Ramai yang baru menjadi pengikut blog ini bertanya kenapa aku MARAH SANGAT dengan Dollah.Penat juga aku nak kena jawap soalan ini dari masa kesemasa walaupun aku dah sarankan supaya melayari ARKIB blog ini dan cari jawapan nya disitu.
Untuk tidak menghampakan mereka yang bertanya tapi tak berapa rajin nak mencari jawapan nya sendiri,maka aku siarkan semula artikel yang pernah aku siarkan pada 4hb Nov 2011.Sebenar SIRI ini yang mengandungi 9 BAHAGIAN aku hentikan setakat Bahagian 5 sahaja.Kalau aku siarkan Bahagian 6 bererti TIADA JALAN PULANG LAGI...TIADA LAGI GEAR REVERSE...DAN TIADA PUSINGAN U LAGI dan semua pihak termasuk aku terpaksa menghadapi segala KEMUNGKINAN yang bakal mendatang.
Jadi kenapa aku IMBAS kembali apa yang pernah aku siarkan jika belum mahu meneruskan siri seterusnya sehingga tamat?Jawapan nya...aku ingin memberi peluang kepada pembaca yang tak faham jalan cerita ini agar dapat mengikutinya dari awal ANDAIKATA siri seterusnya TERPAKSA aku siarkan.
LAGIPUN HARI INI 26HB JANUARI 2012 ADALAH HARIJADI PAK LAH...jadi kepada Pak Lah jangan LUPA tiup lilin sebelum jam 12 tengah malam nanti ya...?
Ini bukan hal POLITIK,ini hal PERSONAL aku dengan Mangkuk Tingkat sebuah ini.Mungkin kepada ramai yang follow siri 'Hadiah Untuk Imam Hadhari' ini rasa siri ini dah berhenti dan tiada penamat nya.Sebenarnya masih banyak lagi,tapi saperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini semuanya keranaTIMING dan STRATEGY.Jadi kepada yang belum membaca nya aku siar semula siri siri sebelum ini dan kepada yang mengikutinya anggap ianya sebagai Refresh ingatan anda semua..
Blog Mamat Ni