Marah Bonar Pak Aspan Dgn Anwar Sejak Akhir Akhir Ini.....? "Anwar jangan berselindung di sebalik telunjuk."

on Mar 27, 2014


My Photo

Anwar Ibrahin berkata di lobi Parlimen yang beliau akan mencari jalan bagi membawa isu yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes sodomi2 yang beliau anggap tidak adil ke Parlimen. Beliau juga akan membawa kes yang mensabitkan Karpal bersalah di Mahkamah Tinggi yang berkait dengan isu ‘sedition’ terhadap Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

Bagi Anwar apa sahaja penghakiman yang tidak memihak kepada beliau itu adalah penghakiman yang tidak adil. Tetapi semua penghakiman mahkamah yang memihak kepada beliau semuanya adil. Beliau belum lagi berhenti menuduh yang penghakiman oleh hakim-hakim di Mahkamah di Malaysia ini adalah penghakiman yang mengampu UMNO.

Tetapi begitu banyak agensi-agensi dan badan yang berada di pihak UMNO telah memihak kepada Pakatan Rakyat dan Anwar, tidak pula di sebut dan diakui sebagai satu tindakan penghakiman yang adil. Bagi Anwar mahkamah mesti mengikut telunjuk beliau dan memihak kepada kemahuan dan kehendak beliau sahaja. Jika tidak beliau akan bawa ke Parlimen dan ke jalanraya untuk mendesak dan menekan badan kehakiman untuk menjadi alat kepada kemahuan peribadi beliau.

Mahkamah hanya diakuinya sebagai adil jika ia tidak memihak kepada kepada pihak lawan beliau. Seluruh dunia menganggap tindakan terhadap Ketua Hakim Negara pada tahun 1988 dahulu adalah tindakan yang sungguh zalim dan tidak adil. Tetapi Anwar merupakan pemimpin yang telah bersama Dr Mahathir dan pimpinan UMNO baru semasa itu melakukan tindakan tidak adil terhadap badan kehakiman negara.

Mahathir pun tidak seteruk Anwar dalam bidasan beliau terhadap Tun Salleh Abas dan empat hakim Mahkamah Agung yang di pecat semasa itu dan tidak ada apa pun tindakan Anwar untuk memberikan simpati terhadap hukuman terhadap badan kehakiman semasa itu.

Anwar bukan tidak tahu yang tribunal yang di tubuhkan oleh Mahathir semasa itu dilakukan dalam tempuh sehari sahaja untuk memastikan yang Tun Salleh tidak sempat untuk mendengar rayuan beberapa ahli UMNO yang telah merayu ke Mahkamah Agung untuk menghidupkan UMNO asal itu. Semua orang tahu yang jika Tun Salleh sempat mendengar rayuan beberapa ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO itu, parti yang menyudahkan perjuangan kemerdekaan itu akan kembali sembuh dan hidup seperti biasa.

Anwar tidak selayaknya bercakap tentang ‘independence of judiciary’ itu kerana kepada mereka yang mengingati sejarah akan mengakui yang Anwar merupakan orang yang paling kuat menyokong Dr Mahathir untuk melenyapkan badan kehakiman sebagai badan bebas dan berintergriti. Anwar merupakan proponen besar dalam penghakisan badan kehakiman yang bebas itu.

Anwar boleh bercakap seperti sekarang ini jika semua manusia yang melihat kezaliman beliau bersama Dr Mahathir terhadap badan kehakiman semasa itu telah mati dan tidak seorang pun yang hidup lagi di dunia ini.

Isu sodomi terhadap Anwar ini juga telah membuatkan badan kehakiman masih dituduh sebagai agen UMNO walaupun badan itu telah banyak membuat penghakiman yang adil termasuk memihak kepada Pakatan Rakyat dalam banyak isu saman menyaman diantara beliau dan Pakatan Rakyat terhadap agensi-agensi berkepentingan kerajaan seperti Utusan dan yang lain-lain.

Semua perlu bertanya kepada Karpal siapa yang menyediakan ‘Statutory declaration’ (SD) terhadap tindakan sodomi Anwar dahulu terhadap Azizan Abu Bakar. Jika Karpal jujur, beliau akan memberikan jawapan yang sejujurnya.

Jika begini sikap pemimpin ini, jika ada yang mahu dan mempunyai masa untuk melakukannya, elok diadakan forum-forum tentang isu sejarah yang masih baru jika disingkap dengan sebenarnya.

Anwar perlu menghentikan sikap bermuka-muka seolah-olah semua manusia dalam negara ini diperlakukan sebagai ‘disuruh pergi dipanggil datang’. Sikap memperlembukan pemikiran manusia terutamanya kepada yang masih muda ini amat tidak jujur sekali.

Buatlah apa sahaja untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri itu tetapi janganlah sampai memperbodohkan manusia lain. Bolehlah Anwar menyorokkan kesalahan dirinya tetapi janganlah menyorok disebalik telunjuk sendiri.

Anwar mesti berfikir yang tidak semua yang mendengar ucapan dan retorik beliau itu melopong mulutnya dan mengambil sahaja apa yang beliau perkatakan. UMNO sangat susah untuk mempertahankan tuduhan liar Anwar ini kerana mereka semua dalam kabinet dan Majlis Tertinggi parti itu semuanya mengikut Anwar mengampu Dr Mahathir membuta tuli semasa itu.

Masing-masing, baik Anwar dan mereka dalam Majlis Tertinggi semuanya satu kelompok pengampu Dr Mahathir semasa itu. Mereka semuanya sama sahaja. Mereka semua ini yang telah menyesatkan UMNO dan rakyat negara.

Photobucket

INI LAH SEBABNYA MAHATHIR NAK SEKAT INTERNET JIKA......

on



Jadi Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan jika beliau kembali sebagai perdana menteri, beliau akan menapis internet. Ia langsung tidak menghairankan.

Jika Dr Mahathir memerintah Malaysia pada zaman internet, beliau akan bertahan tidak lebih daripada satu penggal. Bercakap besar, kata-kata kosong, rasuah berleluasa, pelaksanaan songsang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan menelan beliau.

Mereka yang zalim, diktator dan sebagai, semua mahu kembali ke zaman pra-internet. Dan mereka menyembunyikan niat sebenar mereka dengan mengatakan internet merosakkan anak muda, blah blah blah.

Tetapi mengapa Dr Mahathir, yang menggalakkan pertumbuhan internet dan akses awam di Malaysia, dan juga berjanji untuk memastikan ia bebas, kini berubah fikiran?

Berikut adalah sebab sebenar mengapa beliau mahu menapis internet:

1) Supaya kerajaan dapat terus berkuasa dengan memperdaya rakyat Malaysia dengan cerita separuh benar dan pembohongan yang dicetak dan diterbitkan oleh abettors-in-chief: media arus perdana.

Banyak akhbar dan stesen televisyen yang dimiliki parti politik Barisan Nasional dan mereka memberi gambaran negara ini yang mempunyai sedikit persamaan dengan realiti.

Liputan kehilangan pesawat MH370 adalah contoh yang jelas. Di saat media seluruh dunia mendedahkan Malaysia dan asas utama yang buruk, media arus perdana memaparkan sebaliknya.

2) Supaya kerajaan dapat terus bersikap pilih kasih kepada ahli perniagaan yang mempunyai hubungan politik dan keluarga ahli politik.

Bolehkah kemelut Pusat Fidlot Nasional menjadi pengetahuan umum jika kita berada di zaman pra internet Malaysia? Pastinya tidak.

Editor akhbar akan memberitahu Putrajaya untuk menutup cerita itu. Dalam hal ini, The Star dan lain-lain tidak mempunyai pilihan tetapi memberi liputan kerana liputan yang dibuat oleh banyak portal dan blog.

Menapis internet akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk membuat kembali tawaran penswastaan berat sebelah seperti konsesi tol.

3) Supaya kerajaan dapat mengawal wacana penting isu-isu seperti pengharaman akhbar Katolik, Herald kerana menggunakan perkataan Allah.

Jika tidak kerana internet, rakyat Malaysia akan terus disuap dengan pembohongan Utusan Malaysia tentang terdapatnya konspirasi besar oleh orang Kristian untuk mengambil alih Malaysia; bagaimana Katolik mahu menggunakan kalimah Allah untuk memurtadkan umat Islam.

Rakyat Malaysia tidak akan mempunyai sisi cerita yang lain: penganut Katolik dan Kristian di Malaysia Timur menggunakan perkataan Allah lebih  100 tahun; terdapat beberapa penukaran berharga dan para ulama antarabangsa mengenai Islam tidak mempercayai  larangan kerajaan mengenai penggunaan Allah.

4) Supaya kelemahan dan ketidakcekapan menteri kabinet dan para pemimpin kerajaan lain boleh disembunyikan daripada orang awam.

Fikirkan orang-orang seperti Hasan Malek, Idris Jala, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahmad Zahid Hamidi.

5) Supaya ahli keluarga ahli politik boleh membeli barangan mewah seperti cincin berlian gergasi dan beg berjenama, membeli hartanah mahal di luar negara dan tiba-tiba menjadi sebahagian daripada ahli perniagaan paling kaya di Malaysia tanpa sebarang penelitian.

Adakah kita terfikir di mana golongan kaya ini mendapat wang mereka? Atau kereta sport dan hartanah mereka di seluruh dunia?

6) Supaya pembangkang tidak mempunyai tempat mengetengahkan propaganda dan berita mereka kepada rakyat. Internet menyamakan kedudukan dari segi akses media pembangkang dan mereka yang yang dahagakan berita tersebut.

Tanpa internet, pembangkang hanya mempunyai ceramah, artikel dan kenyataan difaks yang hanya beberapa pihak sahaja mempunyai akses kepadanya. Namun, dengan internet, ditambah dengan telefon mudah alih, menyebarkan maklumat adalah hak semua. – 26 Mac, 2014.


Ulasan The Malaysian Insider

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List