Showing posts with label kes mahkamah. Show all posts
Showing posts with label kes mahkamah. Show all posts

N3 ALTANTUYA - Azilah dan Sirul buat rayuan..........

on Feb 14, 2012


Kembalinya kisah pembunuhan Altantuya: Azilah dan Sirul buat rayuan..........


Seorang daripada bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah lambat mengisi petition rayuan terhadap hukuman matinya yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shariibuu.
Menurut peguam kepada ketua inspektor Azilah Hadri, beliau telah menerima hanya 40 buah daripada 57 dokumen mahkamah yang diperlukan untuk petition tersebut.

Ini telah menyebabkan kelambatan pendengaran rayuan, yang akan semestinya mengambil perhatian pihak media dan juga akan memberi publisiti buruk kepada Najib yang didakwa terlibat dalam kes tersebut walaupun telah menyangkalnya.

Pengurusan kes 9 Mac

Pada hari Jumaat, pendaftar Mahkamah Rayuan, Kanageswari Nalliah telah bersetuju untuk menetapkan 9 Mac sebagai tarikh pengurusan kes untuk membenarkan peguan Azilah, J Kuldeep Kumar untuk mendapatkan rekod yang lengkap.

Azilah, 34 dan rakan sekerja beliau, Kopral Sirul Azhar Umar, 39 telah dijatuhkan hukuman mati pada 9 April 2009 setelah hakim menetapkan bahawa mereka bersalah atas pembunuhan Altantuya di sebuah kawasan pembersihan hutan di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 hingga 9.45 malam hari berikutnya. Perbicaraan mengambil masa 159 hari dan kedua-dua lelaki sedang menunggu hukuman mati.

Walaubagaimanapun, sepanjang perbicaraan yang kontroversi itu, Kedutaan AS mendapati ia tidak dilaksanakan dengan adil menurut pendedahan Wikileaks dan juga terdapat spekulasi bahawa kedua-dua lelaki tersebut hanyalah pembunuh upahan.

Pertamanya, mereka tiada motif tersendiri dan yang kedua, mereka mengaku bahawa mereka telah di minta oleh pembantu Najib, Safri Musa untuk membantu rakan Najib, Razak Baginda keluar daripada masalah yang meruncing.

Dalam kenyataan yang diberi oleh Sirul, ada laporan akhbar yang menyatakan bahawa beliau telah mengaku dibayar RM 100 000 untuk membunuh Altantuya tetapi, hakim telah menolak peguam bela untuk meyelidiki hal ini ataupun mana-mana aspek yang membawa kepada motif pembunuhan.

Pembunuhan berkait dengan pembelian Scorpenes

Kes itu sememangnya telah memberi reputasi buruk kepada sistem kehakiman Malaysia dan juga kepada Najib sendiri. Beliau dikatakan pernah menjadi kekasih Altantuya sebelum memberikan wanita itu kepada Razak Baginda. Ketiga-tiga mereka terlibat dalam perjanjian pembelian 2 kapal selam Scorpenes yang bernilai RM7 billion daripada sebuah syarikat gergasi Perancis, DCN pada 2002.

Najib pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian manakala Razak Baginda adalah perunding utama beliau manakala Altantuya yang boleh berbahasa Rusia, dikatakan adalah penterjemah. Dalam perjanjian ini, Najib didakwa mendapat RM 570 juta dan Altantuya dikatakan balik ke Malaysia untuk mendapatkan bahagian beliau USD 500 000 sebagai komisyen beliau.

Walaubagaimanapun, menurut surat khabar Perancis La Liberation melaporkan bahawa Rosmah Mansur, isteri Najib enggan membayar satu sen pun kepada Altantuya. Ini telah menyebabkan Altantuya telah terang-terangan menagih Razak Baginda untuk membayarnya di rumah. Razak Baginda pula mengupah seorang penyiasat peribadi, P Balasubramanian untuk membantu beliau menghalang Altantuya sementara beliau menghubungi Azilah untuk meredakan keadaan.

Pada mulanya, Razak Baginda dituduh bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan tersebut. Kedua-dua polis itu adalah sebahagian daripada skuad elit manakala Razak Baginda adalah bekas pensyarah di Kementerian Pertahanan dan juga penganalisis politik. Razak kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan tanpa memanggil pembelaan beliau. Ini juga telah menimbulkan pelbagai kontroversi yang menguatkan persepsi bahawa orang yang berkuasa seperti Najib yang pada masa itu adalah timbalan perdana menteri terlibat dalam konspirasi tersebut.

Melambatkan kes supaya ia tidak menarik perhatian rakyat sebelum PRU 13

Kelambatan untuk memperdengarkan rayuan dilihat sebagai usaha mengelakkan Najib daripada dimalukan sebelum PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Menurut Kuldeep, dokumen mahkamah dihantar kepada beliau mengikut peringkat selaman 6 bulan dan ia menyebabkan kelambatan.

Sementara itu, peguam Sirul, Kitson Foong mengatakan bahawa tarikh kes didengar semula akan ditentukan mahkamah sebaik sahaja semua dokumen sudah lengkap. Kitson juga mengesahkan rayuan untuk Sirul telah difailkan dan beliau memikirkan untuk membuat rayuan untuk banyak sebab.

Dalam menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua lelaki terbabit. Hakim Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan kedua-dua mereka hanyalah semata ‘menyangkal dan menyalahi antara satu sama lain’.


Malaysia Chronicle


Photobucket

Sampel "DNA Curi" Diguna Perangkap Musuh Politik...!!!

on Mar 11, 2011

Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah



Oleh Fiona Macrae

Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: ‘Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin — yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu – menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti. 

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA – satu ‘kod bar’ genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina ‘perpustakaan’ yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis.

Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari ‘perpustakaan’ untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: ‘Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. 

Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

‘DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.’

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

‘Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.’

‘Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.’

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: ‘Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

‘DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.’



Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul“DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn” tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

Sultan Johor ada kepentingan dalam 'jambatan bengkok'

on

Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jambatan bengkok', demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikatakan memperolehi kepentingan tersebut ketika baginda menjadi Tengku Mahkota pada 1998.

Ini didedahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl EskayAbdullah dalam 
keterangannya hari ini.
NONE
Eskay menyaman Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pemegang saham utama syarikat tersebut, Yahya A Jalil, sebanyak RM20 juta. 

Kenyataan tuntutannya menyebut bahawa defendan gagal membayarnya RM20 juta seperti yang dipersetujui kerana membantunya mendapatkan projek jambatan bengkok.

Yahya, yang merupakan pengarah Merong Mahawangsa, didakwa oleh Eskay mendapatkan bantuannya untuk mendapatkan projek tersebut dari kerajaan dan bagi mendapatkan dana asing RM640 juta untuk melaksanakan projek tersebut.

Dalam keterangannya, Eskay (foto) berkata, dia pada awalnya mahukan kepentingan 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa sebagai balasan kerana berjaya membantu syarikat berkenaan mendapat projek tersebut,

NONEDia mendakwa, pada 3 Julai 1998 Yahya bagaimanapun telah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya bahawa persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi.

“Yahya memaklumkan kepada saya berlaku perubahan keadaan dalam Merong Mahawangsa. Yahya menjelaskan kepada saya bahawa Tengku Mahkota Johor (kini Sultan Johor) akan menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut".

Oleh itu, katanya, Yahya memberitahunya bahawa perjanjian awal untuknya mendapat 16.66 peratus dalam syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi.

Berikutan itu, kata Eskay, Yahya menawarkan gantirugi kepadanya sejumlah RM20 juta sebagai menggantikan pegangan 16.66 peratus dalam syarikat tersebut.


ceduk dari  :- http://gigitankerengga.blogspot.com
 



Polis Bayar 'Saman Ganti Rugi'

on Feb 10, 2011

Mahkamah Tinggi Kuantan Arahkan Pihak Polis Bayar 'Saman Ganti Rugi' Kepada Pemimpin PAS Kerana Tindakan Biadap Di Premis Persendirian




KUANTAN -  Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmadmenang dalam saman terhadapbekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu. 

Mahkamah Tinggi Kuantan akan menentukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini. Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad. Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

 Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit. Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate. 

Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967. 


Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power). Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada pihak terbabit atas kemenangan bersejarah ini. Ternyata, pihak polis gagal mengikut undang-undang yang telah diperuntukan dan hanya menjalankan tugas mengikut arahan politik sebenarnya. 


Kemenangan ini memberi pengajaran kepada semua anggota polis agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan yang jelas bercanggah dengan undang-undang itu sendiri. Semoga apa yang berlaku ini dapat dijadikan tauladan kepada anggota yang lain agar menghormati amalan demokrasi di negara ini. 

Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah.Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan. 

Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.

sumber dari :-    http://pahangdaily.blogspot.com

Kes "Rosmah Puaka" muncul kembali

on Dec 8, 2010

Kes pelajar UM untuk alih isu harga barang naik



Gerakan Solidariti Mahasiswa (SMM) sekali lagi mempersoal motif pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berhubung kes 'Rosmah Puaka' membabitkan lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).


Menurut peguam salah seorang responden, Razlan Jalaludin, kes rayuan tersebut ditetapkan hari ini namun nota kehakiman belum diterima dan mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk mendengar kes tersebut.
Presiden SMM, Shazni Munir yang merupakan salah seorang responden berkata, pihak peguam negara seolah-olah menerima tekanan untuk membuka kembali kes tersebut yang keputusannya telah dibuat Mahkamah Sesyen.
Beliau juga mempersoal mahkamah yang hanya memanggil semula tiga daripada kesemua mereka yang sebelum ini didakwa atas kesalahan cubaan melakukan perbuatan khianat, pencerobohan jenayah dan vandalisme.
"Kita amat kecewa dengan keputusan ini dan seolah-olah di peringkat peguam negara menerima tekanan dariapda pihak-pihak tertentu untuk membuka kembali kes ini," kata beliau dalam sidang media di lobi mahkamah pagi tadi.
Mereka yang dipanggil semula ialah Shazni Munir Mohd Ithnin (22 tahun), Muhammad Aizat Roslan (21), Muhammad Saufi Jelani (21) manakala Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini (21) dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli (21) masih belum menerima sebarang perintah dari mahkamah.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rozana Ali Yusoff pada 24 September lalu yang membebaskan lima mahasiswa terbabit daripada pertuduhan jenayah di bawah Seksyen 427, 436, dan 447 Kanun Keseksaan tanpa dipanggil membela diri.
Hakim memutuskan demikian setelah mendapati tiada bukti keraguan (prima facie) yang menunjukkan lima pelajar itu terbabit dalam kejadian tersebut.
Shazni juga tidak menolak kemungkinan kes itu sengaja dibuka kembali untuk mengalihkan pandangan mahasiswa daripada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara seperti kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang lain.
"SMM berharap mahasiswa tidak terlalu menumpukan kepada kes ini sehingga tidak peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku dalam negara," katanya.
Beliau turut menegaskan, mahasiswa khususnya mereka yang dipanggil semula tiak akan mengaku kalah dan akan berjuang habis-habisan membela diri yang disifatkan menjadi mangsa keadaan.
"Kalau pihak pendakwaraya bersungguh-sungguh mahu lawan kita dalam kes ini, kita juga bermati-matian akan melawan bagi memastikan nasib kami terbela," katanya.
-Harakahdaily

Permaisuri Siti Aishah Saman Uncleseekers............???

on Dec 3, 2010


Uncle Seekers & bapanya di saman oleh Bekas Permaisuri Agongkas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullaereka sebarang maklumat mengenai plaintif.


Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.









Kes Ling dipindah ke Mahkamah Tinggi KL

on Nov 30, 2010



azlanMahkamah Sesyen Putrajaya hari ini membenarkan permohonan pihak pembelaan supaya kes membabitkan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, 67, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.
Timbalan pendakwaraya (DPP) Manoj Kurup memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak pembelaan untuk memindahkan kes berkenaan pada 30 Ogos lalu.

"Kita telah mempertimbagkan permohonan itu dan Peguam Negara bersetuju memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi,” katanya.

"Kita membuat permohonan mengikut Seksyen 418 di bawah Akta Kanun Jenayah.”

Manoj dibantu oleh DPP Dzulkifli Ahmad, manakala Dr Ling diwakili oleh peguam Wong Kian Kheong.

Hakim Suzana Hussin kemudian meluluskan permohonan itu dan mengarahkan kes berkenaan ke tarikh baru yang ditetapkan.

NONEBeliau juga bersetuju wang ikat jamin RM1 juta ke atas Ling dikekalkan sehingga kes itu disebut semula.

Pada 29 Julai lalu, Ling, 67, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu, di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 Sept 2002 dan 6 Nov 2002.

Mengikut pertuduhan utama, Ling dituduh memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dan Lembaga Pelabuhan Klang.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 418 Akta Kanun Jenayah dan beliau juga diberi pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, akta yang sama.

Ling, diiringi oleh dua anknya serta isteri, Toh Puan, Ena Ling di mahkamah hari ini dan berkata beliau mahu membersihkan namanya di mahkamah.

"Saya mahu perbicaraan disegerakan,” katanya.

Liwat Fasa 2: Betapa "Syaitannya" Konspirasi Hakim Upahan Umno

on Nov 25, 2010

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hakim yang mendengar kes liwatnya telah “intimidasi” peguam utamanya, Karpal Singh dalam usaha mereka mahu melucutkan beliau daripada mendengar kesnya.

Dalam afidavit bertulis difailkan petang ini bersama notis usul mahu hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan, Anwar berkata hakim itu telah “mengugut” Karpal semalam apabila peguam itu memberikan notis hasrat pembela untuk memfailkan satu permohonan mahu melucutkan  Mohd Zabidin.

“Peguam saya, ketika itu ada memberikan notis kepada hakim bahawa dia telah diarahkan oleh anak guamannya (saya) untuk meminta hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar kes.

“Sebabnya kerana hakim tidak menghormati keputusan Mahkamah Agung dalam kes  United Asian Bank Berhad lwn Tai Soon Heng Constructiion Sdn Bhd (1993).

“Hakim kemudian mengatakan bahawa bahawa apa yang dikatakan oleh peguam saya boleh dianggap sebagai menghina mahkamah. Peguam saya menjawab dengan berkata isu menghina mahkamah tak timbul dan saya tidak diberikan perbicaraan yang adil,” kata Anwar dalam afidavitnya.

Menurut nota perbicaraan kes semalam, Karpal telah mendakwa Mohd Zabidin telah menggunakan ugutan, oleh itu telah intimidasi peguamnya.

Anwar berkata walaupun hakim telah menarik balik kenyataan-kenyataan “hina mahkamah” tetapi bersetuju bahawa “tidak wajar” beliau mengatakan demikian ke atas Karpal, tindakan “intimidasi” itu menunjukkan ada asas bias bahaya yang sebenar, yang akan menghalang Anwar daripada menerima perbicaraan adil.

Anwar juga menekankan permohonan untuk menggugurkan hakim adalah semata-mata bersandarkan pada tindakan Mohd Zabidin dan bukan kerana sebab lain.

Terdahulu di mahkamah, Karpal memaklumkan hakim bahawa notis bersama permohonan Anwar telah difailkan dan perbicaraan tidak boleh diteruskan sehingga Mohd Zabidin mendengar permohonannya.

Mohd Zabidin kemudian menetapkan pagi ini untuk mendengar permohonan pembela itu.

Kes Saman Fitnah RM100 Juta Anwar Terhadap Mahathir Terbatal......???

on

Mahkamah: Kes Saman Fitnah RM100 Juta Anwar Terhadap Mahathir Terbatal Gara-Gara Kelicikan Peguam "Correct, Correct Correct" Si V.K Lingam !!





Hakim mempunyai budi bicara yang luas untuk menulis penghakiman mereka sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Dalam keputusannya hari ini, mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas penghakiman Mahkamah Rayuanberhubung saman fitnah yang difailkannya ke atas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia ditulis dalam bahasa Inggeris.
 Namun penghakiman mahkamah rayuan juga dibuat dalam bahasa Inggeris. Dalam menolak permohonan itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria berkata alasan penghakiman tidak terdiri daripada bahagian penghakiman itu sendiri. Beliau bagaimana pun berkata pihaknya memandang serius penggunaan bahasa Melayu di mahkamah. 

Hakim Arifin merujuk pekeliling yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hashim Yeop Sani, pada 1990 yang mana beliau berkata sekurang-kurangnya satu penghakiman mesti ditulis dalam bahasa kebangsaan. 

Sehubungan dengan penghakiman hari ini, Anwar juga diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM70,000, meskipun peguam Mahathir iaitu VK Lingam(foto) memohon RM100,000. Lingam berkata pengujian tanda aras mesti dibuat bagi permohonan kes-kes Mahkamah Persekutuan sambil merujuk kepada satu penghakiman di mana mahkamah rayuan bersetuju kos RM100,000 diberikan. 

Anwar kelihatan agak geram dengan penghakiman hari ini. "Dia (Lingam) adalah seorang jutawan. Saya kalah kes ini. Ini adalah peguam Mahathir, jadi macam mana boleh kita menang?” katanya di luar mahkamah. Peguamnya,Karpal Singh berkata mereka sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan keputusan tersebut.


[Keputuan tersebut dengan sendirinya membatalkan rayuan Anwar dalam kes saman malu RM100 juta yang dikemukakan ke atas mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Dua lagi anggota panel hakim yang bersidang hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Suriyadi Halim Omar. Pada 20 Oktober tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar atas sebab teknikal kerana tidak menyediakan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Malaysia.

 Peguam Anwar juga dikatakan tidak menandatangani memorandum tersebut dan oleh itu, ia menjadi cacat. Anwar telah menyaman fitnah mantan perdana menteri itu berhubung kenyataan yang telah dibuatnya].

Anwar akan Kembali Ke Sungai Buloh:Bersedia Untuk Kebangkitan Revolusi!

on

TERNYATA JELAS ANWAR AKAN DI HUMBAN KAN SEMULA KE SUNGAI BULOH. 


Image Hosted by ImageShack.us

Ketegangan tercetus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertikam lidah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa individu di galeri awam.

Semuanya gara-gara peguam utama pembela, Karpal Singh yang gagal dalam usahanya cuba mengasak saksi hari ini, Dr Siew Sheue Feng supaya merujuk kepada nota perubatan asal.

"Saksi-saksi ini sudah diprogram sebagai robot,” bidas Karpal.

Anwar juga dilihat hilang sabarnya hari ini kerana telah berulang-kali dinafikan hak mendapatkan nota perubataan asal yang dibuat oleh doktor-doktor di Hospital Kuala Lumpur.

"Ini sudah melampau kerana awak semua (pendakwa) cuba menyaring semua bukti,” kata Anwar.

Yusof menjawab: "Kau tidak tahu mengenai undang-undang".

Ia kemudian mencetuskan pertikaman lidah pula antara Yusof dengan beberapa individu di galeri awam.


Semua ini jelas menunjukkan bahawa institusi kehakiman telah di perkudakan dan di manipulasi semata-mata mahu menghumbankan semula Anwar ke sungai Buloh. Walau apa pun bukti dikemukakan dan walau apa pun penipuan yang dah terbongkar di hadapan mata, Gerombolan tetap dengan matlamat mahu menghumbankan anwar semula ke sungai buloh.

Bukan baru hari ini kita telah merasakan konspirasi ini tetapi sejak Anwar di bicarakan di mahkamah sesyen lagi hal ini telah di kesan apabila hakim yang telus dan adil iaitu Hakim S.Komathy enggan membenarkan pemohonan Peguamcara dan pendakwa raya supaya kes berkenaan di bawa ke mahkamah tinggi.

Namun apa yang boleh kita katakan, mahkamah ini adalah mahkamah Rosmah. Maka dengan itu hakim S.Komathy di tukarkan dengan hakim lain yang boleh membenarkan kes Anwar di bawa ke Mahkamah Tinggi. Maka sejak bermula dari saat itu kita telah menjangkakan bahawa menghumbankan semula Anwar ke Sungai Buloh adalah cita-cita gerombolan setelah gagal mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Maka kita dah sedar apa yang nak berlaku selepas ini, maka seluruh anak muda di seru agar bersiap sedia kerana kita akan mengharungi Reformasi tanpa Anwar, Kita akan mengharungi Reformasi dalan situasi"coca-cola" dan Kita akan bersama-sama menggerakkan Kebangkitan Revolusi.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List