Umno yang kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik. Satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” katanya.
Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.
Asri berkata, Umno dan BN kena faham bahawa generasi semasa khususnya golongan muda tidak hanya memerlukan material semata-mata untuk melangsungkan kehidupan mereka, sebaliknya, mereka memerlukan satu jaminan ke atas hak dan kebebasan.
“Bila orang mengkritik, Umno tidak lagi boleh macam dulu, ia kena menggunakan kaedah boleh menghadapi mereka dan membuat penjelasan yang dapat memikat mereka,” katanya.
Umno masih belum gagal memahami dan tidak pandai memikat hati rakyat. Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.
“Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya.
Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.
“Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.
“Perhimpunan Agung Umno ini, mendapat liputan seluruh negara. Berbanding dengan PAS, ia bercakap dengan ahli-ahlinya sahaja dengan kemudahan yang terhad.
“Tetapi perhimpunan Umno disiarkan oleh media secara langsung dan mendapat liputan meluas, tetapi rakyat masih tidak suka. Mengapa?” soal beliau.
“Umno bercakap sesama mereka. Saya lihat Umno sudah ada satu kegelisahan, mereka tidak jelas apa yang akan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya lagi. -PD

0 comments:
Post a Comment