Showing posts with label Hal SPR. Show all posts
Showing posts with label Hal SPR. Show all posts

Semakan SPR.... Hasil Nya Ini.....

on Jan 24, 2013







MAMAT INI ADALAH PEMILIH BERDAFTAR DENGAN SPR!!!!!!!


Butiran peribadi...
NAMA: IMPIAS BIN SIPULLAH
NO K/P: H0488914/621010126275
TARIKH LAHIR: 10HB OKTOBER 1962


1) Betulkah mamat ini warganegara Malaysia sejati dan tulin?
2) Mengapa di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sabah ada satu unit dinamakan Unit Khas Sabah?
3) Menjadi pemilih berdaftar dengan SPR yang disahkan di DUN LIAWAN dan PARLIMEN KENINGAU... Macamana SPR boleh luluskan?

Memang wajar sekali apa yang diperjuangkan oleh NGO Bersih dan parti-parti politik dalam gabungan Pakatan Rakyat agar SPR mesti ada keberanian dan maruah harga diri untuk membersihkan senarai pengundi sebelum rakyat keluar mengundi pada PRU ke 13 nanti...





Photobucket

SPR guna 148 penapis bocor untuk tapis Daftar Pemilih...?

on Nov 5, 2012







Nasihat aku kepada Setiausaha SPR ni, tak payah la nak tunjuk 'ek' bagitau SPR gunakan 148 tapisan kalau penapis tu bocor. Kalau ada beribu tapisan pun tak guna kalau Daftar Pemilih masih lagi nampak tak telus.

Bharian melaporkan:   
KUALA LUMPUR: Rang Daftar Pemilih Tambahan (Rang DPT) Suku Tahun Ketiga 2012, yang menyenaraikan 135,214 permohonan pendaftaran pemilih baru dan pertukaran alamat pusat mengundi, kini dipamer di 948 lokasi seluruh negara sehingga 6 November ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, permohonan pendaftaran itu melibatkan 106,168 pendaftaran pemilih baru dan 29,046 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih sedia ada yang berdaftar dengan SPR. - Bharian.    

Aku harap takdak jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang terlepas pandang RDPT kali ni, terutama sekali ketua bahagian Daftar Pemilih disemua peringkat terutama sekali di peringkat daerah mengundi (UPU).

Kalau ada yang terlepas pandang, memang patut sangat kalau hangpa hantuk kepala hangpa sendiri ke dinding, biar pecah kepala supaya lain kali tak terlepas pandang lagi.

Kalau ada yang belum habis semak lagi, masa masih ada sampai hari Selasa depan kalau nak buat bantahan atau tuntutan.

Nampak gayanya semenjak dua menjak ni, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dah tak berapa nak ke depan, Setiausahan SPR pulak yang banyak buat statement.

Dan statement Setiausaha SPR kali ni memang cukup power macam yang dilaporkan Bharian:
Beliau berkata, setiap permohonan akan melalui 148 tapisan termasuk semakan maklumat peribadi seperti kewarganegaraan, umur kelayakan dan kelayakan untuk menjadi pengundi tidak hadir sebelum dimasukkan ke dalam data Rang DPT itu.

"Jika sesuatu permohonan itu tidak melepasi tapisan tersebut, borang permohonan tidak akan didatakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Ibid.
Tak pulak dibagitau 148 tapisan tu baru diujudkan ataupun memang dah digunakan sebelum ni. Tapi kalau baca laporan Bharian tu aku rasa 148 tapisan tu memang dah lama SPR guna.

Yang aku mushkilnya, walaupun menggunakan 148 tapisan, macamana masih lagi terdapat bermacam-macam pembongkaran kecelaruan Daftar Pemilih.

Yang paling jelas sekali macamana pemilih bernama 'Kg Baru' boleh didaftarkan, lebih teruk dari tu ada pemilih yang cuma gunakan simbol ( ' ) sebagai nama. Takkan sampai 148 tapisan boleh lepas jugak kes bangang macam tu.

Nasihat aku kepada Setiausaha SPR ni, tak payah la nak tunjuk 'ek' bagitau SPR gunakan 148 tapisan kalau penapis tu bocor. Kalau ada beribu tapisan pun tak guna kalau Daftar Pemilih masih lagi nampak tak telus.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/




Photobucket

SPR Tanpa Integriti Keadilan Dan Ketelusan, PRU 13 Menjadi Terlalu Kotor Lagi Menjijikkan

on Oct 30, 2012






Adalah jelas kunci kepada keadilan pilihanraya umum ke 13 Malaysia terletak kepada peranan berintegriti yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Tanpa integriti, keadilan dan ketelusan SPR, PRU ke 13 akan berada dalam keadaan yang terlalu kotor lagi menjijikkan.

Namun demikian hingga ke saat ini, walau betapa kuatnya rakyat mendedahkan segala kepincangan, kecacatan dan juga ‘kejahatan’ kerja buat SPR, badan pengurus pilihanraya ini terus bagaikan buta dan pekak. 

SPR Bisu? Bisu tidak! SPR tidak bisu kerana SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz dan Wan Ahmad yang ‘bengong’ ini, tetap akan menjawab segala permasalahan yang dibangkitkan namun secara sehala dalam media-media pencacai Umno/Bn, walaupun dengan asasan yang paling menyakitkan hati, kebudak-budakan, paling mengarut, paling tidak munasabah malah penuh dengan kejahatan dan dosa penipuan!

Alasan yang sering diberikan oleh SPR, pihak parti dalam Pakatan Rakyat hanya tahu komplen tetapi tidak berani berjumpa dengan mereka secara bersemuka. SPR akan mengomel konon pihak parti Pakatan Rakyat tidak ada bukti di atas setiap tuduhan. SPR terus melalut dan merapu dengan  pelbagai auta serta putar belit yang kadang-kadang mengalahkan ular sawa dan Mahathir !

Melihat kepada keadaan sekarang SPR hari ini ia bukan lagi boleh diharap untuk menganjurkan PRU bersih buat parti-parti yang menentang Umno/Bn. Bagi SPR yang ‘jahat’, keadilan dan integriti yang sebenar adalah memastikan Umno/Bn menang selesa dalam PRU 13. Itulah makna keadilan bagi SPR! Keadilan kepada hotak mereka!

Daftar pemilih yang kotor lagi hina yang penuh dengan pengundi-pengundi yang mencurigakan dan diragui, tidak diambil kisah oleh Abdul Aziz dan Wan Ahmad. Alasan mereka tiada bukti, perkara yang berlaku itu dah memang macam itu, tak boleh buat apa-apa kerana undang-undang dah kata begitu, kalau ada pengundi yang bernama Siput bin Babi pun mungkin akan dikatakan dah nama dia macam tu, atau sengaja diada-adakan untuk memburukkan nama baik SPR! 

Macam kes-kes dalam gambar di atas mungkin SPR akan jawab, "dah nak buat macam mana dia memohon sebelum dia lahir lagi! Yang seorang tu pulak pada hari lahir dia tu jugak dia merangkak pergi memohon...ini hakikat! Yang memohon sebelum umur daftar sekolah tu, waktu dia bermain pondok-pondok bawah pokok depan rumah dia, dia teringat nak daftar pemilih teruslah dia pergi daftar! Itu biasalah dunia hari ini kan! Parti Pembangkang  bukan tahu hal ini, saya tahu!"

Memang gila....gila babi!

SPR hanya memekakkan telinga kepada segala komplen yang mempunyai bukti jelas antaranya Umno/Bn menggunakan sepenuhnya media dan segala harta kerajaan dalam kempen mereka. SPR buat tak kisah malah kadang-kadang mengeluarkan kenyataan bagaikan memberi kebenaran kepada Umno/Bn untuk membuat sesuka hati!

Pendek kata keadilan bagi SPR ialah hanya  Umno/Bn yang patut mendapat ekses media sedangkan parti-parti yang berlawan dengan Umno/Bn hanya layak atau memadai mengharungi ceramah-ceramah penerangan dengan penuh cabaran dan gangguan para samseng daripada kalangan pelesit dan syaitan yang dikenali!

Ada SPR kisah akan nasib parti-parti pembangkang kepada Umno/Bn atau parti Pakatan Rakyat? "Lantak engkaulah...tapi kalau engkau langgar peraturan, tindakan tegas membatalkan calon atau membatalkan keputusan pilihanraya calon engkau boleh diambil!", mungkin itulah agaknya antara yang akan dipertuturkan oleh SPR apabila parti pakatan Rakyat agak aggresif terhadap provokasi Umno dan kuncu-kuncunya

Hingga ke hari ini SPR belum melayan segala tuntutan rakyat melalui BERSIH 2.0. Maknanya hingga ke hari ini SPR masih jahat dan tetap akan bekelakuan jahat terhadap Pakatan Rakyat! SPR seolah-olah sedang menyediakan padang yang tidak sama rata bagi 'perlawanan' antara Umno/Bn Vs Pakatan Rakyat dalam PRU 13. 

Ada harapankah nak mencari keadilan dalam PRU 13 nanti jika begini kelaku SPR? Jangan harap!

Nampaknya terlalu banyak lagi ‘kejahatan’ SPR Umno/Bn ini kalau hendak dileterkan disini dan di mana-mana. Pengajaran yang sesuai buat SPR yang buat kerja gila babi seumpama ini memanglah penganjuran himpunan sejuta rakyat menuntut pilihanraya bersih. 

Nampaknya sebelum rakyat turun berduyun-duyun dalam pilihanraya, rakyat harus terlebih dahulu turun berhimpun menunjuk rasa.

Rakyat yang sedar akan masalah ini wajib turun ramai-ramai untuk menentang segala kejahatan syaitan yang dikenali dengan kuncu-kuncunya yang tidak takut melakukan perkara haram dan dosa ini!


sumber

Photobucket

MyKad Yang Hanya Sah Untuk Mengundi Sahaja...SPR Apa Cerita Ni....

on Oct 2, 2012







Bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? Kad Penganalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?

Blog Edyesdotcom melaporkan kenyataan media SAMM:
Merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. - Edyes.

Bila mahkamah berani kata dokumen tu palsu tentu mahkamah dah semak dokumen tu dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kalau dokumen tu sama dengan data yang ada pada JPN takkan mahkamah nak putuskan yang dokumen tu palsu.

Aku dok tunggu apa pulak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR nak bagi alasan, nak kelentong kali ni.

Kalau sebelum ni dengan bangga Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR kata setiap yang nak daftar SPR akan ditapis dengan menggunakan sistem ALIS yang ada link dengan data JPN yang kononnya cukup canggih. Kononnya kalau nama takdak dengan JPN automatik akan ditolak.

Tapis canggih kepala hotak depa.

Bukan setakat yang baru nak mendaftar saja, yang nama dah ada pun SPR kata kononnya dah buat pemutihan dengan data JPN.


Dah la sebelum ni keluar satu nama yang cukup unik dari daftar pemilih SPR. Uniknya nama tu sampai takdak bunyi.


Sebelum ni kita pernah dikejutkan dengan nama pengundi 'Kampung Baru' yang kemudiannya SPR mengaku sebagai 'silap pendataan'. Silap pendataan tengkorak apa kalau dah buat pemutihan.

Pemutihan kepala hotak depa.

Bukti ni menafikan apa yang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR kata tu, Pasai tu la aku teringin sangat nak dengar ikut mana pulak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR nak spin, nak bagi alasan dan nak kelentong.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/10/apa-pulak-alasan-spr-nak-kelentong-kali.html#ixzz288B9jBzG




Photobucket

Hentikan Politik Kotor, Reformasikan Sistem P’raya

on Jun 7, 2012


7 JUN 2012  -  

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akan terus memperjuangkan kewujudan satu sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.
            “Kami adalah gerakan massa yang non partisan. “Tujuan kami ialah untuk meluaskan demokrasi di Malaysia dengan memperkasa semua pihak yang berkepentingan untuk berpegang kepada prinsip ketelusan sistem pilihan raya,” ujar Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan.


Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 terdiri daripada Datuk Ambiga Sreenevasan (Pengerusi Bersama), Datuk A. Samad Said Pengerusi Bersama), Ahmad Shukri Abdul Razab, Andrew Ambrose, Andrew Khoo, Anne Lasimbang, Arul Prakkash, Arumugam K., Awang Abdillah, Dr Farouk Musa, Hishamuddin Rais, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Matthew Vincent, Niloh Ason, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.


Ini, tambah kenyataan itu bertujuan untuk mempertahankan hak pengundi.

Bersih 2.0 melihat teori konspirasi yang ditelorkan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Muhamad dan disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tentang Bersih 2.0 sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan melalui kacau bilau sesudah PRU13 adalah berniat jahat dan satu tohmahan.

“Kami melihat niat fitnah dan tuduhan gila ini hanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai dari Bersih 2.0,” ujar kenyataan itu lagi.

Menurut jawatankuasa itu, sebagai wakil rakyat yang telah dipilih dan juga Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin seharusnya menjalankan tanggungjawab dan bekerja keras memerah tenaga untuk memastikan berlakunya reformasi dalam sistem pilihan raya.

Ini, kata Bersih 2.0 untuk memastikan PRU13 nanti akan berjalan dengan adil, bebas dan bersih di mana ratusan ribu warga yang keluar di Duduk Bantah Bersih 3.0 adalah tanda tuntutan orang ramai kepada sistem pilihan raya yang adil.

“Kami ingin mengingatkan Timbalan PM ini tentang tugas utama sebagai wakil rakyat yang dipilih dan sebagai menteri ialah berkhidmat untuk rakyat.

“Bukan bekerja untuk memajukan agenda peribadi atau agenda parti sendiri.
Tohmahan dan fitnah ini adalah contoh politik kotor,” katanya.

Justeru ianya menjadi salah satu dari 8 tuntutan Bersih 2.0 iaitu hapuskan politik kotor.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 menyeru semua wakil-wakil rakyat dan juga pegawai-pegawai kerajaan untuk berhenti daripada melakukan politik kotor.

Jawatankuasa itu menambah, masanya telah sampai untuk menumpukan kepada isu dan dasar-dasar yang betul-betul diperlukan oleh rakyat.-Hrkhdaily




Photobucket

Mamat Ni Macam Dah Tahu Ajer...

on May 27, 2012

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yakin bahawa pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang akan datang atau marah jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa...... Macam dia dah tahu ajer keputusan nya....




Photobucket

SPR Dah Mula Melalut...

on

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di negeri masing-masing serentak jika Parlimen dibubarkan dengan mengambil kira faktor masa dan kos.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, selain faktor kos, pihaknya berharap kesemua empat negeri akan berbuat demikian atas pertimbangan masa iaitu mandat pemerintahan masing-masing akan berakhir antara April dan Mei tahun depan.





Photobucket

SPR tiada hak bercakap hak asasi rakyat

on Apr 8, 2012

Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada hak dan kuasa untuk bercakap perkara membabitkan hak asasi rakyat negara ini.

Aziz Bari berkata, SPR boleh bercakap mengenai pilihan raya sahaja dan suruhanjaya itu tidak ada kuasa hendak menyekat hak rakyat negara ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan SPR yang menyifatkan tindakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0, adalah langkah terburu-buru.

Beliau yang ditemui ketika menghadiri Forum Cabaran Pelaksanaan Hudud Antara Kefahaman dan Tohmahan anjuran anjuran Gabungan Sokong Syariah (Gesa) turut menyokong usaha Jawatankuasa Bersih bagi mengadakan himpunan pada 28 April ini kerana ia adalah hak apatah lagi kehendak rakyat.

"Jadi kalau hanya duduk dan bantah pada 28 April ini, apa yang menimbulkan masalah? Saya rasa mereka yang hendak menuntut pilihan raya bersih itu perlu takut, sebenarnya. Apa salahnya Bersih 3.0 diberikan ruang," katanya.

Bahkan katanya, kerajaan tidak perlu takut dengan rakyat kerana dalam perhimpunan itu mereka hanya duduk dan bantah bukannya mahu melempar batu sana sini.

"Apa yang takut sangat?"tegasnya sambil tersenyum setelah diajukan soalan sama ada beliau akan turut serta dalam perhimpunan itu nanti.

Terdahulu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegskan Dataran Merdeka tidak diwartakan sebagi kawasan perhimpunan aman sebagai respons kepda Jawatankuasa Bersih untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0 di situ.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menegaskan Bersih sepatutnya menerima laporan 22 cadangan yang diusulkan Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya dan menyerahkan kepada agensi itu untuk meneliti terlebih dahulu.

Jelas Wan Ahmad, tindakan menganjurkan himpunan Bersih 3.0 adalah tidak wajar memandangkan SPR belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi terhadap cadangan PSC.
Pada 9 Julai lalu, Bersih telah menganjurkan himpunan Bersih 2.0 diadakan di ibu negara mendesak pembaharuan sistem pilihan raya.


harakahdaily

Photobucket

Bangi Pun Banyak Hantu Ker...?

on Apr 6, 2012


“Walau bagaimanapun, kita kesal dan musykil apabila terdapat seramai 4,000 nama pengundi yang dibekalkan  dalam Rang Daftar Pemilih Suku Keempat mulai 8 Februari, 2012 sehingga 14 Februari  telah dikenal pasti bukan rakyat Bangi telah dimasukan kawasan ini .



4,000 nama tidak dikenali dalam DUN Bangi....




Photobucket

Saman Mahfuz Kalau 'Cerita Karut'

on Apr 5, 2012

Contoh Kotoran SPR

on

SPR, Ini kasi bersih lah dulu.....




Photobucket

JUNE 2012...?

on Mar 29, 2012

Tan Sri Khalid Ibrahim Kantoi

on Mar 16, 2012

Alasan pembetulan sempadan pilihanraya kepala hotak depa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtkTktspMuIXF_0vxfw-8gREVZuoBW1UnWuxms1_BkcHyPrInM-SJSAmMajG7XZl7rKZEnDhMjBmII1ows6_0VbXfp98_d8hxmTwcyaFH60MkFrMzuU6DdPuDlbJm7QpshUPUG37xLjGU/s1600/maklumat_pengundi_Khalid_Ibrahim.jpg 


Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap:-
 "selaras kepala hotak depa".





Photobucket

ADA ADA SAJA SPR NI

on Mar 15, 2012



 

Payah betul la kalau yang selalu berlagak macam 'si anjing Umno' dibagi kuasa jaga SPR ni. Benda yang ramai rakyat bising suruh depa perbetui depa buat-buat tak dengar, lepas tu sibuk dengan cadangan-cadangan yang tah apa-apa yang nampak sangat nak menguntungkan Umno BN.


Payah betul la kalau yang selalu berlagak macam 'si anjing Umno' dibagi kuasa jaga SPR ni. Benda yang ramai rakyat bising suruh depa perbetui depa buat-buat tak dengar, lepas tu sibuk dengan cadangan-cadangan yang tah apa-apa yang nampak sangat nak menguntungkan Umno BN.S
Benda yang penting macam pembersihan Daftar Pemilih dan hak warganegara yang tinggal di luar negara untuk mengundi, SPR boleh bagi macam-macam alasan untuk tak buat tapi sibuk pulak bagi cadangan konon untuk penambahbaikan benda-benda yang tah apa-apa.

Yang kita mushkilnya pasai apa pulak nak ubah sistem pengiraan yang selama ni tak pernah timbulkan masalah. Malah kaedah yang dibuat selama ni lebih telus.

Apa masalah sangat kalau takat tau keputusan undi yang sikit kat pusat mengundi tertentu yang habih awal. Tara mana sangat kesanya kat pusat mengundi lain pun. Kat negara-negara lain bukan setakat satu peti undi tapi satu negeri dapat keputusan awal takdak masalah pun.

Lagi pun memang ada asas kerisauan yang kertas undi tu akan diganggu. Satu kerja pulak PACA nak kena jaga kotak undi tu kalau nak kira sama dengan tempat mengundi lain. Berapa jam pulak nak kena melangut tunggu. Tah pukul berapa pulak keputusan rasmi akan sampai ke pusat penjumlahan undi.

Kalau SPR cadang supaya tak payah kira kat pusat mengundi tu lagi la masalah, satu kerja pulak PACA nak kena iring kotak undi tu. Contoh kalau nak kena naik helikopter, berapa orang PACA nak kena bawak sama. Kalau setakat calon yang bertanding 2 orang kira ok lagi, dibuatnya jadi macam PRK Bukit Selambau, berbelas orang calon, tak ka idea gila namanya.

Bukan setakat tak penting tapi cadangan terbaru SPR ni nampak macam ada agenda tersembunyi. Memang tak mustahil akan ada tangan-tangan CELAKA yang akan ganggu peti undi tu. Dan memang pun dalam kalangan kakitangan SPR tu cukup ramai yang sentiasa bersedia untuk jadi 'si anjing Umno.'



CENANGAU

Photobucket

N3 YANG KU DENGAR :- Nak Sangat Dakwat Kekal, Ambik Ko..

on Feb 16, 2012



Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum berkuat kuasa hari ini setelah diwartakan pada 13 Feb lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Beliau berkata, SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.

"Dakwat ini tidak boleh dipesan awal kerana boleh tahan tiga bulan, dan kekalnya akan hilang. Oleh itu SPR belum ‘order’ lagi,” katanya semasa diwawancara oleh hos Suhaimi Mohammad dalam program “Dialog” yang bertajuk “Daftar dan Undi" yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 di sini malam semalam.
"Untuk ‘order’ (dakwat kekal) tidak lama, dua minggu sahaja. Maknanya dari segi persediaan kita dari segi kotak, botol, penutup botol, sudah dalam proses,” kata Abdul Aziz.

Beliau berkata, dakwat itu akan dipesan sebaik pembubaran Parlimen diumumkan.

BERNAMA




Photobucket

N3 YANG KU DENGAR - Mana Datang Banyak Sangat Hantu Ni...?

on Feb 15, 2012


Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini dimaklumkan bahawa semakan audit yang dijalankan ke atas daftar pemilih mendedahkan wujudnya jumlah amat besar  pengundi yang meragukan.

Mimos Bhd, sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan yang membuat semakan audit itu pada taklimatnya kepada PSC berkata terdapat sekurang-kurangnya  230,000 pengundi yang mencurigakan.

N3 Sebenar


Photobucket

Zentrum: SPR Tidak Perlu Takut Pada Pemerhati Luar

on Feb 10, 2012






Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak seharusnya bersikap curiga dan takut terhadap pemerhati luar dalam memastikan sebuah pilihanraya yang adil dan bersih dapat dijalankan di negara ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengasas Zentrum Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah berhubung kenyataan SPR yang menolak kedatangan pemerhati asing pada pilihanraya akan datang.

"SPR bukan sahaja perlu menjadi sebuah institusi yang berperanan menyuburkan demokrasi malah ia perlu bersifat lebih terbuka untuk memahami nilai demokrasi sepenuhnya.

"Jadi kenyataan SPR terhadap badan pemerhati luar sebagai tidak penting, jelas bertentangan dengan aspirasi transformasi yang dibawa oleh kerajaan sendiri,"

"Apakah ketakutan yang ada pada SPR untuk meragui dan mengesyaki badan-badan pemerhati ini sebagai agen-agen pihak tertentu yang mampu mencederakan proses pilihanraya yang bakal dijalankan? sudah pasti ianya tidak akan berlaku,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar (gambar) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Abu Hassan mengingatkan SPR untuk berfungsi sebagai sebuah institusi profesional bagi mengurus perjalanan pilihanraya yang adil, bersih selain merayakan demokrasi segar dan bukannya bertindak diluar bidang kuasa suruhanjaya tersebut

"SPR tidak boleh mencampuri kepentingan dan keuntungan politik mana-mana pihak, tidak kira parti A mahupun parti B.

"Sikap berpihak kepada mana-mana, bakal menyaksikan SPR sebagai satu badan yang mungkin akan disalahkan oleh rakyat pada masa hadapan sekiranya negara kita ketinggalan dalam aspek merayakan demokrasi,"katanya. -tvsnews


Sekat pemerhati luar: SPR cuba sembunyikan sesuatu? - Nik Amar

KOTA BHARU, 9 Feb: PAS menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah cuba mahu menyembunyikan sesuatu ekoran tindakannya tidak membenarkan pemerhati luar memantau pilihan raya umum ke 13.

(Nik Amar dakwa Wan Ahmad cuba sembunyikan sesuatu)

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, berbeza pula dengan PAS yang mengalu-alukan pemerhati asing.

"Kalau SPR betul-betul telus, sepatutnya terima pemerhati asing. Buat apa takut," kata beliau kepada Harakahdaily.

Mohamad Amar mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Wan Ahmad berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya, mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini.

"Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini," katanya.

Bagi Mohamad Amar, SPR tidak sepatutnya takut untuk membenarkan pemerhati antarabangsa datang memerhatikan perjalanan pilihan raya di negara ini.

"Buktikan pada dunia yang kita ni telus dan terima pemerhati asing," cadang beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.

Mohamad Amar ditemui wartawan selepas majlis perasmian sambutan suami isteri 2012 di Balai Islam hari ini. -HD




Photobucket

APA MUSLIHAT NYA

on Feb 9, 2012





Mengapa SPR takut dengan "pemerhati asing" jika benar pilihanraya di negara ini adil dan telus sepertimana yang didakwa?


Pengerusi SPR sendiri pernah ke Bangkok kerana dipanggil untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi pilihan raya umum Thailand. Saya ingin bertanya kepada kepada SPR berapa kali SPR ada memanggil pemerhati antarabangsa untuk perjalanan pilihanraya umum atau kecil di negara kita? Jawap! Ya, kosong kali, kenapa? Sebab SPR tidak pernah mahu berlaku bersih di dalam pilihanraya. Malah pemerhati dalaman pun seperti MAFREL ditakuti SPR sehingga tidak diiktirafkan sebagai pemerhati.


Apakah pihak berkuasa Thailand pernah menyatakan bahawa pemerhati asing seperti Tan Sri Abdul Aziz tidak tahu selok belok undang-undang di negaranya seperti kenyataan Wan Ahmad yang cuba memperbodohkan rakyat ini?


Dengan sebab itulah, mengapa rakyat berpersepsi bahawa SPR adalah komponen BN dan ternyata apa juga alasan yang diberikan oleh SPR, alasan-alasan berkenaan kesemuanya in favour of the ruling party, BN. 


Ingat SPR, tanggungjawab SPR bukan sekadar kepada rakyat di negara ini tetapi kepada Allah. Dan pengerusi dan timbalan pengerusi boleh mengeluarkan hujjah-hujjah di depanNya nanti. Hukum Kebenaran dan Hukum Tuhan tetap berjalan. Yang bersalah akan tetap menerima balasanNya.



CERITA BERKAITAN :-


SPR ingatkan pembangkang tidak ghairah tarik pemerhati asing


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan parti-parti pembangkang supaya tidak ghairah menarik pemerhati asing ke negara ini untuk memantau proses Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pemerhati asing, yang mungkin mewakili badan bukan kerajaan (NGO) tertentu, tidak memahami undang-undang pilihan raya di negara ini.

Katanya mereka juga tidak faham budaya berpolitik di Malaysia selain tidak memahami sensitiviti rakyat negara ini. "Dia (pemerhati asing) datang seminggu sebelum pilihan raya, kemudian buat andaian dan kesimpulan mengenai proses perjalanan pilihan raya di negara ini.

Adilkah kepada rakyat Malaysia? Tentunya tidak!" katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Persediaan PRU Ke-13 kepada pegawai polis dan pengurus serta penolong pengurus pilihan raya di Kelantan di sini, hari ini.

Wan Ahmad berkata pemerhati dalam negara adalah lebih adil kerana mereka memahami undang-undang pilihan raya negara ini, memahami sensitiviti rakyat malahan mereka mempunyai kepentingan dalam pilihan raya kerana mereka adalah rakyat negara ini.

"Janganlah kita ghairah hendakkan pemerhati asing, pemantau dalam negara oleh rakyat kita sendiri adalah lebih wajar. SPR akan kaji perkara tersebut yang mana (pemerhati dalam negara) kita nak lantik, sebelum pilihan raya bermula kita boleh putuskan," katanya.

Beliau berkata sistem dan proses pilihan raya di Malaysia adalah sistem yang sesuai bagi negara ini kerana penambahbaikan dilakukan daripada satu pilihan raya ke satu pilihan raya.

"Pemerhati asing ini, dia suka memantau pilihan raya di negara kita tambahan sekarang dengan aktiviti parti politik yang suka menarik perhatian negara luar, macam pemimpin pembangkang pergi ke luar negara bercakap sana-sini, tentunya menarik minat pemerhati asing untuk datang memantau pilihan raya di Malaysia,"
katanya.

Wan Ahmad berkata berkata pasukan pemantau pilihan raya, yang diketuai pegawai SPR dan disertai pegawai polis, pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil calon, akan diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali di Sarawak mengikut Parlimen bagi memantau perjalanan PRU
Ke-13 akan datang.

Beliau turut mengingatkan rakyat yang mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab mengundi. -SH


Photobucket

SPR sahkan dakwat kekal diguna pada PRU-13

on Dec 7, 2011



Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
kuala terengganu parliament by election spr ec announcement 051208 wan ahmad wan omarKatanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.

“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.
azlanSelain penggunaan dakwat kekal, PSC juga membentangkan sembilan lagi cadangan dalam laporan awalnya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.

Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.
Dakwat baru

Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.
azlanBekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara denganMalaysiakinipada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan  meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh.


sumber
Photobucket

Dawat Kekal :- Tunggu Kelulusan Majlis Fatwa

on Dec 2, 2011


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan.
NONE"Setiausaha SPR Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah,” kata ahli parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat ahli-ahli parlimen DAP bersama Kamaruddin selama hampir sejam di Puitrajaya hari ini.

Bagaimanapun, seorang lagi ahli parlimen DAP, Teresa Kok yang hadir bersama sidang media itu, berkata Kamaruddin memberitahu mereka bahawa cadangan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi sebagai pengundi tidak hadir masih dikaji dan tidak akan dikasanakan segera.

Kedua-dua syor penggunaan dakwat kekal dan membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi adalah antara sepuluh cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat, minggu ini.

Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List