Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang (PRU13).
Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pimpinan tertinggi parti mengenai keputusannya itu.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas ucapan dasar Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini..
“Saya menerima SMS daripada Idris Jusoh mengatakan beliau bersedia untuk tidak menawarkan diri pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Zahid berkata perkara itu merupakan satu contoh baik buat ahli Umno lain dan malahan ia secara tidak langsung memudahkan kerja Presiden parti dalam usaha untuk mengelak dari terguris hati.
“Lebih ramai lagi yang harus bersifat demikian serta harus muhasabah diri untuk melihat jika kita bukan calon yang boleh memberi kemenangan,” katanya yang juga Menteri Pertahanan.
0 comments:
Post a Comment