UMNO - Sabotaj Dah Mula.....?

on Nov 22, 2012





KUALA LUMPUR - Dua ahli Umno dari kawasan Semporna Sabah dipecat manakala seorang digantung tiga tahun atau satu penggal pemilihan kerana didapati bersalah terbabit dalam kes sabotaj parti.

Tindakan ini susulan penubuhan satu jawatankuasa khas baru-baru ini bahawa sesiapa yang didapati mensabotaj parti akan dikenakan tindakan tegas oleh parti terbabit.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menegaskan, bahawa tiada sebarang kompromi kepada sebarang anasir yang cuba merosakkan perjuangan parti termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil.

“Ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti,” katanya dalam satu kenyataan media yang turut memaklumkan berkaitan anggota parti yang telah diambil tindakan.

Kes-kes yang telah diputuskan oleh jawatankuasa itu membabitkan kesalahan-kesalahan seperti sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

“Tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno yang melibatkan Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis iaitu empat orang didapati bersalah dan diberi amaran dan seorang didapati tidak bersalah," katanya lagi.

Menurut Ahmad Rithauddeen, keputusan itu hasil daripada persidangan anggota Lembaga Disiplin pada 6 September dan 8 Oktober lalu.

Nama-nama individu yang terbabit ialah Ab. Habi  Mustapha (Semporna), yang melakukan kesalahan di bawah Fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, didapati bersalah dan dipecat.

Rakannya dari bahagian sama, Abdul Majid Palah yang melakukan kesalahan fasal sama turut dikenakan hukuman pecat dari parti.

Seorang lagi dari bahagian Semporna, Nisfu Palah, terlibat dengan kesalahan fasal 20.8 (b) dan (c) Perlembagaan Umno Dibaca Bersama Perkara 3.1.2 dan 3.1.4 Tataetika Ahli Umno, yang digantung tiga (3) tahun daripada 6 September 2012 atau satu (1) Penggal Pemilihan.

Empat yang lain, Syed Atif Syed Abu Bakar dan Abdul Halim  Abdullah Sunny dari Arau, Yaacob Man (Padang Besar) dan Biswardi Mohamad Hasbi (Kangar), masing-masing diberikan amaran.

Sementara Datuk Zahidi Zainul Abidin dari Padang Besar setelah dilakukan siasatan didapati tidak bersalah.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas yang akan bertanggungjawab memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli parti yang mengkhianati atau mensabotaj parti tersebut pada 19 Oktober lalu.


sinarharian
Photobucket

Pengarah Urusan The Star, Ho Kay Tat Letak Jawatan..MCA Dalam Delima...?

on





Pengarah urusan The Star, Ho Kay Tat meletak jawatan dan dijangka menyertai kembali The Edge, memberi tamparan hebat kepada akhbar milik rejim MCA itu kerana gagal mengekalkan khidmat pemberita disegani itu.

Portal pengiklanan Campaign Singapore melaporkan peletakan jawatan Ho dan dijangka menyertai The Edge, disahkan oleh timbalan pengerusi eksekutif The Star, Vincent Lee yang juga veteran dalam industri pengiklanan.

Sumber dari bilik berita juga mengesahkan perkara tersebut, sementara ahli lembaga pengarah The Star masih membincangkan isu ini petang tadi.

"Ahli lembaga pengarah sedang bermesyuarat tetapi kami sudah mengetahui bahawa Ho akan meninggalkan The Star," menurut satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan hari ini adalah hari terakhir Ho, walaupun peletakan jawatannya hanya akan berkuat kuasa pada 30 November.

Sumber memberitahu bahawa lembaga pengarah tidak membincangkan pengganti Ho dalam apa digambarkan sebagai "mesyuarat yang menyedihkan".

"Vincent dan Wong Chun Wai akan mengambil alih pentadbiran korporat," sumber memberitahu dengan merujuk kepada pengarah eksekutif akhbar tersebut dan ketua pengarang kumpulan.

Difahamkan bahawa Calvin Kan (pengarah pembangunan perniagaan) dilantik sebagai ketua pegawai operasi (COO) untuk cetakan dan Wong Siah Peng (COO perniagaan digital) akan mengawal penerbitan komersil.

Ho ialah pemberita veteran yang pernah berkhidmat di News Straits Times dan Singapore Business Times dan membawa kejayaan kepada The Edge sebelum menyertai The Starpada tahun 2010 sebagai ketua pegawai operasi.

Beliau kemudian dilantik sebagai pengarah urusan The Star pada Julai 2011.

Campaign Singapore memetik sumber dengan menjangkakan Ho akan kembali ke The Edge dan memegang jawatan di atas ketua editor Leslie Lopez.

Tetapi sumber berkata Ho juga mampu memacu cita-cita media dari pemilik The Edge, Tong Kooi Ong, dalam pelaburan peribadinya seperti portal fz.com, yang dilancarkan Oktober lalu tetapi terbantut tiga minggu kemudian apabila ketua pengarangnya meletak jawatan.
 

MCA memegang saham majoriti akhbar itu melalui sayap pelaburannya, Huaren Holdings yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Presiden, Chua Soi Lek.


PASPB

Photobucket

Hamas Isytihar Menang - Gencatan Senjata Gaza / Israel Berjaya Dicapai

on





GAZA CITY - Gencatan senjata antara Israel dan Hamas dikuatkuasakan bermula malam tadi waktu tempatan (awal pagi waktu Malaysia).

Gencatan berkuat kuasa 9 malam tadi waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).

Harapan itu menjadi kenyataan semalam selepas 157 orang terbunuh susulan serangan Israel ke atas Gaza pada Rabu lalu.

Di bawah perjanjian itu, Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel.

Berikut adalah teks perjanjian gencatan senjata

Israel shall stop all hostilities in the Gaza Strip land sea and air, including incursions and targeting of individuals.

"All Palestinian factions shall stop all hostilities from the Gaza Strip against Israel, including rocket attacks and all attacks along the border.

"Opening the crossings and facilitating the movement of people and transfer of goods and refraining from restricting residents' free movements and targeting residents in border areas. Procedures of implementation shall be dealt with after 24 hours from the start of the ceasefire.

"Other matters as may be requested shall be addressed."

Implementation mechanism.

"Setting up the zero hour understanding to enter into effect.

"Egypt shall receive assurances from each party that the party commits to what was agreed upon.

"Each party shall commit itself not to perform any acts that would breach this understanding. In case of any observations, Egypt as a sponsor of this understanding, shall be informed to follow up."

Menurut teks perjanjian itu, kedua-dua pihak perlu menghentikan semua permusuhan, dengan Israel berhenti-dari pencerobohan dan mensasarkan individu, manakala semua puak Palestin harus m menghentikan serangan roket dan serangan rentas sempadan.

Perjanjian itu juga menyediakan ruang untuk melonggarkan sekatan Israel ke atas penduduk Gaza, termasuk membuka lintasan, memudahkan pergerakan rakyat dan pemindahan barangan.

Sementara Itu Pengerusi Hamas Khaled Meshaal Isytihar Kemenangan


Meshaal: 'It was a despicable aggression'
Hamas leader Khaled Meshaal is speaking in a news conference in Cairo. He says that Hamas has scored a victory after eight days of fighting.

He calls the Israeli assault "a despicable aggression against the people in Gaza" that killed civilians and fighters.

"We had to react," he says, echoing Netanyahu.

"I cannot deny that [Israeli forces] have done a lot," he says. "We can't count how many buildings they have destroyed in Gaza. This is their achievement. And the missiles were falling until the last minute."

"The Israeli conspiracy has failed," he says. "They wanted an election propaganda and they wanted to test Egypt," but fell short, Meshaal says.

Meshaal praises Egypt's role, saying it "has dealt with the resistance quite responsibly and the way it should."--guardian.co.uk
Alhamdulillah.
 
Akhirnya peperangan berat sebelah yang tidak adil itu terhenti jua dengan usaha Morsi dan Erdogan. 

Namun gua masih tak puas hati kerana gua lebih mengharapkan Mesir dan Turki bekerjasama memerangi Israel secara ketenteraan. 

Ingatkah anda tanda-tanda kiamat ? Salah satunya ialah 'apabila dua kuasa besar Islam bergabung.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List