Melayu merupakan kaum di Malaysia yang berjuang dan menitiskan darah dalam perjuangan menentang penjajah kerana pada ketika itu kita berada di sebuah negara bernama Tanah Melayu. Walaupun Melayu miskin dan tidak berharta ketika itu, ramai yang terkorban bukan kerana harta tetapi demi MARUAH, BANGSA dan NEGARA!. Kaum pada ketika itu minoriti seperti Kaum Cina berkorban dengan harta demi mencapai hasrat kemerdekaan negara walaupun pada ketika itu digelar sebagai imigran.
Sementara itu pula kaum India pada ketika itu walaupun jurang ekonomi jauh lebih rendah, namun masih juga gagah bersenjatakan tulang 4 kerat membantu kaum Melayu berjuang atas nama 1 KEMERDEKAAN dari penjajah British. Pertumpahan darah akhirnya dapat dirunding cara melalui meja-meja bulat dan sebulat suara tanpa tentangan memilih seorang MELAYU merupakan Ketua KEMERDEKAAN NEGARA.
Jelas dan nyata, atas perpaduan dan juga sokongan Melayu telah setuju memberikan taraf kerakyatan kepada kaum-kaum lain demi mengenang jasa. Betul kata pantun Melayu… Pulau Pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
Tertulis di dalam perlembagaan dan demi kekuatan rakyat seluruh kaum maka nama Semenanjung Tanah Melayu telah ditukar kepada Malaysi (Gabungan Melayu Cina dan India serta kaum-kaum yang lain). Demokrasi dilaksanakan dengan penuh ketelusan demi melaksanakan kehendak barat ke atas pentadbiran negara kerana sistem pendapat barat menyatakan sistem kesultanan adalah sistem yang dibawa oleh negara-negara Arab dan legasi pemerintahan beraja Khulafa Arrasyidin.
Maka Kesultanan Melayu dihadkan kepada perkara-perkara pokok dan tidak diberikan peranan di dalam pentadbiran negeri dan negara. Maka SPR ditubuhkan semoga sistem demokrasi dapat dilaksanakan. Percakaran hak dan bangsa berlaku, namun, atas kebijaksanaan Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu segalanya dapat diselesaikan ibarat menarik benang dalam tepung.
Sehingga terjadinya episode Singapura keluar dari Malaysia dan Brunei mengundur diri dari menyertai Malaysia. Semua sudah mengetahui Singapura keluar dari Malaysia kerana aspek politik dan keegoan pemimpin Bangsa Cina di Singapura. Dalam bijak ada juga ruginya, mengapa ketika Singapura keluar Malaysia tidak melakukan perjanjian seperti Hong Kong dengan Cina.
Selepas tempoh diberikan akhirnya Hong Kong kembali ke Cina. Namun, itu mungkin silap atau mungkin juga ada perjanjian yang kita tidak ketahui mengapa kita tak ikut seperti pemimpin Cina, jawapannya ada pada anda sendiri. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehingga ke hari ini dan negara Malaysia terus cemerlang.
Setelah 50 Tahun berlalu, kini, Malaysia semakin bergolak lagi atas isu perpaduan dan penolakan kaum kepada parti-parti komponen BN. Kita mesti faham yang berjuang untuk kemerdekaan sudah tiada lagi dan kebanyakannya sudah kembali ke rahmatullah.
MCA, UMNO, MIC dan juga Barisan Nasional kini sudah diterajui oleh orang-orang baru. PERIKATAN yang dahulunya berjuang bersama kini hanya duduk dalam Barisan. Disebabkan itu segala ikatan telah semakin hari semakin nipis dan hampir putus. Adakah perjuangan parti berunsur bangsa sudah tidak relevan? Jawapan saya memang YA… Jika dahulu orang Melayu tidak suka duduk di sebelah rumah Cina atas alasan orang Cina makan, makanan tidak halal dan bela anjing.
Jika dahulu orang Melayu tidak suka duduk dengan India kerana orang India gemar minum, minuman keras setiap kali ada perayaan… Kini orang Melayu suka berjiran dengan kaum-kaum tersebut kerana Orang Cina dan India sudah memahami adat dan budaya orang Melayu. Bermakna matlamat mantan PM pertama Malaysia (Tunku Abdul Rahman Putra) semakin jelas dan misi tercapai demi perpaduan kaum.
Namun, ada segelintir lagi golongan Melayu yang takut rakyat di Malaysia bersatu padu dan kerana itu ramai menyatakan UMNO merupakan punca perpaduan kaum GAGAL, UMNO kini. Sebab itu orang UMNO suka menemplak parti komponen BN kerana kegagalan membat hati kaum-kaum lain. Perjuangan UMNO lepas 50 tahun tidak sama seperti UMNO berusia 1 hari.
Disebabkan itu MCA dan MIC semakin kegerunan kerana puak Melayu UMNO tidak selesa dengan perpaduan kaum yang dicapai di Malaysia kerana takut segala harta dan kekuasaan dikongsi oleh kaum-kaum lain di Malaysia. Nampaknya perjuangan Melayu melalui UMNO menemui jalan buntu kerana setiap kali pilihanraya ada sahaja krtikian terbuka melalui media-media terhadap parti komponen lain bangsa tanpa mimikirkan hati dan perasaan kaum lain. Oleh itu walaupun semangat 1 Malaysia disuarakan adakah itu mesej kepada perpecahan kaum, atau sengaja mahu menjadikan 1 Malaysia dikuasai oleh 1 Bangsa sahaja.
0 comments:
Post a Comment