BAJET OH BAJET! HANGPA JANGAN LEKA LAGI.....???

on Oct 20, 2010

Depa kata DS Anwar sembang kosong masa behujah balas ke atas bajet yang dibentangkan oleh DS Najib pada Jumaat yang lalu.

Memang kosong pun, balik-balik cakap bajet pilihanraya, bajet tak menguntungkan rakyat, bajet itu, bajet ini. Biasalah, orang dah meroyan, macam-macam dia boleh cakap.

Tapi hangpa mesti ingat. Jangan sampai jadi macam tahun lepas apabila mahu meluluskan bajet tersebut, hangpa semua keluar merata-rata, attend function la, mesyauarat la, melawat luar negara la, macam-macam alasan hangpa bagi. Hangpa cuba buat sekali lagi tahun ni nak tengok.

Pak Syeikh Anwar dok tunggu masa saja nak terkam. Dia cukup pandai pusing. Hangpa jangan leka....jangan sampai pisang berbuah dua kali. 

Silap-silap haribulan, Pak Syeikh Anwar tak payah tunggu pilihanraya, dia boleh naik jadi Perdana Menteri.....

Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'menggulingkan' kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.
Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Cerita tahun lepas....

 http://pilihan-anda.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List