Bajet Santa Claus?

on Oct 7, 2011

http://www.glogster.com/media/5/23/13/19/23131940.jpg



Najib dikatakan akan membentangkan bajet 2012 pada 7hb Oktober (hari ini )yang akan menjadi satu bajet pilihanraya. Ramai berpendapat bajet kali ini adalah bajet ‘santa claus’ dan akan memberikan hadiah yang berbentuk tunai kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam.

Banyak lagi hadiah untuk petani-petani seperti pemberian baja percuma dan lain-lain bentuk ‘pembelian’ undi yang akan dibuang rakyat dalam pilihanraya yang tidak berapa lama lagi.


Buat pemulaannya Najib telah memberikan ‘hadiah’ kepada seratus orang ketua kampong untuk menunaikan ibadah haji dengan tanggungan 1MDB dan beliau sendiri memberikan sumbangan sebanyak RM1000 kepada bakal-bakal jemaah haji tersebut. Bergembiralah seratus orang ketua kampong ini kerana dapat menunaikan fardhu haji secara percuma.

Kalaulah saya seorang ketua kampong sekarang ini peluang untuk mendapatkan hadiah istimewa itu mungkin saya dapati dan tentu sekarang saya sedang sibuk membuat persiapan untuk melangkah ke tanah suci itu. Agaknya jika Dato Ariff Sabri seorang ketua kampong di Pekan mungkin Ariff juga dapat peluang untuk menunaikan ibadah haji percuma itu.

Saya berharap Najib tidak menyisihkan 17,000 orang ketua kampong serta pengerusi JKKK seluruh negara untuk mendapatkan ‘naik haji percuma’ ini. Selepas ini tentu dikampong-kampong akan berlaku perebutan untuk menjadi ketua kampong untuk menunggu peluang ke tanah suci secara percuma dari 1MDB itu. Berpecah lagi masyarakat di kampong untuk meerebut jawatan ketua kampong serta pengerusi JKKK pula.

Bagaimana pula ahli-ahli jawatankuasa JKKK? Bukankah mereka juga merupakan orang-orang penting dalam menjaga kemajuan dan keselamatan kampong masing-masing? Mampukan kerajaan menaja semua orang ke tanah suci?

Selain dari itu banyak pihak telah mengandaikan yang semua rakyat akan mendapat imbuhan secara tunai mengikut saiz isi keluarga. Ada yang mengatakan yang Najib akan memberikan RM 3000 sekeluarga dan ada yang berkata RM 1500 bagi satu keluarga.

Petani-petani pula akan mendapat baja percuma dan sebagainya. Tidak tahu pula berapa kampit seorang yang akan di terima mereka dan tentulah ianya tidak akan dapat ‘hadiah’ ini berterusan.

Semua ‘hadiah-hadiah’ ini hanya diberikan semasa musim pilihanraya sahaja. Manakan mampu kerajaan untuk terus menerus memberikan subsidi sebegini sampai bila-bila. Jumlah segala gula-gula ini sebenarnya kecil jumlah billionnya kerana jumlahnya lebih kecil dari jumlah wang rakyat yang disonglap oleh pemimpin-pemimpin kita melalui projek-proek kerajaan yang dilaksanan secara runding terus dan pemberian kembali ‘hadiah’ secara ini hanya melibatkan jumlah yang terlalu kecil kerana pemberian seperti ini hanya berlaku sekali dalam tempuh 5 tahun penggal pilihanraya itu.

Jika benar pemberian secara ini dilakukan tentulah tidak lari dari andaian yang pimpinan kita melakukan penyelesaian dengan membeli undi dengan wang ringgit sahaja. Bagi pemikiran seperti ini mereka menganggapkan yang rakyat akan memberikan sokongan kepada kerajaan apabila menerima subsidi sementara ini.

Sesungguhnya rakyat lebih memerlukan sebuah kerajaan yang bersih dan boleh diyakini untuk menjaga nasib negara dan bangsa-bangsa di dalamnya hidup di dalam sebuah negara yang bersih dan aman.

Jumlah seribu dua yang mereka dapat itu boleh mereka dapatkan melalui usaha sendiri yang mampu dilakukan jika kerajaan itu bersih dari isu rasuah dan salah guna kuasa. Pemberian cara ini bolehlah memberikan kelegaan sedikit kepada rakyat sebulan dua, tetapi sampai bila sebuah kerajaan itu boleh kekal jika rakyat hanya disogokan dengan tunai seribu dua dalam pilihanraya sahaja?.

Sekampit dua baja yang diberikan kepada petani-petani tidak mungkin boleh menjamin petani-petani kita untuk hidup sempurna selama-lamanya. Cara memberikan imbuhan tunai ini tidak akan membantu negara kerana wang rakyat tadi tidak terurus secara optima dan baik dan akan berlaku ketirisan dimana-mana.

Elakan kita dari memberi ikan kepada rakyat tetapi lebih baik diberikan pancing dan umpan untuk mereka memancing sendiri. Sampai bila kerajaan hendak memberikan ikan itu. Najib perlu ingat yang wang yang diberikan secara salah ini merupakan wang yang di cukai dari semua rakyat. Rakyat memerhatikan perilaku kita sentiasa. Rakyat akan marah jika Najib berbangga memberikan subsidi sementara ini dengan membelanjakan berbillion wang mereka yang mengisi kantung perbendaharaan kita.

Janganlah dipergunakan wang rakyat untuk kepentingan politik kepartian dan peribadi semasa pilihanraya kerana itu menyakitkan hati orang yang membayar cukai itu. Mungkin PM tidak tahu berapa ribu rakyat yang di hadapkan ke Mahkamah kerana tidak mampu membayar cukai pendapatan dan tentulah mereka terpaksa bersusuh payah untuk mencari jalan untuk melunaskan pembayaran cukai kepada jabatan cukai negara.

Setelah bersusah payah membayar cukai tentulah mereka akan merasa benci kepada pemimpin-pemimpin kita yang senang-senang menggunakan wang mereka untuk kepentingan politik kepartian

Rakyat tahu parti mana pun yang mentadbir negara jabatan yang mengutip cukai itu adalah jabatan yang sama. Pegawai pegawai jabatan kerajaan tahu yang mereka menyumbang dan berkhidmat kepada ‘government of the day’, tidak kiralah jika UMNO atau PAS yang memerintah.

Jika Najib memaparkan bajet ‘santa claus’ maka rakyat hanyalah mendapat seperti ‘ang pow’ yang hanya diperolehi semasa hari natal setiap tahun. Tetapi ‘santa claus‘ ini hanya membahagi-bahagikan duit raya hanya lima tahun sekali. Jika setiap rakyat mendapat ‘ang pow’ RM 1000 dalam pilihanraya ini maka jika dinilai rakyat hanya mendapat RM1000 dibahagikan dengan 5 tahun, maka rakyat dapat RM200 sahaja setahun untuk menyerahkan negara kepada mereka yang akan membinasakan negara. Pada penilaian pemimpin kita hanya bernilai RM250 sahaja setahun dan jika dibahagikan dengan 12 bulan kita dinilai hanya sebanyak RM21 sahaja sebulan atau 0.80 sen sehari.

Oleh itu rakyat kali ini akan memilih pihak mana yang boleh diharapkan untuk menjaga wang ringgit rakyat yang dimasukan kedalam kantung perbendaharaan kerajaan itu. Mungkin rakyat mahu mencuba pihak lain pula untuk menjaga harta benda negara kita. Jangan dibahaskan kredibiliti pihak lain kerana belum dicuba lagi, tetapi yang pasti kerajaan pada hari ini telah terbukti menjahanamkan harta benda rakyat tanpa henti-henti, serta segan dan silu.

sumber :- http://aspanaliasnet.blogspot.com




Photobucket

'Undilah' ada mesej bagus untuk masyarakat

on

NONE

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak keberatan jika video pengumuman khidmat pesanan awam 'Undilah' yang dikatakan mengandungi babak tidak disenangi ramai, ditarik balik.
    
"Bagi orang yang nak haramkan video itu kalau dia ada kuasa, dia haramkanlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
    
Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan.
        
Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Tengku Razaleigh berkata beliau secara peribadi berpendapat video itu mempunyai mesej yang bagus untuk masyarakat.    
    
"Saya diminta bagi kenyataan untuk seru rakyat mendaftar (sebagai pemilih)... terutama sekali banyak muda-mudi golongan Melayu tak daftar, tapi kaum Cina ramai, jadi saya tampil ke depan," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk siaran, dan yang sedemikian, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List