ADA MASALAH KE 2 CALON BN TU...........???

on Oct 25, 2010

Kah..kah...dah pilih calon pun, BN masih bergaduh. Baguslah..Parti berpaksikan duit, pasti akan bergaduh. Lepas ni bolehlah buat cah keting dengan singkirkan calon yang mereka tak suka. Boikot je dua-dua prk ni. Beri kemenangan percuma kepada PR
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketika penyokong BN yang mewakili 60.1 peratus pengundi Bumiputra Islam di Batu Sapi membuat bantahan secara terbuka terhadap BN kerana memilih calon bukan di kalangan mereka, penyokong Umno di Galas memprotes dalam diam pemilihan orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon di situ.
Di Sandakan, 500 ahli PBS dari bahagian Sekong membantah pencalonan Linda Tsen Thau Lin, balu Edmund Chong Ket Wah, bakas anggota Parlimen, sebagai calon BN di Batu Sapi.
Mereka datang dengan beberapa buah bas yang penuh dengan bendera dan banner mendesak agar calon di kalangan Bumiputra Islam dipilih sebagai calon. Ini kerana, Batu Sapi mempunyai 60.1 peratus pengundi di kalangan Bumiputra Islam.
Mereka mendakwa, mendiang Edmund tidak pernah memperdulikan mereka sejak dipilih sebagai wakil rakyat Batu Sapi pada tahun 2004 lalu.
"Bagaimana mungkin seorang perempuan pula mahu masuk ke kawasan kampung air kami kalau sebelum ini lelaki pun tidak menjenguh kami," kata salah seorang dari mereka yang membuat bantahan itu.
Terdapat 26,000 pengundi di Batu Sapi dengan pecahan pengundi Melayu 32 peratus, Cina 38 peratus India 0.5 peratus, Bumiputera Islam Sabah 26 peratus, Bumiputera Sarawak 0.5 peratus dan lain-lain 2.6 peratus.
Umno lawan Ku Li
Di Gua Musang, penentangan secara senyap mula berjalan di kalangan Umno Gua Musang yang semakin bimbang dengan beberapa tindakan penyokong Ku Li dari kalangan bekas Semangat 46 itu.
Bantahan ini dibuat ekoran pemilihan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof atau lebih dikenali dengan nama Aziz Limau (kerana berasal dari Limau Kasturi) sebagai calon BN.
Dalam pemilihan bahagian tahun lepas, bekas Ketua Bahagian Umno Saufi Deraman yang memberikan laluan kepada Ku Li untuk menjadi ketua bahagian selepas menyertai semula Umno, dikalahkan oleh orang kuat Ku Li dalam pertandingan merebut timbalan ketua bahagian.
Namun begitu, penyokong asal Umno ini kekal menguasai Wanita dan Pemuda Umno Bahagian. Ketua Wanita Umno bahagian, Datuk Wan Hazani Wan Yusof dan Bazlan Baharudin, Ketua Pemuda Umno Bahagian Gua Musang. Kedua-duanya penyokong Umno negeri dan pusat serta tidak bersama Ku Li.
Di samping kedua-duanya, ada 11 AJK Bahagian yang menjadi penyokong mereka. Pendek kata, terdapat garisan yang jelas dalam Umno Gua Musang antara penyokong Ku Li dan penyokong Umno.
"Kami nak Saufi Deraman bekas Adun kami bertanding sekali lagi. Lagipun dia yang bertungkus lumus berjuang untuk Umno sebelum ini ketika Ku Li memimpin Semangat 46. Tapi selepas Ku Li dipilih sebagai pengarah, orang dia juga jadi calon, " kata seorang ahli Umno yang ditemui di bandar Gua Musang.
Beliau merujuk tindakan Saufi, yang ketika itu menjadi ketua bahagian, memberikan laluan untuk Ku Li menjadi Ketua Umno bahagian Gua Musang apabila Ku Li kembali semula ke dalam Umno.
Pada asalnya, Saufi sebagai ketua bahagian dilantik sebagai timbalan ketua bahagian. Namun dalam mesyuarat agung yang lalu, orang Ku Li telah melawan beliau dan seterusnya mengalah Saufi untuk jawatan timbalan ketua bahagian.
Luka itu berdarah sejak pilihan raya umum 2008 lagi apabila Saufi menjadi satu-satu pemimpin Umno Gua Musang yang kalah dalam pilihan raya tersebut. Mereka syak Saufi ditikam dari belakang oleh penyokong Ku Li.
Saufi kalah kepada Chek Hashim Sulaima dari PAS. Che Hashim meninggal baru-baru ini menyebabkan pilihan raya kecil akan diadakan pada 4 November nanti.
"Kalau Saufi tidak diterimapun, Datuk Hazani kito atau Bazlan pun boleh jadi calon," kata pemimpin Umno berkenaan.
Dr Zul kalahkan Ku Li di Galas
Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, calon PAS, Dr Zulkefli Muhamad (gambar) mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah sebanyak 317 undi untuk Dun Galas dalam pertembungan mereka untuk merebut kerusi Parlimen Gua Musang.

Namun Ku Li memenangi kerusi itu selepas menang lebih besar di dua Dun lagi iaitu Paloh dan Nenggiri yang juga terletak di bawah Parlimen Gua Musang.
Menurut kajian sebuah badan bebas, pengaruh peribadi Ku Li hanya 30 peratus sahaja di Gua Musang. Selebihnya adalah sokongan daripada Umno. Jika Ku Li bukan calon dalam pilihan raya ini, bermakna pengaruh peribadi itu akan hilang.
Seramai 11,553 pemilih layak mengundi dalam pilihan raya ini dengan Melayu berjumlah 7,123 atau 61.67 peratus dari jumlah pemilih itu. Cina 2317 (20.06 peratus), Orang Asli 1,889 (16.35 peratus) manakala India 185 (1.6 peratus).

SEJARAH LAMA BERULANG..........???

on

Sekolah beli pokok 880% lebih mahal.......???



Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.

Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat dengan pembekal tempatan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama, laporan itu berkata, didapati kementerian tersebut boleh membeli pokok yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.

Sebagai contohnya, pokok kemboja dan pinang merah - bagi jumlah yang sama - masing-masing boleh dibeli dengan harga RM585 dan RM1,560.

Oleh itu, kata laporan tersebut, kementerian berkenaan telah membelanjakan antara 470 peratus hingga 880 peratus atau empat hingga lapan kali lebih mahal daripada harga pasaran.

Berdasarkan laporan tersebut, kementerian tersebut telah membayar RM37,450 bagi pokok-pokok tersebut, sedang ia sepatutnya dalam menjimatkan sekurang-kurangya RM31,000.

Pengimbas jutaan ringgit tersadai, kurang diguna......???

on



Jutaan ringgit dana rakyat dibazirkan oleh agensi kerajaan kerana sejumlah mesin pengimbas yang dibeli tidak digunakan sepenuhnya, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ini termasuk empat mesin pengimbas jenis Mobile Rapidscan MAX 3345 dan sebuah jenis Portal THSCAN HS 3000 yang dimiliki oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan ditempatkan di pejabat jabatan berkenaan di seluruh negara yang menelan belanja sebanyak RM 31.96 juta.

Semua mesin ini yang dibeli pada 2003 itu didapati langsung tidak digunakan atau tidak digunakan secara optimum oleh agensi kerajaan berkenaan sejak beberapa tahun lalu kerana kekurangan pegawai yang berpengalaman mengendalikannya atau disebabkan masalah teknikal.
Tiada justifikasi, beli tanpa kelulusan

Paling mengemparkan ialah pada 14 Januari tahun ini, Jabatan Kastam diberi kelulusan untuk melanjutkan tempoh kontrak perkhidmatan penyenggaraan secara rundingan terus selama dua tahun untuk pengimbas jenis Mobile Rapidscan Max 3345 di Kompleks Kargo, Tanjung Puteri sedangkan ia tidak beroperasi sejak 2006 dan dalam proses pelupusan.

Anggaran kos kontrak penyenggaraan bagi tujuh mesin pengimbas jenis Mobile Rapidscan Max 3345 di seluruh negara itu berjumlah RM4.55 million.

"Pihak Auditor tidak dapat menentukan justifikasi pelanjutan tempoh kontrak berkenaan memandangkan Jabatan Kastam sedang menunggu keputusan pelupusan / dalam proses menjalankan kajian kesesuaian penggunaan semua mesin pengimbas tersebut," laporan audit itu dipetik.


Pihak Auditor juga mendapati sejumlah RM1.17 juta dibayar untuk penyenggaraan mesin pengimbas yang tidak beroperasi.

Berhubung pengimbas Soter RS yang bernilai RM1.48 juta yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA yang dibeli pada Ogos 2008 untuk menangani penyeludupan dadah, Laporan Ketua Audit Negara mendapati pembelian dibuat tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

“(Pembelian tanpa kelulusan) dibuat berdasarkan keperluan mendesak bagi mengimbas kemasukan barangan bahaya seperti dadah yang berada pada tahap membimbangkan.”

Namun pengimbas itu tidak dapat digunakan sehingga Januari 2010 kerana pegawai Jabatan Kastam tidak mempunyai kepakaran bagi mengendalikannya.

Laporan itu juga mendedahkan sehingga 4 Februari tahun ini, pengimbas itu telah hanya digunakan untuk lapan kali. 

BN KENA PULAU KE......???

on

BN perlu siasat punca 'majlis Batu Sapi dipulau'




BN perlu mengenal-pasti mengapa sekumpulan penyokongnya memulaukan majlis parti itu ketika calon mereka - Datin Linda Tsen Thau Lin dikemukakan bagi bertanding di kerusi parlimen Batu Sapi pada pilihan raya kecil 4 November ini.


Naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebarang rungutan akar umbi perlu ditangani tetapi pada masa yang sama cuba tidak memperbesarkan tindakan sekumpulan penyokong bumiputera yang meninggalkan majlis berkenaan.



“Kali terakhir, mendiang Edmund (Chong) berada di sana sebagai calon juga, tetapi kita mesti kenal-pasti apa sebab mereka berbuat demikian,” katanya hari ini di sebuah majlis Tabika Kemas di Kg Gas, Batu Sapi.



Pemulauan besar-besaran itu dilakukan ketika pengerusi BN Sabah yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tsen sebagai calon.



Sebelum kejadian itu, kira-kira 50 penyokong bumiputera melancarkan protes di tempat meletak kereta di sebuah hotel, pengumuman itu dibuat. Sambil membawa sepanduk dan kain rentang, mereka mendesak, calon bumiputera diketengahkan pada pilihan raya kecil berkenaan.



Shafie, yang juga adalah ahli parlimen Semporna dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, mengakui tidak mudah memuaskan hati semua pihak tetyapi pada masa yang sama agak luar biasa bagi mereka memprotes.



“Mungkin ada rungutan di kalangan akar umbi, ia perkara lazim dalam politik. Kita tidak akan dapat (sokongan) 100 peratus tetapi kita mesti selesaikannya.



“... Saya yakin kita ada sokongan. Konsep perkongsian kuasa BN telah diamalkan dengan baik di Sabah, tidak seharusnya ada masalah.”



Beliau juga melahirkan keyakinanya bahawa BN akan mengekalkan kerusi berkenaan.



Semalam, balu Datuk Edmund Chong Ket Wah yang berusia 54 tahun itu dinamakan sebagai calon BN. Beliau adalah timbalan ketua Wanita PBS Elopura.



Pilihan raya kecil itu, diadakan berikutan kematian Chong dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober.



Penamaan calon bagi pilihan raya kecil ini akan diadakan Selasa ini dan pengundian pada 4 November.



Chong memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,708 undi, dengan menewaskan calon Bebas, Chung Ong Wing. Edward memperolehi 9,479 undi manakala Chung mendapat 5,771 undi.



Kerusi parlimen Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi yang terdiri daripada 24,047 biasa dan 1,535 undi pos - dengan 15,099 atau 59.02 peratus pengundi bumiputera-Muslim, 689 bukan bumiputera-Muslim (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan 57 lain-lain kaum (0.22 peratus).


http://www.malaysiakini.com/news/146347

YANG MAKSUM HANYA UMNO........???

on

Nik Aziz, Lim Kit Siang, Guan Eng, Zaid Ibrahim, Raja Petra semuanya bersalah. Yang maksum hanya UMNO




“Putrajaya mesti dipertahankan dengan cara apa-sekali pun” kata Najib dalam ucapan penggulungan beliau diperhimpunan Agong UMNO Sabtu lalu. Kata-kata ini membayangkan betapa jelasnya kepercayaan pimpinan kita sendiri bahawa pihak alternative berkemampuan untuk menganbil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan jika pilihanraya umum diadakan.

Buat kali pertama seorang PM membayangkan garis-garis pertahanan bagi UMNO untuk mengelak dari PR mengambil alih Putrajaya dengan mengingati orang ramai bahawa jika mana-mana pihak bercita-cita untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan mestilah mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.
Peringatan PM Najib telah membayangkan bahawa beliau mempercayai Raja_raja Melayu itu hanya bertanggungjawab untuk mempertahankan UMNO sahaja untuk memerintah meski pun pemimpin-pemimpinnya melakukan perkara yang tidak baik dan tidak bermoral misalnya. Lain-lain perkataan memberikan taarifan yang Raja-Raja Melayu mesti mempertahankan UMNO ‘at all cost’. Intepritasi ini amat mengelirukan. Seterusnya......


FAEKAH HENTAM KHAIRY...........???

on

Faekah Bidas Khairy: Isu Pasir Warisan Pentadbiran BN & Mana Monorel Di Rembau?



Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin hari ini membidas tuduhan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengaitkan pentadbiran Pakatan Rakyat berhubung isu kecurian pasir di negeri itu.

Menyifatkan kenyataan Khairy dalam ucapannya semasa Perhimpunan Agung Umno minggu lalu sebagai hilang punca,Faekah berkata kecurian pasir adalah isu yang diwarisi malah gagal ditangani sejak puluhan tahun lalu ketika Selangor ditadbir Barisan Nasional (BN).

Khairy dalam ucapannya 20 Oktober lalu mendakwa pentadbiran Selangor mengaku bertanggungjawab terhadap isu tersebut hanya selepas diasak melalui pendedahan oleh pihak Umno.

"Sudahlah mengaku hanya selepas kantoi, Kerajaan Pakatan di Selangor boleh dengan selamba meminta Kerajaan Pusat pula menyelesaikan masalah tersebut," kata Khairy.

Faekah bagaimanapun menempelak kenyataan Khairy itu denganmempersoalkan peruntukan Bajet 2011 yang diterima untuk program memperkasakan anak muda sebanyak RM200 juta berbanding RM111 juta yang diperuntukkan untuk Permata.

Malah beliau turut mempersoalkan janji Khairy kepada rakyat kawasannya dengan pembinaan monorel semasa pilihan raya umum lalu.

"Beliau sepatutnya lebih risau dengan Bajet 2011 yang baru dibentangkan yang jelas sekali menunjukkan Perdana Menteri gagal untuk melihat program memperkasakan anak muda sebagai keutamaan meskipun anak muda adalah aset penting negara.

"Peruntukan RM200 juta jika dibandingkan dengan RM111 juta kepada Permata sepatutnya cukup untuk menguja beliau membahaskannya di peringkat parti.

Janji Khairy kepada rakyat Rembau

"Malah, Khairy sepatutnya lebih menumpu untuk menunaikan janji pilihan raya beliau kepada rakyat Rembau iaitu membawa perkhidmatan monorel hingga ke depan pintu rumah mereka. Tiga tahun telah berlalu, jangankan monorel, cerita mengenainya kian menjadi dongeng jenaka," katanya.

Sementara itu, Faekah yang mempertahankan isu pasir berkata, penubuhan anak syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bertujuan bagi menguruskan industri pasir dengan sistematik, berkesan dan memberi keuntungan.

"Memandangkan matlamat sesebuah Kerajaan bukanlah untuk mendapat perniagaan yang menguntungkan maka kerajaan negeri telah menyalurkan keuntungan ini terus kepada program-program kebajikan yang dijalankan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), bantuan anak masuk universiti dan Tabung Anak Pekerja Ladang.

"Sepanjang 2009, KSSB mencatatkan jualan RM30 juta dan sehingga Jun tahun ini, jualan mencatatkan RM26 juta dan RM5 juta telah disalurkan untuk membiayai MES," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam soal Keselamatan dan Penguatkuasaan pula, beliau berkata penubuhan Jawatankuasa Pemantau yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud mampu menangkis tohmahan umum bahawa pegawai penguatkuasaan acapkali bersekongkol dengan penjenayah pencuri pasir.

"Bagi menunjukkan iltizam kita mewujudkan pentadbiran bersih dan telus, kita telah memeterai kefahaman bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan meminta SPRM membuka kaunter di KSSB dan menubuhkan jawatankuasa bersama KSSB dan SPRM.

"Kita juga sedang melaksanakan Integrity Pact di KSSB yang dipantau oleh Transperancy International," katanya. -FMT

Gunung Merapi Bakal Meletus Bila-bila Masa. Pelajar Malaysia Dipindahkan......???

on

Gunung merapi menunggu masa meletus, pelajar Malaysia dipindah ke kawasan selamat

JAKARTA - Kesemua 34 pelajar Malaysia di sebuah pesantren atau institusi agama di Secang, Magelang dipindahkan ke Solo hari ini sebagai langkah menghindarkan mereka daripada kesan debu Gunung Merapi, yang dijangka meletus bila-bila masa.

Pakar-pakar menjangka, letusan kali ini akan lebih besar daripada yang terakhir berlaku pada tahun 2006.

Pemindahan pelajar Malaysia terbabit dilakukan berikutan peningkatan status amaran oleh pihak berkuasa Indonesia ke tahap awas, iaitu status amaran tertinggi yang mengkehendaki semua penduduk di sekitar kaki gunung berapi paling aktif di dunia itu, berpindah ke kawasan selamat.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar berkata, setelah berada di Solo dan dipastikan keselamatan mereka, para pelajar terbabit bersama sekumpulan pelajar kedoktoran dari Universiti Negeri Surakarta (UNS) 11 Maret kemudiannya akan menyumbang khidmat sebagai sukarelawan membantu mangsa-mangsa bencana itu nanti.

Dr Junaidy berkata, para pelajar Pesantren Sirajul Mukhlasin itu merupakan pelajar persendirian dan keadaan mereka pada masa ini adalah selamat kerana kedudukan pesantren itu yang agak jauh dari Gunung Merapi.

Bagaimanapun, mereka tetap akan dipindahkan ke kawasan lebih selamat bagi menghindari bahaya kesan debu belerang gunung berapi itu selain memastikan mereka berada di kawasan yang mempunyai rangkaian perhubungan telefon secara terus menerus, katanya.

Dr Junaidy berkata, pelajar-pelajar Malaysia di Yogyakarta turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kesan bencana letusan Gunung Merapi itu serta untuk menjadi sukarelawan.

Status awas gunung, yang berada di perbatasan Provinsi Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY) dan Jawa Tengah itu diumumkan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kegunungapian (BPPTK) Yogyakarta pukul 6 pagi waktu tempatan hari ini.

Jumlah penduduk yang tinggal di kawasan rawan bencana itu dianggar berjumlah kira-kira 40,000 orang, yang tersebar di daerah Sleman (DIY), daerah Klaten, daerah Magelang dan daerah Boyolali (Jawa Tengah).

Peningkatan status Gunung Merapi itu dilakukan dengan berbagai pertimbangan, di antaranya peningkatan deformasi gunung yang telah mencapai 42 sentimeter setiap hari dengan gempa pelbagai fasa yang mencapai sekitar 500 kali.

Mengikut data yang direkodkan semalam, sehingga pukul 12 tengah hari, aktiviti seismik Gunung Merapi menunjukkan berlakunya 90 kali guguran bahan vulkanik, gempa pelbagai fasa (MP) 290 kali, gempa vulkanik dalam sebanyak tiga kali dan gempa vulkanik singkat sebanyak 36 kali.

Di daerah Sleman, pemindahan penduduk di kaki gunung itu dilakukan sejak pukul 7 pagi ini.

Pegawai Daerah Sleman Sri Purnomo meminta warganya untuk bersedia berpindah ke tempat yang selamat dan terus meningkatkan kewaspadaan.

Sementara itu, di Magelang, pihak berkuasa daerah memindahkan secara terhad warga di beberapa kawasan yang rawan terkena kesan letusan gunung berapi itu.

Dalam kejadian letusan Merapi yang terakhir pada pertengahan 2006, ia antara lain ditandai dengan semburan awan panas, luncuran lava pijar, dan hujan abu secara intensif.

Merapi tidak meletus seperti gunung berapi pada umumnya, namun berlaku letusan atau keluarnya magma dari perut gunung dengan cara meleleh turun sampai ke kakinya. 


GUNUNG MERAPI BAKAL MELETUS: PENDUDUK MULA DIPINDAHKAN

PULUHAN trak digunakan untuk memindahkan penduduk yang tinggal berdekatan Gunung Merapi, ekoran amaran tahap tertinggi dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia berhubung kemungkinan gunung itu akan meletus bila-bila masa sahaja.

Pemindahan pertama melibatkan 2,260 penduduk dari beberapa kawasan termasuk Sumberejo, Kaliurang Utara dan Kaliurang Selatan sedang dilaksanakan.

Pihak berkuasa meramalkan kawasan yang akan terlibat jika gunung itu meletus ialah sekitar empat kilometer persegi dari kawasan pergunungan itu. -singalutmetro

Liwat II: Laporan asal pemeriksaan gagal dikemuka ..........???

on




Kes perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersambung semula hari ini, dengan peguam bela, Karpal Singh menyoal-balas pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikejutkan dengan pendedahan seorang doktor pakar bedah am, bahawa wujud sebuah laporan pemeriksaan awal terhadap pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan tetapi laporan itu tidak dibentangkan di mahkamah.


Menurut Dr Razali (kiri) beliau pernah mengendalikan dua kes liwat sebelum kes ini tetapi ini kali pertama dia diminta hadir memberi keterangan.

Katanya, Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL untuk selama tiga jam dan sepanjang masa berkenaan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira hadir bersama.

Beliau berkata doktor yang bertugas mencatatkan sejarah perubatan Saiful dan ada pada satu ketika pegawai polis itu juga menceritakan apa yang berlaku.

Dr Razali Ibrahim juga mengesahkan bahawa doktor-doktor pakar yang memeriksa Saiful antara 28 Jun sehingga 13 Julai 2008 menyediakan laporan awal mengenai hasil pemeriksaan itu.
Disoal Karpal sama ada laporan itu diminta oleh pihak atasan, Dr Razali menjawab “ya”.


Beliau juga berkata laporan polis Saiful terdapat dalam fail berkenaan. Namun semua tiga doktor berkenaan masih belum melihat laporan itu, ketika mereka menyediakan laporan masing-masing.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zaibidin Mohamad Diah kemudian mengarahkan Dr Razali untuk mendapatkan laporan berkenaan.

Ketua pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden berkata beliau tidak tahu menahu mengenai laporan pemeriksaan awal terhadap Saiful yang dimaksudkan oleh Dr Razali.

“Ini kali pertama saya mendengar mengenainya,” beliau memberitahu mahkamah.
Karpal kemudian memohon laporan perubatan yang pertama yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan selepas mereka merawat Saiful pada 28 jun. Laporan itu disediakan sebelum laporan bertarikh 13 Julai yang ditenderkan kepada mahkamah.

Perbicaraan kes liwat ini kemudiannya ditangguhkan sehingga esok bagi membolehkan pihak pendakwaan mengesan laporan perubatan awal berkenaan.

Di luar mahkamah, Anwar mendakwa pihak pendakawaan menipu mengenai wujudnya laporan perubatan awal.

Seorang lagi, peguam Anwar, Sankara Nair berkata Mohd Saiful menjalani pemeriksaan awal pada 28 Jun dan satu laporan awal disiapkan tetapi tidak diketengahkan kepada mahkamah.

Apa yang dikemukakan oleh pendakwaraya adalah hanya laporan yang memuatkan hasil pemeriksaan oleh Dr Razali dan dua pakar lain iaitu Dr Khairul Nizam dan Dr Siew Sheue Feng yang dibuat pada 13 Julai.


“Pemeriksaan awal telah dijalankan pada 28 Jun dan kami pasti wujud nota-nota mengenai lalar belakang perubatan Saiful dan hasil wawancara dengan beliau, “ kata Sankara.

Sankara berkata laporan awal itu penting untuk membuat perbandingan mengenai maklumat yang terkandung dalam laporan perubatan yang dikemukakan kemudian kepada mahkamah.

Beliau menyifatkan maklumat tertentu dalam laporan perubatan yang dibentangkan di mahkamah agak terbatas, contohnya sejarah perubatan Saiful dinyatakan sepintas lalu menerusi dua perenggan.
Selain Dr Razali, dua lagi doktor yang akan disoal-balas adalah patologi forensik Dr Siew Sheue Feng dan pakar bedah Dr Khairul Nizam Hassan.
Dua pakar dari Australia - profesor yang mengkaji jenayah dan pakar forensik, Dr David Wells serta pakar DNA Dr Brian McDonald - juga hadir bagi membantu pasukan pembelaan di Mahkamah Tinggi hari ini.


Pada sesi terakhir 14 Oktober lalu, Dr Siew, saksi ketiga memberi keterangan bahawa pengadu utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan memaklumkan kepadanya bahawa dia diliwat oleh seorang individu berprofail tinggi tanpa menggunakan kondom.

Dr Siew juga berkata siasatan awal menunjukkan tiada tanda-tanda kecederaan di badan mahupun di kawasan dubur Saiful.

Katanya, sampel daripada empat calitan kapas menunjukkan kehadiran air mani. Calitan kapas itu diambil dari sekitar kawasan dubur iaitu bahagian atas, bawah dan juga peri-anal.

"Ini menunjukkan ada kesan tusukan zakar berikutan penemuan sampel air mani lelaki,” katanya.

Menjumpai Barang Yang Tercicir mengikut ISLAM

on

MUQADDIMAH

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia, apabila kita menjumpai barang yang bukan kepunyaan kita, kita akan mengambil tindakan seperti:

1. Mengambilnya untuk kegunaan kita sendiri dengan alasan tiada yang menuntutnya.

2. Memberi atau meletakkan barang tersebut di surau/masjid.

3. Menjadikan barang tersebut sebagai satu sedekah pada orang miskin.

4. Membiarkan barang tersebut tanpa sebarang tindakan dengan alasan bahawa ada orang lain yang akan mnguruskannya.
Mengambil barang yang bukan hak milik kita atau mensedekahkannya kepada satu pihak yang tertentu walaupun dengan niat yang baik, adalah satu perbuatan yang salah dari segi syariat, kecuali setelah mengambil langkah-langkah yang telah digariskan oleh syariat.

DEFINISI LUQATAH

Harta ataupun barang yang dihormati yang dijumpai di tempat yang bukan milik individu dan ianya tidak ada tanda-tanda di bawah jagaan sesiapa dan tidak diketahui siapakah yang berhak untuk barang tersebut.

PENSYARIATAN MENGAMBIL BARANG YANG TECICIR

Nabi S.A.W. bersabda apabila ditanya tentang barang yang tercicir:

اعرف وكاءها وعفاصها ثم عرفها سنة فإن لم تعرف فاستنفقها ولتكن وديعة عندك فإن جاء طالبها يوما من الدهر فأدها إليه

“Hendaklah kamu mengenal pasti pengikat bungkusan barang tersebut dan bekas barang tersebut, kemudian hendaklah kamu wawarkan selama setahun. Sekiranya kamu tidak menjumpai tuan barang tersebut, dan hendaklah kamu simpan dan pelihara dalam jagaan kamu, dan apabila datang pemilik barang tersebut, pada bila-bila masa, hendaklah kamu menyerahkan barang itu kepadanya.”

Hadis riwayat bukhari (2295) dan Muslim (1722)

HUKUM MENGAMBIL BARANG YANG TERCICIR

Ia mempunyai 5 hukum:

1. SUNAT:
Bagi orang yang mempunyai sifat amanah dan ditakuti ianya hilang jika dia tidak mengambilnya.

2. HARUS:
Sekiranya tidak ditakuti ianya hilang jika tidak mengambilnya.

3. WAJIB:
Sekiranya dia yakin, jika dibiarkan, barang itu pasti akan hilang.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT APABILA MENJUMPAI BARANG YANG HILANG

1. Sekiranya barang tersebut adalah barang yang remeh-temeh, iaitu yang mana manusia tidak kisah kehilangan barang tersebut, maka orang yang menjumpai boleh mengambilnya tanpa perlu mewarwarkannya atau mencari tuannya.

2. Sekiranya ia adalah barang yang bernilai, iaitu yang mana tuannya akan mencari barang tersebut, maka wajib orang yang menjumpai mewarwarkannya.

3. Maka, orang yang menjumpai barang itu tadi, hendaklah dia mengenal pasti sifat-sifat barang tersebut.

4. Orang yang menjumpai barang itu tadi hendaklah bertanya akan sifat-sifat barang itu kepada sesiapa yang mengaku sebagai tuan sebenar kepada barang tersebut.

5. Kalau si pendakwa itu menjawab dengan tepat, dan diyakini oleh orang yang menjumpainya bahawa dialah pemiliknya, maka serahkan kepadanya.

6. Sekiranya masih lagi berterusan, tidak ada yang mengaku, atau tidak diyakini pendakwa itu sebagai tuan yang sebenar, maka hendaklah orang yang menjumpainya mencari tuannya selama setahun. Tempoh masa setahun ini adalah bagi barang-barang yang sangat bernilai. Sekiranya barang itu tidak sangat bernilai, maka tempohnya tidak sampai setahun dan ianya mengikut nilai barang tersebut.

7. Tempat yang diwawarkan adalah tempat yang umum, tempat yang dihadiri oleh orang yang ramai (pasar, sekolah, perhentian-perhentian dan lain-lain).

8. Jikalau telah tamat tempoh pencarian tuan tersebut, maka dia boleh simpan sebagai harta amanah dan mengembalikan kepada tuannya sekiranya tuannya datang menuntut. Ataupun pilihan yang kedua, dia boleh memiliki barang tersebut dan membayar mengikut nilai barang tersebut sekiranya tuannya datang menuntut.

INI ADALAH PENJELASAN RINGKAS TENTANG TAJUK BARANG TERCICIR DALAM FEKAH MUAMALAT MAZHAB SYAFIE. IA PERLUKAN KEPADA PEMERINCIAN DAN PENERANGAN.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List