SIAPA PENAUNG ISLAMIC FASHION FESTIVAL.........???

on Oct 20, 2010



Kalau sesat tu sesat juga. Islamic Fashion Festival(IFF) anjuran Rosmah dan juga sebagai penaungnya jelas menghina Islam. Tentu Rosmah berbangga dengan ini.

Tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Bahkan diletakkan juga di bahagian 'jubur' peragawati. Dimanakah keislamannya. Karut dan sesat. Inilah akibatnya kerana inginkan nama semata-mata.

Namanya Islamic Fashion Festival. Namun kalau penganjurnya tentang aurat pun mengaji tak habis akibatnya berlakulah perkara sebegini. Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu. Karut! Karut!

Berpada-padalah kalau ingin mengarut, janganlah kita yang sesat begitu mudah menyesatkan orang, fikir-fikirkanlah...








Karut! Karut! Karut! Jangan hanya nampak Ayah Pin yang karut....




Demi Allah! Kita Tidak Boleh Terima Semua Ini!

Demi Allah!
Saya Tidak Dapat
Menerima Semua Ini!

Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini). Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya. Baca Sini

MONOREL MELAKA BERHENTI MENGEJUT SELEPAS HANYA 4 JAM DIRASMIKAN....???

on


Ketua Menteri Melaka melancarkan Monorel Sungai Melaka pertama Melaka pada jam 1 petang. Monorel dengan kos RM 16.5 juta menjadi kebangaan Melaka yang hari ini diistiharkan Negeri Maju oleh Perdana Menteri sebentar tadi.

Tetapi tak sampai 4 jam beroperasi monorel tersebut sudah mula bermasaalah. Secara tiba-tiba ketika monorel tersebut sedang meluncur di landasan di tepi Sungai Melaka berhenti secara mengejut. Pastinya Ali Rustam terkejut, 20 penumpang di dalamnya juga terkejut dan rakyat Melaka juga terkejut bagaimana projek yang 'belum cukup panas enjin' dah mula menunjukkan masaalah.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.

Sehingga jam 5.15 petang tadi sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya.

Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.

Insiden ini sekali lagi mengaibkan rakyat Melaka yang sebelum ini dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang memalukan. Sebagai anak Melaka saya mengharapkan agar monorel Sungai Melaka tidak memasuki senarai koleksi projek gagal, ,membazir dan menghabiskan duit rakyat seperti yang berlaku kepada projek Eye On Malaysia, Litar Go Kart di Ayer Keroh, Projek Pulau Melaka, Perkampungan Artis dan sebagainya.

Khalid: Lampu hijau rakan parti diperlukan untuk "guling" MB....???

on



Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim mendakwa dirinya tidak tahu sama ada wujudnya cubaan daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali untuk menggulingkan beliau, tetapi hanya meneka bahawa penyokong Azmin mungkin menyimpan niat ini.  Bagaimanapun, Khalid mengingatkan bahawa bukan mudahnya untuk menggulingkan seseorang Menteri Besar, kerana perlu mendapat lampu hijau daripada rakan parti Pakatan Rakyat.
Demikianlah kata-kata Khalid Ibrahim yang baru menarik diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR pada 16 Oktober 2010.  Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di pejabat Menteri Besar pada 18 Oktober 2010, Khalid Ibrahim ditanya sama ada benar Azmin Ali (gambar kanan) cuba menggulingkannya, sebagaimana yang tergambar dalam persepsi umum.
"Dia (Azmin Ali) tak boleh senang (melakukannya).  Ini bukan satu perkara yang senang boleh menggulingkan Menteri Besar.  Itu sebab orang ingat satu parti Keadilan boleh menggulingkan Menteri Besar, ini tidak benar.  Walaupun parti Keadilan saya mewakilinya, untuk pemilihan Menteri Besar dia perlu mendapat sokongan dan cadangan dari ketiga-tiga parti, iaitu Keadilan, PAS, dan juga DAP.  Ketiga-tiga mesti bersetuju yang ini dilakukan.  Kemudian mereka juga akan meminta ehsan dari Tuanku Sultan supaya perkara ini dipersetujui," katanya.
Beliau menyambung, "Sudah tentulah, seseorang itu nak menggulingkan Menteri Besar, dia mesti mendapat persetujuan dari pihak DAP dan juga dari pihak PAS.  Kalau mereka tidak mendapat persetujuan, maknanya sukar untuk dilakukan."
"Kedua, keadaannya di Selangor, parti Keadilan dan DAP agak sama dari segi jumlahnya.  Dan oleh sebab itu, kalau ada kehilangan kerusi oleh parti Keadilan, sudah tentu mungkin DAP ingin mencadangkan ahlinya," sebelum beliau menambah, "Suratkhabar memang senang boleh membuat andaian, tetapi perlaksanaannya bukan senang..."
Beliau ditanya lagi sama ada wujudnya cubaan untuk menggulingkannya, Khalid Ibrahim menjawab, "Itupun saya tak tahu cubaan dia.  Tapi boleh jadi pengikut-pengikut daripada Azmin Ali ataupun orang yang berminat.  Tapi saya rasa, kalau orang pandai dari segipolitical administration dan sebagainya, perkara ini bukan boleh dibuat dengan sesenang mungkin." 

Jerebu Melanda Kembali......???

on

Jerebu paras bahaya, TPM nasihat sekolah Muar tutup.....???

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.

muhyiddin pc 200910 01Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.

"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

azlanMuhyiddin berkata walaupun bacaan IPU menurun bawah paras 300, sekolah di daerah berkenaan masih dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar kelas.

Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke daerah Muar hari ini untuk diagihkan kepada penduduk terutama ke sekolah-sekolah.

Selain itu, bekalan air mineral juga akan dihantar untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.

Muhyiddin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal keadaan jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.

kl haze 120805 motorcycle"Langkah yang pertama adalah untuk memaklumkan kepada penduduk daerah Muar, maklumat ini kita kena maklumkan supaya langkah-langkah untuk mengawal kesihatan ini diambil oleh penduduk yang berada di daerah Muar terutama tentang pemakaian topeng mulut," katanya.

Sementara itu, katanya Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas juga berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk memohon kerjasama bagi mencari penyelesaian bersama berhubung perkara itu.

Menurutnya Malaysia juga bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan termasuk bantuan logistik bagi memastikan keadaan itu tidak terus berlarutan.

"Menurut laporan yang kita terima, ia (jerebu) berpunca dari sana (Indonesia), ini bukan kita mahu buat tuduhan tapi kita mahu langkah diambil sebelum merebak dan memberi kesan lebih buruk kepada Malaysia," kata Muhyiddin.

Bilik gerakan jerebu dibuka

Sementara itu, di Muar, bilik gerakan jerebu dibuka berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan itu mencatat bacaan 432 iaitu mencapai tahap berbahaya.

Pegawai Daerah Muar Mislan Karmani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Muar berkata jawatankuasa yang turut dianggotai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan itu akan menyelaras tindakan yang perlu dibuat mengikut pelan tindakan yang ditetapkan bergantung kepada situasi semasa.

azlan"Catatan IPU pada tengah hari ialah 432. Kami akan memantau keadaan kualiti udara dan bacaan IPU setiap jam," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata orang ramai dinasihat memakai topeng penutup mulut ketika berada di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mengalami masalah kesihatan.

Pengarah Pelajaran Johor Sufaat Tumin berkata pihaknya akur dengan nasihat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran agar pentadbiran sekolah di daerah ini menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya.

Sufaat berkata pihaknya akan menghubungi Pengetua dan Guru Besar malam ini bagi memastikan mereka mematuhi arahan Menteri Pelajaran berhubung penutupan sekolah.

"Kita juga akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan, Jawatankuasa Bencana Daerah bagi memantau keadaan terkini di Muar," katanya.
STAM bermula esok
Beliau berkata ketika ini hanya ada satu pusat peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Muar tetapi keputusan sama ada untuk meneruskan peperiksaan itu esok bergantung kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

haze in kuala lumpur mosqueSementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Dr Robia Kosai berkata belum ada laporan penyakit berkaitan jerebu diterima pihaknya setakat ini.

"Keadaan masih terkawal. Kami menasihatkan orang ramai terutama yang menghidap penyakit berkaitan paru-paru seperti lelah supaya tidak keluar dari rumah ataupun memakai topeng muka bagi mengelak terdedah kepada habuk," katanya.

Robia berkata buat masa ini pihak sekolah tidak digalak mengadakan aktiviti di luar bangunan.

haze street interview 091006 trainPengerusi Persatuan Nelayan Melayu Parit Jawa Zainal Abdul Jalil pula berkata sebuah bot nelayan hampir berlanggar dengan kapal dagang apabila tidak dapat mengesan kehadiran kapal berkenaan disebabkan jarak penglihatan yang terhad.

"Kebanyakan nelayan menggunakan GPS (peranti sistem kedudukan global) bagi membolehkan mereka pulang ke pangkalan dengan selamat tetapi apa yang membimbangkan ialah kemungkinan berlaku perlanggaran dengan kapal lain berikutan jarak penglihatan pada masa ini kurang dari 50 meter.


"Sehubungan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini, pihak persatuan menasihatkan nelayan supaya tidak turun ke laut ketika jerebu teruk," katanya.
- Bernama

Kebahgian Tidak Hadir Bagi Individu Utama Keseronokan, Hidup Bebas....???

on

KEBAHAGIAAN bukan terletak pada banyaknya wang ringgit atau harta semata-mata kerana kebahagiaan berkait rapat dengan ketenangan hati. Kebahagiaan adalah kesenangan hidup, suasana aman serta kemujuran yang dilalui seseorang dalam kehidupan.

Kebahagiaan terletak dalam hati, apabila hati bahagia akan terpancar kebahagiaan di wajah seseorang. Rumah tangga bahagia juga menyumbang ke arah kebahagiaan hidup dalam masyarakat

Tokoh cendekiawan Islam, Ibnu Khaldun pernah mengatakan: “Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis yang ditentukan Allah dan sifat perikemanusiaan."

Tokoh Islam, Ma’adz bin Jabal pernah menyatakan: “Sesungguhnya tak boleh bagi kamu mempunyai kebahagiaan di dunia. Dan engkau lebih berhajat lagi kepada kebahagiaan di akhirat. Maka mulai dengan kebahagiaan kamu dari akhirat lalu ambilkan. Sesungguhnya engkau akan lalu di atas kebahagiaan dari dunia, maka hendaklah engkau mengaturnya.”

Jelasnya, kesenangan hidup dan suasana aman di dunia adalah atas daya usaha kita sendiri, begitu juga kebahagiaan akhirat, kita perlu berusaha mendapatkannya. Melalui amalan baik dan ketakwaan kepada Allah, segala kebahagiaan pasti tercapai.

Ada pandangan cendekiawan Islam mengatakan, untuk mencari bahagia, bebaskan hati daripada dendam dan rasa takut. Hidup sederhana, mengharap sedikit, memberi banyak. Isi dan penuhkan harapan dengan kasih sayang. Lupakan kepentingan diri dan ingatlah orang lain. Lakukan kebaikan sesama manusia seperti anda ingin diperlakukan.

Kalangan remaja sering tersalah anggap mengenai kebahagiaan, mentafsirkan kebahagiaan adalah keseronokan dan keinginan hidup bebas tanpa kongkongan. Sebenarnya itu semua bukanlah kebahagiaan. 
Kehidupan yang menjurus kepada kebahagiaan dipilih remaja sering mengakibatkan mereka terjerumus ke kancah pergolakan hidup, pergaulan bebas, melepak, berkeliaran tanpa membuat kerja berfaedah.

Tokoh Islam, Hamka pernah berkata, “Kekayaan harta benda, pangkat atau kedudukan yang tinggi tidaklah dapat menutupi kekerdilan jiwa atau tabiat yang tidak jujur. Malah, bertambah banyak kekayaan atau bertambah tinggi kedudukan, bertambah jelaslah kekerdilan jiwa dan kekurangan seseorang. Oleh sebab itu, kayakan batin lebih dulu untuk menghadapi kemungkinan naik atau kemungkinan turun.”

Ketenangan jiwa juga boleh membawa kebahagiaan dalam hidup seseorang. Firman Allah yang bermaksud: “Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Dalam kehidupan bermasyarakat, selalu terjadi perkara berlawanan. Orang miskin dilihat serba kekurangan dan menderita, hidup mereka tenang, bergembira dan bahagia. Orang kaya, serba mewah, berilmu pengetahuan, tetapi hidupnya resah, cemas dan selalu merasa tidak puas.

Sesuatu kita miliki, jika tidak diterima dengan keimanan dan jiwa bersih, hanya akan membuat diri menjadi keluh-kesah. Kita harus menyedari tidak selamanya orang mampu menghadapi kesukaran menimpanya dan tidak selamanya orang berhasil mencapai tujuannya dengan baik.

Oleh itu, remaja perlu dididik dengan keperibadian yang luhur dan jiwa sihat supaya mampu menghadapi apa juga masalah. Dalam kehidupan, kita harus berusaha menjaga kemuliaan hati pada setiap tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan.

Mencari jalan menuju kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat penting dan setiap umat Islam mestilah berusaha untuk mencapai matlamat ini. Teruskanlah mendidik hati dan jiwa supaya mencapai ketenangan serta kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat

Khusus Untuk Wanita :- HRT Atasi Gangguan Simptom Menopaus.....???

on


SETIAP insan yang bergelar wanita pasti akan mengalami proses terhenti pusingan haid atau lebih dikenali sebagai menopaus apabila usia mereka menjangkau 50 tahun ke atas.
Bagaimanapun pemahaman wanita di Malaysia mengenai kitar biologi normal itu masih cetek dan jauh ketinggalan berbanding di negara luar, membuatkan mereka sentiasa takut menempuhinya.

Lebih teruk, mendengar perkataan menopaus sudah cukup membuatkan kebanyakan wanita tidak senang duduk dan berfikiran negatif untuk melalui detik itu.
Perasaan bimbang, kurang ceria, tiada keyakinan diri, malu, sedih, tidak selesa dan tertekan terus menyelubungi diri seolah-olah menopaus adalah kemuncak segala masalah.

Diakui menopaus mampu menyebabkan pelbagai simptom yang menyumbang kepada masalah kesihatan secara mental dan fizikal yang kronik termasuk kerap kencing, panas, kemerahan wajah, berpeluh dengan banyak, tekanan perasaan, hilang ingatan, peningkatan berat badan dan osteoporosis.
Namun pemahaman tepat secara mendalam mengenai menopaus akan membantu wanita untuk lebih bersedia menempuh saat itu dengan tenang.

Pemahaman itu juga untuk mendidik keluarga, rakan dan syarikat korporat untuk sama-sama menyokong serta membantu mereka yang mengalaminya agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat secara mental serta fizikal.
Golongan wanita harus sedar, menopaus boleh dirawat melalui kaedah perubatan moden untuk menangani atau mengurangkan simptom-simptomnya.

Presiden Persatuan Menopaus Malaysia (MMS), Dr. Ho Choon Moy berkata, satu daripada kaedah yang amat berkesan dalam merawat simptom menopaus adalah melalui Rawatan Penggantian Hormon (HRT).
Katanya, HRT merupakan satu sistem rawatan perubatan moden untuk mengatasi gangguan dialami seseorang wanita menopaus yang disebabkan kekurangan hormon estrogen.

Penggantian itu, jelasnya dilakukan dengan cara memasukkan hormon estrogen melalui beberapa kaedah sama ada secara oral, injeksi atau krim vagina.
"Dengan menjalani HRT, seseorang wanita yang mengalami menopaus akan dapat mengatasi gangguan ini bagi jangka masa pendek dan panjang.

"HRT juga menjadikan dinding vagina lebih elastik yang sangat membantu ketika wanita melakukan hubungan seksual.

"Pada masa sama, HRT membantu otot lebih kuat dan lentur yang mana mampu memperbaiki tekstur rambut serta menjadikan kulit lebih halus dan elastik," katanya yang juga Pakar Perunding Obstetriks dan Sakit Puan Hospital Pantai Cheras, Kuala Lumpur.

Koleksi kisah murtad di malaysia......???

on



Rupanya baru kini saya sedar, kes murtad di kalangan orang islam khususnya orang melayu bukanla boleh di anggap satu lagi kes terpencil. Bayangkan pada tahun 1997, disahkan bahawa 3,000 orang melayu/islam telah murtad, keluar dari agama nya dan memilih untuk masuk ke dalam agama lain ataupun menjadi atheis (tidak ber-agama), dan setelah hampir 13 tahun berlalu, kes murtad ini rupanya telah berkembang dan membiak. Menurut stastitik yang dicatatkan oleh jabatan pendaftaran negara mengesahkan bahawa hampir 250ribu umat islam telah murtad di malaysia. Dan, ya persoalan pokok masih menjadi tanda tanya, di manakah langkah-langkah pencegahan yang kita ada untuk atasi permasalahan ini?


Ikuti pembacaan ini, siri koleksi kisah murtad yang pernah mengemparkan negara suatu ketika dulu, semoga ini menjadi pengajaran dan pedoman buat kita, untuk kita renungi bersama....
DISINI....

Dissolution Of Parliament For The 13th GE But Not The State Assemblies....???

on




Things are not looking good for the Prime Minister after presenting his 2011 budget. I wonder whether he walks through the budget with his consultants that prepared it or just simply read them without full understanding of it, in Parliament.


Take a look at the Prime Minister response to the great resistance of the 100-storey Warisan Merdeka tower.

Datuk Seri Najib Razak denied today that it was his idea to build the controversial 100-storey Warisan Merdeka tower in the heart of the capital, saying instead the project had been proposed by Permodalan Nasional Bhd (PNB).

There are so many flaws in this one sentence alone. Let me point them out to you.

a)How can he denied it when he already presented it in Parliament. It does not matter whose idea it was but as a leader he must be held responsible because he accepted it without any consultation with others. If he disagree with the proposal, why then he allocated a budget for it.

b)A project still under proposal means it has yet to be agreed or approved by the Government, so why allocate such a huge budget when the project may not be granted approval eventually. Thus, it means that the PM had accepted the proposal without consulting the public and his "People First" means nothing anymore.

c)Who owns Permodalan Nasional Bhd (PNB). This is what PNB is after paying a visit to it's website:

With fund under management totaling about RM150 billion, the PNB Group is the country's leading investment institution with a diversified portfolio of interests that include unit trusts, institution property trust, property management and asset management.

with it's board of trustees as follows:

Chairman
YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak

Deputy Chairman
YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin

Y.B. Dato' Mustapa bin Mohamed

Y.B. Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah

YABhg Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid

You can read more details at PNB website here but be warned, many links do not work.

Is PNB government owned or is it a private entity?

If it is government owned why the PM denied that it was his idea, basically if it is government owned then the PM should be consulted first and the public should be informed about it. The PM is the one to object or approve the project.

If it is a private entity which looks more like it, why the hell should public fund be used. PNB should arrange for their own financing if they think their proposal to develop this 100-storey tower can benefit everyone and that in turn means they can make profit out of it.

How can the PM denied that this was not his idea when he is the chairman of the board of trustees. Was he not informed about the proposal long before they decide to allocate the budget for it?

Coming to the 13th General Election. My observation is that its a touch and go situation for umno/bn and the PM knows very well.

Three States are on shaky ground, Perak, Johor and Negri Sembilan and more State seats may be lost in Trengganu, Sabah and Sarawak.

Umno/bn spent millions upon millions at every general election and this 13th GE is gonna cost them much more then usual. They have plenty of money but may not be enough for this 13th GE.

Najib needs to seek a new mandate to strengthen his grip on power knowing that failing to do so will be his downfall. There is a figure within his own party maneuvering to take control over his position.

The surprise which the PM mentioned when asked about the 13th GE, not too long ago, will be that this 13th GE will be for Parliamentary seats only and together with Sarawak state election.

The remaining 12 State assemblies will not be dissolved to allow him to concentrate on just the Parliamentary seats with sufficient funds to ward off the opposition onslaught.


http://malaysianindian1.blogspot.com

Part 17: The MACC head is a ‘useless fella’ and bad police officer, says the MACC senior officer (2)

on






On 7th December 2006, Ramli Manan of the MACC said that the MACC head is a ‘useless fella’ and bad police officer. He also stressed the need for an Independent Anti-Corruption Commission (IACC) and pointed out that most ill gotten gains are parked overseas, in particular in Swiss bank accounts. Invariably, these ‘hidden assets’ do not reflect in the calculation of the 19% economic wealth of the Bumiputeras.


Baca Seterusnya Part 2

Pas Lancar Jentera Pilihan Raya Galas...???

on

PAS telah mendahului Umno telah melancarkan jentera pilihan raya kecil Galas malam tadi. Pada pelancaran majlis itu ada petanda awal Pas akan berdepan dengan Umno secara selesa dalam pilihan raya kecil Galas 4 November depan.

Gambaran ini ternampak pada sambutan majlis berkekaan yang dihadiri lebih 5,000, demikian menurut sumber yang hadir. Katanya orang Cina juga hadir dan berada di hadapan menandakan mereka menyokong Pas. Perlancaran itu dilakukan Mursyidul Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat perkarangan pejabat Pas Gua Musang.

Ikut serta dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden Pas,Nasharuddin Mat Isa, Penolong Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, serta semua pemimpin di semua peringkat di Kelanan, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan lain-lain.

Apa juga menyeangkan persediaan Pas menghadapi pilihan raya kecil Galas tidak sama dengan Manik Urai. Tiada soksek soksek yang tidak sedap didengar berdaung. Begitu juga sepanduk yang menghalang orang luar datang ke Galas tidak kelihatan seperti mana di Manik Urai dulu.

Semangat dan kesungguhan jentera yang hadir menjelaskan mereka sedikit pun tidak gerun dan teralat dengan tindakan Umno memilih Tengku Razaleigh Hamzah mengepalai ketumbukan BN.

Mereka akan hadapi apa saja. Seperti mana kata Nik Aziz, Pas bukan berdepan dengan personaliti Tengku Razaleigh tetapi berdepan dengan perjuangan Umno yang berideologi sekular. Jadi kesediaan Tengku Razaleigh untuk mengubat sakitnya tidak menjadi masalah bahkan dari sisi lain menambahkan lagi daya juang Pas.

Selama ini pun Pas tidak memperjuangkan personaliti tetapi memperjuangan ideolgi sebab itu soal-soal personaliti yang peribadi Pas tidak mengambil kira.

Kerana itu Pas tidak perlu malu alah untuk berjuang memastikan kerusi Galas kekal di tangan Pas.

Sempena majlis itu Nik Aziz telah menyerahkan bendera Pas kepada 13 ketua-ketua peti undi yang bertindak menjadi ketua jentera mengikut peti undi. Apa yang merujakan daripada 13 ketua peti undi yang menerima bendera itu seorang daripadanya ialah orang Cina.Katanya Nik Aziz sengaja menyerahkan peti undi itu untuk diuruskan oleh oang Cina.

Beliau mengepalai peti undi di bandar Gua Muang yang didominasi orang Cina. Kepercayaan Pas dan kesediaan orang Cina untuk menggerak peti undi itu memberi petanda baik bahawa pengundi Cina akan berpihak kepada Pas. Adalah dipercayai tindakan ini adalah pertama kali berlaku.

Dalam kawasan Galas pengundi Cina mewakili kira-kira 20% iaini sekitar 2,000 orang pengundi.

Sementara itu Pas akan mengumumkan calonnya pada malam 21 November di Gua Musang. Dijangka bandar Gua Musang akan dibanjiri para penyokong dan ahli Pas. Turut sama mendamping Pas dalam pengumuman itu ialah Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List