Kami Memang Bodoh

on Feb 1, 2012



Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini mengakui ia membuat kesilapan dalam pemberian 'ang pow putih' dan berjanji bahawa kejadian seumpama itu tidak akan berulang.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata episod itu telah satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati supaya sesuatu tindakan tidak menyentuh sensetiviti budaya kaum tertentu.

“PERKASA mengambil iktibar komen perdana menteri dalam isu ang pow sampul putih pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina.


“Memang benar ia satu pengajaran kepada PERKASA dan semua pihak untuk lebih berhati-hati,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Syed Hassan, PERKASA juga menghormati dan bersetuju dengan ulasan Ketua Pemuda MCA Datuk Wong Ka Siong supaya setiap kaum peka dan sensitif akan budaya kaum yang lain.

“Bagaimana pun PERKASA juga berharap kenyataan Ketua Pemuda MCA itu bukan sahaja ditujukan pada PERKASA dan NGO Melayu (sahaja), tetapi juga kepada NGO atau pihak-pihak lain kaumnya sendiri juga.


“Bukan sedikit juga kaumnya telah mengusik sensitiviti orang Melayu terutama (berhubung) isu-isu Islam, namun sekali pun susah mendengar permohonan maaf dari mereka,” katanya.

Menurut Syed Hassan lagi, PERKASA melihat komen Wee itu sebagai sesuatu yang sihat untuk tidak mengeruhkan lagi isu berkenaan.

“PERKASA harap ia selesai. PERKASA mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dalam isu ang pow sampul putih itu dan akan pastikan ia tidak berulang lagi.”

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan ang pow putih yang melambangkan ‘kematian’ mengikut budaya Cina mempunyai apa-apa kaitan dengan kerajaan.

“Saya berpendapat bahawa jika kita benar-benar faham budaya dan pantang larang kaum Cina, kontroversi seperti ini boleh dielakkan.



"Kita semua tahu perkataan angpau ertinya envelop merah, yang warnanya mestilah merah dan bukan warna lain. Insiden ini boleh dijadikan satu pengajaran sosial,” tulis Najib dalam Facebook berbahasa Cina beliau, “Ah Jib Gor”.

PERKASA diselar pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen BN apabila presidennya Datuk Ibrahim Ali mengagihkan ang pow putih pada majlis ruma terbuka Tahun Baru Cina anjurannya pada 29



Photobucket

Kebesaran Allah...!

on

Satu kebakaran melibatkan rumah kedai dilaporkan berlaku di No. 28, Jalan Adil 25/10, Taman Sri Muda, Shah Alam semalam.




Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam kemudiannya dikejarkan ke tempat kejadian bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman api di lokasi yang dimaksudkan.

Namun sebaik saja operasi selesai, anggota bomba bertugas dikejutkan dengan penemuan senaskah kitab tafsir Al-Quran yang langsung tidak terjejas keadaan fizikalnya.

Walaupun rumah tersebut musnah akibat kebakaran, namun kitab itu tidak ‘terusik’ dek api dalam kejadian itu.




Naskah berkenaan juga tidak basah dan rosak walaupun pihak bomba menggunakan air dalam kuantiti yang agak banyak dalam operasi tersebut.

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah.




Photobucket

TANDA PRU 13 SEMAKIN HAMPIR......Perdana Menteri Mohon Agar Pemimpin Dan Seluruh Anggota BN Berkerja Keras Dalam PRU-13 Nanti

on



Datuk Seri Najib Razak meminta pemimpin dan anggota parti Barisan Nasional (BN) supaya sentiasa bekerja keras dan merapatkan barisan bagi mendapatkan keyakinan serta mengekalkan mandat daripada rakyat.

Perdana Menteri berkata, hanya pasukan yang bersatu dan kuat mampu berdepan dengan cabaran serta ujian pada pilihan raya umum akan datang. Sambil memetik ungkapan Inggeris ‘rumah yang retak akan runtuh’, beliau mengingatkan semua parti komponen bahawa parti itu akan tumbang jika mereka berpecah-belah.

Untuk kita mendapatkan mandat yang sepenuhnya daripada rakyat, dua perkara amat penting yang perlu dilakukan, iaitu pertama, bekerja kuat dan menggunakan strategi yang betul... (tetapi) bekerja kuat itu adalah keperluan utama. “Sebab itu, apabila ada majlis sambutan Tahun Baru Cina (peringkat Kebangsaan) di Sitiawan malam tadi (kelmarin), kehadiran hampir 60,000 orang itu adalah (salah satu) ukuran kerja kuat yang kita buat untuk menambahkan keyakinan rakyat kepada BN,” katanya berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA Perak di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden MCA yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Perak, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha serta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Najib yang juga Pengerusi BN berkata, perkara kedua yang perlu dilakukan bukan saja kepada parti komponen tetapi juga negara ialah mereka mesti mengutamakan perpaduan pada semua peringkat dan percaya jika ia dapat dilaksanakan, parti akan menang dan berjaya pada masa depan.

Beliau juga berkata, apa yang penting bagi parti dan rakyat ialah berasa yakin kepada kerajaan di bawah pimpinan BN yang bukan saja mempunyai wawasan jelas untuk masa depan tetapi sudah terbukti menjadi sebuah kerajaan cekap yang boleh mencapai cita-cita dan impian besar untuk negara. Katanya, ia tidak sama seperti agenda yang dibawa pembangkang kerana terlalu banyak janji yang sebenarnya tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata kerana mereka menjadikan janji kepada rakyat sebagai senjata utama untuk meraih sokongan.

“Satu perkara yang kita mesti sedar bahawa apabila menjadi pembangkang, senjata utama yang ada pada mereka ialah untuk membuat janji... tidak kisah sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak, apa yang diutamakan ialah mereka membuat janji bulan, bintang dan langit.. bagi mereka itu senjata penting yang mereka ada. “Jadi, sebagai pengundi, kita jangan kena tipu dengan kaedah atau pendekatan demikian.

Apa yang kita mahu bukan janji kosong tetapi kerajaan yang cekap dan boleh menunaikan serta menjanjikan masa depan semua rakyat Malaysia. “Saya memberi komitmen kepada rakyat bahawa itulah yang BN boleh dan akan buat sekiranya (terus) mendapat mandat daripada rakyat,” katanya.

Najib juga mahu semua parti komponen BN di Perak bekerja keras dan memberi kerjasama kepada Zambry selaku Pengerusi BN negeri supaya Perak terus kekal sebagai negeri BN pada Pilihan Raya Umum akan datang. Dalam lawatan singkatnya ke Perak, Perdana Menteri berkesempatan mengunjungi tiga rumah penduduk miskin di Sitiawan serta merasmikan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2012 malam kelmarin dan pagi semalam meluangkan masa 30 minit pada majlis di sini sebelum beredar untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta.



Photobucket

TANDA PRU 13 SEMAKIN HAMPIR......Langau Mula Berterbangan.....

on



KAH KAH KAH....

Parah dah hasan ali mutakhir nih ..
Marah betul dgn Pas lepas kena tendang..

Dulu time org bagi kuasa...
Syok guna kuasa pecat Khalid Samad..

Khalid Samad tetap steady, tak masuk tv3 pun..
Skrg hasan dah kena pecat, hari2 menebeng dlm tv3..

Program ulung hasan ali time jadi exco ialah..
Program yg namanya "Ehwal Islam" kat mesjid negeri..



Poster program ada gambar Ust Haron Din & Ust Ismail Kamus.. Tapi yg datang Ust dari tv3 & rtm... hasan ali pulak jadi moderator.. Nostalgia "Ehwal Islam Rtm" tahun 90an kot....

KAH KAH KAH...

Secara peribadi aku malas nak layan hasan ali nih...
Biarkan dia melalak sekor sekor jadi pencacai umno..


Pakatan Rakyat kena lebih berhati hati dlm menerima maklumat... Menjelang PRU13 nih, Pas terutamanya paling hebat di serang & di fitnah..

Yang paling latest,  Pengumuman Tok Guru Hadi tanak bertanding pada pru13.. Media umno gunakan isu nih nak lagakan Pas dgn PKR.. Hasan Ali pun main peranan gak sampai keluar tv semalam..  Mengaku pulak Tok Guru Hadi tanak bertanding pasal dia..

Isu Anwar iktiraf israel... Pas jugak diserang..

Isu KUIN seblom nih... Pas jugak yg kena.. Dan yg terbaru, semalam kepala babi kat mesjid rawang pulak..
Semua kena ingat....


Pilihanraya Takkan Diadakan Sebelum PR Berpecah..
Atau Sekurangnya..
Pas Hilang Sokongan Orang Melayu Islam..
Inilah Cara Umno Mempertahankan Kuasanya..
Fitnah.. Tipu.. Sabotaj.. Provoke..




Photobucket

TANDA PRU 13 SEMAKIN HAMPIR.......Siapa Sepupu Syaitan, Parasit Atau Pelesit...?

on

NONE


Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.

Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.

"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.

Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.

Oleh sebab itulah, katanya rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.

Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.

Serang Anwar

NONE

Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."

Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.

"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.

Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa  menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.

"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."

Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.

"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.

NONE

"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.

Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."

"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.

Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.

"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.

NONE

Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.

"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.

Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel.





ceduk dari sini

Photobucket

Penyamun Terlepas

on



Pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), Datuk Mohamad Salleh Ismail menafikan dakwaan bahawa beliau meminta ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail merasuah polis berhubung siasatan salah guna pinjaman mudah kerajaan oleh syarikat projek penternakan lembu itu.

Salleh, dalam laporan New Straits Times hari ini, berkata syarikat itu tidak perlu merasuah polis yang disifatkannya sebagai adil dalam siasatan mereka.

"Kami tidak ada masalah untuk menjawab soalan-soalan mereka ataupun untuk bekerjasama dengan mereka dalam siasatan, (jadi) kita tidak mempunyai sebab untuk merasuah mereka," kata beliau dipetik akhbar berkaitan Umno itu.

Semalam, PKR mendedahkan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Shamsubahrin mendakwa Salleh memaksanya untuk merasuah polis supaya skandal NFC ditutup apabila beliau dilantik sebagai penasihat korporat dan perunding.

Bagaimanapun, Salleh berkata Shamsubahrin hanya diupah untuk berurusan dengan pihak media.

"Kami hadapi tuduhan dalam akhbar dan ‘serangan’ dari pembangkang. Untuk sebab itu bahawa Shamsubahrin telah diupah," katanya kepada akhbar berkenaan lagi.

Shamsubahrin didakwa pada 30 Dis tahun lalu dengan menipu Salleh sebanyak RM2 juta dalam yuran perundingan. Beliau ditangkap semula selepas diikat jamin pada 19 Jan lalu dan dikenakan dua lagi tuduhan menipu tambahan Jumaat lalu.

NONE

Beliau kini merengkuk di penjara Sungai Buloh setelah tidak dibenarkan diikat jamin oleh polis.

Salleh tegas mendakwa bahawa Shamsubahrin telah menipunya serta menafikan bahawa ahli perniagaan itu dijadikan kambing hitam.

"Beliau tawarkan perkhidmatan beliau, dan kemudian menuntut bayaran dibuat dahulu walaupun belum melaksanakan sebarang tugas kerana perjanjian pelantikan beliau belum disediakan," kata Salleh dalam laporan itu.

"Perjanjian perkhidmatan Shamsubahrin disediakan oleh kakitangan NFC tetapi beliau ditangkap sebelum boleh ditandatanganinya. Jika Shamsubahrin adalah kambing hitam, mengapa dia sentiasa menghantar bil dan menuntut kita membayarnya?"

Sambil berkeras bahawa Shamsubahrin berbohong, Salleh berkata beliau mempunyai SMS untuk membuktikan bahawa ahli perniagaan itu mengenakan tekanan terhadapnya bagi menuntut pembayaran.-mkini


Polis mesti siasat dakwaan Shamsubahrin


KUALA LUMPUR, 31 Jan: Polis bertanggungjawab menjelaskan adakah siasatan dibuat terhadap dakwaan bahawa pengerusi eksekutif Fidlot Nasional Corp (NFCorp) Datuk Mohamed Salleh Ismail cuba merasuah pihaknya, kata Datuk Mahfuz Omar.


                  Shamsubahrin semasa dibawa ke mahkamah untuk didakwa

Semalam, ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu Salleh, mendakwa bahawa suami Ketua Wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

"Setakat ini, Shamsubahrin hanya didakwa menipu Salleh dan tidak ada pun sebarang dakwaan mengenai percubaan merasuah polis," kata Mahfuz.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, bukan Shamsubahrin sahaja yang mendakwa sedemikian, malah Ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas juga mendedahkan perkara yang sama melalui perkongsian emel bekas pelajar-pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA).

Dalam emel berkenaan Megat Najmuddin menyatakan beliau bertemu dengan seorang peguam mewakili Salleh, ketika satu makan malam, 22 Disember lalu. Peguam berkenaan, kata Megat, memberitahu tentang perihal Salleh sebagai ‘kaki penipu’, ‘bermulut manis’ dan memberikan wang supaya Shamsubahrin, mempengaruhi polis dalam siasatan.

Megat Najmuddin kemudiannya mengesahkan memang beliau yang menulis emel tersebut.

Mahfuz juga mempersoalkan mengapa polis mengambil masa yang luar biasa lama untuk menyiasat percubaan untuk merasuah pihaknya "sedangkan yang hendak dirasuah itu adalah polis sendiri".

"Adakah terlalu sukar dan memakan masa, tenaga dan belanja yang banyak untuk menemui Shamsubahrin dan Megat Najmuddin mengenai perkara itu?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Beliau berharap polis bertindak segera terhadap tuduhan itu untuk memastikan pihak polis tidak dituduh cuba menyembunyikan sesuatu dan cuba melindungi keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

"Sebelum ini, rakyat sudah merasa sangat curiga apabila Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Seri Khalid Abu Bakar) mendahului keputusan siasatan lengkap dan mendakwa tiada unsur pecah amanah dalam syarikat milik keluarga (Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) itu," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tidak ada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat adakah dana RM250 juta yang diberikan kepada NFCorp diberikan mengikut peraturan kewangan kerajaan.

"Mengapa pihak kerajaan diam membisu mengenai perkara itu sedangkan sudah berkali-kali dipersoalkan adakah peraturan kewangan kerajaan dipatuhi ketika RM250 juta itu diberikan kepada syarikat keluarga Shahrizat," katanya.

Begitu juga, kata Mahfuz, tidak pernah kedengaran perkembangan siasatan polis atau mana-mana pihak menyiasat pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

"Adakah disiasat dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.

"Tidak pernah juga kita dengar perkembangan siasatan ke atas dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009", kata Mahfuz lagi.-harakahdaily



http://mafiaboss2u.blogspot.com

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List