Dia Orang Dah Meroyan Sakan.......???

on Oct 20, 2010

KITOL BINGAI NAK MAMPOS! PEMUDA UMNO SUDAH JADI GILA???



PEMUDA UMNO SUDAH GILA GAMAK NYA.....???

Tiga tokoh usahawan negara dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Usahawan 1Malaysia kelas Master yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO dengan kerjasama majalahThe Leaders.


Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak; Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd., Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum.


Sementara itu, kategori Usahawan Cemerlang dimenangi oleh Datuk Seri Edmund Santhara (Masterskill (M) Sdn. Bhd.) manakala kategori Usahawan Meningkat Naik menjadi milik Datuk Jamal Md. Yunos (Rukun Saksama Sdn. Bhd.) dan kategori Usahawan Meningkat Naik Wanita pula milik Tiffanee Marie Lim (Limkokwing University of Creative Technology).


Selain itu, bagi 13 kategori anugerah berasaskan sektor pula menjadi milik Datuk SM Faisal SM Nasimuddin (Naza Group of Companies), Burhanuddin Md. Radzi (Les' Copaque Production), Datuk Seri Shahril Shamsuddin (Sapura Group) dan DiGi Telecommunications.


Turut diumumkan sebagai penerima anugerah ialah Datuk David Yeat Sew Chuong (INS Bioscience Bhd.), Datuk Ir. Kuna Sittampalam (HSS Engineering Sdn. Bhd.), Datuk Abdul Razak Abdul Ghani (Walton International Property Group (M) Sdn. Bhd.), Lim Kim Heng (Seng Heng Electric (KL) Sdn. Bhd. dan Ramaness Parasuraman (Return 2 Energy Sdn. Bhd.).
Empat lagi pememang anugerah berasaskan sektor ialah Datuk Syed Jamarulkhan (Syed Restaurant & Catering), Halmi Jasmin (Metro Parking (M) Sdn. Bhd), Mohamed Faroz Mohamed Jakel (Jakel Kuala Lumpur) dan Shafiz Shahrani (Shahpadu Energy & Engineering Sdn. Bhd.).
Kesemua anugerah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Biro Ekonomi UMNO, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.


Hadir sama ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan Ketua BEPU, Datuk Sohaimi Shahadan.
Sementara itu, Awang Adek dalam ucapannya memuji inisiatif Pemuda UMNO kerana menganjurkan anugerah yang tidak hanya difokuskan kepada usahawan Melayu dan bumiputera sahaja sebagaimana anugerah lain yang diberikan oleh UMNO.


Katanya, perubahan pemikiran itu adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan langkah sedemikian perlu diperluaskan lagi.
"Ini adalah penting untuk memupuk perasaan kebersamaan di kalangan kita dan pada masa yang sama dapat membina kekuatan.
"Kekuatan ini bukan hanya disumbangkan oleh kelompok tertentu sahaja tetapi kekuatan Malaysia mestilah dibina secara bersama dalam kita mendepani dunia yang semakin terbuka," katanya.


Sila klik di sini dan baca sampai habis, kemudian kembali ke blog ini dan baca juga sampai habis apa yang tuan ampunya blog ini nak kata.

Semakin hari nampaknya Pemuda Umno (PU) semakin gila. Gila apa ? gila glamor.

Dah lenguh mulut Presiden dan Timbalan Presiden berpesan supaya jangan buat program syok sendiri. Tetapi mereka tetap juga meneruskan program syok sendiri.

Apa ke jadahnya kamu nak beri pengiktirafan kepada usahawan-usahawan yang telah berjaya ? Mereka memang orang yang telah berjaya.

Siapa kamu untuk mengiktiraf mereka ? Tolong sedar diri sedikit. Tanpa kamu pun mereka-mereka yang kamu beri pengiktirafan itu telah berjaya. Kejayaan mereka pun bukannya hasil usaha kamu.




Siapa yang mereka iktiraf ?

Nazir Razak

Tony Fernandes

SM Faisal SM Nasimuddin

Bila terbaca kisah ini di akhbar semalam, saya terus teringatkan kisah seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka dan memberi pelbagai anugerah dan pingat kebesaran orang-orang tertentu. Begitulah lebih kurangnya dengan PU.
Wahai Ketua Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno, Sohaimi Shahadan, mari sini saya nak ajar kamu.

Sebagai ketua BEPU apa yang kamu perlu kamu buat adalah seperti berikut.

1) Cari anak-anak muda yang minat untuk berniaga

2) Tolong mereka dapatkan apa jenis perniagaan yang mereka minat.

3) Ajar dan didik mereka cara-cara berniaga yang betul, cara pengurusan wang dan sebagainya.

4) Sentiasa memantau perjalanan perniagaan dan pengurusan wang mereka.

5) Bantu mereka kembangkan perniagaan.

6) Mereka telah menjadi usahawan berjaya

7) Buat satu majlis dan iktiraf mereka.

Itu tugas kamu yang sebenarnya, bukan mengambil usahawan-usahawan yang telah berjaya dan kemudian iktiraf mereka. Itu kerja gila namanya.

Encik Sohaimi Shahadan, saya nak tanya kepada anda. Saya sering lihat anda selalu mendapat liputan dalam akhbar. Anda juga pernah menulis satu kolum dalam Utusan Malaysia berkenaan peniaga-peniaga Pasar Ramadhan. Kamu nampak hebat dalam media dan nampak seperti orang yang bijak.

Soalan saya

Berapa sudah usahawan yang berjaya kamu bantu dan didik semenjak kamu pegang jawatan dalam Biro Ekonomi Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno ?

Tolong keluarkan angka dan fakta tersebut.

Banyak lagi yang saya akan catatkan tentang sikap manusia yang bernama Sohaimi Shahadan. Saya memang banyak terima cerita-cerita negatif mengenainya. Saya juga tahu kenapa dia buat majlis seperti di atas. Saya akan dedahkan satu persatu kelak. Sesiapa yang ada lagi maklumat yang ingin didedahkan mengenai Sohaimi sila e mel kepada sayarbf_501@yahoo.com.my


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List