Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Sudah Terasa Bahang Kekalahan

on Dec 7, 2011




Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengalu-alukan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir agar semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno dalam apa jua keadaan.


Beliau berkata setiap cadangan untuk memperkukuhkan Umno perlu diteliti dan dikaji untuk kebaikan parti.
“Kita alu-alukan apa sahaja cara yang boleh kukuhkan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di sini hari ini.

Cadangan Mukhriz itu susulan ikrar taat setia perwakilan Umno Sabtu lalu, yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai lafaz ikrar di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Ditanya sama ada terdapat wakil rakyat di Pahang yang menawarkan diri untuk berundur sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata: “Tiada”.


“Kesediaan untuk bertanding atau tidak, saya rasa tidak perlu diuar-uarkan... terpulang pada Perdana Menteri untuk menilai siapa boleh, siapa tidak (menjadi calon),” katanya.


Mengenai kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini milik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adnan (gambar) berkata Barisan Nasional (BN) akan berusaha memenangi kerusi itu walaupun berkemungkinan menghadapi persaingan sengit berikutan isu pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng di sini.


themalaysianinsider


Photobucket

Kejatuhan Umno sudah dekat...

on



HANYA Umno-BN mampu buat itu dan ini. Hanya Umno-BN mampu perintah negara - demikian antara lain kita disogokkan dengan slogan berbentuk indoktrinasi.
 
Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kita menerima apa saja yang disogokkan tanpa kita berusaha menyelidiki kebenaran atau hakikat sesuatu perkara itu.

Sebagai contoh ramai daripada kita diajar hal ehwal agama semasa kecil tanpa memahami apa yang sebenar kita pelajari. Ramai orang mengaji (membaca al-Quran) tetapi sangat sedikit daripadanya memahami maksud ayat yang dibaca apatah lagi mengamalkannya. Orang dewasa menyuruh kita sembahyang tetapi ramai daripada kita tidak faham apakah tujuan kita berbuat demikian dan pengertian ayat yang kita baca ketika solat.

Ketika kecil, ramai daripada kita dipaksa menyerap dan menanam fahaman dan ajaran ke dalam diri kita secara bulat-bulat tanpa dapat mempersoalkan apa yang kita lakukan. Ini termasuklah bab hantu. Apabila dewasa dan tiada lagi pihak berkuasa (ibu bapa sudah jauh dari mata) mengawasi dan memaksa kita melakukan ibadat tersebut (seperti sembahyang), sebahagian daripada kita secara perlahan-lahan meninggalkan atau melakukannya hanya sebagai satu kebiasaan saja.

Mereka yang melakukan ibadat tersebut, sebahagiannya hanya mengharapkan pahala (balasan baik) dan dijauhkan daripada seksaan api neraka. Hal yang sama berlaku tatkala kita dewasa. Kita dipaksa menerima fahaman-fahaman yang ternyata kita sendiri tidak faham tetapi kita juga tidak mempunyai hak mempersoalkannya. Orang lain cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan kita untuk menanamkan fahaman-fahaman dan kepercayaan ini.

Berdasarkan Perhimpunan Agung Umno terbaru di ibu kota, kita dapat saksikan betapa indoktrinasi parti tua ini sudah sampai ke kemuncaknya. Ambil saja ucapan berapi-api Ketua Wanitanya, Dato' Seri Shahrizat Jalil. Sebahagian ucapannya tiada 'substance', hanya mengekspoitasi serta memain-mainkan perasaan perwakilan. Lihatlah betapa bijak Shahrizat mengalihkan serangan musuh dalam isu 'lembu' terhadap dirinya kepada Wanita Umno pula. Kononnya kejituan Wanita Umno dicabar dan uji, hakikatnya serangan ditujukan kepada dirinya sehingga ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin juga meminta dia meletakkan jawatan.

Kenapa Shahrizat berlindung di belakang Wanita Umno dan majoriti perwakilan Wanita beriya-iya bersorak menyokongnya? Persoalan ini begitu kompleks; jadi marilah kita teliti kisah 'The Emperor's New Clothes' (Pakaian Baru Raja) yang sudah sudah baca di sekolah rendah dulu tetapi tidak kita aplikasikan dalam kehidupan. 'The Emperor's New Clothes' menceritakan bagaimana seseorang yang berkuasa itu sentiasa dikatakan betul sekalipun dia tidak betul (raja berbogel tetapi dikatakan berpakaian paling cantik dan hebat). Hanya kebijaksanaan seorang budak dapat mengalahkan raja; memang raja bersalah (berbogel tetapi dikatakan berpakiaan paling mewah dan cantik) dan tidaklah payah untuk diselindungkan keaiban raja seperti dilakukan menteri-menterinya.

Ringkasnya pemimpin benar kerana dia berkuasa. Yang penting di sini bukannya lojik sesuatu perkara itu tetapi siapa yang mengutarakan pendapat atau kata-kata tersebut. Kata-kata seorang pengemis atau tukang sapu sampah mengenai politik sudah tentu tidak akan dipandang dengan sebelah mata walaupun apa yang mereka katakan itu ada kebenaran dan lojiknya. Keadaan sebaliknya akan berlaku jika seorang raja atau mengemukakan pandangan. Walaupun kadang-kadang hal itu tidak masuk akal, disebabkan begitu berpengaruhnya orang tersebut, maka hal itu diterima juga orang awam (perwakilan) kerana masing-masing terpaksa atau dipaksa mengakuinya. Lebih-lebih lagi masing-masing ada kepentingan tersendiri.

Kenapa perwakilan bersorak, menyatakan sokongan tanpa menyelidik sama ada yang dikatakan itu fakta atau suatu manipulasi? Ilmuan psikologi dan sosiologi mengaitkan perlakuan manusia ini sebagai ‘collective behaviour’ (tindak-tanduk bersama). Kelakuan manusia berbeza sama sekali apabila di bersendirian atau berada dalam sesebuah kumpulan (beramai). Kelakuan beramai mempunyai ciri tertentu yang membolehkan kita mengenal pasti dan mengkaji tingkah-laku manusia dalam situasi itu.Individu yang termasuk dalam keramaian, bertindak kepada sesuatu perangsang (stimulus) yang berupa orang, peristiwa atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan emosi rancak.

 ‘Collective behaviour’ telah menyebabkan perwakilan Wanita Umno (sebagai contoh) begitu berani. Berani kerana ramai, bukan kerana benar. Apabila bersendirian seseorang adalah lemah dan penakut – ibarat seekor tikus yang sentiasa takut akan bayang-bayang kemampuannya, jauh daripada takutkan bayangkan kucing. Sebenarnya kucing tidak wujud, tikus hanya takut pada dirinya saja. Namun apabila berkumpulan, barulah manusia berani dan lantang. Berani bercakap berapi-api dan lantang bersuara termasuk untuk ‘menyelak kain’ kerana dia yakin mendapat sokongan dan akan dibela oleh ribuan bahkan jutaan pak turut di belakangnya.

Indoktrinasi begitu berkesan pada jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang pula terutama pada era teknologi maklumat kini, amalan jenis ini tidak dapat diterima kerana manusia mempunyai naluri untuk memikirkan fahaman serta ajaran apa yang mereka fikirkan baik apabila mereka diberi kebebasan dan ruang untuk berfikir dan menambah maklumat.

Ambillah iktibar indoktrinasi fahaman komunis yang selama 70 tahun membelenggu rakyat SovietUnion dan negara Eropah Timur, akhirnya hancur saja. Setiap perkara (benda) yang sudah sampai di kemuncaknya akan jatuh. Lemparlah batu ke udara, selepas ia mencapai kemuncak ketinggian, ia akan jatuh. Apabila Umno sudah sampai ke kemuncak indoktrinasinya, percayalah ia juga akan hancur!



sumber
Photobucket

Lagi Kisah Bung Mokhtar Kena Belasah Dengan Blogger BN.

on Dec 5, 2011





Ketiga tiga gambar diatas adalah rakaman kunjungan Datin Zizie Ezette isteri kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi UMNO Yb Datuk Bung Mokhtar Ahli Parlimen Kinabatangan yang hadir dalam majlis Rumah Terbuka Eidul Fitr Anwar Ibrahim....

Begitu hormatnya Zizie sehingga mencium tangan Anwar..!

Maka timbullah persepsi dan persoalan, atas dasar apakah Bung Mokhtar beria-ia sangat mahu menurut kehendak juak juak murahan PKR..? Bung masih membawa mesej Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, ketiga tiga ekor lembu PKR ini Shahrizat Jalil meletakkan jawatan....!

Bung Mokhtar menjadi ‘wakil cakap PKR’ dalam UMNO...? Malah menurut sumber yang disampaikan ke telinga seorang sahabat Blogger kita House PK, beliau dimaklumkan pada sesi perbahasan Persidangan Agung UMNO, Bung Mokhtar telah cuba ‘deal’ dengan Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Aziz Sri Gading agar Ahli Parlimen Kinabatangan ini diberikan sedikit ruang bercakap semata mata mahu ‘mempengaruhi’ perwakilan dalam dewan PWTC untuk mendesak Ketua Wanita UMNO itu meletakkan jawatannya...

WOW! Kenapa begitu bersungguh sungguh sekali Bung mahu terjah Shahrizat..?

Apakah masih ada tersemat dalam hatinya itu dendam terhadap Kak ijat yang pernah menegur Bung tidak menghormati kaum wanita apabila pernah timbul kontrovesi dalam Dewan Rakyat, kisah “bocor” pertikaman lidah antara Bung dengan Ahli Parlimen Batu Gajah, Puan Fong Poh Kuan.

Apabila timbul kisah perkahwinan secara senyap Bung Mokhtar dengan aktress seksi gebu, Zizie Ezette, diberitakan Kak Ijat sekali menegur kelakuan Bung kerana kisah perkahiwnannya ini mengheret Ahli Parlimen Kinabatangan itu ke perbicaraan Mahkamah...


Atas kedua dua insiden inilah apakah mungkin Bung Mokhtar berdendam dan melihat peluang yang disajikan oleh juak juak murahan PKR ini sebagai satu bola tanggung untuk melibas rakan dalam pimpinan parti UMNO sendiri..?

Teori menyaksikan Zizie Ezette penyokong tegar Anwar sehingga mencium tangan sewaktu bersalam dan Bung pula pernah dikaitkan dengan kumpulan salah seorang Ahli Parlimen mendapat tawaran 16 September Anwar bolehkah dirumuskan sebagai pemangkin untuk beliau menjadi agen PKR memberikan tekanan agar Ketua Wanita UMNO itu berundur dari politik..?

Tidak ada untungnya tindakan gelojoh Bung Mokhtar dalam isu ini kerana beliau tidak akan berpeluang menjadi Menteri Pembangunan Wanita sekiranya Shahrizat letak jawatan...

Malah, Bung seharusnya sedar bahawa kerja gila juak juak murahan PKR ini terpaksa dilaksanakan kerana mahu memadamkan dan melenyapkan kekuatan jentera Wanita UMNO dibawah kepimpinan Shahrizat.




Photobucket

Bung Mokhtar Di Belasah Blogger UMNO

on



Gomo merupakan salah seorang peminat YB Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin. Pada Gomo beliau seorang yang lantang dan juga paling segak dalam parlimen sampaikan ramai pemimpin pembangkang tidak sebulu dengan beliau.

Namun demikian minat pada beliau tidaklah menghalang untuk Gomo melemparkan kritikan kepada beliau dalam isu Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mana Bung Mokhtar telah sebanyak dua kali mengesyorkan agar Kak Jat meletakkan jawatan sama ada dalam barisan Kabinet mahupun sebagai Ketua Wanita UMNO.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,"
- Bung Mokhtar

Siapa Bung Mokhtar? Siapa beliau untuk menilai Shahrizat sesuatu yang tidak bernilai kepada parti UMNO? Jika ditanya para wanita malah kaum lelaki juga mengakui Kak Jat berjaya membawa satu "TRANSFORMASI" dalam UMNO yang mana sebelum ini tidak ada sama sekali.

Cuba Bung Mokhtar jelaskan sebelum Kak Jat menjadi ketua Wanita berapa banyak Kuota Wanita yang ada? Dan Bung Mokhtar nyatakan sekarang ini siapa yang perjuangkan Kuota wanita UMNO?

Itu dari segi kuota yang Kak Jat perjuangkan buat wanita UMNO bagaimana pula dengan gerak kerja wanita UMNO ketika ini? Boleh Bung Mokhtar jelaskan Kegagalan yang dilakukan Kak Jat selaku ketua Wanita UMNO sepanjang beliau menjawat jawatan tersebut dan juga penilaian yang dibuat sepanjang Pilihanraya Kecil yang diadakan?


Bung Mokhtar tidak melihat segala gerak kerja yang dilakukan Kak Jat selaku Ketua Wanita UMNO. Bung Mokhtar tidak mampu untuk membawa "TRANSFORMASI" yang digerakkan Kak Jat dan para jentera wanita lain sebaliknya Bung Mokhtar hanya membawa "Tranformasi" Berkahwin dengan artis ternama dan Menceraikan Isteri yang pertama.

Itu beda nya Tranformasi yang ada pada Bung Mokhtar, tidak semestinya hebat bercakap dalam parlimen maka hebat dalam menilai seseorang. Tidak semestinya Bung Mokhtar hebat mendapatkan Zizie maka beliau boleh bercakap hal wanita UMNO yang beliau sendiri tidak mengetahuinya.

Gomo lihat kenyataan Bung Mokhtar yang minta Kak Jat letak jawatan adalah kerana Amarahnya Bung apabila ditegur dua kali oleh Kak Jat berhubung soal MARUAH Wanita didalam parlimen.Kak Jat pembela wanita dan ianya tidak dapat dinafikan sama sekali oleh wanita UMNO, rakyat Malaysia malah pakatan pembangkang itu sendiri. KLIK DISINI

Bung Mokhtar seharusnya tampil dengan lebih bertanggungjawap dengan menyatakan BAB mana yang menjelaskan Shahrizat Jalil bersalah dalam isu NFC sepertimana yang Bung nyatakan "Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan. "Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan"

Adalah lebih baik jika Bung Mokhtar membongkarkan dengan lebih jelas kepada Rakyat penglibatan Shahrizat Jalil dalam isu NFC. Gomo rasa itu lebih bernilai daripada desakan letak jawatan yang Bung Mokhtar sendiri tidak mengetahui perjalanan cerita NFC dan juga Kak Jat.

Buat ahli UMNO, ingatlah bahawa wanita merupakan tulang belakang UMNO yang penting malah sudah acap kali dibuktikan bahawa wanita begitu gigih dalam memperjuangkan para wanita wanita. Kak Jat memimpin wanita ketahap lebih tinggi pada peringkat ini sehinggakan Muslimah PAS mengakuinya dan tidak menyerang Kak Jat.

Peperangan yang ada hari ini adalah berkisar pada Persepsi. Isu Kak Jat terlibat dalam NFC penternakan lembu adalah satu Persepsi semata mata dalam menghancurkan tulang belakang UMNO dalam meraih kemenangan pada PRU 13.

Buat Bung Mokhtar Radin anda dinasihatkan tidak beremosi dengan apa yang pernah Kak Jat suarakan kepada anda mengenai Hak kaum wanita. Bung Mokhtar sendiri sepatutnya perlu mempersoalkan pakatan pembangkang yang menfitnah Kak Jat ini dan cabar pemimpin PKR keluarkan bukti penglibatan Kak Jat.

Gomo ingat waktu diparlimen satu tempoh lalu bila ada orang cakap yang Bung Mokhtar ini dalam parlimen jual UBAT KUAT jenama beliau. Tidak tahulah betul atau tidak ubat Kuat tetapi jika Kuat Kote sekalipun namun tidak bijak menggunakannya maka sama lah seperti Anwar Al Juburi.

Bung Mokhtar mungkin ingat Tragedi 16 September......


Psssttt..... Bung Mokhtar pandai bercakap tetapi kadang kala Bodoh bodoh Suam


Photobucket

Selagi Umno Berkuasa, Selagi Itulah Melayu Merempat

on


Hebat betul UMNO, dengan kuasa, dengan kesombongan, dengan kezaliman dan dengan penipuan yang mereka lakukan terhadap orang Melayu selama ini, tiba-tiba mereka mendendangkan lagu bahawa "jika UMNO kalah dalam PRU13, nasib dan kuasa orang Melayu akan tergadai".

Setelah berpuluh tahun mereka berkuasa dengan cara menindas bangsa sendiri, merompak harta dan dan menghalau bangsa sendiri dari tanah kediaman mereka, menghapuskan biasiswa untuk pelajar Melayu, menjual tanah-tanah rezab Melayu, menghalang umat Islam dari mendengar kuliah kecuali dari ustaz yang mereka bagi tauliah (kerana antara rukun Islam UMNO ialah jika nak mengajar agama di masjid mesti ada tauliah). Namun begitu masih adakah orang Melayu yang terpedaya dan terpengaruh dengan kenytaan palsu UMNO itu?

Mereka laga-lagakan PAS dengan DAP. Tetapi bila sekutu mereka MCA dan Gerakan menghina syariat Allah dengan begitu teruk dan biadab sekali, UMNO senyap, ulama mereka bisu, mufti mereka jadi pekak badak. Mereka serang DAP sedangkan belum ada bukti yang DAP selama ini menghalau orang Melayu, merampas tanah milik orang Melayu, menjual tanah rezab orang Melayu! Yang melakukanya ialah UMNO. Belum kedengaran negeri Kelantan dan Kedah yang diperintah oleh PAS kini dikuasai oleh DAP. Yang kita sedia tahu ialah berpuluh tahun UMNO melutut kepada Gerakan di Pulau Pinang.

Kini tiba-tiba UMNO yang selama ini mendabik dada mempertahankan Raja-Raja hendak disaman oleh UMNO kerana mengatakan UMNO itu lintah. Pelik, kata "lintah" pun tak boleh. Yang UMNO kata "binatang" kat Sultan tidak mengapa pula. Hebat UMNO sekarang ini. Mereka lebih berkuasa dari Istana. Mereka boleh saman puak istana tetapi puak istana tidak boleh bertindak kepada mereka walaupun mereka gelar Sultan itu "binatang".

Puak mereka kebas duit rakyat berjuta-juta ringgit untuk kepentingan keluarga, mereka sokong dan pertahankan pula. Untuk mengaburi mata rakyat, mereka jadikan projek lembu sebagai "batu loncatan" untuk mendapatkan wang berjuta ringgit, kemudian digunakan untuk kepentingan keluarga. Mereka ini masih dilindungi kerana masing-masing mendapat habuan dari wang tersebut.

Mereka sibuk dengan isu HIV, tetapi mereka lupa yang terlibat dengan HIV, murtad, zina, buang anak, tak solat, berjudi, minum arak, melanggan pelacur itu adalah dari kalangan puak mereka sendiri. Di Kelantan, tidak mungkin timbul masalah HIV jika tidak ada puak UMNO yang tinggal d negeri itu. Semua penyakit adalah berpunca dari UMNO.
Ingatlah wahai orang Melayu! Sehiinga bila kamu sanggup ditipu oleh UMNO? Mereka punggah harta rakyat dan harta negara menjadi milik keluarga.

Ingatlah, mereka beria-ia berusaha supaya tidak kalah dalam PRU13 nanti bukan kerana hendak menjaga bangsa, agama dan negara tetapi kerana bimbang segala penyelewengan dan salahguna kuasa mereka selama ini akan dibongkar habis-habisan kepada rakyat. Mereka juga bimbang keluarga dan kroni akan kehilangan projek beratus juta. Yang terbayang dikepala mereka semua ialah "penjara". Mereka paling bimbang, jika mereka kehilangan kuasa kelak, maka polis, pendakwaraya, mahkamah, SPRM, SPR, JPN tidak lagi akan menyebelahi dan mendengar arahan mereka. Maka akan beraturlah saksi-saksi di mahkamah untuk membongkar segala skandal dan penipuan UMNO selama ini.

Akhirnya rakyat akan tahu siapakah sebenarnya UMNO selama ini yang mereka sokong, yang mereka undi dan yang pertahankans elama ini. Rupa-rupanya inilah dia petualan dan pengkhianat negara, bangsa dan agam sebenarnya yang telah bermaharajalela dengan kuasa yang ada tanpa memperdulikan rakyat jelata yang hidup merempat dan melata. Mereka sibuk mengumpul harta untuk kroni dan keluarga untuk dibawa keluar negara jika tidak lagi berkuasa. Bagi penyokong, mereka akan berkata "padanlah muka" kerana selama ini menyokong UMNO dengan hati yang buta. Selamat tinggalah penyokongku untuk selamanya. Aku dan keluarga aku dah kaya, kamu hiduplah dengan sengsara.

Ketika itu, wahai bangsaku, menangis airmata darah pun sudah tidak berguna. Negara bakal tergadai kepada APCO atau Komunis dari China dan menjadi sahabat dan sekutu UMNO jika dibiarkan UMNO terus berkuasa.

Pastikan UMNO tumbang dalam PRU13 nanti demi kerana agama, bangsa dan negara. Insyaallah. 


sumber :-  Tranungkite
Photobucket

Benarkah UMNO Semakin Kuat?

on

Benarkah UMNO Semakin Kuat?



BAGI orang-orang UMNO, berakhirnya perhimpunan semalam bermakna tiada lagi hal lain yang perlu difikirkan melainkan persiapan untuk berpilihanraya. Tidak kurang juga yang memasang angan-angan mereka ada ciri-ciri ‘winnable candidate’ atau calon boleh menang seperti yang diinginkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sepengetahuan penulis, proses pemilihan calon-calon pilihanraya biasanya bermula diperingkat bahagian, sejauh mana kepimpinan bahagian mereka benar-benar memahami konsep ‘winnable candidate’ ini sangatlah tidak dipastikan.

Apa sekalipun, satu perkara yang boleh penulis simpulkan ialah betapa yakinnya orang-orang UMNO dengan parti mereka dan kebarangkalian menang dalam pilihanraya akan datang. Beberapa kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak luar UMNO termasuk dari PAS, PKR dan UIA digunakan untuk menggambarkan ketinggian populariti Najib dibanding dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Datuk Seri Anwar dijadikan petunjuk kehebatan UMNO.

Memetik sedikit dari ucapan Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi, dikatakan bahawa populariti Najib pada 2008 ialah 41% dikalangan seluruh rakyat Malaysia dan 38% dikalangan orang Melayu. Peratusan ini dikatakan meningkat pada 2011 dengan 55% dari kalangan seluruh penduduk dan 59% dari kalangan orang Melayu.
Menurut Zahid lagi, perbandingan ini lebih tinggi dari populariti DS Anwar (21% umum dan 22% Melayu) dan TG Nik Aziz (35% umum dan 45% melayu).

Dalam keadaan biasa penulis boleh sahaja mempertikaikan penemuan atau dapatan dari kaji selidik ini tapi itu kelihatannya terlalu mudah. Apa yang boleh penulis katakan ialah, sedikit atau tidak langsung orang-orang UMNO ini faham bahawa kaji selidik itu merujuk kepada populariti individu, bukan populariti parti.

Dalam pilihanraya, akan ada lebih banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kekalahan dan kemenangan calon-calon parti bertanding, bukan sekadar betapa popular atau tidaknya kepimpinan tertinggi mereka. Dengan politik UMNO yang kita semua ketahui dimana cantas mencantas, hasad dengki dan busuk hati menjadi budaya, tidak mustahil ketinggian populariti Presiden mereka tidak memberi kesan kepada pola pengundian nanti.

Inilah kebimbangan sebenar Najib dalam ucapannya semalam apabila menyebut tentang hubungan Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian dan sebagainya. Walaupun dilontar dalam gaya santai dan bersahaja tetapi jelas kelihatan pada mata penulis kebimbangannya itu.

Bagaimanapun, mesej kepada kepimpinan Pakatan Rakyat itu begitu jelas, kita tidak boleh sesekali memandang rendah keupayaan UMNO walaupun kita rasa UMNO berada di tahap yang paling rendah sekarang ini terutama dengan pendedahan penyelewengan wang rakyat yang membabitkan syarikat milik keluarga Ketua Wanita mereka, Shahrizat Abd Jalil.

Yang lebih penting ialah gerak kerja mendekati dan memahami kehendak rakyat diperingkat akar umbi itu perlulah berterusan dalam menghadapi gelombang wang ringgit dan salah guna jentera kerajaan persekutuan yang biasa digunakan UMNO dalam menghadapi perjalanan pilihanraya.

Fokus kita perlu tidak beralih daripada menuntut proses pilihanraya yang telus dan bersih kerana hanya dengan itu sahajalah kita mampu untuk merampas kerajaan Persekutuan daripada UMNO, seterusnya mengubah landskap politik yang dpenuhi rasuah dan penyelewengan.


Oleh SuaraPakatan
Photobucket

Umno lebih buruk dan teruk apabila ahlinya menjadi orang umno

on



Pada saya, saya tak tahu orang lain. Mungkin orang lain berbeza pendapat apabila dengar Najib kata ahli umno mesti jadi "orang umno".

Jika benar apa yang dikehendaki dan diharapkan oleh Najib itu sah umno akan lebih jadi buruk dan rosak teruk macam Tun Mahathir kata tidak lama dulu.

Cuba anda bayangkan sifat yang ada pada orang umno berbanding dengan sifat yang dimiliki oleh ahli umno.

Ahli umno 2.7 juta bersifat rasinoal. Mereka itu tak akan mengundi parti lain selain umno/BN.
Cuma tengah juta saja ahli umno yang tak undi umno dalam musim PRU 12 lepas.
Mereka ini memiliki sifat "cintarasa" yang suka kepada suapan mahu jadi macam semua para pemimpin umno yang asyik kumpul seberapa banyak harta.

Mereka ini dilalaikan dengan harta benda dan anak pinak.Demikian juga orang umno yang memang tak pernah terikat dengan dasar perjuangan umno.

Mereka adalah manusia yang bersifat cintarasa yang ada pada puncuk pimpinan umno sejak dulu hingga kini.


Jika ahli umno mahu dijadikan orang umno maka akan rosak lebih teruk dan buruk lagi umno ini. Dahlah umno sudah menjadi pengkhianat bangsa, agama dan negara.


Oleh: Abdullah Ngah


sumber :-  tranungkite
Photobucket

Betul ke Ibu Pejabat Umno ada bela banyak 'BABI'...?

on


Masih lagi dalam 'mode' menghentam PAU 2011.Pagi ini terbaca artikel sahabat Tepak Bersulam 2 yang menghadapi masaalah sama dengan 'BABI BABI' dikalanganURUSETIA Perhimpunan Agung Umno 2011.Jadi bukanlah aku dan kengkawan UMB je yang menghadapi MASAALAH rupanya ramai bloggers PRO UMNO lagi yang dilayan macam anjing oleh 'babi babi' belaan RAOF SUK UMNO!

Ambik ko Raof !!!Bloggers datang nak buat liputan dan tulis baik baik pasal Umno kau halang.Sekarang apa kata KAMI tulis yang tak baik pulak pasal perjalanan PAU tempohari?Puas hati kau?Sekarang kau boleh cari bloggers upah diorang untuk defend kau dan Umno pulak..apa macam?He he he..


sumber dari  aku-tak-peduli




Malas nak cakap ada orang UMNO perangai macam Babi










Kami datang dengan semangat UMNO untuk membantu UMNO dan kerja kerja ini telah lama kami lakukan tapi kami bukan lah jenis yang mahu menonjol diri kehadapan. Niat kami sekumpulan datang ke PWTC ikhlas, saya bawa kumpulan blogers baru yang baru berjinak dalam ICT tetapi mereka ini berbakat.

Kami ada PAS media, kami juga ada PAS Media UMNO. tapi apa yang berlaku , babi pun tak kurang ajar dengan petugas UMNO di PWTC.Cakap baik baik tak payah rentap beg budak kami sampai koyak. Budak perempuan pula , bukan budak lelaki. Mereka ini tak ada budi bahasa. Kami ada PAS tapi dihalang masuk majlis pembukaan kami akur dan ikuti screen besar saja.

Dato' Raauf , kenapa simpan babi babi macam ini kerja dengan UMNO?????? Untuk pengetahuan Dato' UMNO tak bayar pun duit hotel dan makan minum atau tambang kami.Kami tidur dipinggir Kota Raya dan datang untuk mengulas menyahut saranan Presiden. Buta ke apa mereka ini. 



Kita melayu kena lah berbudi bahasa. pakai baju Melayu ke hulu ke hilir tapi kurang ajar. baru kerja dengan pejabat UMNO dah berlagak.kami hadapi banyak kesukaran pada perhimpunan UMNO kali ini. Kami ingat cukup dengan pas media saja, cukup dengan PAS media UMNO. 


Masa orang nak tulis dan bantu jangan lah biadab sangat, nanti bila orang hentam UMNO baru nak terhegeh hegeh cari bloggers. Yang lain akan saya ulas kemudian.UMNO oh UMNO.

Sumber dari  tepak bersulam

Photobucket

Najib Kata UMNO Pulih Sepenuhnya, Betul Ker...?

on Dec 4, 2011


UMNO akhirnya menampakkan (walaupun cuba untuk berselindung) yang pemimpin-pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Perhimpunan Agung baru berakhir dan segala-galanya yang berlaku dalam perhimpunan itu, saya ulangi; UMNO sebenarnya memusuhi diri mereka sendiri. Samada mereka sedar atau pun tidak itu tidak pula saya ketahui.

Apa kah sebabnya saya berkata demikian? Sebabnya mereka dalam ghairah menghentam semua parti lawan, mereka tidak sedar yang mereka sedang mengaku kelemahan mereka yang sebenarnya. Kecaman yang tidak terkira itu melambangkan kelemahan mereka sendiri. Jika UMNO dan pimpinannya kuat dan mendapat sambutan masakan mereka terpaksa melakukan kecaman yang keterlaluan yang sudah jauh terkeluar dari semangat demokrasi yang kita kononnya anuti sebagai wadah politik kita semua.

Kerana rasa ketakutan UMNO telah bertindak dengan mengadakan ikrar sumpah taat setia kepada UMNO dalam menghadapi pilihanraya ini. Ini di sebabkan ada para perwakilan kalau tidak silap saya perwakilan P Pinang yang mengatakan salah satu dari sebab besar kekalahan calon-calon UMNO di mana-mana ialah kerana ahli-ahli UMNO sendiri telah memberikan undi dan sokongan kepada parti lawan.

Kata-kata Musa Sheikh Fadzir ini benar. Saya telah menulis banyak kali tentang isu ini. Dalam ucapan penangguhan petang semalam, Presiden UMNO telah mengatakan PKR sedang menghadapi ahli-ahli parti yang keluar dari parti itu. Kata beliau 6 ahli parlimennya dan beberapa orang ADUN PKR telah keluar parti kerana tidak berkeyakinan terhadap PKR kononnya.

Tetapi elok kita ingatkan pucuk pimpinan UMNO yang telah hampir berucap bagaikan halalintar semalam yang sebenarnya yang paling ramai meninggalkan parti mereka ialah ahli-ahli atau apa yang di sebut sekarang ini sebagai orang UMNO. Dalam pilihanraya yang lepas lebih dari satu juta ahli UMNO telah mengundi parti-parti pembangkang di dalam peti undi….bukannya enam orang atau 5 orang sahaja. Itu merupakan jumlah yang terbesar meninggalkan UMNO selepas Dr Mahathir meninggalkan UMNO dan membawa ahli-ahli UMNO kedalam parti yang baru yang meminjam nama UMNO itu.

Mengenali sikap dan perangai ahli-ahli UMNO, bai'ah yang dilakukan dalam Perhimpunan Agong itu tidak akan pergi ke mana pun. Bai’ah itu hanyalah melibatkan 5447 orang perwakilan sahaja. Silap-silap ramai di antara mereka juga akan tidak membantu UMNO dalam pilihanraya nanti. 

Saya yakin kerana ada 4 atau lima orang perwakilan yang saya kenal telah datang ke TTDI berjumpa dengan saya dan mereka sendiri berkata mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada UMNO kerana kepada mereka UMNO sudah begitu teruk tercalar dan tidak lagi di hormati oleh orang ramai. “UMNO sekarang ibarat dahan yang telah rapuh. Kalau dahan dah reput bang, takkanlah kita nak bernaung di bawahnya lagi! Takut-takut dahan itu patah dan jatuh, mati kita di hempapnya” kata salah seorang yang berjumpa dengan saya yang masih berbaju Melayu yang keluar dari Dewan Perwakilan PWTC itu.

Perwakilan yang datang dari dua bahagian di Johor ini mengakui yang keadaan di Johor pun tidak begitu sedap bagi UMNO ini. “Lantak dia oranglah bang. Dia orang kata UMNO boleh menang selepas perhimpunan agong ni, itu dia punya pasallah. Kalau dengan perhimpunan agong boleh menang, panggil lah perhimpunan agong khas sehari dua sebelum mengundi nanti. Lebih indah khabar dari rupa bang! Walhasil balik asal bang! Biarkanlah dia orang buat kerja. Kita releks” kata seorang lagi.

Sesungguhnya UMNO bermusuh kepada dirinya sendiri. UMNO memusuhi siapa sahaja yang buat kritikan. UMNO masih lagi melakukan mengambil wang rakyat secara haram tetapi dengan penuh sistematik dengan berbagai-bagai cara. Pemimpin-pemimpin rasuah ini akan bermati-matian untuk mempertahankan UMNO kerana UMNO itu merupakan modal perniagaan mereka. Kalau UMNO jatuh ia bermakna mereka akan hilang modal untuk berniaga dan ‘commission’ yang mereka selalu dapati.

UMNO sekarang sudah takut kepada bayang-bayang sendiri. Pemimpin-pemimpin UMNO tahu yang ramai ahli-ahli UMNO akan sabotaj calon mereka sendiri. “Kita tunggu bang, apabila UMNO mengumumkan senarai calon nanti. UMNO akan kalah dalam banyak kerusi yang mereka pegang sekarang nanti. Cakap bolehlah! Pembangkang tidak payah berkempen sangat nanti” bentak seorang dari mereka.

“Kalau UMNO merasa kuat apa payah-payah hentam pembangkang gila-gila? Dah kuat! Tak payah hentamlah! Jemu lah! Tiga hari kami mendengar kata-mengata orang lain. Parti sendiri tidak terjaga nak ambik tahu parti orang lain…menghina orang lain, mencaci..tak habis habis.” Kata seorang perwakilan yang hanya di panggil dengan nama rengkas Man.

Kata seorang lagi, “Dah 50 tahun bercakap tentang agenda Melayu, tetapi Melayu tak kemana juga. Berjanji-berjanji dan berjanji….pendusta besar!” Dalam pilihanraya nanti mereka akan bercakap agenda Melayu lagi tetapi Melayu tidak maju juga. Pendeknya UMNO telah gagal sama sekali untuk memperjuangkan agenda Melayu sejak beberapa ketika dahulu.

UMNO hanya mengutamakan agenda ‘kronism’ mereka sahaja. Itu sebab mereka memaki hamun tanpa batas dan segala-gala kelemahan mereka, UMNO lemparkan kesalahan kepada parti-parti pembangkang. Apabila ramai ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang, mereka menyalahkan parti-parti pembangkang. Ketakutan mereka terhadap pengaruh pembangkang memaksa mereka bertindak melakukan ikrar serta bai’ah dalam perhimpunan agong baru-baru ini.

Mana ada parti dalam dunia ini terpaksa melakukan bai’ah untuk mengekalkan kuasa. Semua yang tidak pernah di lakukan oleh manusia yang berfikiran dilakukan oleh UMNO semata-mata untuk kuasa. Tindakan berbai’ah itu sahaja menunjukan yang UMNO tidak berkeyakinan untuik mendapatkan sokongan dalam pilihanraya yang akan datang.

UMNO mengaku hebat tetapi kelemahan-kelamahan mereka di tayang-tayangkan kepada rakyat. Kuat apa namanya itu? Hanya seorang penakut sahaja yang selalunya menjerit-jerit serta terlolong-lolong minta tolong seperti yang ditunjukkan oleh DS Najib itu.

Rupa-rupanya kepada pimpinan UMNO telah kembali pulih setelah berbai’ah dan berikrar di dalam Dewan Merdeka. Semuanya sudah selesai dan “UMNO akan menang besar dalam pilihanraya nanti’. 

Mereka (pimpinan UMNO) sebenarnya tidak dapat merasakan apa yang sebenarnya berlaku di bawah-bawah ini. Ramai yang tertunggu-tunggu di kawasan masing-masing, siapakah gerangan-gerangan yang akan di umumkan sebagai calon boleh menang itu.

Jangan pula personaliti Abdul Wahab yang ada di dalam UMNO sekarang ditukar pula dengan Abdul Wahib seperti watak-watak dalam filem Tiga Abdul. Hendak mencari watak Abdul Wahub itu tidak mungkin dapat di cari dalam UMNO sekarang ini. Kalau ada pun Abdul wahub itu ia hanya merupakan kejadian yang kaddang…kaddang sahaja dalam UMNO.

Tetapi kalau nak cari ‘winnable candidates’ dalam UMNO, yang perlu dipastikan ialah UMNO itu sendiri adalah ‘winnable party’.



sumber
Photobucket

Pemimpin UMNO Seperti Lintah...?

on




Putera Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan iaitu Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz telah membangkitkan kemarahan pemimpin dan perwakilan Umno yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno kerana salah faham artikel yang ditulis oleh Tunku Zain Al-Abidin di dalam akhbar The Star yang mengatakan mengenai lintah-lintah di PWTC.
Kata Umno memperjuangkan Raja-Raja Melayu, tetapi kenapa baru seorang Putera Raja menegur segelintir sahaja yang seperti lintah kenapa semua terasa? Hinggakan Setiausaha Agung Umno hendak mengambil tindakan saman terhadap Tunku Zain Al-Abidin sekiranya beliau tidak memohon maaf.

Tunku Zain Al-Abidin amat professional dan merupakan seorang Putera Raja yang berkaliber, dengan pantas beliau memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersalah faham akan tulisan beliau.

Kenapa pemimpin Umno, perwakilan dan ahli Umno tidak baca sampai habis dan menggarap erti maksud sebenar tulisan Tunku Zain Al-Abidin? Malahan ada juga tulisan Tunku Zain Al-Abidin sebelum ini yang menegur pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat, tetapi tidak pula kedengaran suara pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat yang meminta seorang anak Raja untuk meminta maaf.

Siapa yang tidak hormat kepada institusi Raja di Malaysia ini?

************

Negri prince apologises for Umno leeches comment, says analogy for some, not all

KUALA LUMPUR, Dec 3 2011 - Negri Sembilan prince Tunku Abidin Muhriz apologised for the misunderstanding that his remark, “leeches had penetrated” the largest component party of the ruling coalition, was implied to refer to the whole party. “I would like to apologise for the misunderstanding caused by my comment pertaining to leeches at PWTC this week,” Tunku Abidin said in a statement carried by The Star Online yesterday.

“Although I clearly restricted the analogy to ‘some’ individuals, several quarters have interpreted my comment as applying to all those participating in the Umno general assembly. This is most unfortunate,” he said. Tunku Abidin, who is founding president of the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), started a weekly column, Roaming Beyond the Fence, in the English-language daily in September.

“Anyone who has been reading my articles over the past three years will know that I admire and deeply respect many Umno leaders,” the second son of the reigning Yang di-Pertuan Besar of Negri Sembilan said. He was criticised at the Umno general assembly for implying that some of the delegates were leeches. “So, when I implied that leeches had penetrated the party, it was out of a sense of disappointment, not of an intrinsic hatred of the party, as has been suggested,” he said. Tunku Abidin pointed out that he had deep respect for Umno leaders such as Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn “Most recently, I have consistently praised the efforts of Datuk Saifuddin Abdullah in fighting for further democracy and freedom for all Malaysians.

“Furthermore, I have been consistent in congratulating the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his courageous attempts to reform the country under the Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme.” Umno Youth chief Khairy Jamaluddin welcomed Tunku Abidin’s apology as well as the clarification on his stand. He said it was not fair of the prince to make a “generalised statement” against Umno.


*************

Tunku Abidin apologises for misunderstanding over "leeches" remark

2 December 2011 KUALA LUMPUR (Dec 2, 2011) : Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) president Tunku 'Abidin Muhriz today apologised for remarks he had made in his article that was published in his column Roaming Beyond the Fence.


Tunku 'Abidin mohon maaf

KUALA LUMPUR 2 Dis. 2011 - Akhbar The Star diberi masa tiga hari untuk memohon maaf ekoran tindakan seorang kolumnisnya, Presiden Ideas, Tunku 'Abidin Muhriz yang mengumpamakan pemimpin UMNO seperti lintah. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jika gagal berbuat demikian pihak terbabit perlu bersedia menghadapi saman malu daripada UMNO.

"Saya sudah membawa perkara ini kepada peguam untuk dibuat penelitian. Ini adalah suatu fitnah dan tohmahan yang sepatutnya tidak dilakukan. "Mana boleh dia (kolumnis) mengatakan kita (pemimpin UMNO) macam lintah, itu adalah salah," katanya ketika ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan penyumbang ruangan pendapat mingguan The Star itu yang mengumpamakan para pemimpin UMNO seperti lintah.

Dalam pada itu, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, perumpamaan yang diberikan penulis tersebut sangat tidak wajar. "Proses untuk menjadi pemimpin di dalam UMNO bukanlah urusan mudah kerana perlu melalui banyak tapisan. Ia melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya menjadi wakil rakyat dalam pilihan raya," katanya.

Seorang lagi ahli MT, Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan penulis itu agar melihat kembali perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk kemerdekaan negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, dalam UMNO tiada unsur kronisme bukan seperti pembangkang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula musykil dengan tindakan The Star yang menerbitkan artikel tersebut ketika Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung. "Saya bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak, cuma yang menghairankan mengapa The Star membiarkan berita yang boleh menimbulkan kemusykilan kepada pembaca dikeluarkan," katanya.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor pula berpendapat, kenyataan tersebut tidak melambangkan kemuliaan institusi yang diwakilinya disebabkan perkataan yang tidak beradab sehingga merendahkan martabat pemimpin UMNO.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, artikel-artikel seumpama itu sememangnya kerap diterbitkan oleh The Star. "Saya tidak hairan dengan kenyataan itu kerana mereka (The Star) sering menggunakan kolumnis yang berfikiran liberal untuk meranap agenda Melayu. Tulisan itu lebih kepada retorik, menggunakan cara halus untuk merendah-rendahkan kepimpinan kerajaan secara melulu," katanya.

Sementara itu, menurut laman web The Star, Tunku 'Abidin malam ini meminta maaf secara terbuka berhubung artikelnya mengenai lintah di PWTC yang mencetus suasana kurang senang di kalangan pemimpin UMNO. Menurutnya, artikel itu telah dijelaskan secara analogi kepada 'beberapa individu' tetapi malangnya terdapat pihak yang menganggap komen itu ditujukan kepada semua perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO itu.

"Saya ingin memohon maaf di atas salah faham terhadap artikel saya mengenai lintah-lintah di PWTC minggu ini. "Sesiapa yang pernah membaca artikel saya dalam tempoh tiga tahun ini akan tahu bahawa saya sangat kagum dan amat menghormati pemimpin UMNO," katanya.




Sumber: utusan.com.my
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List