BONGKAR TEMBELANG KERAJAAN MALAYSIA....

on Apr 27, 2011



بسم الله الرحمن الرحيم

Bongkar: Rahsia Sebenar Kenapa Lynas Akhirnya Terpaksa Memilih Malaysia Untuk Dirikan Kilang Memproses Bahan Radio Aktif Rare Earth Mereka!




Dalam banyak-banyak laman blog yang membicarakan tentang isu Lynas ini, terdapat satu blog yang cukup menarik kupasan dan pembongkaran maklmuat yang diberikan. Bukan sahaja fakta-fakta yang menakjubkan malah ia disertakan juga dengan dokumen berkaitan. Kami ucapkan syabas kepada pemilik blog tahir nisa atas pendedahan yang cukup bermakna dalam mencari titik permulaan kenapa Kerajaan Malaysia membenarkan Lynas Corporation dari Australia membina kilang memproses "rare earth" mereka di negara kita. Terbaru, pendedahan panas beliau tentang kenapa Lynas memilih Malaysia sebagai lokasi kilang mereka dan kaitan syarikat itu dengan AMR Technologies. Menurut blogger terbabit AMR Technologies Inc, adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Ontario, Kanada pada 11 September 1986 dibawah nama Quesada Resources Limited. Pada 10 Jun 1998 nama syarikat telah ditukar menjadi AMR Technologies Inc. Kegiatan utama syarikat ini adalah dalam bidang pemprosesan nadir bumi dan syarikat ini mempunyai dua kilang pemprosesan di negara China. Menurut catatan didalam dokumen maklumat syarikat bertarikh 2hb Mac 2005, dua pusat pemprosesan nadir bumi di China ialah Jiangyin Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 90% saham) dan Zibo Jia Hua Advanced Material Resources Co., Ltd (pegangan 85% saham).

Tipu Sahan, Lynas Di Saman AMR Technologies

Kedua-dua pusat pemprosesan ini adalah aktif dan memberikan pulangan yang positif kepada kewangan syarikat. AMR Technologies Inc, juga mempunyai anak syarikat yang bergiat dalam bidang pembuatan barangan hasil dari nadir bumi yang telah diproses, terutamanya pembuatan barangan magnet. Kilang mereka terletak di Amerika Syarikat, Barbados, United Kingdom dan juga Thailand. Pada tahun 2004, Lynas telah melakukan sesuatu yang selalunya tidak berani dilakukan oleh mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan yang berintegriti. Lynas telah membeli sebanyak 19% saham AMR Technologies Inc, tanpa pengetahuan pengarah-pengarah AMR. Lynas telah menggunakan "jalan belakang" untuk menggunakan salah satu syarikat yang menjadi pemegang saham di AMR untuk membeli saham AMR secara berterusan dan kemudiannya saham-saham itu dibeli oleh Lynas dari syarikat tersebut. Lynas telah membeli saham tersebut dari Whiterock Investment. Selepas dari pembelian saham ini, Lynas telah menjadi pemegang saham terbesar di AMR Technologies Inc,.


Bukti, dokumen Lynas beli saham AMR KLIK DOKUMEN ASAL

Akibat pengambilalihan yang tidak menepati undang-undang pengambilalihan saham di Kanada dan disebabkan Lynas menggunakan cara yang tidak professional untuk melaksanakan pembelian saham-saham AMR, maka pada February 2005 pengarah-pengarah AMR telah memfailkan saman di mahkhamah untuk menyaman Lynas atas tindakan mereka. Saman ini juga untuk halang mana-mana individu dari Lynas dari jadi pengarah di AMR Technologies Inc, dan mengundi sebagai pemegang saham semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

Lynas Pilih Malaysia Selepas Tiada Hak Di China

Mahkhamah Persekutuan di Kanada telah bersetuju untuk kes tersebut didengar dan diperbahaskan. Pada 7 April 2005, AMR telah menarik balik saman keatas Lynas dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian diluar mahkhamah. Lynas telah diarahkan untuk menjual saham milik mereka di AMR kepada Magnequench Inc (foto) dari Indiana, Amerika Syarikat. Sejak dari tu Lynas tidak mempunyai apa-apa pegangan didalam AMR dan ini telah menyebabkan Lynas kehilangan peluang untuk memproses nadir bumi di pusat pemprosesan nadir bumi kepunyaan AMR di China. Ini adalah sebagai jawapan kepada mereka-mereka yang bertanya kenapa Lynas tidak memproses nadir bumi di China. Lynas tidak ada nama yang baik di China dan ini telah memyebabkan mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk dijadikan pusat pemprosesan nadir bumi. Di Australia pula pemprosesan nadir bumi memang tidak boleh dilakukan kerana nadir bumi adalah bahan beradioaktif walaupun iannya dikatakan dalam kadar yang "selamat" oleh Lynas. Hanya kerajaan BN sanggup menerima syarikat yang sebegini untuk melabur dan melebur di Malaysia.

Nota :- Dengan pendedahan ini, maka terbuktilah alasan menolak Lynas beroperasi di Gebeng itu adalah berasaskan kepada fakta-fakta dan bukan sembarangan bantahan sebenarnya. Lynas ternyata sebuah syarikat yang mengejar keuntungan semata-mata dan sanggup menipu untuk membeli saham syarikat lain menerusi "pintu belakang". Justeru itu, apakah rakyat boleh percaya langkah membawa masuk Lynas ke Malaysia itu tidak melalui "pintu belakang"?. Dek kerana itulah juga, maka Kerajaan Malaysia terpaksa berhempas pulas memberi seribu alasan untuk mempertahankan Lynas. Sedangkan, kini terbukti Lynas adalah sebuah syarikat yang tidak beretika dan tidak wajar diberi peluang untuk beroperasi di Malaysia sebenarnya. Apakah kita boleh yakin dengan kejujuran Lynas ini?. Namun, apakah kerajaan mahu mendengar suara rakyat ini gamaknya?. Oleh itu, rakyat diseru meneruskan bantahan Lynas demi masa depan generasi akan datang. Stop Lynas NOW!].

 pahangdaily 


Kenapa Eskay Serah DNA....

on

mengapa eskay yang dipuja oleh kickdefella menyerahkan dnanya kepada polis, apakah dna eskay juga terdapat pada saifool. atau apa yang menyebabkan eskay yang bangang ini menyerahkan dnanya kepada pihak polis. apakah akan ada sandiwara baru yang lebih menyengat sebelum 16 mei 2011 ini. nuar berahim telah diarahkan membela diri dan ini telah dijangka dari awal kes liwat lagi. buat lah apa saja sekali pun skrip tak pernah berubah cuma hanya bermain dengan masa sahaja. yang pasti nuar berahim akan masuk penjara. dna eskay dah diserahkan kepada polis, orang yang menayangkan video lucah tersebut yang menyerahkan dna yang pasti ada udang disebalik penyerahan dna ini. polis sudah mengesahkan bahawa pelakon dalam itu adalah bukan nuar berahim dan peguam negara mengarahkan kes itu disemak kembali dan eskay kembali ke balai polis dan menyerahkan dna. seluruh rakyat malaysia pasti tertanya tanya kenapa pula eskay yang menyerahkan dna tersebut. apakah permainan baru akan dikeluarkan oleh trio ini.

16 mei nuar berahim akan membela diri, bermakna selepas atau sebelum 16 mei ada kes baru yang akan digunakan jika kes saifool tidak menjerat nuar berahim bermakna ada kes baru yang akan dikenakan samada meliwat eskay atau meliwat mangkuk lain pula. yang pasti saksikan kes ini penuh dramatik yang sungguh menjijikan. tiada lagi maruah untuk pemimpin malaysia yang semakin terkenal diseluruh dunia yang pemimpin malaysia no 1 adalah bangang dan bodoh dalam menjatuhkan sesama musuh politik. tiada lagi maruah. yang pasti esok kenyataan media dari eskay akan mengejutkan lagi orang ramai. dan blogger umno celaka pasti suka dan ketawa tersenyum lebar mengenang betapa hebatnya mereka.




Hari tu berlagak sangat PKR ni!!

on



Beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada pilihan raya Sarawak, 16 April lalu akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli.

Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon.

"Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu. - Mkini.  
Macamana pulak tiba-tiba PKR boleh berubah wajah.
Sebelum PRN Sarawak dulu, PRK nampak cukup berlagak dan cukup tamak. Sampaikan sanggup berpatah arang dengan SNAP.

Punya la tamak PKR sampai hanya tawarkan cuma 3 kerusi saja kepada SNAP. Mana la tak marah SNAP dihina sampai macam tu sekali. Tak sesuai langsung untuk sebuah parti orang dayak tertua di Sarawak.

Kalau la masa tu PKR tawarkan 24 kerusi DUN tu kepada SNAP dah tentu tak timbul soal beban.

Masa belum pilihanraya hari tu sembang bukan main kemas lagi, tapi bila dah kalah teruk bunyi macam lain pulak.

Macam yang aku tulis sebelum ni, kalau pun betul SNAP tu balaci Umno, terbukti PRK takkan rugi tara mana sangat pun.

Kalaupun mungkin dengan SNAP bersama Pakatan Rakyat masa PRN lepas dan Pakatan Rakyat menang majoriti kerusi dan tiba-tiba calon SNAP yang menang melompat masuk BN, Baru Bian tetap tak boleh jadi Ketua Menteri, sama macam la jugak. Tapi sekurang-kurangnya, kemarahan rakyat Sarawak tentu punya akan lebih meningkat bila ada wakil rakyat yang berubah jadi katak.

Ataupun, mungkinkah kenyataan dari Rafizi ni sebenarnya suara Anwar nak belasah Ezam Azmin sebagai pengarah pilihanraya PKR yang nyata gagal di Sarawak?

Berkaitan



source: http://cenangau.blogspot.com/




All eyes on Abang Johari

on

altAT the height of the 1987 Sarawak political crisis, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud asked a group of reporters at a cocktail reception who among a crop of young Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) leaders had the necessary leadership qualities to succeed him.

A senior reporter suggested Datuk Salleh Jafaruddin and another pointed to Datuk Wan Habib Syed Mahmud or up and coming Datuk Wan Madzihi, all senior members of PBB.

A young reporter suggested to Taib to groom a 30-something (now Datuk Seri) Abang Johari Abang Openg (pix), who had just been elected Satok assemblyman.

The seasoned reporters looked at the young reporter with raised eyebrows. 

“He is too young and inexperienced,” shouted a senior reporter, who had since left the fourth estate. 

Taib, however, reserved his comment. 

Today, Abang Johari is the front-runner to succeed Taib as Sarawak’s fifth chief minister.

An MBA graduate from a British university, Abang Johari is PBB’s deputy president (2), a post he won with ease in the 1998 party elections, defeating special adviser to the Chief Minister’s Department Tan Sri Adenan Satem and former defence minister Datuk Abang Abu Bakar Datuk Bandar Mustapha.

Abang Johari’s father was the first governor of post-Independence Sarawak, Tun Abang Openg Abang Sapiee.

Keen watchers of Sarawak politics say Abang Johari, who has many close friends in Putrajaya, has the necessary credentials and has shown himself to be a very effective and capable minister. 

They also see him as a creative and innovative minister – one who is full of new and practical ideas. 

During his tenure as the industrial development minister, he was able to bring in billions of ringgit of foreign direct investments (FDI) to the state, mostly to the Muara Tubuan Free Trade Industrial Zone in Kuching.

The amount of FDI to Sarawak dropped drastically after he was moved to the state Tourism Ministry.

But in the Tourism Ministry, he again proved himself to be a capable minister by turning it into a money-minting machine, earning billions of ringgit from tourists from Japan, Korea, China, Arab and Europe.

In a subsequent cabinet reshuffle, Abang Johari was moved to the ailing state Housing Ministry and was shocked to find that the ministry was nearly “bankrupt”.

There was no fund even to build a single house.

Undeterred, he took his problems to his federal counterpart and managed to secure a RM200 million allocation to carry out people’s housing projects in the state.

He is still the minister of housing and urban development, and in the cabinet line-up announced by Taib after the state election, he was also handed the tourism and heritage minister post, which was vacated by Tan Sri Dr George Chan after the latter was defeated in the polls. 

When Abang Johari won the party No.2 post, he did so against Taib’s handpicked candidate, Adenan. 

An upset Taib did not punish Abang Johari, but PBB leaders who supported him were slowly “phased out” from the party and the state government.

It took a while for Taib to come to terms with Abang Johari as his deputy.

Taib has expressed his desire to step down as chief minister in the past, but it was only this year that he has repeatedly mentioned it in his public speeches. 

Political observers expected him to pick Abang Johari as his successor.

When Taib stated that he wanted his successor to be fair to all the races in the state, he needed not look far. 

When Abang Johari contested for the party’s No. 2 post and won, he had the support of not just the Malays and Melanaus, but also the Dayaks in the party. The support of the Dayaks was something that Adenan failed to get.

The next name mentioned is Datuk Awang Tengah Ali Hassan, senior vice-president (I) of the party and minister of public utilities and second minister of planning and resource management.

Had it not been Abang Johari holding the position of deputy president, Taib would have picked Awang Tengah as his successor.

Still some senior party members believed that in the end Awang Tengah would be picked.

They said Taib was referring to Awang Tengah when he mentioned that he had groomed a successor for the last 20 years.

But Awang Tengah’s main disadvantage may be his lack of support from the Dayak members of PBB and some Malays.

They are also not happy with the way he handled land matters, especially NCR land. Dayak votes in the party are crucial to anyone aspiring to lead the party.

In the past months, Taib had also been seeking the views of the people close to him, including some Dayak and Chinese ministers, regarding his possible successor. -


http://www.malaysia-instinct.com





50 tahun dahulu…...

on

Melayu merupakan kaum di Malaysia yang berjuang dan menitiskan darah dalam perjuangan menentang penjajah kerana pada ketika itu kita berada di sebuah negara bernama Tanah Melayu. Walaupun Melayu miskin dan tidak berharta ketika itu, ramai yang terkorban bukan kerana harta tetapi demi MARUAH, BANGSA dan NEGARA!. Kaum pada ketika itu minoriti seperti Kaum Cina berkorban dengan harta demi mencapai hasrat kemerdekaan negara walaupun pada ketika itu digelar sebagai imigran.

Sementara itu pula kaum India pada ketika itu walaupun jurang ekonomi jauh lebih rendah, namun masih juga gagah bersenjatakan tulang 4 kerat membantu kaum Melayu berjuang atas nama 1 KEMERDEKAAN dari penjajah British. Pertumpahan darah akhirnya dapat dirunding cara melalui meja-meja bulat dan sebulat suara tanpa tentangan memilih seorang MELAYU merupakan Ketua KEMERDEKAAN NEGARA.

Jelas dan nyata, atas perpaduan dan juga sokongan Melayu telah setuju memberikan taraf kerakyatan kepada kaum-kaum lain demi mengenang jasa. Betul kata pantun Melayu… Pulau Pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

Tertulis di dalam perlembagaan dan demi kekuatan rakyat seluruh kaum maka nama Semenanjung Tanah Melayu telah ditukar kepada Malaysi (Gabungan Melayu Cina dan India serta kaum-kaum yang lain). Demokrasi dilaksanakan dengan penuh ketelusan demi melaksanakan kehendak barat ke atas pentadbiran negara kerana sistem pendapat barat menyatakan sistem kesultanan adalah sistem yang dibawa oleh negara-negara Arab dan legasi pemerintahan beraja Khulafa Arrasyidin.

Maka Kesultanan Melayu dihadkan kepada perkara-perkara pokok dan tidak diberikan peranan di dalam pentadbiran negeri dan negara. Maka SPR ditubuhkan semoga sistem demokrasi dapat dilaksanakan. Percakaran hak dan bangsa berlaku, namun, atas kebijaksanaan Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu segalanya dapat diselesaikan ibarat menarik benang dalam tepung.

Sehingga terjadinya episode Singapura keluar dari Malaysia dan Brunei mengundur diri dari menyertai Malaysia. Semua sudah mengetahui Singapura keluar dari Malaysia kerana aspek politik dan keegoan pemimpin Bangsa Cina di Singapura. Dalam bijak ada juga ruginya, mengapa ketika Singapura keluar Malaysia tidak melakukan perjanjian seperti Hong Kong dengan Cina.

Selepas tempoh diberikan akhirnya Hong Kong kembali ke Cina. Namun, itu mungkin silap atau mungkin juga ada perjanjian yang kita tidak ketahui mengapa kita tak ikut seperti pemimpin Cina, jawapannya ada pada anda sendiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga ke hari ini dan negara Malaysia terus cemerlang.
Setelah 50 Tahun berlalu, kini, Malaysia semakin bergolak lagi atas isu perpaduan dan penolakan kaum kepada parti-parti komponen BN. Kita mesti faham yang berjuang untuk kemerdekaan sudah tiada lagi dan kebanyakannya sudah kembali ke rahmatullah.

MCA, UMNO, MIC dan juga Barisan Nasional kini sudah diterajui oleh orang-orang baru. PERIKATAN yang dahulunya berjuang bersama kini hanya duduk dalam Barisan. Disebabkan itu segala ikatan telah semakin hari semakin nipis dan hampir putus. Adakah perjuangan parti berunsur bangsa sudah tidak relevan? Jawapan saya memang YA… Jika dahulu orang Melayu tidak suka duduk di sebelah rumah Cina atas alasan orang Cina makan, makanan tidak halal dan bela anjing.

Jika dahulu orang Melayu tidak suka duduk dengan India kerana orang India gemar minum, minuman keras setiap kali ada perayaan… Kini orang Melayu suka berjiran dengan kaum-kaum tersebut kerana Orang Cina dan India sudah memahami adat dan budaya orang Melayu. Bermakna matlamat mantan PM pertama Malaysia (Tunku Abdul Rahman Putra) semakin jelas dan misi tercapai demi perpaduan kaum.

Namun, ada segelintir lagi golongan Melayu yang takut rakyat di Malaysia bersatu padu dan kerana itu ramai menyatakan UMNO merupakan punca perpaduan kaum GAGAL, UMNO kini. Sebab itu orang UMNO suka menemplak parti komponen BN kerana kegagalan membat hati kaum-kaum lain. Perjuangan UMNO lepas 50 tahun tidak sama seperti UMNO berusia 1 hari.

Disebabkan itu MCA dan MIC semakin kegerunan kerana puak Melayu UMNO tidak selesa dengan perpaduan kaum yang dicapai di Malaysia kerana takut segala harta dan kekuasaan dikongsi oleh kaum-kaum lain di Malaysia. Nampaknya perjuangan Melayu melalui UMNO menemui jalan buntu kerana setiap kali pilihanraya ada sahaja krtikian terbuka melalui media-media terhadap parti komponen lain bangsa tanpa mimikirkan hati dan perasaan kaum lain. Oleh itu walaupun semangat 1 Malaysia disuarakan adakah itu mesej kepada perpecahan kaum, atau sengaja mahu menjadikan 1 Malaysia dikuasai oleh 1 Bangsa sahaja.

Anak Malaysia



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List