PAKATAN AKAN MENANG BESAR DI SARAWAK.........???

on Nov 19, 2010




Tidak hairanlah mengapa Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak masih tidak membubarkan DUN Negeri sekalipun tempoh akhir kian menghampiri. Pelbagai andaian yang dibuat, namun Taib Mahmud kekal mendiamkan diri dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk membubarkan DUN. Ada juga yang berpendapat DUN Sarawak besar kemungkinan akan dibubarkan serentak dengan Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum Ke-13 diadakan.

Rupa-rupanya Taib Mahmud yang dikata macam-macam ni sudah nampak apa yang akan berlaku seandainya dia membubarkan DUN Negeri. Sah kompom Sarawak akan jatuh ke tangan Pakatan andai nya Taib Mahmud membubarkan DUN dalam masa terdekat ini.

Jawapan nya.......

PKR Seri Aman sudah menemui formula. Bayangkan dengan kehadhiran hanya 30 orang, Jimmy Donald boleh dapat 450 undi jawatan MPP yang ditandingi. Itu pengganda sebanyak 15 kali.


Pemilihan Keadilan perlu diteliti semula - Pensyarah Kanan UNISEL

on


pemilihan-PKR



SHAH ALAM 18 Nov - Pemilihan KEADILAN 2010 akan tiba ke penghujung pada minggu ini. Tanggal 21 November merupakan hari terakhir pengundian perimgkat MPP.

Tamatnya pengundian dua pusingan yang bermula dengan pemilihan peringkat Cabang dan diikuti pemilihan pucuk pimpinan tertinggi. Minggu selepas itu pula Kongres 2010 akan menyusul di mana yang menang tentunya akan di dudukkan di pentas utama.

Pada awalnya penulis merasakan sistem pemilihan 1 Ahli 1 Parti yang diadakan oleh KEADILAN merupakan satu langkah yang amat baik dalam meraikan demokrasi.

Memberi ruang dan peluang untuk ahli marhaen memilih pemimpin idaman mereka yang dirasakan mampu membawa aspirasi mereka. Persaingan sihat dalam keluarga besar KEADILAN juga dapat mendekatkan pimpinan kepada ahli-ahli di bawah. Politik wang yang menjadi nanah kepada parti politk juga dapat dihindarkan menerusi pengundian cara begini.


Baiknya proses ini telah penulis bincangkan pada awal bermulanya proses pengundian. Perlu diakui ia satu proses yang jika dilaksanakan dengan baik dan keadaan bersedia akan pasti memantapkan lagi KEADILAN terutama jika benar parti ini ingin menawan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Namun belum pun tamat minggu akhir pemilihan yang menjangkau kepada lebih dari dua bulan, beberapa persoalan timbul. Berbaloikah proses ini untuk KEADILAN? Adakah nampaknya lebih banyak yang positif atau sebaliknya? Bagaimana dengan persepsi terhadap KEADILAN selepas tamatnya proses ini? Adakah ini yang diharapkan oleh barisan pimpinan KEADILAN yang inginkan proses pemilihan sebesar dan serumit seperti Pemilihan 2010? Mampukah parti ini menjadi lebih kukuh setelah melalui proses ini?

Jawapan sebenarnya bergantung kepada persepsi dan kemudiannya interpretasi semua sama ada para pemimpin ahli-ahli KEADILAN yang terlibat, rakan-rakan PR, mereka di dalam BN dan juga rakyat Malaysia secara keseluruhannya yang tentunya menjadi penilai jatuh bangun sesebuah parti politik.


Persepsi adalah penentunya. Persepsi mereka tentang proses Pemilihan 2010 ini bergantung kepada bagaimana ia dijalankan.

Jika ia teratur dan beringriti , maka persepsi baiklah di mata rakyat Malaysia. Jika ia penuh dengan sangsi dan seperti tidak kena, maka negatif pulalah persepsi.

Itulah hakikat berpolitik. Tidak boleh lari dari persepsi. Dari persepsi datangnya interpretasi. Tiada peluang kedua untuk persepsi pertama. Bak kata ungkapan Inggeris, “The first impression is a lasting impression. It can make an impact on how someone will you forever”.


Hakikat ini perlu diterima sebelum Pemilihan KEADILAN dilaksanakan. Ini perlu dinilai terlebih dahulu sebelum berani mengambil risiko melaksanakan pemilihan yang unik seperti ini.

Persoalan sekarang, positifkah persepsi umum terhadap Pemilihan KEADILAN 2010 itu? Mungkin tidak jawapannya. Mengapa? Terlalu banyak masalah muncul dari proses pemilihan ini. Dari sekecil rungutan kelewatan memulakan pengundian hinggalah membawa kepada keluarnya salah seorang calon Timbalan Presiden KEADILAN dari parti itu dek kerana tidak berpuashati dengan proses pemilihan.

Ini tentunya suatu yang tidak berbaloi kepada imej KEADILAN. Namun jawapan tentunya berbeza antara kita kerana tentunya persepsi kita juga berbeza terhadap pemilihan ini.

Betul. Ia buat pertama kali diadakan. Tetapi proses ini sudah masuk minggu akhir pusingan kedua. Bolehkah alasan pertama kali digunakan. Tentunya tidak. Kenyataan JPP sendiri dikatakan telah bersedia dari semua aspek seperti logistik, kakitangan, senarai pemilih dan apa jua proses berkaitan. Andai telah bersedia, mengapa banyak elemen negatif yang muncul?.

Logik jika rungutan itu datang dari pihak lawan. Masalahnya, rungutan dan kritikan ini bukan datang dari pihak lawan. Datangnya semua itu dari ahli sendiri. Malah pemimpin yang bertanding sendiri jelas lantang mempertikaikan proses dan tatacara pemilihan yang dijalankan.


Rungutan datang dari calon setinggi untuk jawatan Timbalan Presiden hinggalah dari mereka yang bertanding diperingkat serendah AJK Cabang. Ini tentu satu masalah yang perlu dirungkai.

Jika disenarai satu persatu masalah dan aduan yang pasti berjela panjangnya. Teliti sahaja sidang-sidang akahbar oleh mereka yang bertanding. Layarilah laman-laman blog dan sesawang berkenaan Pemilihan 2010. Bacalah penulisan di media-media cetak berkenaan masalah ini. Analisalah kenapa ada yang memboikot hingga membawa kepada peratusan keluar mengundi yang jauh lebih rendah sewaktu pusingan kedua pengundian.

Timbang-timbanglah isu disebalik keluarnya Datuk Zaid Ibrahim dari KEADILAN serta memorandum Mustaffa Kamil Ayub serta Badrul Hisham Shahrin. Bantahan dari ahli-ahli KEADILAN terutama di Cabang Hulu Selangor jangan pula diambil ringan.

Inilah yang sepatutnya mereka yang mengurus dan mereka yang diberi amanah memikirkannya. Timbul persoalan asas, mengapa tidak diadakan tempoh percubaan atau “trial run” terlebih dulu. Adakah KEADILAN merasa terlalu yakin ia akan berjalan dengan lancar tanpa ada masalah besar?

Sistem pemilihan sebegini rumit dan dijalankan kali pertama di Malaysia oleh sebuah parti politik yang baru sedekad usianya tentunya memerlukan satu tempoh percubaan dalam pelaksanaan pemilihan tersebut. Bagi barisan pimpinan yang mencadangkan Pemilihan 2010 ini, adakah konklusi sebegini yang diharapkan? Tidak terfikirkah pelbagai masalah sebegini akan muncul andai pemilihan tidak diselenggara dengan baik dan bersedia? Mungkin juga rasanya barisan kepimpinan merasakan bahawa KEADILAN mempunyai akar umbi yang telah kukuh diperingkat Cabang dan Ranting hingga sanggup mengambil risiko sedemikian besar.

Jadinya, berbaloikah semua ini kepada imej KEADILAN? Perlu juga KEADILAN renungkan adakah ini yang ahli-ahli di bawah sana inginkan. Hasratnya memang baik tetapi impaknya tidak sepeti yang dijangka. Munculnya sengketa, perpecahan dari persaingan merebut jawatan menambah buruk lagi proses ini.

Lihat sahaja apa yang berlaku di kebanyakkan Cabang di Selangor. Cabang Kapar dari lebih 3,000 turun mengundi waktu pemilihan Cabang, tinggal kurang 300 yang menunaikan tanggungjawab mereka sewaktu pemilihan MPP. Cabang Selayang sendiri menyaksikan lebih 500 ahli tidak dapat mengundi disebabkan nama tiada dalam senarai pemilih.

Apa yang terjadi sewaktu pemilihan Cabang di Sabak Bernam juga memosakkan imej KEADILAN. Begitu juga di Kuala Langat, Kota Raja, Klang dan lain-lain. Cabang Subang pula dibatalkan.

Petaling Jaya juga bermasalah. Itu belum dikira Hulu Selangor yang hingga kini belum selesai kontroversi pemilihan cabang. Persepsi yang positif sukar diharapkan jika ianya berterusan terutama di Selangor.

Selangor adalah satu-satunya negeri yang dinakhodai oleh KEADILAN. Selangor jugalah di mana ahli-ahli KEADILAN dikatakan paling ramai dan juga paling tinggi jumlah keluar mengundinya. Jika Selangor sendiri yang mana turut terletaknya ibu pejabat KEADILAN tidak dapat dikawal, bagaimana pula negeri-negeri lain.

Mungkin keras bunyinya namun jika benar cita-cita KEADILAn menawan Putrajaya, perkukuhkanlah sistem di dalam parti itu sendiri. Biasanya yang pahit didengar dan dibaca itulah lebih mujarab.


Begitu juga dengan persoalan kewangan. Berbaloikah jumlah wang yang tentunya besar dibelanjakan bagi proses ini. Ratusan ribu mungkin.

Itu belum dikira wang yang dikeluarkan oleh ratusan calon yang bertanding. Perbelanjaan kempen , poster, kad nama, banting, sewa dewan, makan-minum, perjalanan, logistik serta pelbagai lagi belanja yang terpaksa dikeluarkan oleh mereka yang bertanding tentunya besar.


Malah telah ada desas desus turut berlaku politik wang. Sekiranya pemilihan ini tidak berbaloi, alangkah lebih baik dana ini dikumpul dan diguna untuk pilihan raya sebenar.

Namun demikian, tahniah juga kepada yang telah menang dan yang akan menang. Baik sebagai pimpinan di MPP mahupun di Cabang. Namun, berbaloikah kemenangan semua sekiranya imej dan persepsi khalayak umum terhadap KEADILAN tercalar? Jangan sampai menang jadi arang kalah jadi abu. Berbaloikah kemenangan sekiranya ianya diselubungi elemen-elemen yang tidak enak dibaca, dilihat, didengar mahupun dipandang.

Berbaloikah kemenangan andai hanya mewakili 8 peratus dari keseluruhan ahli KEADILAN. Mana lagi 92 peratus itu? Mulakanlah pemulihan KEADILAN yang terjejas dek kerana Pemilihan 2010. Berbaloi atau tidak, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti yang akan jadi penentu.

Hamdan Datuk Mohd Salleh merupakan Pensyarah Kanan dan mantan Ketua Jabatan Sains Sosial di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Industri Selangor (UNISEL). Beliau mengkhusus kepada bidang pengurusan politik dan kini sedang menyiapkan kajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Politik Oposisi.

Antara Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim

on

Sekitar tahun 1996 Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah pergi bertemu Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (kini bergelar Tun). Berlangsunglah satu pertemuan ringkas di antara isteri Perdana Menteri Mahathir Mohamed dengan isteri Timbalan Perdana Menteri – Anwar Ibrahim.
.
Pertemuan antara seorang doktor pakar mata dengan doktor perubatan biasa itu tidak mengambil masa yang panjang untuk menyerlahkan agenda utamanya.
.
DSWA telah mengadap DS Dr. Hasmah Mohd Ali untuk meminta jasa baik beliau agar mempengaruhi suami beliau Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad menarik balik Azmin Ali daripada menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.
.
Aduh, besar sungguh agenda pertemuan itu kerana sudah tentu ada sebab tertentu kenapa Wan Azizah mahukan Azmin dikeluarkan daripada pejabat suaminya.
.
Tentulah ketika itu belum terlintas lagi di kepala Wan Azizah bahawa satu ketika selepas itu Azmin Ali akan mengeluarkan surat akuan yang dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.
.
Kenapakah Wan Azizah bertindak demikian? Apakah salah Azmin Ali? Adakah kerana Azmin menjalankan tugasnya dengan tekun sehinggakan Wan Azizah sukar menemui suaminya bila dia mahu?
.
Sebagai seorang isteri tentu Wan Azizah mempunyai sebab dan alasan besar kenapa dia mahu Azmin Ali disingkirkan daripada pejabat Anwar Ibrahim. Tidak mungkin dia bertindak demikian atas hasutan orang-orang tertentu yang mengatakan A zmin tidak baik. Wan Azizah bukannya calang-calang wanita. Beliau adalah seorang professional yang mendapat ijazah terbaik dan ‘citation di universitinya di luar negara.
.
Jawapan sebenar ialah kerana Wan Azizah sudah semakin resah kerana melihatkan pembabitan isteri Azmin Ali mendampingi Anwar Ibrahim.
.
Kalau ada gambar lama sekitar 1976-1977, lihatlah rakaman majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, kadangkala kita boleh lihat Shamsidar isteri Azmin Ali duduk di sebelah Anwar Ibrahim.
.
Pernah sebelum itu dan sekarang ini kita melihat isteri Setiausaha Sulit seseorang menteri duduk di sebelah menterinya? Kecuali si isteri itu terbabit dengan peranan besar dalam sesuatu majlis memang sukar kita melihat isteri si Setiausaha Sulit berbuat demikian.
.
Dengan lain perkataan, kehadiran Shamsidar, isteri Azmin Ali sudah menjadi duri dalam daging Wan Azizah. Ini juga merupakan punca keretakan rumah tangga mereka. Tetapi sebagai seorang isteri yang penuh bertaqwa, Wan Azizah memilih jalan senyap dan baik merayu kepada Dr. Siti Hasmah agar Azmin Ali ditukarkan daripada pejabat suaminya.
.
Kisah kehadiran Shamsidar di majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim sudah menjadi satu cerita hangat yang dimainkan oleh media satu ketika dahulu gara-gara surat Umi Hafilda Ali kepada Perdana Menteri yang menuduh Shamsidar melakukan kerja sumbang dengan Anwar Ibrahim. Daripada situ muncul satu teka-teki apakah anak Shamsidar itu sebenarnya berbapakan Anwar Ibrahim ataupun Azmin Ali.
.
Sudah tentu ini memerlukan ujian DNA yang akhirnya membuat keputusan bahawa anak perempuan itu memang sah anak Azmin Ali dan Shamsidar.
.
Soalnya sekarang bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh merestui kehadiran Shamsidar dalam majlis yang dihadirinya? Apakah Anwar Ibrahim tidak ada pertimbangan bahawa insiden begitu akan membuat desas-desus dan teka-teki yang tidak ada putusnya? Ataupun mungkin Anwar Ibrahim sedar akan perkara itu dan tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tetapi nampaknya permintaan Anwar Ibrahim itu diveto oleh Azmin Ali. Shamsidar tidak mungkin dapat menghadiri sesuatu majlis melibatkan Anwar tanpa restu dan izin Azmin Ali, suaminya.
.
Kisah Shamsidar dan Azmin Ali menjadi semakin bercelaru apabila Azmin membuat surat akuan (Affidavit) bahawa dia pun turut diliwat oleh Anwar Ibrahim. Ketika itu sudah muncul kisah Kasumatmaja, Azizan Abu Bakar dan Dr Anwar Anees.
.
Pada waktu yang sama pula gelombang pertama rakyat marhaen telah bergolak untuk melahirkan Parti Keadilan pimpinan Wan Azizah. Banyak nama lain yang muncul dengan gelombang itu – Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Roslan Kassim, Chandra Muzaffar, Mustaffa Kamil Ayub, Raja Petra, adalah sekadar segelintir nama yang menonjol. Tetapi yang amat besar peranan telah dilakukan oleh golongan elitis muda-mudi Malaysia tidak kira apa kaumnya serta beberapa pertubuhan bukan-kerajaan (NGO) dan golongan veteran politik yang sudah lama bersara. Gabungan tiga golongan besar yang berbeza ini telah melahirkan satu gelombang marhaen yang bangkit memperjuangkan penderitaan Anwar Ibrahim sekali gus melakar kejatuhan dinasti Mahathir Mohammad.
.
Saya ingin ulang sekali lagi, kejatuhan Anwar Ibrahim dalam PKR, jika berlaku, akan menghenyak sekali lagi Mahathir Mohamed. Kerana Azmin Ali adalah proksi Mahathir Mohamed dalam PKR.
.
Kita dapat lihat apa yang dibuat oleh Mahathir Mohamed sekarang ini. Dia banyak mengutuk kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu dan kini memuji kepimpinan Najib Tun Razak. Apa tujuannya yang sebenar? Saya berani berkata Mahathir mahu melihat anaknya naik mencanak dalam persada politik UMNO dan kalau boleh si anak itu boleh memegang jawatan Naib Presiden UMNO dalam masa terdekat.
.
Mahathir dapat melihat bahawa impian itu akan terkandas seandainya PKR menjadi kuat dan Anwar Ibrahim naik berkuasa sebagai Perdana Menteri. Kalau Anwar tidak menjadi Perdana Menteri pun besar kemungkinan Nurul Izzah akan naik menjadi Perdana Menteri. Mahathir dapat mencongak fenomena ini akan berlaku. Kalau sesiapa sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri daripada parti bukan-UMNO, besar kemungkinan akan ditubuhkan sebuah jabatan di kementerian tertentu yang akan menyelidik dan menyemak balik segala salahlaku pemerintahan Mahathir.
.
Sebenarnya Mahathir memang banyak berdosa kepada orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Sekarang ini kita dapat lihat Mahathir kadangkala berlagak laksana kera sumbang. Bayangkan seorang negarawan ulung boleh 'mencemar duli' merasmikan penubuhan PERKASA, sedangkan dia tahu PERKASA adalah alat dan wadah Ibrahim Ali mahu terus bernafas dalam arena politik. Bukankah UMNO ditubuhkan dahulu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu?
.
Ibrahim Ali memang beruntung kerana Mahathir kini sanggup mendampinginya. Dahulu, Mahathir pernah melantiknya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi FAMA sebagai imbuhan agar Ibrahim Ali tidak menentang Mahathir ketika memecat Anwar Ibrahim. Selepas itu Ibrahim Ali dapat banyak kontrak lumayan seperti membina Jambatan Pasir Putih dan sebagainya. Semua itu sebagai upah agar Ibrahim Ali akur kepada bosnya.
.
Kini, Mahathir sudah tidak berpengaruh lagi. Dia berpaut kepada apa sahaja untuk terus timbul dalam dunia politiknya. Hanya masa yang akan menentukan apa jadi kepada aura Mahathir. Seperti yang disebut oleh Almarhum Fadhil Nor, dia mahu melihat Mahathir hidup lama untuk melihat segala kebobrokan pemerintahannya.
.
Memang sungguh dahsyat perangai manusia bernama Mahathir. Segala gerak politiknya dilakukan penuh teliti seolah-olah dia mempunyai satu panel penasihat yang pandai memanipulasi orang-orang Melayu. Ada pihak yang berkata panel penasihatnya dahulu datang daripada seberang laut. Ada pula pihak yang berkata Mahathir mempunyai penasihat yang merupakan anggota Freemason. Biarlah fakta ini biar di situ sehingga suatu masa ada pihak lain yang membuat kajian terperinci mengenainya.
.
Akan tetapi saya tidak akan memaafkan Mahathir kerana membiarkan Ananda Krishnan membeli hak milik filem-filem P. Ramlee kerana itu adalah khazanah bangsa. Kenapakah tidak dibiarkan FINAS membelinya? Saya juga tidak mahu memaafkan Mahathir kerana member Ananda Krishnan menguruskan satelit dan ASTRO sedangkan adalah lebih baik kalau dibiarkan Koperasi Angkatan Tentera mengendalikannya.
.
Banyak lagi kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu. Biar generasi muda membuat kajian dan mendedahkannya.
.
Apabila diambil kira kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu barulah kita sedar kenapa dia meletakkan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar. Hinggalah Anwar dipecat kerana enggan mengeluarkan cek untuk menyelamatkan bisnes Mirzan Mahathir.
.
Sesungguhnya segala tindakan Anwar Ibrahim untuk menyanggah Mahathir Mohamed satu ketika dahulu dapat dihidu oleh Mahathir melalui Azmin Ali. Apa sahaja yang Anwar buat Mahathir sudah tahu terlebih dahulu.
.
Mahathir dapat bukti yang kukuh lengkap dengan rakaman kamera jarak jauh setiap pergerakan dan tindakan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu, walaupun dia kerap berada di luar negara untuk melalak sebagai jaguh dunia ketiga.
.
Drama kejatuhan Anwar Ibrahim di mana Azmin Ali memainkan peranan besar adalah satu drama yang amat baik dijadikan epik filem Hindustan. Terlalu banyak sub-plotnya seperti peranan Umi Hafilda Ali yang terbang ke luar negara menghadiri ceramah Mahathir mengenai Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia di luar Negara. Kemudian ada pula kisah Anwar yang terkena racun arsenik ketika dalam tahanan di penjara.
.
Begitu juga dengan penubuhan Keadilan yang banyak melibatkan peranan golongan muda seperti Ezam Mohd Nor, Roslan Kassim dan lain lagi. Tetapi ketika itu tidak pun tersebut peranan Azmin Ali. Malahan ketika Mahathir sudah jatuh dan muncul Abdullah Ahmad Badawi, segala urusan tolak-ansur untuk membebaskan Anwar Ibrahim telah dilaksanakan oleh Ezam Mohd Nor dengan Khairi Jamaluddin. Tidak pula disebut nama Azmin Ali ketika itu.
.
Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah.
.
Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR.

Bukan Susah Untuk Jadi Popular Di Negara Ini

on

UNTUK menjadi popular di negara ini bukan payah sangat. Anda tidak payah berusaha bertahun-tahun atau mengemukakan penemuan baru atau pun idea baru atau pun melakukan kerja-kerja anih dan ganjil, atau pun terlalu berjasa kepada negara.

Anda tidak payah menjadi pelumba lari 100 meter atau ahli tinjau peringkat heavyweight atau pelontar cakera sehingga 600 meter jauhnya.

Anda juga tidak perlu memasuki berbarisan panjang untuk melalui test bagi menyertai Akademi Fantasia ataupun rancangan realiti Imam Muda. Tetapi cukup untuk ada menyertai mana-mana parti komponen Paatan Rakyat, baik Pas, PKR atau DAP. Anda masuk sekejap, berak dalam mana-mana ruang dalam rumah parti berkenaan kemudian anda keluar bawa punggung sambil memburukkan parti berkenaan dan pemimpinya. InsyaAllah anda akan jadi popular. Sekali mata saja anda akan dapat menawan semua media massa negara ini.

Pasti anda akan meletup. Anda akan mendapat liputan meluas oleh media massa. Segala dosa anda akan dilupai dan anda dianggap manusia suci yang turun dari langit bersama hujan batu. Wajah anda akan terpampang di semua saluran tv kerajaan, berbayar atau swasta- sampai orang tengok naik muaklah. Wajah dan muka anda juga akan terpampang di semua surat khabar, baik arus perdana dan akhbar nyamuk. Tidak terlupa juga anda akan disorot dan diulas olehbloger atau pun mendapat liputan istimewa dari protal berita.

TV pula akan berebut untuk memanggil anda menjadi ahli panel - memperkata dan memburukkan parti yang baru anda tinggalkan itu. Anda juga akan diletakkan di kerusi empuk sehingga terlindung punggung anda yang bercepuah dengan najis.

Tidak mustahil juga kalau anda rajin dan kreatif anda akan mendapat upah dan wang dengan tindakan anda itu apabila anda sanggup membuat road show dengan Umno. Untuk ini anda kena cari seorang promoter yang baik dan cekap. Bolehlah untuk hidup setahun dua tanpa melakukan kerja-kerja biasa.

Anda jangan masuk parti kompnen BN. Anda tidak akan popular. Malahan anda akan dilupakan terus. Tidak ada surat khabar berminat untuk membuat liputan mengenai anda. Kalau anda masuk Umno kemudian esok anda keluar, lusa anda akan menjadi gemula kepada media massa terutama RTM, TV3 atau pun Astro Awani. Mereka tiak berminat untuk membuat liputan kepada mereka walaupun hujah dan alasan anda meninggalkan parti berkenaan mempunyai sebab-sebab yang konkrit.

Apa yang berlaku ke atas bekas Ketua Penerangan Pemuda Umno Kelantan dan bekas calon Umno tahun 1995 Sabree Shafii adalah jelas. Kenyataan dan pengumuman beliau meninggalkan Umno 1 November lalu langsung mendapat liputan media massa. Media massa menyembunyikan berita itu seolah-olah tindakan Sabree itu tidak memberi apa-apa kesan kepada BN.

Apa lagi kalau anda yang keluar dari parti Pakatan Rakyat, anda menghentam balik parti anda itu. Meluapi jasa pati itu yang memberikan anda kerusi dan kedudukan, anda caci dan cerca para pemimpinnya tertingginya. Segala ludah yang anda buangkan bersama kahak semasa dalam parti berkenaan anda kena raut dan sedut balik. Tidak kisah sama ada hujah yang anda perkatakan itu benar atau tidak, atau bohong sama sekali anda tetap menjadi perhatian utama. Akan dapat tempat istimewa. Kata-kata anda akan disanjung bagaikan setongkol emas.

Kalaupun sebelm ini anda mengecam Umno, mengata huduh kepada pemimpinnya, memburukkan isteri perdana menteri atau PM sendiri, jangan bimbang. Tetapi kalau anda keluar parti Pakatan Rakyat anda akan dianggap sebagai hero. Kenyataan ataupun ulasan anda akan disiarkan di muka depan, ia menjadi berita yang istimewa dalam tv.

Begitulah keadaanya dan apa yang ada di Malaysia ini. Ianya bukan sukar sangat dan anda tidak pun memerlukan wang yang banyak untuk menjadi popular dalam masa segera. Banyak contoh kalau hendak ditunjukkan bukti bagaimana mereka yang mulanya dianggap haprak dan tidak berguna oleh media massa arus perdana, tetapi bertukar menjadi sang dewa oleh media sama apabila mereka berpaling tadah menghentam parti Pakatan Rakyat dan menyatakan sokongan kepada Umno.

Nama-nama seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohmad Noor, lima orang wakil rakyat Pakatan Rakyat (tiga Adun dan empat MP) yang berpaling tadah dan menjilat ludah mereka, dan terbaru Zaid Ibrahimadalah bukti nyata. Orang ini adalah orang yang dulunya telah mengeji atau meletakkan pemimpin Umno sama busuk dengan tahi. Tetapi kenapa hari ini mereka disanjung.

Mereka dipulau atau dipandang sepi oleh media arus perdana. Bagi media arus perdana mereka seolah sudah pun tidak wujud lagi. Tetapi apa jadi setelah mereka menunnging punggung ke langit, dan mengintai semula parti mereka melalui celah kangkang. Wah... mereka akan dipuji setinggi langit. Kata-kata mereka diambil sebagai kata-kata hikmah. Mereka secara tidak langsung dijadikan senjanta untuk membunuh kawan dan parti asal mereka. Mereka diangap sebagai manusia maksum yang diturun khas dari syurga.

Mengenai hakikat ini ada dua perkara yang perlu dinilai dan dilihat. Pertama ialah mengenai wibawa media massa berkenaan. Dan kedua apakah nilai manusia atau ahli politik yang bersikap kacang lupakan kulit ataupun berpaling tadah itu.

Apakah media itu boleh dianggap berwibawa dan berintergriti kerana jelas mereka mempunyai dua pandangan terhadap satu manusia yang mempunyai dua sifat berbeza. Selagi tokoh itu berada dalam parti selain Umno mereka disepikan dan pandangan mereka tidak disorot pun. Sebaliknya sesusah mereka kembali kepada Umno maka mereka diterima dan menganggap pandangan mereka bernas dan tepat? Seolah-olah selama mereka berada dalam parti Pakatan Rakyat mereka sedang menuntut di sebuah universiti dan sesudah tamat mereka keluar dengan ilmu yang penuh dan kembali kepada parti Umno.

Begitu juga dengan orang-orang berkenaan. Di manakah prinsip mereka. Satu masa mereka ditebas dan ditebang oleh media berkenaan, kemudain selepas mereka berpaling tadah mereka akan dipuji di puja oleh media berkenaan. Mereka juga turut sama mengecam media massa berkenaan kerana mengalpakan mereka. Tetapi apabila mereka keluar dari parti pembangkang mereka sendiri menerima media massa berkenaan sebagai adil dan saksama. Jelas situasi ini penuh hipokrasi.

Mungkin buat media massa demikian dan orang yang demikian mereka tidak merasa apa-apa. Maruah mereka juga sudah hilang entah ke mana. Mereka sudah tidak pedulikan keada soal maruah dan moral lagi. Tetapi bagaimana dengan pemerhati, dengan rakyat dan pengundi dalam menilai sikap dan sifat media massa dan orang berkenaan?

Apakah media itu masih boleh dipercayai dan begitu juga dengan sosok-sosok berkenaan? Bolehkah dipercayai setiap kata-kata mereka selepas ini sedang sebelum ini mereka diburukkan oleh media massa itu sendiri. Sama-samalah kita memikirkan fenomena ini agar kita juga tidak ikut terjadi seperti media massa dan orang-orang politik yang tidak lekat unjap dan munafik herbi itu.

-MSO-

Zaid: ‘Saya tidak sertai PAS, susah parti besar-besar ini’

on

PETALING JAYA, 19 Nov — Datuk Zaid Ibrahim hari ini menjelaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik termasuk PAS sebaik sahaja keluar secara rasmi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) 16 Disember ini.

Sebaliknya, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, adalah lebih baik jika menubuhkan parti baru daripada menyertai PAS.

“Saya tidak akan masuk PAS, susah parti besar-besar ini.

“Lebih baik saya sendiri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di sini pagi ini.

Terlebih dahulu ketika sidang media itu, Zaid berkata beliau akan meninggalkan PKR berkuat kuasa 16 Disember ini.

Beliau turut mengesahkan kemungkinan akan menubuhkan parti baru berkata beliau “sudah pasti” akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Namun menurut Zaid, parti baru itu hanya akan ditubuhkan sekiranya mendapat sokongan daripada penyokong-penyokong beliau.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sama ada parti Islam itu akan menerima Zaid sebagai ahli PAS bergantung kepada keputusan yang dibuat Zaid hari ini.

“Lagipun beliau tidak minta (masuk PAS), macam mana kita nak tahu.

“Kita tunggu sahajalah apa keputusan beliau nanti, tunggu kata putus daripada beliau dulu,” kata Had yang juga Ahli Parlimen Marang.

PAS walaupun berhadapan dengan hubungan “dingin” dengan Zaid sebelum ini tetapi menyokong dan berkempen untuk beliau ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Terdahulu kata Zaid, beliau menyertai PKR kerana mempercayai wadah perjuangan reformasi yang tulen yang diamalkan parti itu.

“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

“Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu,” katanya.

Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.

“Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat.

“Saya juga amat menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli parti kepada saya selama ini.

“Ingin saya tegaskan bahawa karier politik saya adalah sesuatu yang kecil sahaja, (tapi) yang paling penting kepada kita ialah politik kotor dan penipuan yang mesti kita tentang walau dari mana ia datang,” katanya.

Pertarungan Teng-Teresa tak dapat dielak

on



azlan
Dengan pemilihan DAP Selangor dijadualkan dalam sembilan hari lagi, pergelutan kuasa di antara kumpulan pemimpin sekarang dengan pencabarnya semakin ketara.

Pihak yang berkuasa sekarang menuduh speaker dewan undangan negeri Selangor, Teng Chang Kim mengetuai kumpulan 'pemberontak' untuk merampas kuasa. Kumpulan yang dikenali sebagai 'Reform Keadilan' itu termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang kini dipinggirkan dan penyokong bekas ahli majlis Klang Tee Boon Hock.

Kumpulan itu dikatakan mengintai sekurang-kurangnya lapan daripada 15 kerusi jawatankuasa pusat Selangor untuk menguasai kepimpinan DAP Selangor.

Teng bagaimanapun menafikan dakwaan itu manakala beberapa pemimpin lain yang juga dikaitkan dengan kumpulan berkenaan juga telah menafikannya.

ean yong going to shah alam police stationHakikat bahawa DAP Selangor sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan, bukan lagi satu rahsia. Kumpulan yang berkuasa terdiri daripada pengerusi DAP Selangor sekarang, Ean Yong Hian Wah (kanan, berjaket hitam); timbalannya, Tony Pua; setiauasaha, Lau Weng San; pengarah pendidikan politik, Lee Kee Hiong dan setiausaha publisiti, Tiew Wai Keng. Manakala kumpulan 'pemberontak' pula termasuk Teng dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Seorang pemimpin dari puak yang berkuasa memberitahu Malaysiakinibahawa Kumpulan Reform Keadilan itu satu pakatan yang longgar bagi menyatukan kepentingan mereka dan tidak mempunyai sebarang visi.

"Jika mereka berjaya ambil alih DAP Selangor, akibatnya tidak dapat dibayangkan,” katanya.

NONESelain Teng, mereka dalam kumpulan 'pemberontak' adalah pemimpin akar umbi seperti T Kannan, senator S Ramakrishnan, bekas ahli majlis Kuala Langat Lim Soon Hong, ahli majlis Kajang Lee Ah Seng dan setiauasaha jawatankuasa perhubungan Klang, Lee Fu Haw.

Teng, Ng dan Kannan adalah ahli jawatankuasa pusat DAP Selangor sekarang ini.

Lee pula dikatakan sebagai 'penyokong tegar' Tee yang dipecat dari parti kerana mengeluarkan surat sokongan bagi projek di mana anaknya terbabit.

Beliau dan Lim juga dikatakan mempunyai cita-cita mencari peluang untuk dilantik sebagai calon DAP pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Demo 'haram': 2 MP, 15 lagi dibebas

on





bersih rally 271207 05
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.



NONE
Aktivis Kuala Kuang menang rayuan

Di Ipoh, empat aktivis komuniti berjaya dalam permohonan mereka mengketepikan hukuman bersalah yang dijatuhkan oleh mahkamah majistret ke atas mereka kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di hadapan balai polis Kuala Kuang pada 1 April, 2001.

Rayuan mereka diterima oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Keempat mereka - K Kunasekaran, Chai Sing Chong, Tan Kin Siah dan Chong Min Tow adalah sebahagian daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menentang pencemaran udara yang dikatakan menjejaskan penduduk Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor.

Kampung berkenaan dilanda bau busuk dan pencemaran alam sekitar akibat daripada operasi sebuah kilang getah berhampiran.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List