Permaisuri Siti Aishah Saman Uncleseekers............???

on Dec 3, 2010


Uncle Seekers & bapanya di saman oleh Bekas Permaisuri Agongkas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullaereka sebarang maklumat mengenai plaintif.


Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.









Fitnah: Nampak sangat kerajaan takut......???

on


PAS mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bimbang penyelewengan kerajaan BN akan terbongkar sehingga beliau mengingatkan pemimpin pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara supaya tidak terjebak dengan fitnah yang ditabur oleh media yang menyokong pembangkang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Muhyiddin bercakap seolah-olah kerajaan pada hari ini tidak ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap media pembangkang jika ada unsur fitnah.
Tambahnya, banyak akta yang ada di Malaysia, seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Pertubuhan, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti Kolej, Akta Keselamatan Dalam Negeri yang boleh bertindak.
Menurutnya, nampak sangat kerajaan BN pada hari ini takut dengan bayang-bayang.
“Muhyiddin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewengan Umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui.
“Siapa tidak tahu Malaysia negara rasuah. Siapa tidak tahu Malaysia mempunyai khazanah negara yang banyak tetapi dibolot oleh pemimpin sehingga rakyat derita,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Rakyat, katanya akan dapat tahu lebih banyak setelah kerajaan BN tumbang nanti, sebagai mana yang telah diselongkarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini.
Tambahnya, Timbalan Presiden Umno itu buat-buat lupa, pada hal media Umno yang melemparkan fitnah kepada pemimpin Pakatan Rakyat seperti memfitnah Datuk Seri Nizar Jamaludin derhaka kepada Sultan Perak, memutarkan berita bacaan doa kepada Lim Guan Eng dalam khutbah, wang untuk warga emas yang beragama Islam difitnah daripada wang judi.
Baginya, Muhyiddin hanya membuang masa bercakap kepada orang yang cerdik di kalangan pelajar.
“Mereka ini dengar, masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Pelajar bukan orang yang bodoh, mereka golongan terpelajar. Segala tuduhan, pelajar tidak telan bulat-bulat, dan mereka tidak rela untuk diperbodohkan oleh pemimpin Umno,” katanya.
Mereka, katanya pergi mendengar kerana dipaksa rela, bukan suka rela manakala Muhyiddin boleh berleter apa sahaja yang beliau mahu.
“Apabila pelajar balik membuka internet untuk menyaring apa yang didengar tadi. Inilah untungnya zaman multimedia, dunia tanpa sempadan,” ujarnya.
Tetapi, ujarnya lagi pada zaman langit terbuka ini menjadi mimpi ngeri kepada pemimpin Umno, kerana dalam sekelip mata segala fitnah yang mereka lemparkan kepada pembangkang akan mendapat jawapan sebenarnya.

PRESIDEN PAS JANGAN SEKADAR BERCAKAP AJE........???

on

Datuk Seri Abdul Hadi Awang :-   Johor, N Sembilan, Melaka diramal Pakatan Akan Tawan..... ???


pas muktamar 130610 abdul hadi awangPAS dan Pakatan Rakyat mungkin menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka serta beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang, lapor Harakahdaily.

Portal berita rasmi parti itu memetik kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual khas di parlimen baru-baru ini.

“Tidak ada suatu yang mustahil dalam dunia ini dan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya,” katanya.

Menurut Hadi, tidak mustahil bagi Pakatan Rakyat menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun ia tidak mudah kerana mereka terpaksa bertanding di padang yang tidak sama rata.

“Media massa dan jentera kerajaan dikuasai oleh parti pemerintah. Namun jika dilipatgandakan usaha dan kekuatan jentera, kita mampu mendapat kemenangan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa BN mungkin menawan kembali dua atau tiga negeri Pakatan Rakyat.

"Jika beliau katakan mungkin, kita juga hendak katakan mungkin juga PAS dan Pakatan akan kuasai Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Hari ini PAS sudah mempunyai dua ADUN di Johor, dan sokongan rakyat juga bertambah, petanda-petanda perubahan juga sudah dilihat," ulas Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Ketika mengulas kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi baru-baru ini, Mahathir berkata ia satu isyarat perubahan kepada BN dan mereka mungkin tawan dua atau tiga negeri Pakatan.

Namun bagi Hadi, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan isyarat sokongan rakyat kepada BN sudah beralih, sebaliknya merupakan isyarat kepada Pakatan supaya mengemaskini jentera dan memperbaiki kelemahan.

Menurut beliau, tidak dinafikan ada kelemahan di pihak PAS dan Pakatan yang perlu diperbaiki.

Teka-teki tarikh pilihan raya awal.........???

on

Usia Parlimen yang bermula selepas pilihan raya umum, Mac 2008, belum pun genap tiga tahun, atau lebih tepat 36 bulan. Tempoh Parlimen yang baru bermula daripada tarikh sidang pertama dijalankan, iaitu pada penghujung April 2008.
Ini bermakna kita ada lima bulan lagi sebelum genap tiga tahun usia Parlimen. Selalunya pilihan raya diadakan, paling awal pun, hanya selepas tempoh 36 bulan itu


 Sewaktu Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman menerajui kerajaan, Parlimen dibubarkan apabila mandat kerajaan hampir berakhir. Bagaimanapun, selepas Dr Mahathir mengambil alih pemerintahan, tempoh Parlimen hanya sekitar empat tahun sahaja.
Berdepan suasana politik yang begitu gawat dalam era reformasi, selepas memecat dan mengaibkan Anwar Ibrahim pada September 1998, Mahathir menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen ketika usia kerajaan hanya tiga tahun lima bulan.

Penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi dilihat tidak begitu terdesak untuk mengadakan pilihan raya awal selepas menang besar pada 2004, apatah lagi kedudukan ekonomi negara tidak memihak kepadanya, manakala isu kenaikan harga minyak menjadi bualan ramai dan menimbulkan keresahan umum, namun beliau terpaksa memilih Mac 2008,antaranya, bagi menghalang Anwar bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 itu.

Meskipun Abdullah terpaksa berundur lebih awal sebagai perdana menteri dan presiden Umno, ekoran prestasi buruk BN dalam pilihan raya berkenaan, beliau tetap diingati sebagai negawaran yang bersedia memberikan tempoh berkempen yang lebih lama, iaitu 13 hari. Minggu pertama kempen dilihat begitu suram tetapi kembali panas dan mendebarkan beberapa hari sebelum pengundian.

Dalam beberapa pilihan raya umum sebelum itu, tempohnya tidak pernah melebihi sepuluh hari, malah ada yang sesingkat lapan hari, sekadar mencukupi tempoh minimum tujuh hari. Selain mencatatkan tempoh berkempen paling pendek, Dr Mahathir juga pernah mengadakan pilihan raya umum semasa musim haji! Kita mengharapkan tempoh kempen nanti boleh dilanjutkan sehingga 21 hari.

(Sebagai pengamal media dan "membesar" bersama Harakah, saya sentiasa mengenang satu lagi "sumbangan" Abdullah, iaitu mengembalikan penerbitan Harakah kepada dua kali seminggu, berbanding Dr Mahathir yang mencantas lidah rasmi PAS itu kepada kekerapan hanya dua kali sebulan, selepas dikejutkan dengan keputusan pilihan raya umum,November 1999).

Tarikh pilihan raya sentiasa menjadi senjata buat pemerintah mengaut keuntungan politik semaksimum mungkin. Memang keputusan muktamad berada di tangan Agong, namun jarang kehendak Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tidak dilayan.

Bagaimanapun pilihan raya umum ke-12 mengajar kita bahawa mood pengundi kini sukar diramal, tidak sepertimana sebelum ini yang agak mudah ditelah atau dibaca.Kebijaksanaan rakyat menggunakan hak memilih kerajaan baru melalui peti undi agak luar biasa. Agensi perisik profesional, apatah lagi peramal amatur, pun boleh dikelirukan.

Najib memang ada kelebihan sebagai perdana menteri baru, mungkin mengulangi faktor sama yang ada pada Abdullah pada pilihan raya 2004. Begitu pun, suasana enam tahun lalu sudah jauh berbeza dengan apa yang dihadapi Najib sekarang. Imej Abdullah begitu menyerlah ketika itu. Tempoh lima bulan selepas menggantikan Mahathir dihiasidengan pelbagai slogan muluk dan tindakan kosmetik yang mengkagumkan!
Sewaktu mengetuai kempen BN dalam pilihan raya umum ke-11, Abdullah belum terpalit dengan dakwaan amalan kronisme dan pilih kasih, sehingga timbul istilah "4K" dan penguasaan "Tingkat 4" ke atasnya. Mahathir juga mungkin tidak terfikir untuk melancarkan serangan terbuka terhadap Abdullah. Nama Khairy Jamaluddin, Kalimullah Hassan atau Patrick Lim (lebih dikenali sebagai Patrick Badawi) belum cukup popular untuk menghakis sokongan pengundi kepada BN.

Apakah imej Najib kini sebaik Abdullah di awal pemerintahannya dahulu? Bagi saya, tidak. Laluan Najib tetap sukar. Selama 20 bulan menjadi PM, beliau sudah terpalit dengan pelbagai cerita negatif. Usah melihat siri pilihan raya kecil di Galas dan Hulu Selangor sahaja. Imbangi juga dengan kegagalan BN mempertahankan kerusi di Kuala Terengganu dan Sibu.

Menarik sekali ingatan Dr Koh Tsu Koon kepada pemimpin BN terhadap kemenangan berganda baru-baru ini: "Seperti kata pepatah, kehadiran dua ekor burung pipit bukan bererti musim bunga sudah tiba. Ini kerana mungkin haiwan terbabit berada di situ disebabkan terselamat daripada cuaca dingin musim sejuk yang masih lagi belum berakhir."

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu mungkin tidak begitu menarik imiginasi pengundi lagi, tetapi bagaimana dengan kes rasuah berkaitan pembelian senjata, misalnya? Lebih jauh daripada itu, amalan politik Umno-BN yang bersebati dengan korupsi tetap terasa hanyir. Beberapa pendekatan barunya seperti konsep 1-Malaysia mungkin bertujuan menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu, namun sikap perkauman Umno juga semakin terserlah.

Tidak kurang juga yang mengkritik slogan baru Najib yang dilihat belum sempat difahami dengan baik oleh rakyat. Kontrak kerajaan masih diagihkan secara rundingan terus kepada elit penguasa dan suku-sakat mereka, walaupun dilaungkan ia dibuat secara tender terbuka.

Paling menonjol, isu yang mengheret Abdullah kecundang lebih awal, iaitu faktor "penasihatnya" yang tamak dan sombong turut melumurkan kesan negatif buat wajah Najib. Bedanya, tiada "Khairy atau Kalimullah" yang menonjol dalam pemerintahan Najib tetapi rakyat muak dengan karenah dan "kelaku" isterinya, Rosmah Mansor. Ketamakan "Wanita Pertama" itu lebih menjolok mata dan menjengkelkan.

Najib mengakui selepas melakukan transformasi ekonomi dan sistem dalam kerajaan, tumpuannya menjurus kepada penambaikan politik. Siri jelajahnya ke seluruh negara sebagai Presiden Umno akan bermula. Ada pihak menjangkakan tumpuan diberikan kepada negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, terutama Kedah dan Selangor. Mungkin Kelantan dan Pulau Pinang agak sukar direbut dalam pilihan raya akan datang.

Apabila isu banjir terburuk di Kedah dipolitikkan sebegitu rupa, sehingga menimbulkan kemarahan Menteri Besarnya, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang selama ini jarang menuturkan sesuatu yang menyakitkan pemimpin kerajaan Pusat, maka ia mendedahkan tembelang Umno yang begitu gelojoh mencari jalan pintas walaupun dengan taktik kotor. Begitu juga dengan serangan bertubi-tubi di Selangor.

Elok juga diuar-uarkan kemungkinan pilihan raya lebih awal. Pakatan Rakyat harus meneliti persiapan dan ketahanan diri. Usah pandang mudah isu-isu dalaman yang dipamerkan media. Rakyat kini mahu memilih kerajaan yang lebih kredibil, bukan lagi menyokong pembangkang yang kuat. Jangan biarkan "jentera BN" memesongkan persepsi mereka.

Apa pun harus diingat, laluan Pakatan ke Putrajaya masih berliku sekiranya tiada lonjakan sokongan pengundi baru ataupun masyarakat Melayu desa terhadapnya. Saya tidak begitu bimbang pengundi Cina beralih angin mengulangi teori pendulum, namun "simpanan tetap" BN di Sabah dan Sarawak belum ada tanda-tanda akan terusik. Lebih merisaukan adalah dengan kecenderungan masyarakat India.

Namun segalanya masih boleh diubah dan dipengaruhi, kan?

Ahmad Lutfi Othman


Duit Bertimbun Timbun... Simpan Bini Orang Apa Hal........???

on






Dalam 2-3 minggu yang lepas, gua serta Blogger Edyesdotcom dan Baginda Reformasi terserempak dengan suami perempuan simpanan mamat yang bergaji RM5.1juta setahun.

Kami bertiga terkedu beb.... mendengar luahan perasaan si suami nih, memang gilerrrr.... babi punya cerita, bini orang pun mamat gaji lumayan tu nak sapu. Tengok muka macam baik2 jer... tapi kaki betina.

Perghhh... dah la kaya raya... perangai pulak...????
Kalau dah jadi kroni umnoapco tu... semua jadi beb..., dah kena maki kow-kow dengan suami perempuan tu kat depan panggung wayang KLCC depan khalayak umum pun masih tak serik2, memang jenis orang berpangkat tinggi2 nih... jenis tampal kulit babi 14 inci kot....

Yang bestnya bini mamat ini... bukan saja di gunakan oleh Boss nombor satu jer... Boss syarikat kroni dia di Pusat Bandar Damansara pun pakai juga... masih tak sedar diri anak dah mati eksiden merempit setelah beberapa bulan dia kena tangkap khalwat di langkawi... kot nak insaf... haraaaaammmmmm.... dasar duit banyak tak tau nak buat apa.... itulah perangainya...

Segala bukti rakaman dan bergambar ada, semua dokumen lengkap... tunggu masa nak di letupkan jer...., tapi sekarang ni tak boleh lagi... sebagai menghormati mahkamah sebab kes diorang dalam perbicaraan dalam mahkamah syariah Kuala Lumpur..

Tungguuuuuu......

5hb Disember - Ahad ni jom turun beramai bantah kenaikan harga air Selangor di Masjid Negara. Buat apa nak bela CEO Syabas NI....

Aku Ciplak Dari :- 

NAIK HARGA..... JANGAN TAK NAIK....... HANCUSSSS........???

on

Harga petrol RON95 akan meningkat sebanyak 5 sen mulai tengah malam ini menjadikan harga baru bahan api itu kepada RM1.90 seliter.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir ketika mengesahkan perkara ini  berkata, kenaikan itu bertujuan mengelakkan jurang harga besar antara RON95 dan RON97.“Keputusan kenaikan harga petrol RON95 sebelum ini RM1.85 seliter dibuat ekoran kenaikan harga minyak di pasaran dunia,” katanya.


Harga petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter bermula pada 1 Disember lalu yang mengekalkan harga RON95 pada RM1.85 seliter.

Kenaikan kedua-dua harga RON95 dan RON97 yang dibuat kerajaan itu berdasarkan pelarasan subsidi petrol dan mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.
Kerajaan pada 1 November lalu menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter namun masih mengekalkan subsidi petrol RON95.

Mstar

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi




Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
azlanSemua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini
 turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas.
Senarai harga baru adalah seperti berikut:

* Petrol RON 95 - RM1.85 kepada RM1.90 seliter

Diesel - RM1.75 kepada RM1.80 seliter

Gula pasir - RM1.90 kepada RM2.10 sekilogram

Gas LPG - RM1.85 kepada RM1.90 sekilogram

malaysiakini

Anwar dijangka digantung tanpa peluang bela diri.......???

on

azlanKetua Pembangkang Datuk SeriAnwar Ibrahim dipercayai akan digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat berhubung pendedahan beliau bahawa kerajaan Umno-BN mengupah syarikat pelobi pro-Israel antarabangsa Apco Worldwide.

Pada sidang akhbar petang ini, ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berkata jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen bersidang hari ini tanpa agenda khusus.

Katanya, pada mesyuarat itu sepucuk surat dari APCO, bertarikh 19 Ogos dikemukakan.

"Tiba-tiba ahli parlimen Muar, MP Razali Ibrahim menggerakan usul supaya perkara itu didengar hari ini dan usul itu disokong oleh ahli parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Fong Chan Onn," katanya.

"Turut hadir adalah ahli parlimen (Subang Jaya) R Sivarasa dan kami membuat protes. Saya persoalkan mengapa tergesa-gesa dan jawapan Razali adalah mengapa tidak?” katanya.

Berikutan itu, Karpal berkata beliau dan Sivarasa meninggalkan mesyuarat berkenaan.

"Mesyuarat itu berlangsung tanpa kehadiran kami sebagai tanda protes,” katanya.

Menurut Karpal dan Sivarasa, mereka tidak tahu perkembangan mesyuarat berkenaan.

Sivarasa berkata mereka akan menunggu keputusan mesyuarat itu sebelum bertindak.

Tindakan melampau

Anwar yang turut hadir pada sidang akhbar ini berkata tindakan itu sesuatu yang melampau, memeranjatkan dan tidak seharusnya dibiarkan berterusan.

"Apabila saya dirujuk ke jawatankuasa itu, Speaker berjanji perbicaraan adil dengan segala dokumen dibenatngkan dan saya akan dibenarkan membela diri dengan fakta-fakta,” katanya.

"Namun, sekarang, ini tidak dilakukan. Ini adalah ketidak-adilan dan satu titik hitam dalam sejarah parlimen kita dan di antara Kesatuan Inter-Parlimen,” katanya.

Jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipertanggungjawa membincangkan isu 1Malaysia dan 1Israel itu merangkumi Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, timbalannya, Datuk Ronald Kiandee dan Karpal Singh.

Ahli lain adalah Sivarasa, Nancy Shukri, Fong dan Razali.

Sebelum ini desas-desus bertiup kencang bahawa Anwar akan digantung selama enam bulan selepas beliau mendakwa tindakan Apco dalam mengubal slogan 1Malaysia yang dikaitkan dengan slogan 1Israel yang diguna pakai oleh rejim Zionis.

Pada ucapan di Dewan Rakyat, Anwar memberikan pelbagai contoh ketara untuk menunjukkan persamaan antara 1Malaysia dan 1Israel.

Pada 8 Jun lalu Anwar dipanggil oleh jawatankuasa tersebut berhubung dakwaan beliau bahawa konsep 1Malaysia yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebenarnya diceduk daripada slogan One Israel di bawah Perdana Menteri Ehud Barak pada 1991.

Kerajaan pimpinan Najib dilaporkan membayar lebih RM70 juta sebagai upah kepada Apco untuk khidmatnya selain memperbaharui kontrak syarikat itu.

Sesi parlimen baru dijadual bermula pada 7 Mac tahun depan.

ANWAR IBRAHIM SELALU SALAH FAKTA ATAU SELALU TIDAK BERCAKAP BENAR.........???

on




KUALA LUMPUR, 3 Dis - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) diselar di Dewan Rakyat semalam kerana memberi fakta tidak tepat mengenai peratusan kemasukan pelajar ke sekolah menengah yang didakwanya jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain. 

Terkilan dengan kenyataan Anwar itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, berdasarkan data terkini, sejumlah 91.5 peratus pelajarsekolah rendah di negara ini masuk ke sekolah menengah tahun lepas sedangkan angka yang dinyatakan oleh Anwar adalah 69.1 peratus. "Saya terkilan apabila Malaysia dikatakan jauh lebih rendah dari Filipina, Sri Lanka dan sebagainya. Itu tidak betul," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011 di peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu. 

Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), semasa perbahasan rang undang-undang itu telah memetik Laporan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) 2010, dengan menyatakan hanya 69.1 peratus pelajardi Malaysia berjaya mendaftar masuk ke sekolah menengah, lebih rendah berbanding di Indonesia (75.8 pertus), Filipina (81.4 peratus), Brunei(96.7 peratus), China (74 peratus), Turki (82.1 peratus), Arab Saudi(94.6 peratus) dan Sri Lanka (87 peratus). Menjelas lanjut, Wee berkata jumlah 91.5 peratus itu belum lagi mengambil kira faktor pelajar yang meneruskan pelajaran ke sekolah-sekolah Cina persendirian yang berjumlah 11,808 orang pada tahun lepas.

 "Ia juga belum mengambil kira kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara di bawah kementerian lain yang berjumlah 5,545 orang dan sebahagian lagi pelajar yang masuk ke sekolah antarabangsa ataupun sekolah swasta selain yang mengikut keluarga dan melanjutkan pelajaran di luar negara termasuk Singapura. "Ini satu hakikat...jadi saya nafikan kenyataan Anwar itu kerana fakta yang diberikan tidak tepat," katanya.


[Terkadang, rakyat harus akui ada sesetengah kenyataan yang dibuat oleh pemimpin mereka bercanggah dengan hakikat sebenarnya. Ia bukan sahaja berlaku kepada pemimpin kerajaan, malahan pembangkang sendiri termasuk Anwar. Dalam hal ini, memang telah banyak kali Ketua Umum PKR itu tersalah fakta atau "terlebiht fakta" untuk mengelirukan ahli PKR dan rakyat. 

Misalnya, dalam pertemuannya dengan PKR Pahang baru-baru ini ternyata banyak fakta tidak benar telah disajikan. Antaranya Anwar mengatakan beliau turut turun membantu PAS di Pilihanraya Kecil DUN Galas, walhal hakikatnya tidak. Beliau juga mengatakan tidak campurtangan dengan pemilihan PKR, tidak menghubungi sesiapa agar menyokong calon-calon tertentu walhal semua itu ada berlaku malah ada calon yang diminta menarik diri untuk memberi laluan calon pilihannya. 

Begitu juga soal aduan ke Jawatankuasa Permilihan Pusat (JPP), yang mana Anwar mengatakan beliau bersetuju dengan kenyataan Saifuddin Nasution bahawa banyak kes aduan yang sudah selesai dan hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang belum diproses, walhal kes di Cabang Indera Mahkota (lokasi perjumpaan tersebut) sendiri statusnya masih diragui dan tidak selesai hingga ke hari ini. Malahan cabang itu antara yang terawal mengemukakan aduan kepada pihak JPP. Itulah hakikat yang sebenarnya].

 Aku Ciplak Dari :-  http://pahangdaily.blogspot.com

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List