkan bekas Menteri Wanita Umno dari N.Sembilan iaitu Dato Napsiah Omar.

*************

Maklumat Syarikat: : HARTAJAYA-BENTENG TIMUR-AMR JELI JV SDN. BHD.
CIDB : No Pendafataran : 0120051003-WP106638
ROC : 597928T

Ahli Lembaga Pengarah:
1. DATO NAPSIAH BINTI OMAR
2. DATO SRI RAM A/L M.S SARMA
3. NORIZAN BIN MOHD AMIN
Maklumat Projek:
10-11-2011
RM 47,500,000.00
Seksyen 1 - Prjk Menyiapkan Kerja Tertinggal Bg Membina Jln Baru Dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson Ke FR5 Laluan 5 Di Pasir Panjang & Menaik Taraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Linggi

20-06-2008
RM 118,610,418.92
Cdangan Jln Baru Dari Lebuhraya Seremban PD- FR5 Dari Pjang Dan Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Langgi.

06-01-2005
RM 118,610,418.92
Membina Jalan Baru Dari Lebuhraya Seremban-PD-FR5 Di Pasir Panjang & Menaiktaraf FR5 Dari Pasir Panjang Ke Linggi (Seksyen 1)


TAMPIN 18 Okt. 2009 - Isu projek menaik taraf Jalan Pasir Panjang-Linggi yang terbengkalai sejak 2005 akan selesai apabila ia siap dalam tempoh enam bulan akan datang. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, sebelum ini, projek berkenaan yang menelan belanja RM118 juta terbengkalai

JAWAPAN JAWAB LISAN, ISU LEBUH RAYA SEREMBAN PORT DICKSON
21 October 2010

Merujuk kepada jawap pada soalan yang dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan isu pembinaan Lebuh Raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala menunjukkan terdapat pertambahan harga yang tidak kurang dari RM200juta serta pembinaan tersebut apa selesai pada pertengahan 2012.

Peningkatan harga dan juga kelewatan untuk menyiapkan projek tersebut adalah kerana kementerian terbabit gagal menjalankan penelitian dalam setiap pemilihan kontraktor yang ingin menjalan kerja-kerja tersebut.

1) Seksyen 1 : sepanjang 22.5 kilometer, ditawarkan kepada syarikat Hartajaya-Benteng Timur-AMR Jeli JV Sdn Bhd. dengan harga kontrak sebanyak RM118 juta. Projek bagi segmen ini telah dimulakan pada bulan Februari 2005 dan sepatutnya disiapkan pada 1 Disember 2009


BAKAR GERAN RUMAH PROTES PROJEK LEBARKAN JALAN

TELUK KEMANG 10 April 2010 - Geram dan kecewa dengan masalah yang timbul berikutan kelewatan projek pelebaran Jalan Pasir Panjang-Linggi dekat sini, menyebabkan beberapa penduduk bertindak membakar geran asal rumah mereka, hari ini.

Tindakan itu merupakan tanda protes penduduk yang sudah bosan dengan kemelut yang dihadapi termasuklah terpaksa berhadapan banjir lumpur, debu dan risiko kemalangan jalan raya.


PORT DICKSON MENJADI MANGSA PROJEK RUNDING TERUS
November 26, 2009

Contohnya projek membina jalan baru dari Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Jalan Persekutuan 5 di Pasir Panjang dan menaik taraf Jalan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi telah dimulakan sejak 14 Febuari 2005 dan sepatutnya siap mengikut kontrak pada 12 Ogos 2007.

Projek ini telah dilaksanakan secara RUNDING TERUS, REKA DAN BINA dan dianugerahkan kepada Kontraktornya, Hartajaya-Genting Timur-AMR Jeli JV Sdn. Bhd. Setelah gagal menyiapkan projek pada 12 Ogos 2007 seperti syarat kontrak, kerajaan telah menganugerahkan syarikat tersebut dengan menunda tarikh siap projek (tanpa denda) ke Disember 2009.

Maklumat Syarikat: HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
CIDB : i) No Pendafataran : 1960906-SL005270
PKK : i) No Pendafataran : 1006 A 2005 0120
ii) Kelas : A
ROC : 155443X
Maklumat Ahli Lembaga Pengarah:
1. MAZWIN BINTI BAHARUDDIN
2. SRI RAM A/L MS SARMA
3. SUHUT BIN MD SALIH

Company Name: AMR Jeli Sdn. Bhd. (321666H)
Address: 38-2, Lorong Haruan 5/2 Oakland Commerce Square, 70300, Seremban

HARTAJAYA (M) SDN. BHD.
Contact Persons SRI RAM SARMA DATO'
 
 
Sekian 
 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 



Photobucket

Pak Habib Ditahan Di Dang Wangi

on






Update 4:45PM - Berita awal yang diterima tidak tepat.Dikhabarkan Pak Habib masih ada di Bilik Gerakan Polis PWTC dan belum dibawa ke IPD Dang Wangi.

Aku mendapat khabar Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas kini sedang ditahan di IPD Dang Wangi.Atas kesalahan apa aku pun kurang pasti tapi besar kemungkinan kerana tindakan dia mempromosi dan menjual buku kontrovesi terbarunya SSS di Riverside Cafesejak bermulanya Perhimpunan Agung Umno di PWTC 27hb Nov yang lalu.

Dah 2 hari aku tak melepak disitu jadi aku tak pasti dimana sebenarnya dia ditahan di PWTC.Saperti yang pernah aku tulis dihari pertama aku terserempak Pak Habib disitu,aku ada bertanya tidakkah menjadi kesalahan beliau mempromosi buku tersebut disitu dan dia menjawap selamba "Selagi SB tak halau".Ternyata hari ini merupakan hari perasmian PAU2012 oleh @NajibRazak jadi pastinya ramai pemimpin dari yang paling veteran sehinggalah yang terkini dan termuda.pastinya kelibat Pak Habib menjual bukunya disitu tidak disenangi banyak pihak.

Apapun aku mendoakan agar semuanya berjalan lancar untuk Pak Habib dan pihak Polis hanya menjalankan tanggung jawap dan tugas mereka berhubung ketenteraman awam.Aku harap Pak Habib dengan usia mengjangkau 70+ tahun tidak akan ditahan reman dan akan dibebaskan sebaik saja keterangan nya selesai diambil oleh pihak polis.

Diharap kepada peminat dan penyokong Pak Habib agar tidak mensensasikan penahanan ini kerana ianya hanya rutin biasa pihak polis bila menerima sesuatu aduan dan kita tunggu kenyataan rasmi dari pihak polis berhubung penahanan ini.


aku peduli apa dan anak jati kampung hulu

Photobucket

Najib setuju urusniaga tanah, kata Deepak

on




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes.

Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut.

Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya.

Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan.

Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut.

Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.


malaysiakini

Photobucket

Najib Harus Jadi Kelip-Kelip Bukan Siput

on





Najib Razak tampil di hadapan kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Umno di PWTC dengan membuat kejutan awal membangkit semangat perwakilan agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Awal-awal lagi beliau melaungkan bahawa Umno sudah pulih dari segala kecederaan dan sedia menghadapi pilihan raya bila-bila masa. Biasanya pembangkitan semangat sebegitu akan dibuat di penghujung ucapan, tetapi berlainan kali ini.

Mungkin Najib ingin membuat semakan sejauh mana perwakilan sedar atau terbangkit dengan laungan dan jaminan itu. Malangnya sikap para perwakilan tidak seghairah Najib. Perwakilan tidak memberi 'respon' sewajarnya. Ini boleh disimpulkan pengakuan Najib bahawa Umno suah pulih dan bersedia menghadapi pilihan raya itu kurang disetujui para perwakilan dan pemerhati.

Orang bawahanlah yang dapat menentukan apakah semangat Umno sudah pulih atau sedang menggeleter dan takut kehilangan kuasa dan kedudukan. Atau yang ada terlibat dengan jenayah sedang menghitung hari dan apakah bnetuk tuduhan ke atas mereka dan bila masa mereka akan ditangkap. Sebab itu ungkitan Najib itu tidak disambut meriah.

Mereka lebih arif dan mengerti sebab mereka berdepan dengan serangan dan kebangkitan semangat pembangkang. Mereka yang menyaksikan berbagai-bagai majlis dan himpunan Pakatan Rakyat yang penuh dengan manusia di semua peringkat. Jadi mereka tidak mahu berbohong kepada diri sendiri untuk bersetuju dengan Najb mengatakan Umno sudah pulih sedangkan apa yang disaksikan tidak menggambarkan keadaan itu bahkan Umno semakin parah dan pengarunya menirus macam ekor tikus di kalangan Melayu.

Jadi penegasan dan jeritan histeria Najib itu sia-sia saja. Tampak sekali perwakilan Umno dalam kebingungan dan semangat mereka tidak sedikit pun terbangkit.  Ini dapat disaksikan sepanjang ucapan Najib perwakilan hanya dingin dan sesekali saja kedengaran tepukan tangan persis tahi lembu jatuh dari punggung. Reaksi perwakilan dapat dilihat jelas sejauh mana mereka terkesan dengan upacan Najib.

Penyediaan stiker I love PM, jelas menunjukan kedinginan sambutan kepada amanat itu. Bahawa perwakilan kena dibekalkan dengan stiker khas untuk menzahirkan sokongan kepada Najib. Kalaulah tidak ada stiker itu yang diangkat dan didendingkan ke muka Najib bermakna Najib tidak mendapat apa-apa sanjungan hari ini. Secara psikologisnya bila ada stiker, perwkailan kena angkat untuk menandakan mereka sporting. Dalam hal ini perwakilan menipu diri sendiri dan Najib juga tertipu dengan sikap ahli sendiri.

Kejutan, henjutan semangat dari Najib untuk perwakilan khasnya dan ahli Umno amnya bagi menghadapi pilihan raya yang dinanti-natikan tidak ada apa-apa disepanjang ucapan Najib itu. Beliau hanya mengulang-ulangi perkara yang sama. Apa yang disebut oleh ketua-ketua sayap dan Udin anak Yassin semasa merasmikan persidangan serentak sayap parti, juga diulangi oleh Najib. Ucapan itu boleh diumpamakan empat dalam satu!

Tampak sangat ucapan Najib tidak mengambil idea menyeluruh daripada pakar-pakar politik Umno. Apakah tidak ada perkongsian idea dalam menyediakan teks ucapan itu. Najib hanya merujuk kepada Rosmah yang ikut sama membaiki titik dan koma. Dan beliau berpuas hati dengan pujian isterinya dan orang di sekeliling mengenai teks ucapan itu? Kerana itu jadilah teks ucapan itu seperti pembuat kueh dia sendiri yang menguji dan dimakannya.

Dari konteks orang luar dan rakyat biasa banyak hal yang terlupa oleh Najib. Dalam usaha untuk menarik perhatian orang ramai menyokong Umno Najib terlupa membuat ajakan yang rasional dan bebas dari bersifat 'keUmnoan'. Mengenai orang Cina dan India langsung tidak disentuh. Tidak ada jaminan atau harapan baru khusus oleh Najib kepada mereka sekiranya menyokong Umno.

Keterlupaan ini boleh dianggap Najib juga rasis, tidak lagi mengharapkan kepada sokongan orang bukan Melayu. Kerterlupaan atau pengabaian ini tidak menguntungkan Umno. Orang bukan Melayu tidak melihat Umno mengambil kira peranan mereka. Najib sepatutnya mengikhtiraf undi bukan Melayu untuk perubahan ke atas negara ini dan juga memberi kesedaran kepada Umno sendiri. Sikap dan pendirian demikian baru ia sejajar dengan kata-kata Najib bahawa Umno berjuang untuk semua bangsa dan tidak 'temooh' kepada Melayu saja.

Isu-isu pembangunan atau jasa bakti yang dibuat Umno disebut Najib sudah tidak penting lagi sebab orang sudah tahu. Ia bukan pembaharuan yang mempesonakan. Kerana perkara itu setiap hari disebut ia memualkan seperti mana mualnya terhadap iklan sabun dalam televisyen. Kerana orang tahu Najib baru empat tahun menjadi PM, apalah sangat jasa-jasa yang dibuatnya. Orang faham antara Umno - pemimpin terdahulu dengan apa yang dibuat dan dicapai Najib untuk negara. Najib tidak boleh membualkan bahawa pembangunan hari ini adalah atas usaha beliau. 

Seperkara lagi rakyat akan melihat juga sejauh mana kemampuan, wawasan dan idealisme Najib. Sedang ini tidak cuba diterapkan dalam ucapan itu. Ucapan dasar tidak melambangkan atau Najib tidak cuba menunjukkan dia hebat sebagai seorang negarawan dan pemimpin berpotensi besar. Dia patut berlawan dan cuba menandingi kehebatan Anwar Ibrahim yang dipamirkan dalam masa perdebatan di parlimen atau pun di pentas-pentas politik.

Misalnya kalau pun Najib tidak berani berdebat dengan Anwar tetapi beliau harus menjawab segala persoalan dibangkitkan Anwar dalam apa jua majlis dan prgoramnya. Misalnya orang akan kaji dan membuat ukuran sejauh mana ketelusan dan keberanian Najib dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim, tidak payah pergi jauh, apa yang berlaku dalam parlimen sudah cukup. Macam mana Najib absen dari hadir sidang parlimen tatkala Anwar hendak membahas bajetnya baru-baru ini. Sikap Najib melarikan diri dan tidak sedia mendengar ucapan Anwar membuktikan beliau pengecut dan hanya berani berkokok di luar gelanggang.

Beberapa hujah politik yang diberikan Anwar tidak cuba dijawab oleh Najib. Kelemahan dalam sistem pilihan raya, skandal-skandal yang berlaku yang masih membelit kepala orang ramai tidak dihurai dengan tuntas. Masalah sosial dialami anak-anak muda, masalah pengganguran, keruntuhan moral, ataupun isu dihadapi pegawai kerajaan yang tertekan dengan beban kerja kerana pertukaran sistem dan polisi tidak dibangkit. Najib lebih bernafsu menghentam dan mengkritik Anwar dengan mempersoalkan Islam liberal atau pluralisme di dalam agama yang beliau sendiri tidak begitu mengarifinya.

Sebagai pemimpin Najib jangan hanya tahu menyebut dan membaca teks ucapan penuh retorik atau istilah-istilah yang terkandung dalam teks, tetapi juga perlu memahami apa yang hendak disampai dan diluar teks itu sendiri.

Ucapan Najib juga tadi tidak menyentuh perasaan dan menggetarkan jiwa. Saya sebagai orang Melayu tidak pun berdiri bulu roma apabila beliau menjerit histeria membangkitkan soal kepentingan Melayu, soal ancaman ke atas Melayu kalau Umno tidak lagi menjadi kerajaan. Mengenai hal ini beliau harus menghurai secara fakta dan persejarahan (historika) menegnai nasib malang negara dan Melayu sekiranya ia telah terlepas dari tanbgan Umno.

Najib sepatutnya menjawab persoalan, bahwa negara ini hak dan tanggungjawab rakyat semua kaum bukan hak sebuah parti bernama Umno. Apabila Najib meletakkan atau menegaskan hanya Umno yang mampu, ia menjelaskan betapa rasis dan asobiyahnya Najib dan kecuriagan kepada bangsa lain begitu tebal sekali. Sikap eksklusif Umno itu menjadikan bangsa lain akan menjauhinya.

Ringkasnnya bukan saja Melayu tidak terpanggil dengan ucapan Najib itu tetapi orang bukan Melayu juga semakin meragui Najib bertapa keikhlasan apa yang dinyatakan dalam ucapannya boleh dipertikaikan. Apa lagi dengan tawaran keadilan dan sikap liberal Pekatan Rakyat menjadikan orang bukan Melayu merasakan mereka sudah ada alternatif untuk pembentukan kerajaan akan datang.

Demikian juga huraian-huraian dan penjajaan Najib mengenai dapatan dan ujuran ekonomi negara di masa akan datang tidak lebih dari sihir dan gula-gula saja. Najib boleh bercakap di hadapan mereka yang cetek ilmu ekonomi dan jahil dengan situasi semasa, tetapi tidak di depan anak muda yang kritis dan berilmu. Manakala orang kampung yang mudah akur dengan orang bernama pemimpin bercakap pula tidak pun memahami mengenai apa itu pendapatan kasar (KDNK) negara itu dan juga percambahan ekonomi yang mampan. Mereka akan mengukur dengan apa yang ada di dapur mereka saja, misalnya kalau gula naik, bawang naik, sabun naik harganya bagi mereka itu menandakan negara makin parah.

Ucapan Najib bukan saja tidak membawa gagasan dan idea serta kejutan baru tetap gagal menjawab beberapa persoalan penting di dalam kepala rakyat umum ini yang sudah bersiap sedia melakukan perubahan. Yang terpenting bagi Najib dan ahli Umno semua sedar bahawa semangat untuk menumbangkan kerajaan UBN kini tinggi, melebihi dari ketinggian penghormat kepada Najib sebagai anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri.

Najib tidak boleh berpuas hati dengan kemilau masa lampau bapaknya tetapi dia perlu mengeluarkan sinar dari liang roma perjuangannya sendiri. Najib harus menjadi kelip-kelip yang mengeluarkan neonnya sendiri bukan seperti siput membalikkan cahaya bulan yang tertimpa di atas cengkerangnya ke dalam gelap malam.  

Orang juga sudah sedar bahawa kata-kata dan dakwaan hanya Umno saja yang layak dan mampu memimpin negara sementara kalau parti lain memerintah negara akan porak peranda adalah mitos bersifat kurafah dan bidaah semata-mata. Doktrin agama seperti itu tidak  mampu lagi menjamin kelangsungan sokongan membuta tuli orang Melayu kepada Umno.


mso

Photobucket

Najib dan Hishamuddin sedang di 'balun' dan dimalukan?

on





Punah. itulah kata-kata yang sedang berlegar di setiap warung dan coffee house sekarang apabila dua isu besar terpapar dimedia altenative berhubung isu Bekas Ketua Polis Negara dan Seorang ahli perniagaan terkaya di Malaysia.

Isu yang didedahkan oleh Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berhubung penglibatan beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan. Heboh sekarang kerana dikaitkan juga dengan Kes Pembuhunan Altantuya.

Manakala bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassa pula semasa bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya, mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. pernah memberi arahan terus kepada pegawai-pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.

Oleh itu, katanya, beliau memberitahu Hishammuddin mengenai Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967, yang menyatakan bahawa arahan dan kawalan pihak polis adalah oleh IGP dan bukannya menteri.


Perkara ini tentunya akan memberi kesan perbincangan terhadap pasukan polis dan Perdana Menteri kerana pendedahan ini berlaku dimana pengikut UMNO sedang berhimpun di PWTC yang tentunya akan berbincang isu2 yang berkaitan dengan negara dan pemimpin.

Sesuai dengan Persidangan Agong UMNO, bolehlah dilihat apakah ada diantara perwakilan UMNO sanggup bertanya kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri terhadap isu yang disabitkan terhadap mereka.

Apakah kenyataan Deepak dan Musa Hassan itu adalah fitnah dan sengaja diadakan semata-mata untuk memalu dan mengaibkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO diwaktu UMNO sedang bersidang. Tidak berjaya Persidangan UMNO kali ini sekiranya isu yang dikaitkan dengan pemimpin besarnya tidak diperjelaskan kepada rakyat jelata.

Biasanya persidangan Agung UMNO berjalan dalam keadaan tulus dan ikhlas, walaupun nampak terarah kepada membodek pemimpin tapi pemimpin juga ditegur dan ditanya sekiranya ada isu-isu yang boleh menjejaskan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Apakah Musa Hassan dan Deepak, sengaja mahu bercakap tanpa bukti. Atau ramai lagi dikalangan pemimpin UMNO sedang bergembira dibelakang Musa Hassan dan Deepak apabila isu ini didedahkan semasa perwakilan UMNO diseluruh Malaysia sedang berhimpun. Apakah perlu satu siasatan dilakukan terhadap tuduhan tersebut kerana ia melibatkan intergriti Kerajaan dan diri orang yang dituduh.

Kini perwakilan UMNO yang ramai, dihidangkan dengan dua isu yang cukup mengemparkan, isu ini bukan main-main, ianya perlu jawapan dan penjelasan oleh dua orang sepupu itu. 

Dalam UMNO semuanya mungkin.


yang ku dengar dan lihat

Photobucket

UMNO Hanya Bersatu Semasa Menyanyikan Lagu UMNO

on






Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.

Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.

TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.

Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.

Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahaja lah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan berbegar-gegar Presidennya itu.

Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.

UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.

Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.

UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.

Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah ditentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil daripada perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.

Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa-apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu.





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List