UMNO "TRYING TO REWRITE" HISTORY !!!!!

on Dec 1, 2011



Everyone knows who actually started the May 13 riots. Books on this topic have been extensively written and since the 15 years is about to lapse for the Federal Constitution to be reviewed, certain UMNO leaders took the opportunity, in the absence of then PM Tunku Abdul Rahman who was on leave, to start the May 13 riots.

Then its all history....emergency.....NEP.....BN.

IS UMNO TRYING TO REWRITE HISTORY TO SUIT ITS PURPOSE or tell the actual truth as what is written in history books which reveal Tunku Abdul Rahman's actual version.

Remember ABU. Vote wisely when you are called to vote at the 13 GE.

Read here what was said today by Malaysian Insider:

Umno MP accuses DAP of starting May 13 riots

UPDATED @ 04:36:03 PM 01-12-2011
December 01, 2011
KUALA LUMPUR, Dec 1 — Umno’s accusations that the DAP is anti-Malay spread to Parliament today when a lawmaker accused the opposition party of starting the May 13, 1969 race riots.
Speaking in the Dewan Rakyat, Ipoh Timor MP Lim Kit Siang described Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin’s accusation yesterday that the DAP was anti-Malay and anti-Islam as “slanderous lies” and one of several “hate speeches” made at Umno’s ongoing general assembly.
But Lenggong MP Datuk Shamsul Anuar Nasarah stood up and interrupted Lim(picture), the DAP parliamentary leader, by repeatedly shouting “May 13, Ipoh Timor.”
“It is true,” he said, referring to Muhyiddin’s speech when opening the Umno Youth and women’s wing assemblies. “May 13, who moved it? May 13, Ipoh Timor. Who moved on May 13?”
After MPs from PAS and PKR stood up to defend their Pakatan Rakyat (PR) colleague, other Umno MPs shouted that the DAP “cheats Malays” and “PAS is a warrior for DAP.”
They also accused PKR deputy president Azmin Ali (Gombak MP) and PAS political bureau member Khalid Samad (Shah Alam) of being supporters of “the racist DAP.”
The May 13 race riots, which some reports say killed over 2,000, were sparked off after opposition parties had denied the Umno-led Alliance its customary two-thirds majority in Parliament.
A victory parade in Kuala Lumpur led to a reaction by Malays and a state of emergency being declared.
Datuk Seri Najib Razak had said in his presidential address at the Umno general assembly this morning that his party was not racist and that it was in fact responsible for the country’s current “social stability.”
But he also said “let us not be complacent, as among leaders of the opposition are those who incited slogans to insult Malays that led to the May 13 tragedy.”
The prime minister has repeatedly pleaded to Umno delegates to adopt a more moderate approach, but his pleas appear to have gone unheeded.
Party conservatives have already been roused over the past two days by speeches demonising PR as anti-Malay, anti-Islam, “agents of Christianisation”, “bapok” (transvestites), “bangsat” (bastards) and “pondan” (effeminate).



sumber
Photobucket

UMNO Gagal Kenali Kehendak Rakyat

on




Umno yang kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik. Satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” katanya.

Asri berkata, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka, sebaliknya, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.

“Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka,” katanya.

Umno masih belum gagal memahami dan tidak pandai memikat hati rakyat. Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.


“Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya.
Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.


“Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.


“Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.
“Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?” soal beliau.


“Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi. -PD




Photobucket

Umno ‘Mendakap Demokrasi’ Ibarat Bunyi Tin Kosong

on



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) memandang sinis ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menganggap Umno parti yang ‘mendakap demokrasi’.

“DPP Malaysia menganggap ucapan beliau umpama ibarat tin-tin kosong yang hanya kuat berdegar berbunyi apabila diketuk, tetapi kosong di dalamnya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Bagi DPP Malaysia, katanya Perdana Menteri mungkin mahu rakyat serta ahli-ahli partinya menganggap Umno adalah parti yang suci bersih dan mengamalkan demokrasi tulen.

“Beliau mungkin merasakan rakyat percaya kenyataan beliau tersebut dan menelannya hidup-hidup, walhal hakikatnya, rakyat kini semakin cerdik dan tidak lagi boleh ditipu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, mungkin dalam mentaliti ahli-ahli dan pemimpin Umno ‘mendakap demokrasi’ bererti mendera dan membuli rakyat sesuka hati terutama pembangkang.

Demokrasi bagi mereka, kata beliau adalah bertindak berat sebelah dalam pilihanraya, menggunakan seluruh jentera kerajaan sama ada media, jabatan kerajaan dan agensi di bawahnya bagi berkempen untuk mereka.

Beliau menambah, bagi Umno, memberi rasuah, mengugut, memberi habuan atau projek segera pilihanraya kepada rakyat dibenarkan untuk mereka.

Katanya lagi, menjadikan insitusi penting negara sebagai perkakas yang boleh arah sesuka hati adalah budaya mereka selama ini.

Umum, ujarnya mengetahui sejak dahulu hingga sekarang, sistem pilihanraya di Malaysia tidak pernah berlangsung dengan adil dan bebas.

Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Khas Parlimen baru ditubuhkan, namun kedengarannya ia tidak sempat menghabiskan tugasnya kerana pilihanraya akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.

Malah, kata beliau rakyat masih belum melupakan bagaimana RUU Perhimpunan Aman diluluskan baru beberapa hari yang lepas dengan mudah yang bererti menyekat kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.

“Dengan daftar pemilih yang sangat diragui, dengan beberapa siri pengangkapan warga asing yang diberi hak kerakyatan dan mengundi, beberapa bukti daftar pemilih klon dan bertindih, penemuan pemilik kad pengenalan palsu, dengan undi pos yang jelas diselewengkan hasil dari pengakuan beberapa bekas anggota tentera, dakwat kekal yang masih tidak terlaksana, pengundi mati yang masih turun mengundi, dan banyak lagi pendedahan boleh dibuat apakah maksud demokrasi sebenar,” katanya.

Justeru, katanya DPP Malaysia mahu bertanya kepada PM, bilakah pemimpin Pakatan Rakyat diberikan akses kepada media khususnya menjelang pilihanraya kecil atau umum dengan adil sebagaimana yang dibuat oleh pemimpin Umno sekarang.

Setahu rakyat, ujarnya bukan setakat tidak berpeluang muncul berkempen di media, malah habis teruk pemimpin Pakatan Rakyat diserang pelbagai penjuru menggunakan media rasmi kerajaan.

“Pernahkah PM memikirkan untuk melaksanakan ‘kerajaan sementara’ setelah bubarnya parlimen sebagaimana yang penah dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen,” tanya beliau.

Bagi PM, tambahnya mungkin idea ini tidak ‘mendakap demokrasi’ kerana jika dilaksanakan sudah pasti akan mengancam dirinya dan Umno dalam PRU ke 13 nanti.

Justeru, katanya DPP Malaysia berpendapat, PM kena tukar istilah dari ‘mendakap demokrasi’ kepada ‘mendekam demokrasi’ kerana istilah inilah yang paling sesuai memandangkan inilah realiti yang berlaku ke atas nilai demokrasi di negara ini sejak merdeka sehingga kini.


sumber :- Harakah Daily


Photobucket

Ketua Komunikasi MAS Letak Jawatan

on



Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengumumkan perubahan dalam kumpulan pengurusannya dengan peletakan jawatan Raja Zamilia Raja Mansur sebagai ketua komunikasi berkuat kuasa hari ini (1 Dis 2011). Berkhidmat dengan MAS bagi tempoh setahun, Raja Zamilia memutuskan untuk meneruskan bidang lain dan memulakan fasa seterusnya dalam kerjaya beliau.
Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata memandangkan pengalaman dan pengetahuan meluas beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional dan industri hospitaliti, Raja Zamilia telah menerajui kumpulan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Raja Zamilia di atas komitmen tidak berbelah bagi beliau dan sumbangannya kepada syarikat,” katanya. Buat sementara ini, Naib Presiden Komunikasi, Eda Ahmad akan menyelia pentadbiran bahagian komunikasi.

Adakah perletakan jawatan ini tindakan sukarela daripada Raja Zamilia atau tekanan dari pihak-pihak lain? Agak pelik baru setahun berkhidmat sudah letak jawatan, kita tunggu perkembangan seterusnya.




Photobucket

Terlajak Perahu Boleh DiUndur

on




Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya ucapan beliau semasa merasmikan serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada Selasa, berunsurkan perkauman.
Timbalan Presiden Umno itu berkata ucapan beliau itu sebenarnya lebih menekankan kepada anggota Umno untuk memperkukuhkan parti, memberi kesedaran baru kepada orang Melayu dan mengingatkan mereka supaya terus bekerjasama dengan kaum-kaum lain di  negara ini.
“Saya menyuarakan hal yang serupa, bukannya luar biasa. Cuma orang yang bersikap terlalu perkauman sahaja, pemikirannya (ke arah) itu sepanjang masa.
Bila sesuatu pihak bercakap tentang soal kaum, dia kata itu rasis,” katanya kepada pemberita selepas ucapan dasar Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan kononnya ucapan beliau bersifat perkauman datangnya daripada pihak- pihak yang tidak memahami maksud perkauman.
Beliau menjelaskan bahawa Umno tidak pernah bersikap perkauman sebaliknya sejarah telah membuktikan bahawa parti itu sanggup berkongsi kuasa meskipun berupaya membina kerajaan sendiri.
“Umno bersedia berkongsi kuasa, Umno perjuangkan nasib bukan untuk satu kaum walaupun dari sejarah dulu, kita boleh dalam satu peringkat menubuhkan kerajaan Umno sendiri contohnya pada pilihan raya pertama.
“Tapi, kita tak buat begitu, kita berkongsi kuasa. Dalam fasa-fasa pilihan raya selepas itu, ada satu ketika di mana Umno menang lebih daripada 51 peratus kerusi dalam Parlimen tapi kita berkongsi kuasa,” katanya.
Sudah lumrah
Ketika diminta mengulas mengenai kecaman dan tohmahan pihak pembangkang terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau berkata sudah menjadi lumrah kepada pihak pembangkang untuk bersikap demikian.
“Saya tidak harapkan pembangkang untuk memuji kita. Kita buat apapun, dia tak pernah puji, yang betul pun tak pernah puji, jadi bagi kita itu biasalah.
“Kami sebagai ahli parti dan pejuang dalam Umno, tak kira dalam keadaan mana sekalipun, sama ada yang datang dari pembangkang ke atau media sosial yang tak menyokong kerajaan…kita tahu dan kita terima sajalah,” kata Muhyiddin.
Mengenai pilihan raya umum ke-13 akan datang, Muhyiddin berkata Umno sedar bahawa ia merupakan satu cabaran pada parti itu.
“Dalam semua pilihan raya, persoalannya selalu berkisar mengenai mendapatkan sokongan dan mandat, cuma keadaannya berbeza.
Dalam sejarah 54 tahun, ada zaman yang dikatakan mudah dan ada zaman yang agak mencabar.
“Jadi mungkin kita boleh kata zaman sekarang zaman mencabar. Saya tidak kata terlalu susah tapi kita perlu sedar tentang perubahan itu dan kita harus hadapi dengan tabah,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata semangat yang dilihat pada anggota Umno dan juga parti-parti komponen adalah mereka sedar bahawa keadaan sudah berubah dan juga faham akan tuntutan-tuntutan rakyat.
“Bersama-sama dengan pemimpin parti komponen yang lain, kita harap kita boleh mempertahankan kedudukan kita walaupun kita tahu keadaan begitu mencabar dan sebab itu pimpinan parti menunggu supaya adanya kesatuan, perpaduan dan kerjasama yang erat sesama kita,” katanya.
Mengenai pujian Najib kepadanya semasa ucapan dasar itu, Muhyiddin berkata penghargaan itu merupakan satu pengiktirafan kepadanya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana saya adalah Timbalan Presiden yang sentiasa setia, saya menganggap beliau pemimpin nombor satu dan saya membantu beliau dalam segala urusan parti mahupun kerajaan.
“Sebenarnya hubungan kami cukup baik, saya bekerja rapat dengan beliau setiap hari. Saya menerima pandangan beliau yang penting, yang perlu saya laksanakan,” katanya.



Photobucket

Idris Jusoh Tidak Bertanding PRU13

on




Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13).
Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pimpinan tertinggi parti mengenai keputusannya itu.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini..
“Saya menerima SMS daripada Idris Jusoh mengatakan beliau bersedia untuk tidak menawarkan diri pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Zahid berkata perkara itu merupakan satu contoh baik buat ahli Umno lain dan malahan ia secara tidak langsung memudahkan kerja Presiden parti dalam usaha untuk mengelak dari terguris hati.
“Lebih ramai lagi yang harus bersifat demikian serta harus muhasabah diri untuk melihat jika kita bukan calon yang boleh memberi kemenangan,” katanya yang juga Menteri Pertahanan.



Photobucket

Najib Bimbang Nasibnya Seburuk Pak Lah

on



Jika BN kalah teruk, Najib akan terancam dan sudah tentu ada pihak yang akan mendesak beliau meletak jawatan sebagai presiden Umno dan juga perdana menteri.

Beberapa pemimpin Umno mendakwa presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak bimbang beliau akan menerima nasib  sama seperti yang menimpa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Nasib Najib bakal ditentukan selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) kelak, kata mereka yang ditemui di luar dewan di mana berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
“Jika Barisan Nasional (BN) kalah teruk, Najib akan terancam dan sudah tentu ada pihak yang akan mendesak beliau meletak jawatan sebagai presiden Umno dan juga perdana menteri.
“Sebab itu, Najib mahu ahli dan penyokong bersatu padu dalam memenangkan parti dalam PRU13,” kata seorang pemimpin Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Najib semasa merasmikan Perhimpunan Agung Umno pagi tadi.
Letak jawatan
Dalam ucapannya, presiden Umno antara lain meminta ahli parti mengutamakan kepentingan parti dan bekerja kuat untuk kemenangan PRU13.
Abdullah yang menjadi perdana menteri dan presiden Umno sejak 2003 terpaksa meletakkan jawatan pada 2009 selepas BN kalah teruk dalam PRU12.
Kekalahan BN itu juga menyebabkan berlaku pergolakan dalam Umno sehingga munculnya pemimpin tertentu yang mendesak Abdullah meletakkan jawatan.
Wakil Wilayah Persekutuan itu menambah, tidak semua ahli Umno sukakan kepimpinan Najib lebih-lebih lagi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengkritik Najib.
“Mereka yang berjiwa Melayu tulen tetap mahu perdana menteri dan presiden parti yang sayangkan Melayu sepenuh hati.
Muhyiddin lebih Melayu
“Orang nampak Tan Sri Muhyiddin Yassin (timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno) lebih kuat semangat Melayu.
“Mungkin mereka lebih percayakan Muhyiddin dalam memimpin orang Melayu,” tambahnya.
Sementara itu seorang pemimpin dari Kedah berkata, sebahagian orang Umno masih belum merasa yakin dengan Najib.
Katanya, beberapa polisi Najib tidak menguntungkan orang Umno dan Melayu sendiri.
Beliau berkata, Najib mungkin sedar tentang perkara ini hingga menyebabkan beliau terpaksa merayu supaya ahli parti bersatu menyokong kepimpinannya.



Photobucket

Skandal SOLAR GATE, Siapa Lindungi Hishamuddin ?

on




KEDUDUKANNYA sebagai Naib Presiden UMNO dan Menteri Dalam Negeri; dan paling penting sebagai ‘Sepupu Perdana Menteri’ mungkin menyebabkan Datuk Seri Hishamuddin tidak berani disentuh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masih belum disiasat oleh Ketua Audit Negara (KAN).


Hishamuddin adalah Menteri Kabinet Pertama yang bertanggung jawab meletakkan Sabah dalam dilema keracunan plumbum dengan memasang Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai talian grid; sebelum Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengikut rentak yang sama

Mengikut Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu, semakan beliau bersama Tim Pemantauan Sabahkini.net di Sabah, sehingga kini 179 buah sekolah sudah dipasang dengan Sistem Solar Hibrid, 78 buah sekolah untuk Fasa Pertama dan 101 buah sekolah untuk Fasa Kedua dan bakinya 24 buah sekolah masih dalam penantian.



Daripada laporan media dan maklumat Sabahkini.net, kata Patrick, beliau mendapati kos membina Sistem Solar Hibrid di sekolah-sekolah luar bandar Sabah terlalu mahal, hampir setara dengan Projek Elektrik Solar Hibrid KKLW.

“Sebagai contoh, kos memasang Sistem Elektrik Solar Hibrid di SK Tudan di Tamparuli berharga RM5.4 juta sedangkan harga pembinaan sekolah lebih kurang RM1 juta,” kata Patrick yang merujuk artikel ‘SPRM Wajib Siasat Projek Elektrik Solar’; sedangkan kos termahal di pasaran untuk menyiapkan projek berkenaan lebih kurang RM2 juta.

Begitu juga dengan Kos pemasangan sistem yang sama di SK Sumambu, Tenom yang bernilai RM6 juta sedangkan bagi kapasiti tenaga dua kali ganda, Ahli Parlimen Malaysia (Tenom), Datuk Raimi Unggi hanya membelanjakan RM1 juta untuk dua buah Kampung iaitu Katubu dan Sumambu.



HADIAH.....Inilah hadiah yang ditinggal Hishamuddin di sekolah-sekolah di luar bandar Sabah dan kini diwarisi oleh Muhyiddin. Semoga Muhyiddin mempunyai kekuatan untuk menghapuskan nista ini yang akan tercatat di dalam sejarah sebagai Kementerian yang kejam kerana menzalimi kanak-kanak yang tidak berdosa.

Kesemua kontrak pemasangan sistem solar hibrid di seluruh Sabah, kata Patrick telah diagehkan kepada tiga syarikat ‘Kelas Kambing’ (tidak berdaftar dengan PKK dan CIDB atau PUKONSA) tetapi mampu menjalankan projek ratusan juta ringgit melalui kaedah sub-kontrak; yang kebanyakannya tidak lagi berfungsi setelah digunakan enam bulan atau setahun.

“Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran telah membayar lebih RM1.8 Bilion kepada semua kontraktor, sedangkan 99 % daripada sistem yang dipasang tidak lagi berfungi kerana rosak dan tidak diselenggara,” kata Patrick yang menyifatkan projek berkenaan lebih teruk daripada Makmal Komputer.
Perdana Menteri, kata Patrick patut mendesak Kementerian Pelajaran menjelaskan kepada rakyat kenapa projek yang begitu mahal boleh dilaksanakan tanpa melalui panggilan tender dan dilakukan oleh kontraktor yang tidak bertauliah.

“Kalau mengikut Akta Acara Kewangan, Hishamuddin boleh dikenakan surcaj dan patut meletakkan jawatan seiiring dengan kegagalan Makmal Komputer,” kata Patrick yang menyimpulan Kementerian Pelajaran tidak prihatin terhadap masa hadapan kanak-kanak di luar bandar kerana terdedah kepada bateri asid plumbum yang digunakan dalam sistem berkenaan dan pelupusan sambil lewa bateri berkenaan.

Tegas Patrick, beliau tidak tahu kenapa Hishamuddin memilih untuk menggunakan bateri asid plumbum yang mahal sedangkan sejak 2005 sudah ada bateri mesra alam di pasaran, yang bukan sahaja murah, berkualiti dan lebih tahan lama daripada bateri asid plumbum.

Menurut Patrick, tiga kontraktor dari ‘Langit Ketujuh @ Kayangan’ tetapi bertaraf ‘Kelas Kambing’ tersebut terdiri daripada Konsortium Eagle (66 buah sekolah), Ayuda (4 buah sekolah), Misi Maju (4 buah sekolah), Zestnet (4 buah sekolah); manakala bagi Fasa Dua sebanyak 101 buah sekolah dijalankan oleh beberapa syarikat bermodal RM2.

Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Ketua Audit Negara dan SPRM tidak menutup kes ini semata-mata kerana melibatkan Naib Presiden UMNO, Menteri Kabinet atau sepupu Perdana Menteri disebabkan kepentingan umum dan mencegah bencana alam sekitar.

“Jika Kementerian Pelajaran tidak mempunyai akauntabiliti, bagaimana mereka mahu menjawab kepada pembayar cukai segala kegagalan mereka yang menggunakan dana awam; apatah lagi rakyat boleh mempersoalkan integriti Menteri Pelajaran sekarang, di atas kesilapan Hishamuddin semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran,” kata Patrick yang mendesak siasatan menyeluruh termasuk oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Patrick menambah, beliau turut menggesa Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, memansuhkan 24 kontrak baru yang bakal dilaksanakan dan menghentikan sertamerta penggunaan bateri asid plumbum di 178 sekolah yang telah menggunakan bateri berkenaan.
Kerajaan tidak akan kerugian apa-apa, kata Patrick, sebaliknya rakyat Sabah di luar bandar akan menambahkan sokongan terhadap Muhyiddin dan BN kerana menyelamatkan anak cucu mereka daripada kesan plumbum yang berpanjangan.

"Masih adakah Muhyiddin pada sejuta tahun akan datang? Jika Muhyiddin dan Hishamuddin masih hidup sejuta tahun akan datang, rakyat Sabah mungkin boleh memaafkan mereka, tetapi jika tidak, mohonlah hentikan segera penggunaan apa juga plumbum kerana jangka hayat plumbum selama satu juta tahun," kata Patrick yang tidak jemu-jemu masuk kampung untuk melihat sendiri penggunaan sistem solar hibrid.



Baca Seterus Nya Kat Sini
Photobucket

Nak Hidup Berapa hari Haa...?

on


Bil perhimpunan aman kepala bapak UMNO on the way.Kezaliman menunggu.Siapa yang zalim?UMNO, kenapa zalim? Nak kekal berkuasa dan menyangak.Itu hakikat yang berlaku sekarang, tidak syak lagi. UMNO semakin jauh dari fitrah kemanusian dan semakin leka sehingga tidak menyedari bahawa usianya sudah singkat.Setiap yang bernyawa pasti merasakan mati, itu janji ALLAH yang semakin dilupai UMNO.Lihat berapa usia Presidennya?berapa pula usia timbalan Presidennya?berapa pula usia naib presiden dan ahli majlis tertingginya?

Kesemuanya sudah berada dalam katogeri rumah kata pergi kubur kata mari, tetapi semuanya masih mahu menyangak, mahu berlaku zalim kepada sesiapa sahaja yang tidak ikut kata mereka.Itulah maksud bil perhimpunan aman(baca haram).



Hebat sangat ker UMNO sehingga boleh buat apa saja yang mereka mahu?boleh mendefinasikan keadilan dan keamanan mengikut selera mereka?Cerdik sangat ker UMNO sehingga melakukan satu demi satu perkara yang dilarang ALLAH?Mengubah perintah ALLAH pada ketika mereka mendakwa ISLAM itu indah?


Sebenarnya berdasarkan hadis baginda nabi, orang orang seumpama ini bukanlah orang yang cerdik tetapi kurang cerdik  kerana berangan angan dengan Tuhannya.Yang cerdik ialah yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya.Orang yang bersedia untuk mati ialah orang yang sentiasa teliti dalam setiap tindak tanduknya, teliti dalam erti sentiasa memastikan tidak melanggar mana mana perintah ALLAH.Kalau ALLAH memerintahkan dilaksanakan hudud, maka orang yang cerdik pasti akan berusaha melaksanakanya, bukan hanya mengaku ISLAM tetapi mencari seribu satu alasan untuk menidakkannya.Pemimpin dan ahli UMNO menidakkan hudud, jadi UMNO bukanlah termasuk dalam golongan orang yang cerdik.


Orang yang cerdik juga sentiasa merasa gerun dengan amaran siksa kubur dan soal Mungkar wa Nakir.orang yang cerdik sentiasa ingat akan peringatan ALLAH supaya sentiasa berbuat baik sesama manusia dan tidak zalim menzalimi antara satu sama lain tetapi UMNO tidak menghiraukan semuanya itu walaupun mengaku ISLAM, siapa saja yang menentangnya(sepatutunya penentangan politik sahaja)dianggap musuh yang mesti dihapuskan.Itu yang dilakukan kepada DSAI yang masih diusahakan UMNO untuk "membunuh"nya sehingga mereka lupa betapa segala usaha mereka selama ini sudah digagalkan ALLAH tetapi mereka tetap tidak insaf dan tetap masih mahu melenyapkan DSAI.


Dasar kezaliman  tetap diteruskan UMNO seolah olah UMNO akan kekal hidup selamanya.Mereka lupa bahawa yahudi sekalipun akan menerima balasan mereka nanti sehingga batu batu akan bercakap memberitahu orang mukmin di mana orang yahudi bersembunyi, inikah pula UMNO.Siapa UMNO kalau nak dibandingkan dengan yahudi yang sudah disahkan ALLAH sebagai keturunan yang dilaknati.


UMNO zalim dan kelihatan akan terus zalim sehingga akhir hayat mereka.Syurga neraka sudah tidak dipedulikan lagi kerana kesenangan yang sementara, kematian yang hampir sudah tidak dihiraukan kerana nafsu serakah meruntun mereka untuk menyangak.Tetapi sebagai orang Islam suka kita bertanya mereka "NAK HIDUP BERAPA HARI?"


sumber :-  
umnopenyangak


Photobucket

KETAWA DIAMBANG "SAKARATUL MAUT"

on





Perhimpunan agung UMNO bermula secara rasminya hari ini. Namun arah tujuannya sudah pun jelas melalui suara persidangan sayap pemuda, wanita dan puteri parti semalam. Malah lebih awal lagi, api perkauman sudah pun dinyalakan. 


Sebelum persidangan bermula, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan telah memulakan tembakan dengan memberi peringatan basi kepada orang Melayu bahawa jika UMNO hilang kuasa, maka Melayu akan hancur musnah.


Menurutnya, tanpa UMNO, institusi diraja akan hancur dan Islam juga akan hancur kerana DAP merupakan “ejen kristianisasi”. Tidak cukup dengan itu, DAP dituduhnya tidak menghormati institusi raja kerana tidak mahu meminta atau menerima darjah kebesaran!



Kenyataan politik longkang ini datangnya dari seorang pemimpin UMNO yang hanya beberapa hari lalu dilaporkan media sebagai berkata, “apabila kita beri pandangan tertentu, kita perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini.”
Cakap tak serupa bikin itu sudah seperti menjadi budaya di kalangan pimpinan UMNO. Mungkin mereka lupa pesan nenek moyang sendiri, guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

“Parti paling rasis”

Bukan sahaja tidak ada sesiapa yang menegurnya, malah Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambung nada Ahmad dengan mengumumkan ‘jihad’ untuk menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional – dengan menghamun DAP sebagai “parti paling rasis”.

DAP yang menolak ketuanan kaum, yang mahu kepada hak dan peluang saksama, dan yang mahu kepada keadilan untuk semua, dikatakan parti paling rasis. Inikah kenyataan bernas dari seorang Menteri Pelajaran?
“Daripada soal kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP,” kata Muhyiddin tanpa memberi sebarang bukti untuk mengalas fitnahnya.

Ditambah pula: “Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan.

“Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.”

Bukan sekali, malah berkali-kali fitnah. Begitu rendah sekali pandangan Timbalan Perdana Menteri terhadap orang Melayu yang disangkanya akan mudah menelan bulat-bulat pembohongannya. Oh, mungkin yang ditujukannya itu hanya kepada para perwakilan UMNO sahaja.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah ucapan Timbalan Presiden UMNO di mana lebih 60 kali nama “DAP” disebut dengan diselitkan dengan pelbagai fitnah. Memang semua pembohongan Muhyiddin dijawab oleh DAP tetapi kita sedar tidak ada satu kenyataan pun telah dan akan disiarkan oleh media massa yang hampir keseluruhannya dikawal oleh UMNO-BN.

Sopan santun perwakilan UMNO?

Mengapa para pemimpin UMNO perlu memusuhi orang lain demi mengekalkan kemandirian politiknya?  Mereka sentiasa menggunakan DAP (sebagai ganti nama ‘Cina’) untuk menjadi kambing hitam. Kini untuk menambah perencah dalam hidangan mereka yang basi, mereka menambah penganut agama Kristian pula sebagai sasaran.
Tidak cukup dengan itu, bahasa sesetengah perwakilan UMNO sewaktu persidangan sayap-sayap parti juga biadap dan memalukan serta menjatuhkan maruah bangsa Melayu. Sudah tentu ada di antara 3.2 juta ahli UMNO yang merasa malu mereka menjadi anggota parti itu pada saat ini.

Seorang wakil Pemuda UMNO, mungkin kerana penguasaan kosa kata yang lemah dan terhad, telah menggelar PAS dan PKR sebagai “pondan” dan “bapok” serta menuduh sesiapa yang menyokong DAP adalah “bangsat”. Jika beginilah pemimpin muda Melayu, sukar dibayangkan nasib anak-anak Melayu di masa hadapan.

Jika berbuat salah, salahkan orang lain

Logik yang semakin pupus sifat munasabahnya pula dibawakan oleh Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan skandal penternakan lembu, termasuk wang yang digunakan untuk membeli kondominium mewah, dengan cuba mengalihkan tumpuan kepada kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahrizat mencabar Wanita PKR supaya mendesak Datin Seri Wan Azizah Ismail meletak jawatan kerana suaminya Anwar dikatakn telah melakukan pelbagai kesalahan. Apa pula kena-mengena Anwar dengan projek lembu beratus juta ringgit yang diberikan kepada keluarga Shahrizat yang penuh dengan pelbagai persoalan, sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara?

Dan seperti biasa, agama menjadi alat. Shahrizat yang mendapat “restu” perwakilan wanita yang mengangguk dan menyorak sokong sewaktu ucapannya itu, menggulung dengan menyatakan: “Saya menyeru semua rakyat Malaysia tak kira parti mana pun, kita orang Islam mari bersatu, jangan kita biarkan ideologi politik memecah-belahkan ukhuwah kita”.

Telenovela tahunan UMNO ini baru sahaja bermula. Saksikanlah drama hebat ini yang pasti mengundang air mata, sama ada terlalu sedih dan pedih mengenangkan nasib orang Melayu di bawah UMNO atau terlalu tidak masuk akal memikirkan kedangkalan politik UMNO masa kini yang telah menghancurkan impian ibu-ibu dan bapa-bapa kemerdekaan kita.

sumber :-   Roketkini.com


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List