KENYATAAN MENJIJIKAN DARI SPR........???

on Oct 25, 2010

Galas: Pakatan hanya boleh diwakili lambang PAS

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menegaskan bahawa hanya lambang PAS dibenar untuk digunakan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Galas.

Timbalan setiausahanya, SPR Datuk Noordin Che Ngah berkata, langkah berkenaan bermakna lambang parti komponen Pakatan Rakyat yang lain tidak dibenar digunakan dalam tempoh kempen yang bermula esok.

Katanya, lambang parti Umno dan parti komponen BN yang lain sebaliknya boleh digunakan.

Jelasnya, kebenaran itu diberikan memandangkan lambang parti komponen BN itu diiktiraf oleh SPR.

Katanya, pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang dianggotai PDRM, SPR dan pihak berkuasa tempatan itu berhak untuk menurunkan lambang-lambang berkenaan sekiranya didapati digunakan dalam kempen bermula esok.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List