Anwar kena tau apa dia buat...

on Nov 29, 2011



Dengaq katanya, gamat gak la Johor diserang PKR... haha... tak tau la pulak Pak Long gamat camana. PKR ni besa la, kadang-kadang tu gempaq ja lebih. Gamat masa menyerang ja tapi tawan belum tentu... haha...

Tapi pa pun Pak Long suka dengaq bila Anwar nak bersihkan PKR dari pengkhianat. Baguih la lagu tu, sedaq diri hang tu... dulu ni dah salah pilih calon, salah lantik pemimpin. Bukan sikit hati orang-orang kampung yang terluka pasai sikap bebai hang masa pilih pemimpin. Majoriti depa rasa terhina sesangat bila calon PKR yang dipangkah jadi babi jilat kahak... Gelap mata tengok duit, ketaq lutut bila kena salak... Buat malu kat orang kampung ja...

Cuma Pak Long nak pesan la Anwar oii... mengkalu nak bersih, hang bersihkan betoi-betoi. Bukan takat pengkhianat parti ja... tapi jugak semua kaki-kaki bodek yang dok jilat sekeliling buntot hang tu. Jangan dok buat bodo sombong plak... takkan hang tak tau sapa yang tak mai masa kongres kat Johor nih. Takkan hang tak dak mata tengok kot sapa yang cakap ja pandai tapi demo BERSIH tak pernah dia mai...

Alang-alang dah nak bersih, bersihkan sekali tukang kipaih yang berlori-lori dok kerumun hang tu... Depa tu jengok kampung time hang ngan Azizah ada jaa... Orang meluat kat Umno bukan pasai hangpa tu baik, tapi orang ramai dah melugai dengan kelaku hodoh Umno menipu bangsa...

Kena tipu ngan Umno tak pa lagi pasai memang Umno jenih lagu tu, tapi kena kencin ngan PKR memang rasa cukup-cukup hina pasai hangpa lah yang selalu sangat, bersemboq-semboq ayaq lioq bercakap pasai keadilan untuk semua... Hangpa kena bagi berlain banyak dari Umno kalau nak suruh Mak Long hang undi hangpa lagi...

Wassalam...


sumber :-  http://paklongonline.blogspot.com
Photobucket

Peneroka Felda beri Najib kata dua, Isa Samad atau undi

on




Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.
Gesaan itu dibuat pada satu media di sini hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.
Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.
Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.
Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan.
Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.
“Di atas segala polemik, isu dan masalah yang timbul, JKPP dan (Gerakan Persatuan Wanita) GPW dengan ini sebulat suara mengusulkan kepada Tan Sri Isa Samad, Datuk Sabri Ahmad dan Datuk Noor Ehsanuddin agar mengundur diri secara terhormat dan jika hasrat kami ini tidak ditunaikan oleh YAB Persana Menteri, jelaslah sokongan peneroka Felda semasa pilihan raya umum ke-13 tidak lagi diperlukan oleh kerajaan memerintah,” kata kenyataan media itu.
Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.
Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah.
Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda ‘Umno’ mengganggu peneroka.
Kenyataan media menyebut Isa pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu”, “jika saya jumpa saya akan lutu dia”.
Shamsuddin berkata, dalam pengalamannya sebagai seorang peneroka ini kali pertama seorang pengerusi menghina ketua peneroka sebegitu rupa.
Kenyataan itu menambah, “JKPP dan GPW yang mewakili majoriti ahli Koperasi Permodalan Felda menolak pelantikan Tan Sri Isa sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda melalui kuasa menteri koperasi dan meminta kerajaan menghormati hak demokrasi ahli-ahli Koperasi Permodalan Felda dan Undang-undang Koperasi Permodalan Felda.”
Kenyataan itu menambah, JKPP dan GPW juga tidak bersetuju dengan keluaran akhbar pojok 1Suara yang disalurkan dananya oleh Seranta Felda dan Jabatan Perdana Menteri.
“JKPP dan GPW ingin mencadangkan supaya unit Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri ditutup dan pegwai-pegawai Seranta Felda yang terdiri daripada anak-anak Felda yang berniat ikhlas membantu masyarakat Felda diserapkan secara tetap dalam organisasi Felda,” katanya lagi.



Photobucket

Ribuan peguam, orang ramai berhimpun bantah akta

on


Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.
NONEPerarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.
LAPORAN LANGSUNG
12:30pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan mereka mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat.
Edmond Bon pula mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengawal keadaan lalu lintas. Beliau juga mengarahkan hadirin supaya bekerja sama dan beredar ke tepi jalan mengikut arahan polis.
NONE12:26pm Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka 'Jaringan Malaysia Malaysia' melaungkan slogan "Kami tentang seks bebas!" Seorang daripada mereka berkata “Balik India” yang mencetuskan rasa kurang senang beberpa orang keturunan India di sini.
12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: “Kami pelindung YB”.
12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman.

NONE"Kami (rangka Rang Undang-undang alternatif) bukan kerana ia memerlukan ubah-suaian tetapi (kerana) asas-asasnya adalah salah. Jika undang-undang ini diluluskan oleh British pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, kita tidak akan mencapai kemerdekaan."
11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi.
11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk.

NONE"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!,” katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat.

Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu.
11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan
tepukan gemuruh.

NONE11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang.
11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.

Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.
11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”
NONEMenurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.

Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan ‘boo’ para hadirin.

"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?” 
"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM.”
11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.

NONE11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.
11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.

Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.
NONE11:20amAnggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.

11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.
11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.

"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”
NONE11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”

Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.

11:05am:
 Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.
11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.
11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.
NONE11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.

10:56am:
 Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.
10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.

10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.
NONE10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.
Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.
10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.
10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.


Photobucket

SYABAS Bakal Di Bubar...?

on



Merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar? Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos. 

Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros. Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.

Sebagai rakyat Selangor yang prihatin sudah pasti nya meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor. Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.



Photobucket

Semuanya bermula disini...PAUMNO 2011.

on

Hari ini Perhimpunan Agung Umno 2011 akan bermula dan ianya akan dimulakan dengan "Amanat Presiden" lebih kurang jam 2 petang nanti.Perhimpunan kali ini dilihat amatlah penting kerana ianya mungkin yang terakhir sebelum Umno dan BN menghadapi PRU 13 nanti.

Perhimpunan kali ini dilihat diatur amat teliti dan agak ketat terutamanya yang melibatkan pihak media sama ada media arus perdana mahupun media alternatif.Difahamkan banyak usul yang agak sensitif yang akan dibahaskan para perwakilan dan demi menjamin ianya tidak "DI PUTAR BELIT" sesetengah pihak,maka kali ini ada KOD ETIKA tertentu yang perlu dipatuhi pengamal media,baik perdana mahupun alternatif.Ada perkara yang boleh dilapurkan kepada umum dan ada yangWAJIB berlegar didalam dewan sahaja.Ini semua demi menjaga SENSITIVITI kaum agar tiada pihak yang berkecil hati.


Dalam suasana pihak PEMBANGKANG tidak berhenti memburukan imej Umno dan Kerajaan kita tidak perlu apa yang dibahaskan dalam FORUM ORANG MELAYU ini dijadikan "bahan nasional" untuk dipertikaikan oleh kaum bukan Melayu.Walau bagaimana pun kita berharap para perwakilan akan membahaskan semua usul dalam sikap "kematangan" yang terbaik dan jika ada "teguran keras" yang perlu dilontar biarlah ianya dilakukan dengan berhemah.

APA akan berada di PWTC membuat liputan mulai hari ini sehingga selesai PAUMNOini.Aku akan cuba memberi laporan terbaik dari sana dari kelak bila berkesempatan.Untuk pengetahuan para pembaca tidak ada maklumat FIRST HAND yang akan diperolehi MEDIA PEMBANGKANG untuk PAUMNO kali ini.Jadi jika ada media pembangkang yang melaporkan apa yang tidak dilaporkan media pro Umno beerti maklumat itu hanyalah SPIN dari mereka.Hanya media pro yang akan melaporkan apa yang sebenarnya berlaku untuk PAUMNO kali ini.


Photobucket

Winnable Candidate...?

on


Saudagar bertaraf MAULANA [Millionaire] berbangsa melayu, anak kelahiran negeri Selangor yang menjadi tauke unggul air di Selangor, Tan Sri Rozali Ismail diberitakan mempunyai cita cita menjadi “khalifah” kepada kesemua Winnable Candidate yang bakal disenaraikan mengharungi pertarungan PRU ke 13 untuk cubaan merampas kerajaan negeri Selangor daripada tangan Khalid Gagap PKR dan Pakatan Rakyat…

Andaikata benarlah telahan ini, apakah para pimpinan UMNO Selangor yang akan bersidang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 beberapa hari lagi akan berdiam diri..? Sudah pasti dikalangan pimpinan UMNO Selangor tidak mudah untuk merestui tauke air ini diangkat sebagai calon MB Selangor sekiranya Pakatan berjaya ditewaskan oleh BN…

Gerak kerja “orang orang Tan Sri Rozali” dalam UMNO Selangor sudah dikatakan beroperasi, cuma uniknya ialah dikalangan pimpinan UMNO tidak menyedari ‘gerakan’ ini…, klik 
sini.

Apakah Rozali Ismail ini memiliki ciri ciri yang menepati kelayakan diiktirafkan sebagai “winnable candidate” untuk mewakili UMNO-BN di Selangor..?

Nantikan sambungannya…, ada kisah kisah mengenai kesombongan dan keangkuhan Boss Syabas ini yang membuktikan beliau bukanlah seorang ‘friendly’ dan senang didekati untuk diangkat sebagai ‘khalifah..’ Malah sifatnya yang tamak haloba mahu menguasai banyak projek melalui FELDA bakal dibongkar sedikit masa lagi…! Ini hanyalah sebagai mukadimah sahaja…

p/s; perkataan ‘khalifah’ merujuk kepada keyword ‘orang orang Rozali’ yang sedang menjalankan kerja underground cuba menyelinap dalam UMNO Selangor!


sumber :-  http://medan-info-kita.blogspot.com
Photobucket

JUSA Luar -Sistem Kerajaan Akan Porak-Peranda...?

on



1. Semalam Utusan melaporkan bahawa kerajaan bercadang untuk membenarkan mereka yang di luar skim perkhidmatan awam memohon menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Menurut laporan tersebut mereka yang berpengalaman di sektor swasta boleh memohon menyertai JUSA C dan ke atas. 

2. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh dilantik menjawat jawatan dalam kategori JUSA C sehingga ke Ketua Setiausaha Negara tanpa perlu melalui Sistem Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

3. Kita dimaklumkan bahawa cadangan ini sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam sektor awam. Kononnya, melalui pengambilan kepakaran tenaga di luar kerajaan maka kerajan akan menjadi lebih baik, cekap dan efektif.

4. Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana ia bukan sahaja merendah-rendahkan kualiti PTD kita tetapi juga merosakkan sistem pemilihan dan kenaikan pangkat PTD sedia ada tanpa sebab yang munasabah. 

5. Tidak dinafikan terdapat kelemahan dan kepincangan di kalangan segelintir pegawai kanan kerajaan. Namun proses pembetulan, tindakan disiplin dan tunjuk ajar harus dibuat dalam konteks sistem yang sedia ada.

6. Alasan untuk mendapat kepakaran luar untuk membantu kerajaan adalah sangat lemah kerana bagi sesebuah kementerian yang mempunyai pelbagai isu dan masalah yang tidak mungkin dapat diselesaikan dengan mengambil mereka yang pakar dalam sesuatu bidang. 

7. Tugas para pegawai kanan kerajaan ialah melaksanakan polisi, memberi pandangan dan membantu merangka polisi. Untuk merangka polisi ini adalah tugas mereka sebagai pentadbir untuk mengumpul sebanyak maklumat dan pandangan dari pakar-pakar dalam bidang yang diperlukan untuk sesuatu polisi.

8. Namun untuk melaksana polisi kerajaan kita memerlukan para pegawai kerajaan yang cekap, mahir dan tahu organisasi dalam kerajaan, rangkaian arahan dalam kerajaan dan juga peraturan serta undang-undang yang membabitkan bidang kuasa mereka. Ini tidak mungkin dapat difahami oleh kumpulan luar yang dibawa masuk secara "payung terjun" melalui sistem yang dikatakan akan diperkenalkan dalam sedikit masa lagi.

9. Sebab itu seseorang PTD mengambil masa lama untuk sampai ke jawatan pegawai kanan kerana mereka melalui pelbagai pengalaman kerja di pelbagai peringkat kementerian, jabatan dan organisasi dalam kerajaan bagi membolehkan mereka menimba sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan. Pengalaman dan pengetahuan inilah kemudiannya akan membantu mereka melicinkan jentera kerajaan dan juga mengawal tata laku mereka sebagai pegawai kanan kerajaan apabila memasuki kumpulan JUSA.

10. Adalah sangat berbahaya kepada pentadbiran kerajaan dan juga individu yang menjawat jawatan tinggi sekiranya mereka tidak memahami dengan cekap segala peraturan, undang-undang dan keadaan dalam organisasi kerajaan. 

11. Jika selama ini Menteri dan Menteri Besar yang baru boleh mendapat tunjuk ajar dan panduan daripada pegawai kanan kerajaan mengenai perjalanan kerajaan, saya khuatir pada masa akan datang kita akan mendapati terdapat keadaan Menteri atau Menteri Besar baru dinasihati oleh mereka yang dibawa masuk dari luar sebagai Ketua Setiausaha atau Setiausaha Kerajaan Negeri. Kedua-dua mereka tidak menguasai peraturan kerajaan dan mungkin boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran undang-undang dan juga kecelaruan pentadbiran.

12. Selebihnya, laluan jalan belakang ke dalam jawatan-jawatan kanan sistem perkhidmatan awam ini akan menyebabkan para pegawai dalam sistem yang sedia ada berasa kecewa, terpinggir dan tidak lagi mempunyai motivasi meningkatkan kualiti perkhidmatan. Ini boleh menjadi masalah besar kepada parti pemerintah.

13. Kerajaan juga akan terdedah kepada tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan pilih kasih dalam pemilihan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Jika selama ini Perkhidmatan Awam dianggap berkhidmat kepada kerajaan sedia ada, pada masa akan datang pegawai kanan kerajaan akan dianggap alat parti politik semata-mata.

14. Ini akan meletakkan kedudukan pegawai kanan kerajaan dalam keadaan tidak menentu. Mereka pastinya akan disingkirkan jika berlaku perubahan dalam parti pemerintah. Justeru adalah dikhuatirkan kumpulan pegawai kanan ini tidak lagi boleh menjalankan tugas dengan profesional kerana untung nasib mereka terletak sepenuhnya kepada tuan politik.

15. Mereka yang mahu memperkenalkan dasar pengambilan kumpulan luar memasuki JUSA ini harus mengenal pasti dulu apakah masalah sebenar yang mereka mahu atasi. Saya percaya jika mereka telah mengenal pasti masalah sebenar yang mereka mahu atasi, maka soal memperbaiki perkhidmatan kerajaan boleh dijalankan secara dalaman sahaja. 

16. Pegawai kerajaan bergantung kepada Peraturan AM Kakitangan kerajaan dan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan. Jika terdapat kelemahan dalam pentadbiran kerajaan maka soal Peraturan Am dan Polisi kerajaan yang harus disemak terlebih dahulu. 

17. Jika ada kelemahan dan keperluan pengisian ilmu para PTD maka adalah tugas kerajaan untuk meningkatkan kualiti PTD. Ia boleh dibuat melalui pengambilan yang lebih cermat, latihan dari semasa ke semasa dan memberi ruang lebih luas kepada para pegawai kanan kerajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara. 

18. Ada perubahan yang membawa kekuatan dan kejayaan; namun ada juga perubahan yang mungkin boleh membawa kelemahan dan kehancuran. Dalam konteks inilah saya berharap jangan lain yang bengkak, lain yang bernanah dan lain pula tempat diubatinya. Akhirnya nanti kita jadi seperti tikus membaiki labu. Saya khuatir pengenalan sistem ini bukannya akan memperbaiki sistem pentadbiran kerajaan tetapi lebih memporak-perandakan pentadbiran sedia ada.

sumber :-  http://www.drkhir.com
Photobucket

Najib arahkan fitnah disebar untuk burukkan PR...?

on




‘Mencipta dan menyebarkan fitnah yang boleh diterima oleh pengundi dengan cara mencipta persepsi negatif terhadap pembangkang’.. ini yang tertulis sebagai antara perancangan yang terdapat dalam buku Panduan Gerakerja Pilihanraya Umum ke 13 UMNO, sila klik image dibawah untuk paparan lebih jelas..




Selama ini Umno didakwa telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan.

Ia dikatakan sengaja dibuat dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.

Sebagai bukti menyokong dakwaan tersebut, Anwar Ibrahim mendedahkan Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’, kononnya telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka.

Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.

Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, sewaktu Anwar Ibrahim menyampaikan ucapannya.

Anwar menjelaskan, menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno yang menyokong Keadilan.

Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.

Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List