Ketua Komunikasi MAS Letak Jawatan

on Dec 1, 2011



Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengumumkan perubahan dalam kumpulan pengurusannya dengan peletakan jawatan Raja Zamilia Raja Mansur sebagai ketua komunikasi berkuat kuasa hari ini (1 Dis 2011). Berkhidmat dengan MAS bagi tempoh setahun, Raja Zamilia memutuskan untuk meneruskan bidang lain dan memulakan fasa seterusnya dalam kerjaya beliau.
Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata memandangkan pengalaman dan pengetahuan meluas beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional dan industri hospitaliti, Raja Zamilia telah menerajui kumpulan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Raja Zamilia di atas komitmen tidak berbelah bagi beliau dan sumbangannya kepada syarikat,” katanya. Buat sementara ini, Naib Presiden Komunikasi, Eda Ahmad akan menyelia pentadbiran bahagian komunikasi.

Adakah perletakan jawatan ini tindakan sukarela daripada Raja Zamilia atau tekanan dari pihak-pihak lain? Agak pelik baru setahun berkhidmat sudah letak jawatan, kita tunggu perkembangan seterusnya.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List