SNAP nafi? Hahahahaha....Setiausaha Agungnya Stanley Jugol kata SNAP tidak ada menerima sebarang bantuan kewangan dari pemimpin BN di Kuala Lumpur. Itu SNAP dalam kapasitinya sebagai parti. Tapi, bagaimana pula dengan individu di dalamnya?
Urutan persitiwanya begini....
Sebelum ini, SNAP dilihat sebagai budak baik dalam Pakatan Sarawak. Budak pendiam. Menurut perintah. Sentiasa mengangguk. Ia terima apa saja yang keluar dari mulut PKR dan DAP.
Bagaimana pun, SNAP perlu ingat politik ni macam meja judi. Ramai orang mendekati dan mengelilinginya atas satu tujuan - nak menang. Ada yang nak menang kuasa. Ada yang nak menang nama dan penghormatan. Dan, ramai pula yang nak menang duit. Nak kaya. Kadang-kadang ia macam sirkis. Penuh dengan badut.
Dalam SNAP pula banyak pemainnya nak menang duit. Banyak badutnya sudah diisytihar bankrup dan hampir bankrup. Mereka bukan sekadar perlu hidup tapi hidup dengan selesa. Untuk hidup mereka perlu wang.
Beberapa orang badut ini dikatakan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk jumpa Anwar. Untuk mohon bantuan. Anwar setuju beri...tapi, seperti biasa, Anwar sekadar beri janji. Justeru, dengan hampa mereka 'masuk simpang lain'. Mereka jumpa beberapa orang pemimpin BN.
Pemimpin BN ini pula dengan senyum kambing terus setuju 'membantu'. Persoalannya, dalam dunia politik, siapa mahu bagi bantuan jutaan ringgit tanpa 'faedah' lumayan? Lantas, MOU termeterai.
Dengan perasaan lega badut-badut ini kembali ke Kuching. Jeng jeng jeng....tak lama lepas itu kes perebutan jumlah kerusi antara SNAP dan PKR pun kedengaran. Dan, disusuli pula dengan kes pertemuan SNAP dengan UBF serta pelbagai kenyataan sama ada secara terang atau pun samar....
Sebab itu dua hari lepas, saya sudah memberi amaran awal sejujur-jujurnya kepada SNAP. Ada dua kemungkinan pengakhiran cerita bagi SNAP kali ini, sama ada ia berpecah sekali lagi atau hidup bahagia bersama BN. Sama-sama kita tunggu...
sumber :- http://keadilanuntuksarawak.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment