Showing posts with label SPR. Show all posts
Showing posts with label SPR. Show all posts

APA ITU BORANG 14....

on Apr 18, 2011

Memang garang orangnya, patutlah dia jadi panglima. Walau bagaimana pun kepada rakan rakan pkr di sini aku mohon maaf atas kegarangan anak buah bernama panglima 7, sebab almaklumlah, masa tarbiyah dulu pun ditarbiah secara garang.

Bagi anda yang tidak ada pengalaman dalam gelumang perjalanan piihan raya, maka angka 14 ini mungkin tidak membawa makna, atau kalau panglima 7 didharab 2, jadilah 14.

Yang perlu kita ketahui ialah gelumang proses demokrasi di negara kita Malaysia ini tidak tinggi tarafnya jika dibandingkan dengan kebanyakan negara Afrika. Kalau di Afrika, atau di mana mana negara yang tak ada standard mereka menipu untuk menang pilihan raya, Malaysia pun begitu juga. Kau baca ke tidak pasal gaduh dan perang di Ivory Coast, sebabnya ialah yang kalah, sebelumnya dia presiden, bila dah kalah tidak mau mengaku kalah. Kau ingat cerita di Zimbabwe, Mugabe terus mengekalkan kuasa sebab tipu, tipu dan tipu. Begitu juga dibanyak tempat lain. Yang kena ingat Malaysia tidak terkecuali.

Kau ingat ustaz Hashim Jasin diisytihar kalah pada mulanya, kemudian beliau mengunakan saluran mahkamah untuk mereversekan keputusan tersebut. Akhirnya mahkamah telah mengisytiharkan Ustaz Hashim Jasin pemenang sebenarnya. Apa sebabnya? Sebabnya ialah maklumat dalam borang 14 semasa proses pengiraan kertas undi telah ditipu keputusannya.

Apa itu borang 14? borang ini ialah borang keputusan pengiraan kertas undi disetiap saluran. Satu kawasan parlimen mungkin atas 4 DUN. Satu DUN mungkin ada 14 tempat mengundi, dan satu tempat mengundi atau polling station tu mungkin ada 4 saluran.

Bila tempoh pembuangan undi selesai, maka pegawai pilihanraya, atau returning officer akan memulakan proses mengira kertas undi. Untuk mengira ini, setiap parti yang bertanding dibenar hantar seorang counting agent. Biasanya, mula mula polling agen yang memantau perjalanan pembuangan undi bagi pihak parti nya, dan apabila sampai masa untuk mengira kertas undi, maka counting agen pula yang mengambil tempat. Kalau parti anda tidak punya cukup tenaga, orang itulah polling agen, dan orang itulah juga counting agen.

Bila pengiraan telah selesai, maka keputusan pengiraan tersebut akan dimasukkan dalam satu borang. Borang ini dinamakanborang 14. Katakan keputusan bagi saluran itu macam ni: BN 13, PAS 514, bebas 21. Maka keputusan ini diisi dalam borang 14, dan counting agen BN akan sign, counting agen PAS akan sign, counting agen Bebas akan sign, returning officer akan sign dan dia perlu cop mohor SPR pada borang tersebut.

Untuk sign tu, semua kena hadhir, lihat keputusan tersebut dan setuju dengan keputusan tersebut barulah turunkan tanda tangan.

Bila semua pihak telah tanda tangani borang 14 tu, satu salinan akan diberi kepada setiap counting agen bagi setiap parti yang bertanding. Counting agen ini pula perlu bawa salinan borang 14 ini ke tempat pengumpulan keputusan yang mana keputusan bagi setiap polling station akan dipamirkan dan dijumlah sehingga pemenang diketahui.

Yang jadi masalahnya ialah, apa yang anda perlu buat sekiranya dalam kes pengiraan yang saya contohkan di atas tadi: keputusan yang anda ketahui setelah sama sama mengira kertas undi adalah BN 13, PAS 514, bebas 21. Tetapi bila dipamirkan di pusat pengumpulan keputusan, ia jadi: BN 514, PAS 13, Bebas 21.

Mungkin anda menjerit, dan kata tiipuuu! dan anda protes. Untuk protes itu anda pun pergilah bertemu dengan ketua returning officer untuk pusat tersebut, maka pak ketua ni nanti tanya kembali kepada anda: minta borang 14.

Kalau sekiranya anda jenis bengap dan tidak tahu perjalanan gelumang pilihan raya, anda pun jawab borang 14 ke mende? mana ada borang 14. Kalau anda tidak ada borang tersebut, keputusan yang dipamirkan itu kekal dan hanya boleh dibatalkan oleh mahkamah, yang mungkin ambil 5 tahun untuk selesaikan hal itu sahaja.

Ini telah berlaku, akan berlaku lagi dan terus berlaku. Pengalaman saya dalamn gelumang ini, wakil BN pun tidak tahu apa itu borang 14. Tetapi ingat, mereka tidak perlu tahu, sebab semuanya ditanggung beres untuk mereka.

Jadi kalau satu polling station ada 4 saluran dan sebuah DUN itu ada 12 polling station, maka perlu ada 48 counting agen bagi DUN itu sahaja. Counting agen atau polling agen dibenar masuk ke tempat pembuangan undi mulai jam 08:00, dan biasanya pingiraan bermula selepas solat magrib, sekira kira 7:30 petang. Kalau parti anda hanya ada seorang petugas sahaja untuk saluran tersebut, mati keringlah dia bertugasdari 8:00 pagi  sampai 8:00 malam. Oleh itu biasanya dalam jentera PAS ada 3 orang yang bertugas bagi satu saluran, kerana bertugas secara syif. Polling agen yang terakhir masuk syif itulah juga counting agen.

Jadi, kalau satu saluran ada 3 petugas dan polling station itu ada 4 saluran, maka untuk tempat buang undi yang itu sahaja perlu ada 12 petugas. Kalau DUN itu ada 12 polling station, maka jumlah petugas ialah 12 x 12 = 144 orang. Kalau dalam kawasan parlimen ada 4 DUN, maka anda perlu 144 x 4 petugas untuk urusan polling dan counting sahaja.

Semasa saya membentuk jentera pilihanraya PAS di satu kawasan, saya gunakan 2 tahun untuk memahirkan jentera dengan perkara seperti ini.

Satu lagi perkara yang perlu diambil kira ialah counting agen ini hendaklah seorang yang gangster. Maksud gangster ini ialah dia sanggup berkeras hatta sampai bertumbuk atau bergaduh pun masih dia pertahankan keluhuran perjalanan pilihan raya. Contoh: kalau sekiranya returning officer enggan memberikan borang 14, maka counting agen ini mesti berkeras dan tidak berganjak sehingga borang 14 dikleuarkan, di sign dan di cop seperti yang disyaratkan. Dan jangan tinggalkan tempat pengiraan kertas undi tanpa membawa pulang borang 14.

Pengalaman saya ialah wakil parti yang berada dalam dewan tempat penjumlahan undi selalu dihalang daripada keluar semudahnya daripada dewan tersebut, atau wakil parti diluar dewan dihalang daripada memasuki dewan. tujuannya ialah supaya borang 14 ini tidak boleh disampaikan kepada wakil parti dalam dewan.

Oleh itu saya cadangkan bila counting agen telah dapat borang 14, ambil gambar borang tersebut menggunakan handphone dan hantar melalui sms ke wakil dalam dewan atau dekat dewan. Gambar tersebut  boleh diprint atau dirujuk sebagai bukti sekiranya timbul masalah. Perlu diingat jarak antara tempat membuang undi dengan tempat penjumlah mungkin puluhan km.

Jadi kalau sekiranya jentera pilihanraya itu disiapkan dalam masa 3 minggu, memang akan terjadi bila anda tanya kepada petugas anda: mana borang 14? dia jawab: amende borang 14 tu?

Pentingnya borang 14 tidak ketara kalau keputusan berpihak kepada satu satu parti dalam jumlah yang besar, tetapi ia akan menjadi senjata ampuh untuk menterbalikkan pilihan raykat supaya dengan cara tipu kemenangan menyebelah ke pihak tertentu apabila perbezaan sedikit.

Jadi, untuk serius masuk gelanggang pilihanraya anda perlu ada uang banyak untuk bayar semua petugas, atau latih petugas dalam jangka masa yang panjang.




Petanda Pilihanraya Semakin Hampir......???

on Feb 9, 2011

Petanda Pilihanraya Semakin Hampir, SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Bagi Suku Tahun Ke Empat 2010 Mulai Hari Ini Hingga 15 Feb 2011 Ini.


 




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2010 mulai hari ini hingga 15 Februari ini di 1,006 tempat pameran di seluruh negara. 

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Saidberkata pameran itu dibuat selaras dengan kehendak Peraturan 13(5A), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.Rang Daftar Pemilih itu akan dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri (15 tempat), Pejabat Pos Berkomputer (476 tempat), Kompleks/Pejabat Kerajaan (104 tempat), Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (156 tempat), Majlis Daerah/Perbandaran (51 tempat), Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (174 tempat) dan lain-lain tempat (30 tempat). 

Sabri berkata dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih Suku Tahun Keempat (Oktober hingga Disember) 2010, SPR menerima 292,444 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dan sebanyak 38,820 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar dengan suruhanjaya itu. 

"Mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi seorang pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 yang dipamerkan itu,” katanya. 

Sabri berkata mana-mana warganegara yang baru mendaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Keempat 2010 itu boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B. Pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam rang daftar pemilih itu pula boleh mengisi Borang C, katanya. 

Borang-borang tuntutan itu hendaklah diserah kepada Pendaftar iaitu Pengarah Pilihan Raya Negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh Rang Daftar Pemilih Tambahan itu dipamerkan, katanya. Beliau berkata nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih atas sebab telah meninggal dunia, lucut hak kewarganegaraan dan telah bersara daripada angkatan tentera atau polis, yang bermakna merekahilang kelayakan sebagai pengundi pos juga akan dipamerkan.

Semakan Awal Penting Untuk Hadapi Pilihanraya

Selain itu, sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 dan pilihan raya umum ke-13 akan datang, SPR menasihatkan pemilih berdaftar supaya membuat semakan maklumat pendaftaran mereka. Sabri berkata ini bertujuan memastikan pemilih-pemilih berkenaan didaftar di lokaliti yang betul dan bagi mengelak tohmahan atau dakwaan bahawa SPR memindahkan pemilih ataupun menukar lokaliti seseorang pemilih tanpa dipohon. 

"Sekiranya terdapat kesilapan penempatan lokaliti serta maklumat pendaftaran mereka, pemilih berdaftar perlu membuat aduan kepada SPR melalui sistem aduan SPR di www.spr.gov.my atau menulis surat atau datang sendiri ke mana-mana pejabat Pilihan Raya Negeri atau ke ibu pejabat SPR di Putrajaya. Jika keadaan itu berlaku menjelang sesuatu pilihan raya, SPR tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya,” kata Sabri.

 Bagi tujuan membersihkan Daftar Pemilih daripada nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia, SPR memohon kerjasama waris simati untuk melaporkan kematian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan JPN mengemaskini pangkalan datanya. "Tanpa memperoleh pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama-nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih,” katanya. 

Bagi pemilih berdaftar yang bertukar alamat tempat bermastautin pula digalak untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi berdekatan tempat kediaman masing-masing.

DOUBLE STANDARD SURUHANJAYA PILIHANRAYA........???

on Dec 24, 2010



PAS: Kita sedia kenal siapa SPR


KUALA LUMPUR, 24 Dis: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu.


Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.



Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.



"Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini.



"Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.



SPR hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Tenang, Johor pada 30 Januari tahun depan manakala penamaan calon pula pada 22 Januari.



Walaupun berdepan situasi itu, Nasharuddin mahu jentera PAS berkerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding kelak.



Kepada jentera yang sudah mula menjalankan tugas, beliau mahu semua tenaga kerja yang ada dimobilisasi pada tahap terbaik berdepan Umno BN.



"Bagi kita cuti ke tak cuti ke, kita tetap masuk dengan niat untuk menang dengan memberi tentangan sehebat mungkin kepada lawan kita, BN," katanya lagi.



Beliau juga optimis PAS berpotensi menang apabila pada pilihan raya umum lalu mereka dapat mengurangkan majoriti kepada 2,492 undi berbanding sebelumnya.



"Kejayaan mengurangkan majoriti pada PRU lalu akan menjadi perangsang kepada PAS untuk menambah satu lagi kerusi di Johor nanti," katanya.



Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PAS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu PRK Tenang termasuk soal pemilihan calon.

Harakahdaily

SPR guna taktik kotor nak bagi Kerajaan PR Kedah tewas PRU13 nanti.

on Dec 17, 2010




ALOR SETAR, 17 Dis: Setelah dua bulan aduan dan bantahan dikemukakan berkaitan pendaftaran pemilih baru yang didakwa berlaku penipuan di Kedah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi membisu tanpa sebarang tindakan.

Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mempertikaikan kredibiliti badan itu berkata pihaknya tidak menerima tindak balas daripada SPR atau dipanggil untuk soal siasat berhubung dakwaan (penipuan) tersebut.

"Bantahan dibuat secara rasmi pada bulan Oktober yang lalu namun pengadu tidak langsung dipanggil untuk siasatan," kata beliau.

Menurut Azizan, pihaknya mendapati pendaftaran pemilih baru di Kedah bagi suku ketiga yang telah dipamerkan pada 27 Oktober ada unsur penipuan iaitu di beberapa kem tentera yang membabitkan isteri-isteri anggota tentera.

Kata beliau, PAS Kedah mendapati wujudnya nama yang dipamerkan dalam daftar tersebut, menetap di tempat lain tetapi nama mereka didaftarkan dalam kem-kem tersebut sebagai pemilih baru.

Antara kem-kem tentera yang didakwa terlibat ialah Kem Gubir, Kem Bukit Kayu Hitam serta Kompeni Batalion 304 Askar Wataniah di Belantek.

Sebelum ini sikap SPR yang dibidas sebagai lemah dalam melaksanakan tugas mereka turut didedahkan oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar nama isteri-isteri tentera yang sebelum ini sebagai pemilih biasa telah didaftarkan sebagai pengundi pos.

Dalam kawasan Dewan Undangan Teluk Air Tawar penipuan ini turut didakwa berlaku oleh PAS Pulau Pinang apabila sebahagian besar isteri-isteri tentera secara tidak telus dan mengikut prosedur disenaraikan dalam daftar pemilih sebagai pengundi pos.

Tindakan meletakkan nama mereka yang tidak sepatutnya didaftarkan sebagai pengundi pos serta mendaftarkan mereka yang tidak tinggal dalam tempat yang didakwa membuktikan tidak efisiennya SPR.

Malah SPR yang disifatkan sebagai sebuah badan yang sepatutnya berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka juga didakwa tidak berpandukan prosedur yang telah digariskan oleh mereka sendiri.


SPR semakin berusia semakin kacau

on Nov 25, 2010

Misi SPR adalah mendukung system demokrasi berparlimen dan menjamin hak rakyat untuk memilih wakil mereka dengan mengurus, mengawal selia dan mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas. Manakala visinya pula dalah menjadi sebuah institusi demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat.


Baru-baru ini apabila ada aura-ura yang Najib Tun Razak mahu panggil pilihanraya awal maka pimpinan Pakatan Rakyat yang menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan mengeluarkan kenyataan dan pandangan bahawa tidak semestinya dewan-dewan negeri-negeri berkenaan turut akan dibubarkan.

Kini baru 2 tahun 8 bulan sejak pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008 lalu sedangkan satu penggal parlimen atau dewan negeri adalah 5 tahun. Bagi kerajaan negeri-negeri PR sudah pastilah tempoh 5 tahun itu perlu bagi mengikis segala saki-baki ketempangan dan kepincangan kerajaan yang terdahulu dan memperkenalkan pembaharuan baru demi membela nasib dan kebajikan rakyat serta membawa pembagunan kepada negeri-negeri yang dikuasai.

Isunya mengapa perlu kerajaan negeri-negeri ikut rentak dan tari Najib? Kalau Najib mahu uji kepercayaan rakyat terhadap beliau, biarlah beliau uji. Mengapa perlu negeri-negeri PR terbabit dalam ujian Najib itu sedangkan agenda kita lebih besar dan menjurus kepada kepentingan umum rakyat dan negeri.

Tiba-tiba Timbalan Pengerusi SPR yang misi dan visinya hebat di atas masuk campur, menyampuk dan member ulasan.
Kata Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR, hentikanlah cakap-cakap mahu mengadakan pilihanraya berasingan kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran dari segi tenaga dan wang rakyat. Inikah badan yang mahu menjadi sebuah institusi demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat? Isu yang diketengahkan adalah isu yang sewajarnya dibahaskan sesame orang politik, sejak bila SPR dibenarkan berpolitik sekali?

Kerja SPR adalah mengurus dan mengendalikan pilihanraya, kerja politik tinggalkan pada orang politik.

Sewajarnya Wan Ahmad kalau serius dan berani mahu beri nasihat, nasihatkanlah BN, jangan ghairah sangat mahu panggil pilihanraya awal. Ia rugi dan membazir. Mengapa pula pimpinan PR yang mahu mengelakkan kerugian dan pembaziran itu pula yang ditempelak?

Inilah wajah sebenar SPR yang terpaksa dihadapi oleh rakyat. Demokrasi bagi mereka adalah mengangguk dan mengiakan apa sahaja kata PM dan pmpinan pusat. Kita sangkakan setelah lebih 50 tahun Merdeka, SPR dengan misi dan visi yang agung di atas, akan berubah menjadi sebuah badan yang semakin menjunjung demokrasi, rupanya semakin lewat usianya, semakin kacau dan meracau ia.

http://n32.blogspot.com/

SPR Jangan Tunjukkan Sikap Berat Sebelah

on

BERKATALAH Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar (gambar) kalau pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) diadakan berasingan dengan pilihan raya Parlimen ia membazirkan wang rakyat. Beliau juga mengingatkan negeri-negeri yang hendak mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum terpaksa menanggung sendiri wang perbelanjaannya.


Wan Ahmad berkata demikian sebagai mengulas cadangan negeri-negeri di bawah pemerintah Pakatan Rakyat mungkin tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya umum. Mereka bercadang untuk mengadakan pilihan raya berasingan di peringkat negeri masing-masing. Mereka akan menggunakan kuasa mutlak mereka untuk berbuat begitu.

Kalau ini berlaku bermakna negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tidak akan membubarkan Dun masing-masing bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak Parlimen dan negeri-negeri di seluruh negara. Kita faham kenapa Pakatan Rakyat bercadang untuk berbuat demikian. Jawabnya, demi memastikan mereka terus berkuasa di negeri-negeri berkenaan.
Sebelum ini ada cakap-cakap dan cadangan kalangan pemimpim negeri Pakatan Rakyat untuk tidak sedia membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya diadakan berasingan. Bagi Pakatan Rakyat tindakan itu baik sekiranya dengan cara itu mereka dapat terus mengekalkan kuasa di negeri berkenaan. Tindakan itu tidak boleh dilihat sebagai menyusah atau membazirkan wang rakyat.

Tindakan tersebut mungkin anih tetapi ia tidak pelik malahan wajar. Sebagai parti yang menguasai negeri-negeri berkenaan menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan itu. Mereka akan melakukan apa saja selagi dihalalkan mengikut kitab dan peraturan demokrasi bagi memastikan negeri berkenaan dimiliki mereka.

Hal ini sama juga dengan pihak BN yang memegang kerajaan di beberapa negeri dan federal. BN akan menasihati Yang Diperetuan Agong membubarkan Parlimen bila mana mereka dalam keadaan selesa dan yakin menang. Selagi keadaan tidak memihak kepada mereka Parlimen tidak akan dibubarkan dan kemungkinan ia akan dibiarkan hingga tamat tempoh. Begitu juga kalau keadaan kondusif buat mereka Parlimen dan Dun dibubarkan walaupun tempoh tamatnya masih lambat lagi. Tindakan BN itu juga tidak salah dan wajar bagi menyelamatkan sisa-sisa kekuasaan mereka.

Pilihan raya berasingan itu membazirkan wang memang benar. Bukan saja pengasingan mengadakan pilihan raya tetapi beberapa kegiatan dan tindakan lain juga membazirkan wang. SPR boleh membendung mengenai pembaziran ini. Salah satu ialah menghadkan penggunaan poster dan juga bahan kempen dalam pilihan raya. Begitu juga menghadkan ruang media terutamanya tv untuk kempen parti kerajaan.

Penggunaan ruang media itu yang sepatutnya dimanfaatkan dengan segmen yang berkuliti telah disalah gunakan setiap kali menjelang pilihan raya. Ia menjadi alat kempen untuk BN. Apakah ini bukan satu pembaziran?

Anihnya juga bila setiap kali SPR membuat teguran dan kritikan ia ditujukan kepada parti Pakatan Rakyat sahaja. Semua masalah atau risiko bakal dihadapi rakyat diletak dan dicampakkan ke atas bahu oposisi? Apakah BN tidak penyumbang ke arah kemudaratan dan pembaziran itu? Rasanya orang-orang besar di SPR harus menukar kaca mata mereka daripada glass kepada kanta multi fokus.

Selalunya SPR tidak akan bercakap perkara yang sama kalau ia terkena kepada pihak BN. Seperti mana nasihat atau pandangan Wan Omar itu kenapa ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja. Kenapa beliau tidak cuba memberi pandangan dan teguran sama terhadap BN?

Misalnya mengenai pilihan raya di Sarawak dan Sabah yang diadakan berasingan dengan pilihan raya umum. Kejadian ini bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak beberapa penggal dulu. Apakah itu bukan pembaziran? Ataupun SPR menggunakan air laut untuk mengurus pilihan raya itu bukannya wang?
Begitu juga kali ini Dun Sarawak akan dibubarkan paling lewat pertengahan tahun depan. Kenapa beliau tidak mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan serentak dengan Dun Sarawak bagi diadakan pilihan raya serentak dan dengan itu menjimatkan wang? Apakah kerana Sarawak memiliki Ketua Menteri yang kaya dan dapat membiayai pilihan raya itu tanpa menggunakan wang kerajaan? Begitukah?


Bila Wan Ahmad hanya nampak segala masalah disebabkan Pakatan Rakyat, maka nyata beliau tidak berlaku adil dan saksama. Sebagai orang bertanggungjawab dan berkuasa ke atas badan bebas (SPR) beliau seharusnya bersikap profesional dan adil sepanjang masa. Kalaupun di lubuk hatinya ada rasa simpati kepada BN, tetapi janganlah pamerkan menerusi kedudukan kita selaku timbalan pengerusi, tetapi cakap atau sebut saja di jerung dapur di rumah. Biar anak beranak memahami dan mengetahui sikap buruk kita itu dan bukannya rakyat.

Pada saya bersikap tidak profesional, berat sebelah itu adalah sebahagian daripada pembaziran yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan.

http://msomelayu.blogspot.com

SPR & Rasuah

on Nov 17, 2010

Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) Bahagian Timur berpendapat  sasaran sifar rasuah dalam pilihan raya hendaklah dijadikan objektif utama di samping usaha berkesan digerakkan bagi mempastikan etika, keadilan dan kebebasan pilihan raya tercapai.
 
Pengarah Mafrel Bahagian Timur, Dr Abdul Halim Yusof berkata, ini kerana pilihan raya yang adil, bebas dan telus itu merupakan ‘jantung kepada demokrasi’.

Justeru, katanya semua pihak mestilah memainkan peranan bagi mempastikan objektif itu terlaksana.

Tambahnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah mewujudkan strategi lebih agresif dan berkesan dalam mencapai sifar rasuah.

Sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula, ujarnya hendaklah melaksanakan operasinya lebih terbuka di lapangan semasa pilihan raya supaya menjadi strategi bagi menutup pintu rasuah.

“Dalam masa sama, rakyat perlu dididik tentang maksud an bentuk rasuah yang boleh terjadi dalam pilihan raya.  Ini penting agar rakyat boleh menjauhinya, sementara  ‘peniup wisel’ pula mampu memainkan peranan dengan berkesan.

“Walau pun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.45 Galas pada 4 November lalu Mafrel tidak diberikan akreditasi oleh SPR dalam kerja pemantauan, namun Mafrel tidak berputus asa dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab sosialnya dengan meneruskan pemantauan perjalanan pilihan raya,” katanya.

Beliau turut mengulas betapa perlunya pendekatan baru dalam kempen pilihan raya termasuk ketidakwajaran kehadiran polis dalam jumlah yang ramai.

“ini kerana dalam konteks PRK N.45 Dun Galas, 88 peratus responden menyatakan tidak wujud pergaduhan atau keganasan, manakala selebihnya mengakui wujud sedikit pergaduhan tetapi tidak serius.

“Sementara 86 peratus tidak merasai apa-apa kebimbangan untuk keluar mengundi dan semua pihak perlu berusaha mengurangkan kos pilihan raya,” katanya.

Analisis dari Laporan Kajian Persepsi Penduduk Kawasan N.45 Dun Galas yang di sediakan Mafrel Kelantan juga menekankan aspek pengundian pada hari bekerja di mana ramai penduduk setempat tidak bersetuju. 

Ini, katanya kerana kemungkinan membebankan pengundi dari segi aspek pergerakan, masa, pekerjaan atau perniagaan mereka.

SPR OH SPR.....Timbang Guna Dacing Senget Ke........???

on Nov 3, 2010

Projek mee segera, menabur duit secara sembunyi dan terbuka sudah menjadi budaya Umno/BN setiap kali musim pilihanraya. Siap terpampang dalam surat khabar dan keluar dalam TV 'bantuan', 'derma', 'infaq' dan 'zakat' yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Pernah dengar komen atau ulasan dari SPR? Jawapannya tak ada!!! Ulama-ulama muda dalam Umno pula hanya mengangguk-angguk, harus barangkali.

Tetapi apabila Pas secara terbuka mengumumkan bahawa setiap pengundi di perantauan yang pulang mengundi akan diberi RM 250 tanpa mengira latar belakang politik dan parti yang akan dipangkah. Apa komen SPR? Sepantas kilat, SPR keluar kenyataan perbuatan tersebut bertentangan dengan akta pilihanraya.

Apa cerita tawaran dan rasuah yang cuba disogok oleh PM semasa PRK Sibu tak lama dahulu.?SPR masih tak cukup bukti? Kalau tak ada buktidownload je dalam you tube...Boleh jadi komputer SPR kena virus atau internet kena potong sebab tak bayar bil sebab tu SPR tak ada bukti dan maklumat.

Hari ini pula SPR sekali keluar fatwa tindakan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi zakat kepada penduduk orang asli yang memeluk Islam adalah salah dan bertentangan dengan akta pilihanraya, haram le tu!!

Inilah contoh kejahilan dan kebebalan apabila sudah menjadi kuda tunggangan Umno.Tetapi macam mana pula tindakan TPM beri 'zakat' kepada pengundi minggu lepas di Galas? Tak dengar pun komen SPR?

Umno kini sudah cukup tertekan dan terdesak untuk memenangi kerusi DUN Galas. Maka SPR dijadikan abdi dan kaldai tunggangan untuk memastikan kerusi DUN Galas dimenangi oleh mereka. Jadi tak hairanlah secara tiba-tiba SPR mendapat ilham untuk membawa undi orang asli yang belum dikira dengan menggunakan helikopter. 

Semua ini membuktikan SPR semakin senget sebelah, saya rasa inilah sebenarnya senjata yang bakal digunakan oleh Umno/BN untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. 


Yang ini SPR kata tak kira zakat ke apa ke, beri wang tetap dianggap sogokan.

Baca Link Ini :- Ini tak boleh ikut pandangan SPR

Dan Link Ini :- Yang ini kenapa SPR senyap je....

'Hilang layak undi awam' teramai di negeri Pakatan

on Nov 2, 2010

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak supaya menjelaskan persoalan yang berbangkit berhubung kumpulan pengundi 'hilang layak undi awam' yang berjumlah 18,493 orang dalam Rang Daftar Pemilih Suku ketiga 2010.

Dan lebih mencurigakan, kata Pemuda PAS Pusat, jumlah tiga negeri paling ramai pengundi “hilang layak undi awam” ialah Kelantan (3,187), Kedah (2,876) dan Perak (2,007). 

"Ironinya, negeri terbabit adalah dua negeri yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan sebuah negeri lagi telah dijatuhkan secara tidak demokratik oleh BN," kata ketua penerangan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat.
Mengikut kebiasaannya, tegas beliau, apabila seseorang pemilih menjadi pengundi pos, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai pengundi awam. 

"Bilangan 18,493 undi “hilang layak undi awam” adalah cukup besar. Mereka berkemungkinan besar isteri atau keluarga anggota tentera atau polis," katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, kumpulan itu baru diwujudkan dalam rang suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, bilangan anggota tentera dan polis yang memohon sebagai pengundi pos adalah 76 orang sahaja, berbanding dengan keluarga mereka yang memohon berjumlah 18,493 orang. 

"Secara tidak langsung, (ia) membawa maksud bahawa secara puratanya satu keluarga polis atau tentera mempunyai 243 orang ahli. Ini angka yang tidak munasabah," tambahnya. 

Katanya, tidak dinafikan keluarga anggota polis dan tentera boleh memohon sebagai pengundi pos secara berasingan dengan suami atau isteri mereka yang menjadi anggota terbabit. 

"Tetapi pendaftaran secara beramai-ramai di suku ketiga dan hampir dengan pilihanraya umum ke-13 adalah sungguh mencurigakan. Seolah-olah ada usaha saat-saat akhir untuk memberi kemenangan kepada pihak tertentu. 

"Terdapat maklumat juga yang menyatakan bahawa terdapat isteri anggota keselamatan yang tidak mengetahui nama mereka telah dipindah daripada pengundi awam kepada pengundi pos. Mereka telah menjadi mangsa kepada golongan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurut Suhaizan lagi, apa yang paling mencurigakan adalah walaupun kali pertama kumpulan ini diwujudkan tetapi mempunyai bilangan yang cukup ramai iaitu 18,493 orang.

Mengenai jumlahnya yang ramai di Kedah, Kelantan dan Perak, Suhaizan berkata, kemenangan Pakatan rakyat dengan majoriti kecil di peringkat DUN adalah sangat membimbangkan. 

"Contohnya di negeri Kedah bagi DUN N24 Jeneri, YB Yahya Abdullah(Pakatan) menang dengan majoriti 67 undi sedangkan undi “hilang layak undi awam” yang telah dimasukkan berjumlah 117 orang. 

"Kemungkinan Pakatan akan kalah sebanyak 50 undi dalam pilihanraya akan datang. Bagi DUN N26 Tanjung Dawai, YB Dr Hamdan Mohd Khalib (Pakatan) menang dengan majoriti 79 undi. 

"Undi daripada pengundi “hilang layak undi awam” yang dimasukkan ke DUN ini adalah seramai 105. Maka Pakatan kemungkinan kalah dengan majoriti sebanyak 26 undi," tambahnya.

Suhaizan juga menyentuh tentang pembaikan sistem undi pos yang didakwanya masih kabur.

"Selepas kekecohan pengurusan undi pos dalam pilihanraya Kecil Sibu lepas, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyedari 
bahawa proses undi pos menyusahkan dan menggunakan terlalu banyak borang. 

"Beliau berjanji mahu membuat perubahan terhadap sistem pengundian pos. Sehingga hari ini tidak diketahui apakah statuscadangan beliau ini.


"Kewujudan pengundi “hilang layak undi awam” ini akan menambahkan bilangan pengundi pos. 

"Bagaimana SPR mahu menghadapi pertambahan pengundi pos yang besar ini sedangkan janjinya untuk memperbaiki sistem undi pos belum menampakkan hasilnya? 

"Selagi ruang manipulasi dalam undi pos masih ada maka pilihanraya di negara ini akan dipertikai oleh rakyat," kata Suhaizan.

Oleh itu, katanya, bagi memastikan sistem pilihanraya berjalan dengan adil dan telus maka SPR mesti menjelaskan kepada rakyat persoalan yang berbangkit berhubung dengan kumpulan pengundi “hilang layak undi awam”.

BILA PAS RASUAH, BILA UMNO BUKAN RASUAH....HEII SPR NI APA CITE......????

on



SPR: Bayaran RM20 bukan rasuah


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.

Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.

“Terdapat ramai peguam hari ini dan mereka boleh memutar daripada hitam kepada putih, jadi kamu kena ada bukti yang jelas dan pasti 100 peratus perkara itu berlaku. Jika tidak, usaha itu jadi sia-sia.”

Malaysiakinisebelum ini telah melaporkan bahawa Wanita Umno dikesan menyerahkan wang RM20 kepada mereka yang sanggup memberikan butiran peribadi dan juga mendedahkan parti mana yang disokong mereka.

Malah, perkara itu juga berjaya dirakamkan oleh seorang wartawan. Seseorang yang perlu menunjukkan myKad mereka bagi membuktikan mereka adalah pengundi di kawasan itu.

Menurut seorang wanita yang berbaris: “Ini untuk pengundi. Tunjukkan myKad untuk buktikan kamu pengundi dan mereka akan berikan wang.”

Kebanyakan yang beratur pada hari berkenaan adalah rakyat Malaysia keturunan Cina meskipun majlis berkenaan didakwa untuk sayap pekerja Wanita Umno.

Malah, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil sendiri mengesahkan wang itu adalah untuk pekerja parti yang ke Sabah untuk membantu kempen BN.
Bagi membuktikan perkara itu, wartawan Malaysiakini juga beratur dan juga diberikan wang RM20 itu. Malah identiti pengenalan juga toidak lagi diminta.
Aziz kemudian diminta membaca laporan berkenaan dan melihat klip video tersebut. Selepas berbuat demikian pengerusi SPR itu menghantar mesej teks kepada Malaysiakini bahawa beliau yakin bahawa wang RM20 itu adalah hanya untuk pekerja parti dan bukannya untuk pengundi.


“Selepas baca (laporan berita) saya percaya bahawa pekerja parti adalah dari seluruh Sabah dan yang penting mereka bukan pengundi Batu Sapi.

“Wang tunai RM20 diberikan sebagai bayaran pengangkutan dan malah wartawanMalaysiakini juga dapat, baiknya...Apa ini?”

Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Malaysiakini akan menyerahkan wang tersebut kepada pihak SPR bagi membantu siasatan.

HIPOKRASI SPR.....???

on

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan mengenai laporan Pas menawarkan wang tunai sehingga RM250 kepada pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas, 4 November ini.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung laporan tersebut.
"Setakat ini kita tidak mendapat sebarang laporan mengenainya, begitu juga pihak polis. Benda macam itu kita kena ada bukti.
"Bagaimanapun, kita serahkan kepada polis dan SPRM untuk menjalankan siasatan sekiranya ada orang yang membuat aduan," katanya kepada pemberita selepas melawat proses pembuangan undi pos melibatkan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa parti itu akan membayar sehingga RM250 kepada 1,557 pengundi luar yang berdaftar di Galas.
Bayaran tersebut, dakwa Abdul Halim bukan rasuah, sebaliknya semata-mata untuk menampung perbelanjaan pengundi luar yang bakal pulang menunaikan tanggungjawab mereka nanti.
Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, perkara tersebut bagaimanapun perlu dibuktikan terlebih dahulu.
"Biar polis dan SPRM buat siasatan," katanya yang turut menyatakan rasa berpuas hati dengan proses kempen menjelang hari pengundian nanti.
Katanya, SPR tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden tidak diingini setakat ini, malah wakil Pas yang memantau proses pembuangan undi pos di IPD menyifatkan proses pengundian amat telus.
Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tawaran wang tunai oleh Pas itu boleh disifatkan sebagai sogokan dan ia menyalahi Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Jelasnya, seksyen itu melarang sebarang aktiviti menyogok pengundi melalui apa jenis tawaran sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi tujuan membeli undi.
"Pas berkemungkinan terpaksa berdepan dengan petisyen pilihan raya jika calon Barisan Nasional (BN) tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian 4 November ini," katanya.




"Dalam beberapa siri Pilihanraya yang telah aku lalui di Permatang Pauh ini baik Pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil yang telah meletakkan jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Permatang Pauh berada dihadapan dari segi pengalaman, perkara yang dikatakan menjadi kesalahan oleh SPR itu iaitu membayar saguhati kepada pengundi dari luar untuk pulang mengundi sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh kedua-dua belah pihak.


Baik dipihak UMNO/BN mahupun dipihak Pakatan Rakyat, contohnya ialah semasa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Pihak yang bertanding ialah PKR mewakili Pakatan Rakyat dan UMNO pula mewakili Barisan Nasional.

Sebagai menghargai kesudian para pengundi luar yang sudi untuk pulang menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, segala kos untuk mereka pulang mengundi dibiayai oleh parti yang bertanding ketika itu.
PKR yang kita tahu sebagai sebuah parti yang sengkek (kekurangan dana depa kata) hanya mampu membayar tambang pergi dan balik para pengundi luar berdasarkan harga tiket bas bukan kapalterbang yang dibawa oleh para pengundi luar sebagai bukti untuk tuntutan dan ianya terhad sehingga jumlah tertentu sahaja.

Begitu juga dengan pihak UMNO, mereka juga membayar kos tambang para pengundi luar itu dan dengan sedikit lagi tambahan yang nilainya aku sudah lupa..

Ada pengundi yang bijak, mereka mengemukakan tuntutan kepada kedua-dua pihak yang bertanding.. rezeki depa la tu..

Ketika itu tidak kedengaran pula SPR mengatakan tindakan membiayai kos perjalanan pengundi luar itu satu kesalahan..

Tetapi kini ianya telahdikatakan menjadi kesalahan bilamana PAS menawarkan bayaran sehingga RM250 kepada pengundi luar untuk pulang mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Khamis ini.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan PAS itu bercanggah dengan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan boleh ditafsir dengan tujuan memancing undi.

“Tindakan PAS itu merupakan perbuatan sogokan dan menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan ia boleh ditafsir dengan bertujuan untuk memancing undi,” kata beliau sambil menasihatkan agar PAS berhati-hati.

Tetapi bagaimana pula dengan tindakan pihak UMNO melalui Wanita mereka pada malam semalam di Batu Sapi yang telah secara terang membayar RM20 kepada setiap individu yang mendaftarkan nama mereka kepada pihak pengurusan majlis?

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List