Demo 'haram': 2 MP, 15 lagi dibebas

on Nov 19, 2010





bersih rally 271207 05
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun.

Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.



NONE
Aktivis Kuala Kuang menang rayuan

Di Ipoh, empat aktivis komuniti berjaya dalam permohonan mereka mengketepikan hukuman bersalah yang dijatuhkan oleh mahkamah majistret ke atas mereka kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di hadapan balai polis Kuala Kuang pada 1 April, 2001.

Rayuan mereka diterima oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

Keempat mereka - K Kunasekaran, Chai Sing Chong, Tan Kin Siah dan Chong Min Tow adalah sebahagian daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menentang pencemaran udara yang dikatakan menjejaskan penduduk Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor.

Kampung berkenaan dilanda bau busuk dan pencemaran alam sekitar akibat daripada operasi sebuah kilang getah berhampiran.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List