Polis Bayar 'Saman Ganti Rugi'

on Feb 10, 2011

Mahkamah Tinggi Kuantan Arahkan Pihak Polis Bayar 'Saman Ganti Rugi' Kepada Pemimpin PAS Kerana Tindakan Biadap Di Premis Persendirian




KUANTAN -  Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmadmenang dalam saman terhadapbekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu. 

Mahkamah Tinggi Kuantan akan menentukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini. Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad. Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

 Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit. Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate. 

Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967


Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power). Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada pihak terbabit atas kemenangan bersejarah ini. Ternyata, pihak polis gagal mengikut undang-undang yang telah diperuntukan dan hanya menjalankan tugas mengikut arahan politik sebenarnya. 


Kemenangan ini memberi pengajaran kepada semua anggota polis agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan yang jelas bercanggah dengan undang-undang itu sendiri. Semoga apa yang berlaku ini dapat dijadikan tauladan kepada anggota yang lain agar menghormati amalan demokrasi di negara ini. 

Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah.Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan. 

Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.

sumber dari :-    http://pahangdaily.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List