Mengapa guna pakai Perlembagaan Suruhanjaya Reid?

on Sep 20, 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgltSdXUyaeBcodFnojsmecA7knKpfRjYS3DrqvWA0k_wPVdlJIdshAJcMqv9kaUIzMk-o27trd1wUEHRfOCF8gqtWTARp-tJfUgzvceF45YWM-TPn45O8gzA3T9xMTAEMxCuZnLU4VVY4/s1600/Jusoli0004.jpg


SURUHANJAYA Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya ini telah namakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.


Ahli Suruhanjaya Reid: Lord William Reid – Pe nge rusi, Sir Ivor Jennings – Britain, William Mc Kell – Australia, Hakim B Ma lik – India, kim Abdul Hamid – Pakistan (Petikan da ripada Wikipedia, ensiklopedia bebas).

Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak per nah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Me layu mesti dibincang di Par limen British dan ti dak di putus sendiri oleh ke rajaan tanah Melayu pada ma sa tersebut?
Kalau benar tanah Melayu tidak dijajah sudah tentu kita tidak perlu kerajaan Bri tish merangka perlembagaan tanah Melayu.

Kalau negara yang bebas dari penjajah sudah tentu me reka akan merangka perlembagaan sendiri tanpa per lu campur tangan atau ke lulusan dari negara luar.
Mengapa Tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai per lemba gaan Suruhanjaya Reid? Me ngapa tidak dihapus sama se kali perlembagaan Reid dan kita rangka dan guna kan perlembagaan yang se suai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/ Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan me nurut syariah.

Semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.
Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan diļ¬kir bersama kalau be nar tanah Melayu tidak di jajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan per lembagaan sendiri ti dak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita.

Jadi pemimpin Umno kena ber sedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan.



Oleh JOFRI JARAIEE

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List