Jentera Pekida Umno Beralih Arah

on Dec 28, 2011




Baru baru ini digemparkan sejumlah ahli PAS telah masuk UMNO dikawasan Penaga Kepala Batas. Hebat ..., sehingga Rezal Merican turun dan juak juak YB Dato Azahar ADUN UMNO Penaga rasa bangga sangat sangat. Ada yang selimut diri dengan bendera UMNO.

Pada 19.12.2011 yang lepas satu program penyerahan borang keahlian PAS telah diterima oleh Timb. Presiden PAS Tn. Hj. Mat Sabu di Dataran Pasar Malam Pekan Darat Tasek Gelugor dalam daerah DUN Telok Air Tawar dan Parlimen Tasik Gelugor. Apa yang hebat... borang tersebut diserahkan oleh orang kuat PEKIDA Tasik Gelugor beserta pengikut pengikut beliau. Beliau dikenali sebagai "Non Singa" berpangkat Paduka Ayahanda.

Habis sudah kekuatan UMNO dibelakang PEKIDA Tasik Gelugor. Mungkin ADUN Penaga YB Dato Azhar tak tau tentang pekara ini, penghijrahan orang kuat mereka kedalam PAS, lantas kemasukan segelintir ahli PAS yang ada kepentingan diPenaga itu diperbesarkan. Ini hanyalah publisiti murahan. Menang sorak di Penaga tapi kampung tergadai di Parlimen Tasik Gelugor.

Apa pun hingga saat ini penambahan kemasukkan ahli baru dari UMNO amat memberansangkan. Terima kasih UMNO kerana mengujudkan satu sistem pemerintahan yang korup dan penuh kezaliman. 


Photobucket

Jawa Timur bersiap sedia hadapi letusan 3 gunung berapi

on


 Peningkatan status amaran untuk Gunung Ijen daripada waspada kepada siaga iaitu amaran tahap ketiga oleh pihak berkuasa baru-baru ini serta aktiviti volkanik yang semakin meningkat di Gunung Semeru dan Gunung Bromo, telah membuat pihak pentadbiran negeri Jawa Timur membuat persiapan awal menghadapi bencana letusan ketiga-tiga gunung berapi itu.

Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jawa Timur telah bersiap siaga menghadapi bencana itu terutamanya bagi melindungi masyarakat yang tinggal di kawasan sekitar.

Wilayah Gunung Ijen meliputi kawasan Banyuwangi, Bondowoso dan Situbondo, wilayah Gunung Semeru meliputi Lumajang, Probolinggo dan Malang manakala wilayah Gunung Bromo meliputi Probolinggo, Pasuruan, dan Malang.

Ketua BPBD Jawa Timur, Siswanto berkata, perhatian masyarakat kini bertumpu kepada Gunung Ijen manakala semua daerah di sekitarnya telah mendirikan pusat siaga bencana seperti di daerah Situbondo, Bondowoso dan Banyuwangi sebagai persediaan bila Gunung Ijen meletus. 



BERNAMA


Photobucket

Najib & Ahmad Maslan sila pantau KP BTN

on


Beberapa bulan selepas dilantik sebagai ketua pak, salahsatu kata-kata yang paling hebat oleh kp agensi persekutuan ini katanya kalau sapa-sapa tak boleh bersama saya sila keluar, atau dikeluarkan. Inilah ugutan-ugutan yang dibuat oleh kp ini, menyebabkan pegawai2 dan staf2 yang berstatus kontrak goyang lutut kecuali mereka yg sewaktu dengannya. Selepas memecat Tkp dalam masa 24 jam, dan diganti pula oleh tkp beberapa jam selepas memecat Tkp lama, dia pula mengulangi ugutan-ugutan itu, katanya sapa-sapa tak boleh bersama kp baru keluarlah. Ugutan-ugutan ini hanya berhenti selepas mereka barangkali dipanggil oleh pihak tertinggi, ataupun selepas Yb Timbalan M membuang bising di lobi parlimen.

Agensi ini sangat gagal menaikkan semangat patriotik dan taat setia kepada kerajaan persekutuan, sebaliknya telah berjaya menyelematkan imej si peliwat tegar pujaan mereka. Bayangkan, seorang pensyarah di universiti dari Ibu kota dibayar dalam RM5,000 sebulan dengan harapan dapat memberi idea untuk menaikkan semangat cinta kepada negara, malangnya tahun ini, agensi ini sambutan hari kebangsaan pun tak ada aktiviti. Tak percaya sila layari Blog Kp ini http://www.btn.gov.my/blog/ sudah berbulan-bulan tak aktif. Lihatlah pula laman web agensi ini http://www.btn.gov.my/ , aktiviti bulan April hingga Disember 2011, setiap bulan hanyalah 3 atau 4 atau 5 aktiviti sahaje setiap bulan. Selebihnya beraktiviti di Kuala Nerus dan membawa puteri Tengganu naik flight free ke Kuala Lumpur dan membawa orang kampung naik berbas-bas free ke kem dekat klia sana. Kosnya kira sendirilah.

Eh sori sori, saya lari topik pulak, kp agensi ini satu-satunya agensi kerajaan persekutuan yang tak percaya video seks Anwar dengan China doll tu...ops yg kes liwat tu tak leh komen, nanti jadi menghina mahkamah. Anda tak percaya....betul tak percaya...pergilah tanya pegawai-pegawai mereka. Di KL dia bercakap tak percaya, di PUtarjaya dia kata tak percaya, dalam mesyuarat kita diberitahu dia marah pegawai-pegawai dia malah dia lawan pegawai-pegawai dia yang asyik percaya video seks anwar tu. Di Selatan, di timur, di mana-mana dia cakap kat pegawai-pegawai dia, dia tak percaya langsung video seks anwar tu...Macam mana ne Najib, pegawai u sendiri tak percaya.

Susah-susah sejak April hingga Disember dah lebih 10 pegawai terdiri dari TKP, Tk, Pengarah-pengarah, Penolong Pengarah dan kakitangan biasa telah meletak jawatan, mencari tempat baru dan khabarnya, Human Resorces menerima banyak lagi yang minta markah mereka, minta pengesahan itu ini, dengan tujuan nak keluar dari agensi yg dipimpin oleh para-para musang berbului ayam.Tapi Tkp biasalah, dia kawtim punya baik, dia buat report semua yg pindah-pindah tu sebab dapat tawaran menarik di tempat baru...husssh hampas, bukan sebab tu lah, sebab mereka berusahalah keluar cari tempat baru sebabb taka nak bersekngkol dengan para-para musang berbulu ayam..Ini belum lagi senatai-senarai penceramah yg telah digam dan diharamkan masuk kem, kecuali dgn kebenarn kp, dan Tkp yg arahkan kita dulu berdemo sokong Anwar...

Tak percaya, buatlah Sidang Akhbar suruh dia bercakap dan tanya dia percaya ker tak Video seks Anwar tu...Hmm maung dia nak menjawab. Paling tidak mulut dia bercakap sudahlah, cukuplah, kita crita benda lain. Tak percaya lagi, minta PapaGomo buat Seminar, tak payah buku-buka, Seminar Tertutop, bagi dia satu sesi, minta dia bercakap pasal AnwarIbrahim, pasal Video Seks Anwar Ibrahim...Nak tengok dia putih ke kelabu musang berbulu ayam.

Ok lah, kita stop di sini dulu. Next kita tunjuk bukti mcmana wang agensi ini disalur kepada pihak pembangkang!!! sabarrr. Bagi kami, semua ini untuk menyelamatkan PM Najib kita daripada menjadi seperti Gadafi dihancurkan oleh musang berbulu ayam...Itu aje...



cilok dari  sini
Photobucket

Razak Baginda sudah dekati Islam

on




KATA Tan Sri Abdullah Kok Lanas dalam tulisannya bahawa Dr. Abd Razak Baginda mengaku bahawa dia sedang mendekati politik Islam dan agama Islam. Alhamdulillah

Ia mengingatkan saya kepada Almarhum Tan Sri Nordin Saufee, pengasas dan pengarah ISIS yang pertama.Dalam satu majlis Hari Kemerdekaan Amerika, Tan Sri Nordin sengaja memberitahu saya bahawa dia sedang mempelajari dan mendalami Islam.

Suatu yang baik, penghargaan saya kepadanya.

Dia tidak sekadar menyampaikan maklumat itu saja, bahkan cuba meyakinkan saya bahawa dia beliau bersungguh mendekati Islam. Saya tidak tahu mengapa dia sampaikan perkara itu kepada saya dan adakah dia buat begitu juga dengan orang lain.

Saya gembira dengan perkembangannya itu. Tetapi saya tidak bertanya, siapa gurunya? Guru amat penting bagi setiap penuntut Islam. Mestilah guru itu ulama yang diakui masyarakat tentang ilmunya, ibadatnya dan muamalatnya. Bukan saja dia mesti berguru kepada tok guru yang betul tetapi ilmu yang dipelajarinya itu mesti diredai oleh tok guru itu.

Tidak sempurna mengajinya sekadar membuat penyelidikan dan kajian tanpa guru kerana mengaji tanpa guru sama seperti mengaji pada seteru Adam a.s.

Kalau guru itu sekadar ulama muda UMNO, ia seperti tidak mengaji.

Kalau orang bertanya, siapa pula saya? Guru saya ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang dan sekalian ulama PAS.

Maka kita boleh menghargai perkembangan Dr. Razak Baginda itu tanpa melupakan namanya telah dikaitkan dalam skandal seks dan pembunuhan Altantuya. Dia telah dibebaskan oleh mahkamah, tetapi mahkamah Malaysia adalah tidak berwibawa.

Apakah maklumat baru tentangnya akan dapat membebaskannya dari pembabitannya dengan pembelian kapal selam dan pesawat pejuang Sukoi dari Rusia dengan keuntungan sekitar setengah bilion dan hubungannya dengan kes Altantuya?

Jika dia bukan seorang Islam sebelum pembabitannya itu, apabila dia memeluk Islam maka dia adalah ibarat bayi yang baru lahir bebas dari sebarang dosa. Itu dari segi Islam tetapi dari sudut undang-undang dunia, entahlah. Apabila dia dibabitkan sebagai seorang Islam, maka pembabitan barunya dalam Islam tidak menjadikan dia sesuci bayi yang baru lahir.

Tetapi langkahnya mendalami ilmu Islam sebagai addin dan menghayatinya boleh membawanya menjadi seorang yang soleh dan dapat membersihkan dirinya dari sebarang keterlanjurannya. Syaratnya dia mesti melalui syarat taubat yang ditentukan oleh Islam yang sedang dipelajarinya itu.

Setiap orang Islam mesti mengalu-alu dan menggalakkannya untuk membuat kerja yang baik itu. Jangan pula ada prasangka kepadanya kerana dia sedang dan hendak membuat kerja yang baik.

Insya Allah ilmu Islam yang diperolehinya nanti dapat memberinya jalan yang betul bagi menyelesaikan segala masalah yang berlalu bagi menjalani hidup yang baru.

Cabarannya adalah besar. Dia mesti bersedia menjadi saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam dalam skandal besar yang ada sekarang. Tanpa ilmu Islam yang secukupnya tiada sesiapa sedia menjadi saksi yang jujur.

Razak Baginda dipercaya sudah berada di landasan yang betul, apabila dia mula mempelajari ilmu Islam termasuk politiknya.

Politik Islam yang paling releven sepanjang seabad lalu ialah yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau pula telah memahami segala yang disarankan oleh Jamaluddin Al-Afghani, Muhamad Abduh dan lain-lain. Razak kena dekati semua rangkaian gerakan Islam di seluruh dunia sekarang yang asas masing-masing bertolak dari Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Hassan al-Banna itu.

Mengkaji dan mempelajari saja tidak cukup tanpa menyertai dan melibatkan diri. Para orientalis juga mempelajari Islam dari guru-gurunya sendiri. Bila ilmunya tidak menjadikannya Islam, maka ilmu Islamnya menjadi mereka bertambah sesat. Sebelum orientalis mempelajari Islam, ia sudah sesat. Apabila ia menguasai ilmu Islam, ia bertambah sesat dan menyesatkan.

Justeru itu Dr. Razak cari jalan berguru dengan tokoh seperti Yusuf Qardawi dan sekutu-sekutunya yang ramai di England, di Mesir dan lain-lain.

Kalau balik ke Malaysia bagi mendalami politik Islam, Dr. Razak wajar berdamping dengan Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi. Mereka sendiri adalah sebahagian dari politik Islam kerana mereka terlibat secara langsang. Mereka tua dalam politik Islam.

Tetapi kalau berguru dengan ulama muda UMNO, politik Islak tidak mengiktraf mereka terlibat dalam politik Islam. Pertama mereka bukan pemimpin, bahkan pegawai penyelidik Islam. Mereka tidak dapat mentransformai Najib dan UMNO, tetapi mereka pula ditransformasi oleh Najib.

Saya boleh bersangka baik kepada Razak.


Subky Abd Latif


Photobucket

UMNO Daftarkan 500 Pelajar UiTM Sebagai Pengundi Parlimen Bukit Katil...?

on



Seramai 500 orang pelajar UiTM kampus Bandaraya Melaka telah ditukarkan alamat untuk daftar pemilih di Parlimen Bukit Katil dan setiap orang pelajar akan diberikan wang saku sebanyak RM300. Segala pertukaran alamat adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Mereka diberi pilihan sama ada mahu mendaftar ahli UMNO atau membuat pertukaran alamat mengundi.

Pertukaran alamat ini didalangi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ketua Menteri Melaka dan beberapa agensi lain yang terlibat. Buat masa ini 500 orang pelajar telah didaftarkan dan berkemungkinan lebih daripada itu. Ketua Menteri bimbang akan kedudukan Parlimen Bukit Katil yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan menjadikan mahasiswa UiTM sebagai "pengundi tambahan" mereka.

Sumber yang diterima adalah daripada beberapa orang yang berkhidmat dalam Jabatan Ketua Menteri dan juga ahli UMNO. Selain itu, pihak pengurusan UiTM juga terlibat sama dalam operasi secara senyap ini. Maklumat ini diterima daripada staf UiTM pro UMNO yang agak curiga dengan tindakan SPR yang mensasarkan golongan mahasiswa untuk ditukarkan alamat ke Parlimen Bukit Katil.

Pendaftaran pertukaran alamat ini dilakukan dalam satu program diluar kampus. Program itu telah dirancang awal dan ketika hari program, mahasiswa telah diberi pilihan untuk mendaftar sebagai ahli UMNO atau membuat petukaran alamat. Mahasiswa dibekalkan RM300 bagi setiap orang. Tindakan ini menunjukkan UMNO Bukit Katil sudah terdesak dengan bermain taktik kotor.

Seorang kakitangan SPR memberitahu bahawa kampus yang terdekat dengan Parlimen Bukit Katil akan didaftarkan untuk mahasiswa mengundi di Parlimen Bukit Katil. Mereka juga bergiat aktif mendaftar untuk menjadikan mahasiswa kampus sebagai pengundi tambahan mereka. Jumlah pertambahan mengundi dijangka meningkat selepas ini.

Pihak SPR bertindak demikian kerana mengetahui tempoh matang pertukaran alamat adalah selama 3 bulan untuk cukup tempoh matang namun mereka mempunyai "cara" tersendiri untuk mempercepatkan tempoh matang ini kerana pilihan raya akan diadakan pada Mac 2012.

Bagi Parlimen Alor Gajah pula iaitu di DUN Durian Tunggal, mereka akan menjadikan kampus di sekitar Alor Gajah untuk meningkatkan jumlah undi di Parlimen itu. Tindakan secara senyap ini cuba dimanipulasi bagi memenangkan UMNO/BN yang kian robek akibat ketirisan mereka dalam menguruskan sumber negeri.

Pihak kami akan mendedahkan satu persatu tindakan UMNO/BN, SPR dan pihak UiTM ini. Ikuti siri-siri panas di Melaka ini dengan artikel yang bakal menyusul. 

kijang 59



Photobucket

Hak semua rakyat dijamin oleh Perlembagaan

on







Mereka yang mempersoal Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebenarnya tidak faham dan tidak peka akan maksud yang tersirat. Oleh itu, mereka berani mempersoal dan membuat andaian yang boleh menimbulkan tindak balas negatif daripada pihak lain.

Apabila orang politik mengungkit-ungkit Perkara 153 maka berlakulah perdebatan dan tuduh-menuduh antara orang politik dan mereka yang mewakili badan-badan bukan kerajaan, tetapi apabila pemimpin agama  membangkitkannya, ia agak keterlaluan dan melampaui batas.  

Isu berkaitan agama,  iaitu semua agama,  cukup sensitif dan mesti ditangani dengan hemat dan cermat.

Oleh itu, pemimpin-pemimpin agama harus sedar dan berhati-hati sebelum membuka mulut mempersoal atau melempar tuduhan yang boleh menyentuh perasaan dan sensitiviti pihak lain. 

Perkara 153 sebenarnya melindungi dan memelihara bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, tetapi semua rakyat Malaysia. Inilah yang mesti difahami oleh ketua paderi yang membangkitkan kontroversi mengenainya. Jika dia tak faham dan tak erti maksud yang terkandung dalam perkara itu, duduk diam sajalah. Jangan usik sarang tebuan. Buruk padahnya! 

Perkara 153 (1) cukup jelas dan tidak seharusnya dipertikai oleh mana-mana pihak, politik mahupun agama. Iaitu:-

"Adalah menjadi tangungjawab Yang diPertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."

Yang diPertuan Agong sendiri diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk bukan sahaja memelihara dan melindungi   kepentingan orang Melayu/Bumiputera tetapi semua kaum yang merupakan rakyat Baginda di bumi Malaysia.

Kenapa perlu mempersoalkan Perkara 153 jika ia sudah jelas dan mudah difahami?

Kepada ketua paderi berkenaaan dan semua pemimpin agama, hati-hatilah sebelum membuka mulut. Mereka sepatutnya menumpu perhatian sepenuhnya kepada masalah sosial di kalangan pengikut atau penganut agama masing-masing. Banyak masalah yang dihadapi dan sedang meresapi masyarakat. Adalah menjadi tanggungjawab  mereka untuk menanganinya.

Setiap bidang  profesional termasuk kerohanian, ada tugas dan tanggungjawab masing-masing. Tumpukan kepada bidang yang diceburi atau yang menjadi kepakaran diri. Usah cerobohi bidang dan tugasan lain yang anda bukan pakar atau ahli. 

Ingat, hak semua rakyat dijamin oleh Perlembagaan. Usah persoalkannya.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List