DATUK DR CHE ROZMEY CHE DIN DIGANTUNG OLEH MALAYSIAN MEDICAL COUNCIL...?

on Nov 26, 2011

BN Gagal Selesai Banyak Isu Asas

on



Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari muncul kali kedua dalam sebulan ini di pentas PKR di Johor dengan menegaskan, kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) telah gagal menyelesaikan banyak isu penting yang sepatutnya sudah lama diatasi.

Berucap pada ceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah dekat sini malam tadi, Aziz yang berhadapan dengan siri kontroversi sejak lebih sebulan lalu memberitahu, berdasarkan usia negara lebih lima dekad, masih banyak perkara yang tidak dapat dijalankan kerana kerajaan mewujudkan peraturan tidak selaras dengan keperluan rakyat.

"Sepatutnya perbincangan berkenaan perkara-perkara  seperti Bahasa Kebangsaan, hak Melayu dan Bumiputera serta pengagihan yang adil kepada negeri-negeri sudah lama dapat diselesaikan, kira-kira 20 hingga 30 tahun lepas tetapi kerajaan masih gagal dalam perkara ini," kata beliau lagi.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Justeru katanya, Aziz (gambar) yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Terbaru kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor bebas daripada diaudit.

Aziz sebelum ini berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada ahli-ahli Umno jika parti itu sanggup mempelawanya.

Dalam ceramah malam tadi, Aziz menambah, Parlimen yang sepatutnya menjadi medan perbincangan wakil rakyat untuk membincangkan perihal kekayaan negara juga gagal bertindak kerana mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Kerajaan juga dilihat masih lagi tidak dapat menyelesaikan pembahagiaan kekayaan kerajaan secara adil kepada negeri-negeri, perkara ini sudah selesai sepatutnya," katanya lagi.

Oleh itu, Aziz menggesa perubahan dapat dilaksanakan di peringkat pusat bagi membentuk kerajaan baru dan membolehkan perkara-perkara itu dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

"Kita memerlukan kerajaan yang komited untuk menyelesaikan perkara ini, adalah sukar untuk kita  menggubal undang-undang sekiranya kita tidak menguasai Parlimen dan tiada perubahan kepimpinan di Putrajaya," katanya.

Aziz turut memuji sikap dan pendirian yang diambil Pakatan Rakyat kerana melalui perjuangan parti itu, rakyat dapat membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka dan bebas.

"Saya melihat satu keberanian setelah 54 tahun merdeka, kita kini mampu untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka. Ini jelas dilihat melalui perjuangan Pakatan rakyat, kita lebih bebas untuk membincangkan perkara sedemikian," ujarnya.

malaysianinsider


Photobucket

Wan Azizah Akui

on





Aku langsung tidak terkejut dengan kenyataan Wan Azizah dalam konvensyen ke-8 PKR bahawa pemimpin PKR dilanda sifat tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

Apa nak dihairankan. Selain kerana peribadi pemimpin PKR yang terdiri kalangan orang buangan UMNO, keputusan PRu12 sendiri menyumbang keadaan tersebut.

Jika sebelum ini calon pembangkang dilihat bersih, maka itu hanyalah kerana metreka belum mendapat kuasa.

Apabila beberapa negeri di tadbir oleh pembangkang, maka terserlah lah keperibadian dan sikap sebenar mereka.

Yang paling nyata ialah rakyat sudah melihat bahawa mereka cuma pandai bercakap!


Photobucket

Hebat Nya Orang Melayu

on



Hebat kita orang Melayu ni, dah boleh buat jet pejuang generasi kelima, buat kapal selam dan macam-macam lagi. He, he, tapi rumpun Melayu di Indonesia. Rumpun Melayu di Malaysia masih lagi sibuk bermain mercun dan meriam buluh, bermegah dengan Pendekar PT91M, Scorpene, Sukhoi dan mungkin lepas ini Typhoon. Dok sebut Typhoon tak henti-henti ribut luar biasa, kilat dan petir di Malaysia sekarang ini.

INDUSTRI PERTAHANAN, ADAKAH INDONESIA MENINGGALKAN KITA?

Adakah negara jiran tetangga kita Indonesia telah jauh meninggalkan kita dalam industri pertahanan?

Dibawah ini beberapa senjata dan produk industri pertahanan di Indonesia :

Indonesia buat jet pejuang di http://amkns.blogspot.com/2010/06/indonesia-akan-buat-jet-pejuang-sendiri.html

Indonesia buat helikopter di http://amkns.blogspot.com/2010/01/malaysia-beli-30-helikopter-dari.html

Indonesia buat kapal selam tahun 2012 dihttp://amkns.blogspot.com/2011/08/indonesia-buat-kapal-selam-tahun-2012.html

Indonesia buat kereta perisai dihttp://amkns.blogspot.com/2010/06/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html

Indonesia buat senapang boleh tembus kereta kebal dihttp://amkns.blogspot.com/2011/08/aduh-indonesia-buat-senapang-boleh.html

Indonesia buat kenderaan tempur 4X4 pula dihttp://amkns.blogspot.com/2011/08/indonesia-buat-kenderaan-tempur-4x4.html

Indonesia, cipta Bot boleh Menyelam dihttp://amkns.blogspot.com/2011/03/hebatnya-indonesia-cipta-bot-boleh.html

Indonesia buat hoverkraf di http://amkns.blogspot.com/2010/11/indonesia-mampu-bina-landing-hovercraft.html

Indonesia buat kapal selam dihttp://amkns.blogspot.com/2010/09/indonesia-buat-kapal-selam-sendiri.html



Photobucket

Siapa Janji Hospital Pada Orang Rembau...?

on


7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Berita berkaitan :

http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2011/01/penganiayaan-rakyat-rembau-oleh.html

http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

http://amkns.blogspot.com/2011/01/chegubard-lancar-dana-pembinaan.html



Photobucket

Ong Kim Swee Bertutur Bahasa Melayu Unggul

on



Tahniah kepada skuad Bawah 23 tahun Malaysia bimbingan Ketua Jurulatih Ong Kim Swee yang memenangi pingat emas sukan sea mengalahkan jiran kita Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2011. 
Saya tabik kepada Ong Kim Swee bukan setakat kejayaan beliau di padang bola, tapi lebih menarik lagi apabila ditemuramah, beliau menggunakan Bahasa Melayu yang cantik gaya bahasanya. Orang Melayu pun kalah.

Ada orang Melayu tu, temuramah TV Malaysia pun nak cakap Bahasa Inggeris. Ada pula cakap Bahasa Inggeris entah ke mana “grammar” nya. Ada tu pula, cakap Bahasa Melayu jadi Bahasa Rojak, Bahasa Pasar.

Mungkin terlalu awal untuk menganugerahkan Ong Kim Swee sebagai Tokoh Maal Hijrah.

Tak apalah, kita boleh kategorikan Ong Kim Swee sebagai Pejuang Bahasa Melayu.

Ada orang tu pejuang bangsa dengan menghunus keris, tapi bila ditemuramah, ada saja nak selit cakap Bahasa Inggeris.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List