OH JANTUNG KU......INSTITUT JANTUNG NEGARA.

on Feb 11, 2011





INSTITUT JANTUNG NEGARA.......aku ingatkan kerajaan punya rupa nya sudah swasta.....



Semasa berada di KL aku terasa dada aku kembali sakit. Waduh nak buat macam mana ni. Beberapa rakan syorkan aku ke IJN untuk buat pemereksaan. Aku pun terfikir begitu juga kerana sakit yang aku alami ini berkiatan dengan jantung. 


Terfikir dalam benak fikiran aku ini IJN semesti lah macam mana-mana hospital kerajaan dalam negara 1 Malaysia ini. Aku pun dengan rela hati bertemankan kesakitan yang sesekali datang menyerang dada aku berkunjung ke Instituit Jantung Negara dengan harapan untuk membuat pemereksaan lanjutan.



tumpang tanya cik...... kat sini boleh buat appointment untuk jumpa doktor tak......untuk buat pemereksaan ECG...???


encik pernah buat pemereksaan ke sebelum ini...???


pernah....kat hospital besar...........


1. OK encik.... IJN ni swasta. Kalau encik nak buat appointment dengan doktor encik kena bayar deposit sebanyak RM500 dahulu baru boleh buat appointment. Wang deposit encik itu akan ditolak untuk appoinment dengan doktor, segala ubat ubat berkaitan dan juga hal hal lain yang berkaitan.


Terkebil kebil aku dengar deposit RM500. Bertambah sakit dada aku dengar minah kaunter tu cakap pasal deposit... Ujung ujung aku terfikir betul jugak yerk kena deposit kan swasta...???


Bagaimana kalau saya kemukakan kad pesara atau surat GL.....???


Walau pun encik kemukakan dokumen tersebut, untuk rawatan dan pemereksaan pertama encik tetap kena bayar deposit dahulu. Pada rawatan dan pemereksaan seterusnya baru kad pesara atau surat GL diambil kira. Itu pun dikira dalam bentuk subsidi.


2. Kalau encik ada surat sokongan dari Hospital Kerajaan encik boleh terus buat pemereksaan dan rawatan setelah dapat tarikh appoinment dengan doktor.


kena bayar ke cik...


seperti saya katakan tadi, kalau encik gunakan kad pesara atau GL akan ada subsidi yang diberikan.


ok cik terima kasih ya......


sama sama...



Sebenarnya aku memang kurang faham dengan penerangan minah kaunter tu sebab sejak akhir-akhir ni  kepala aku tidak dapat memberi tindak balas yang tepat supaya aku boleh mengingati dan mentafsirkan apa yang orang perkatakan......Senang cakap dah blurr lah. Yang sahih dan aku faham kena ada RM500 sedangkan aku cuma ada RM200 sahaja.

Tak dapat lah aku nak buat appointment untuk buat pemereksaan ECG. Tunggu lah sehingga April 12 2011 untuk aku hadiri temujanji di hospital tempat aku. Meski pun aku tahu aku tidak akan dapat menikmati hasil  kepakaran dari pakar pakar hospital itu.





Longlai langkah ku meninggalkan kaunter pertanyaan IJN Kuala Lumpur serta bertambah laju degupan jantung ini. Mujur aku tidak keseorangan kerana maikel sumaker ada menemankan aku.







0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List