AKU TETAP MENENTANG SENTUH DAN BELAI ANJING INI DIPROMOSIKAN LEBIH2 LAGI TERHADAP PENGANUT UGAMA ISLAM.
Copy & Posted By mahi on
TERBACA KISAH INI....
Ada nampak anjing kat depan tengah-tengah tu?
Naahh... yang segak bergambar dengan anjing tu, semuanya kan tokoh-tokoh Islam yang tersohor.
Mufti Kelantan Haji Wan Musa dan Dr Burhanuddin Al-Helmi tokoh besar PAS, dan Raja Kelantan pun ada situ. Silakan tengok gambar ni, diambil pada 1930an.
Saya taipkan semula di sini dalam tulisan rumi: Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing.
Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa.
Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.
Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :
Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang.
Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?
Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.
Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak.
Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.
Bagi Hj Nik Abdullah, kesemua pandagan yang mewakili setiap mazhab empat iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali boleh diamalkan oleh orang ramai, walaupun dengan cara 'talfik' (campur aduk) di antara satu sama lain.
Cuma apa yang beliau ingatkan ialah agar amalan mereka tidak terkeluar daripada lingkungan mazhab empat itu.
Menurut beliau, perbezaan pendapat di antara ulama-ulama mujtahid mutlak itu hanya berasaskan daya ijtihad masing-masing berpandukan Al-Qur'an dan AL-Hadith .
Tambahan pula, tiap-tiap Imam yang mengasaskan mazhab mereka masing-masing itu tidak menyalahkan pandangan-pandangan yang berbeza di antara mereka, dan tidak pula mewajibkan orang-orang kemudian supaya mengikuti kesemua pandangan mereka masing-masing'.
Bapa Hj Nik Abdullah iaitu bekas Mufti Kelantan Hj Wan Musa, Haji Abas Taha yang merupakan Qadhi Besar Singapura dan tokoh besar PAS iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah antara tokoh Islam yang menyokong pendapat Hj Nik Abdullah.
Penjelasan Ustaz Iqbal Parjin yang bersama di majlis “Touch A Dog”
Copy & Posted By mahi on
Penjelasan dari Ustaz Iqbal Parijin yang diundang bersama di “I Want to Touch a Dog” |
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.
Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program “I Want To Touch a Dog”, yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.
Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk libertarian perihal Islam dengan lebih lanjut.
Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.
Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum – hakam yang jelas menurut mazhab Syafi’e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.
Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media.
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.